Thursday 1 August 2013

seandainya aku tahu-4


seperti yang dijanjikan sambungan bab lepas..

selamat membaca..

Dan Sesuatu yang tidak disangka-sangka terjadi Bibir keduanya bercantum! Dan saat itu juga Syazra membuka mata.

“What are you doing Syed Zariff? Are you trying to do something  harm towards me?” Syazra membuka mata seluas-luasnya. Wajahnya panas, pipinya mula bertempek warna merah. Tadi dia merasakan ada seseorang sedang bercakap dengannya dan kemudian dia terasa tubuhnya hampir terjatuh tetapi kemudian dia ditarik oleh seseorang, dan apabila dia membuka mata, dia mendapati wajahnya dan wajah Syed Zariff begitu rapat malah bibir mereka bersatu!
“Hah bangun pun, kalau I tahu, awal-awal lagi I dah kiss your beautiful lips. Hmm... lain kali jangan tidur kat atas sofa, nanti pinggang sakit. Tak payah nak tunggu I balik, I ada kunci rumah sendiri.” Habis berkata-kata Syed Zariff menghayun langkahnya ke tingkat atas yang menempatkan ruang kamarnya.
Sebaik Syed Zariff menghilang, Syazra buru-buru ke biliknya juga yang hanya bersebelahan dengan bilik Syed Zariff. Lega terasa tubuhnya saat disirami air, terasa keletihan yang bergayut ditubuhnya terbang pergi. Ketika dia sedang mengeringkan rambutnya di depan cermin, dia menyentuh lembut bibir merahnya. Wajahnya yang terbias pada cermin direnung. Pipinya bertempek merah. Peristiwa yang paling memalukan dan pertama kali dialami. Dia disentuh oleh seorang lelaki dan lelaki itu bukanlah seseorang yang asing, tetapi suaminya sendiri.Air matanya menitis..Ya Allah dia bukan milikku




                             
                                              kesian Syazra...berat betul bebanan yang ditanggung olehnya..



“Ya Allah… jauhkanlah perkara-perkara yang tak di ingini dari menimpa hambamu ini. Jagalah hatiku. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi manusia yang lupa pada janjinya. Tak kira apapun, sepanjang aku menjadi isterinya, takkan ada sebarang ikatan perasaan antara kami.” Itu doanya.



DIKAMAR SEBELAH Syed Zariff merenung wajahnya di cermin. Peristiwa tadi terbayang di mindanya. Dia memejamkan mata. Wajah lembut Syazra terbayang di mata. Kemudian dia memegang dadanya.
“Kenapa dengan hati aku ni? Kenapa?” Soalnya berulang kali. Hatinya berdegup dengan kencang. Begitu juga dengan jantungnya. Dia membuka pili air dan membasuh mukanya berkali-kali.Kenapa aku tak boleh lupakan wajah dia? dia masih teringat wajah tenang Syazra yang ditatapnya ketika wanita itu sedang tidur.

kenapa aku tak boleh lupakan wajah dia
                      
wake up Zariff..dalam hati kau cuma ada Thalia bukan Syazra
“Syed Zariff apa dah jadi dengan kau ni? Tidak! Aku cintakan Thalia… Aku cintakan Thalia... Syazra Nur Rania takkan ada ruang dalam hati aku.” Ulangnya berkali-kali.

......................................................................................................................................



 “MORNING DEAR... busy ke?’’ Syazra sekadar mengeleng. Matanya menyoroti penampilan Syed Hafeez pagi itu. Tampan. Tetapi malangnya dia, dia bukannya wanita yang mudah tertarik pada rupa seseorang itu. Tanpa dipelawa, Syed Hafeez duduk di kerusi berhadapan dengan meja Syazra.
Amboi ceria betul wajah Syed Hafeez kan?
“You nak apa?” Soal Syed Hafeez. Syazra mengerutkan dahi, aik..aku yang masuk bilik dia ke, atau dia yang masuk dalam bilik aku? Sepatutnya aku yang tanya dia nak apa, tapi dia pula yang tanya aku, apa aku nak..tak faham betullah aku dengan lelaki seorang ni.
“I nak you keluar dari bilik I.” Ujar Syazra.
“You what? You nak  I keluar dari bilik you?” Soal Syed Hafeez
“Yup. Tadi you yang tanya I nak apa. So, I cakaplah I nak you keluar.” Syed Hafeez mengaru-garu kepalanya yang bersikat kemas.
“Okey. I cakap macam tu sebab, you pandang I semacam. Selalu bila I masuk dalam bilik you, kan you selalu tanya apa yang I nak. So, kali ni sebelum you tanya, I tanya lah dulu. Salah ke?” Syazra hanya mