Thursday 19 September 2013

Seandainya aku tahu-bab 27


hai semua..ada yang rindu Syazra dan Zariff tak?
sorry sebab membuatkan korang semua tertunggu-tunggu next entry
untuk yang menunggu perkembangan hubungan Zariff dan Syazra dan tertanya-tanya bagaimana hubungan diantara Syed Zariff , Syazra dan Syed Hafeez berputik
silalah baca entry ni..
harap anda semua berpuas hati...


 Hari-hari kembali seperti biasa.Jika seminggu yang lalu, rumah ini riuh dengan gelak ketawa adik-adik iparnya, kini segalanya kembali pada yang asal. Dia kini keseorangan duduk dirumah mewah itu lagi.Agak menyeramkan apabila dia harus duduk sendirian dirumah sebesar itu.

Dunianya hanyalah disekitar rumah itu sahaja.Syed Zariff pastilah tidak akan pulang ke rumah malam ini.Ah, lelaki itu memang menunggu peluang sahaja untuk kembali pada kehidupan asal.Bebas bersama kekasih hatinya dan tidak perlu terikat dengan dirinya.Syazra merenung ke dalam kolam ikan.Ah, hanya itulah sahaja temannya dirumah ini, adakalanya jika dia terlalu bosan, dia akan berbual bersama ikan-ikan yang tidak mungkin membalas kata-katanya.Namun dia tahu Makhluk Allah itu mendengar.

Pernah juga dia suarakan untuk membela kucing namun permintaannya awal-awal lagi telah ditentang oleh Syed Zariff alasannya rumahnya akan menjadi  kotor, dia tidak mahu kalau kucing itu membuang di merata-rata tempat . Setelah puas merayu, akhirnya Syed Zariff  bersetuju untuk membenarkan Syazra  memelihara ikan perhiasan untuk menemaninya dikala kesunyian dirumah.

Ah lelaki berhati batu seperti lelaki itu tidak mengerti rasa sunyi yang dihadapinya saban hari.Namun, keizinan yang diperolehi dari Syed Zariff besertakan syarat iaitu,  jenis ikan yang akan dipelihara oleh Syazra  ditentukan olehnya sendiri.Hasilnya, kini terdapat lebih kurang 15 ekor ikan peliharaan yang dibela didalam kolam.

Daripada pemilihan konsep rekaan kolam, sehinggalah jenis ikan peliharaan, segalanya ditentukan oleh lelaki itu.Dasar pemerintahan kuku besi!.Zaff..awak tak pernah nak memahami apa yang saya rasa.kadang-kadang saya terfikir balik,adakah saya tersilap membuat keputusan?menikahi awak, membuatkan saya terikat dengan ikatan yang tiada akhirnya.

Hati saya, terlalu bodoh untuk mencintai awak walaupun saya tahu, awak tak mungkin akan membalas rasa cinta ini.Awak tak pernah tahu betapa bosannya duduk dalam rumah sebesar ini seorang diri. 

Syazra menompang dagu sambil melepaskan keluhan berat.Hatinya sebal memikirkan sikap suaminya.Lelaki itu tidak faham dia perlukan sesuatu untuk mengubati rasa sunyinya.Jika memelihara kucing, dapat juga dia memeluk dan membelai haiwan kesayangan Rasulullah itu.Boleh juga dijadikan teman berbual meskipun haiwan comel itu tidak mampu membalas.

Namun dengan membela ikan, apalah sangat yang dapat dia lakukan?takkanlah dia perlu terjun kedalam kolam dan berenang-renang bersama ikan-ikan perliharaannya setiap kali dia berasa sunyi?berenang pun dia tidak tahu, silap hari bulan, boleh lemas seorang diri didalam kolam ikan yang boleh tahan dalamnya.Syazra mengeluh panjang, matanya masih memandang ikan-ikan hiasan yang riang berenang bersama kawan-kawan.Seronoknya kau ikan, terkurung, namun kau gembira ditemani kawan-kawan.Hari-hari aku bagi makan.

Tak payah susah-susah nak fikirkan kan masalah.Syazra memandang pula kelangit.Malam itu cuaca agak baik.Langit cerah diterangi dengan bulan bercahaya penuh.Bintang-bintang berkelipan disegenap dada langit, menambahkan keindahan ciptaannya.Syazra teringat kata-kata orang-orang tua.Bulan terang bercahaya dan terbentuk penuh petanda bulan mengambang, bulan mengambang merupakan kesukaan segala hantu-hantu untuk keluar berpesta.Boleh percaya ke?dulu ketika kecil memang dia mempercayai kata –kata itu, sehingga dia sanggup berlari laju-laju ketika   keluar mengaji di rumah imam yang terletak di hujung kampung semata-mata takut dikejar hantu jembalang pada malam bulan mengambang.

Namun sekarang tidak lagi.Padanya kata-kata itu hanyalah helah orang tua untuk menakutkan anak-anak kecil supaya tidak merayap pada waktu malam.Syazra memandang pula ke  arah pondok kecil yang menjadi tempat kegemaran Syed Zariff kala menikmati angin malam di laman rumah. Tiba-tiba sahaja malam itu dia teringatkan lelaki itu.


Setelah adik-adik iparnya pulang, kelibat lelaki itu begitu sukar untuk dikesan.Masuk hari ini sudah 2 hari dia tidak bersua Syed Zariff, khabarnya lelaki itu mengambil cuti kecemasan, sakit kah dia?mujur walid tiada di Malaysia ketika itu kerana menguruskan kerja di luar negara, jika tidak pasti dia akan ditanya tentang ketiadaan Syed Zariff di pejabat.Sememangnya selama ini dia lebih rapat dengan Syed Hafeez berbanding suaminya.Baginya lelaki itu sangat memahami dirinya.Persahabatan yang terjalin diantara mereka tetap utuh meskipun sedikit terbatas dengan status dirinya kini, selaku isteri ke pada Syed Zariff.Kadang kala kebaikkan  serta perhatian yang ditunjukkan lelaki itu membuatkan dirinya resah, dia bimbang masih Syed Hafeez masih berharap padanya.
Peristiwa hampir 5 tahun lalu terbayang dimindanya.

................................
‘’Assalamualaikum, Syaz, you busy ke?’’Syazra yang sedari tadi tekun menelah buku di sudut tersembunyi di perpustakaan mengangkat wajah.Kacau daun betullah.Namun dia tetap mengukir senyuman untuk si pengacau daun dihadapannya.Agaknya jejaka dihadapannya itu pakai ilmu kot, tahu sahaja mengesan dirinya, tak kira sejauh mana di bersembunyi.
‘’Hmm,Abang Hafeez, kenapa?’’Syazra menoleh ke kiri mejanya.Ah dua orang gadis sedang saling berbisik, mesti tengah mengumpat dirinya.Siapa yang tak kenal Syed Hafeez johan pidato 3 tahun berturut turut dalam pertandingan peringkat universiti.Tambahan pula, rupa parasnya yang tampan, dan menunggang motor berkuasa tinggi untuk ke kuliah.Deruman enjin motornya sahaja membuatkan semua pelajar perempuan teruja, termasuklah rakan sebiliknya Ilyana.

Walhal gadis itu sudah cukup comel dan punyai peminatnya yang tersendiri.Lantaran terlalu meminati Syed Hafeez, sanggup Ilyana memasuki kelab pidato meskipun dirinya tidak mengemari akitiviti yang dianjurkan oleh persatuan itu, al maklumlah, gadis itu pendiam orangnya.


‘’Abang Hafeez?Syaz, berapa kali I nak cakap, panggil I Hafeez je.Kita kan kawan.You panggil I abang ni, dah macam junior I pula.’’Syed Hafeez menanggalkan topi yang dipakainya sedari tadi.Dia dah agak, mana lagi nak cari Syazra kalau tidak di perpustakaan, bahkan, gadis itu pernah berkata, seadainya pelajar dibenarkan tidur di perpustakaan, dialah orang pertama yang offer diri.Letih katanya terpaksa ulang alik dari kolej kediaman ke library.Orang lain, berbual bersama teman-teman, gadis itu tekun menelah pelajaran.


‘’Dah memang Syaz ni junior abang pun.Takkan nak panggil nama je, tak bestlah.’’balas Syazra.Matanya masih melekat pada buku ditangan.

‘’I prefer you panggil nama.Kalau you nak panggil I abang, you kena kahwin dengan I.’’Selamba badak lelaki itu berkata sedemikian. Syazra mengalihkan buku yang dibacanya.

‘’Kahwin?Huh!’'Disebabkan terlalu terkejut,suara Syazra naik mendadak.Syed Hafeez meletakkan jari telunjuk pada bibir dan membuat isyarat lirikkan mata supaya Syazra melihat ke sekeliling.Syazra mengikut seperti yang diarahkan oleh Syed Hafeez.Alamak! barulah dia perasan bahawa mereka sedang berbual didalam library.Ada beberapa pasang mata sedang memandang kearah mereka.Malunya, rasa macam nak jadi halimunan sekarang juga.

Syed Hafeez menahan senyuman yang mahu terukir dibibirnya.Seronok betul dapat mengusik gadis naif seperti Syazra.


Syazra menahan sabar didalam hati.Terkumat-kamit bibirnya membaca kalimah suci, bimbang jika dia terlepas kata-kata yang tidak enak didengar.Sarkastik betul gurauan jejaka dihadapannya.Kahwin?ingat macam pilih bunga di kedai ke?Namun dia tahu lelaki itu sekadar bergurau.Syazra kembali menatap buku ditangan.Malas mahu melayan abang senior yang tersengih-sengih seperti kerang busuk dihadapannya.Dalam hati dia berdebar sebenarnya mendengar kata-kata lelaki itu.


‘’Syaz...’’Syed Hafeez menarik buku ditangan gadis itu.Bukannya dia tidak tahu, Syazra kalau dah mengadap buku memang takkan perasan apa yang terjadi disekeliling.


‘’Apa?’’Apa lagi tak kena ni?kang ada yang kena back hand free je, orang nak study pun tak senang.Menyesal pula aku layan abang senior sengal macam Syed Hafeez ni.


Yeah..akhirnya berjaya juga saya update bab baru....
ada yang dapat teka tak apa yang jadi selepas ni?
hmmm..macam cinta tiga segi kan?agak-agak siapa yang terluka?dan siapa yang bahagia?
adakah Syazra akak berputus asa dengan Syed Zariff dan memilih untuk menerima cinta Syed Hafeez?
kalau nak tahu lebih lanjut..tunggu dalam entry seterusnya...

Sunday 15 September 2013

Sabarr......

yeah..
macam tajuk entry ni..saya tgh bahagia..
happy..
ops..bahagia sebab blog ni dah di upgrade....
macam mana suka tak?

heheheh.bila tengok blog ni dah bertambah cantik..rasa bersemangat pula nak update entry selalu..
hmm meh lah kita sama-sama doakan supaya kerajinan kita bertambah...

Hmm...dalam pada happy tu bengang juga...mood nak update entry membara-bara tapi baru perasan yang pendrive kesayangan lupa nak bawa balik rumah.so sia-sia je ada line internet laju macam air terjun tapi tak mampu nak update entry sebab pendrive tertinggal..

hmm...bila pula nak update entry baru ni x tahulah..
untuk pengehtahuan korang..saya tengah gigih mengedit cerita supaya cepat dapat hantar MSS pada penerbit..
lepas dah settle hantar MSS SAT(Seandainya Aku Tahu) pada publisher..
barulah boleh fokus pada third novel pula..rangka cerita dah ada..juz nak kembangkan jadi cerita je..
itupun kalau Mss ni diluluskan..
korang rasa boleh lepas tak MSS ,SAT?
korang msti dh baca dri 1 bab until sekrang kan?
pe pendapat korang?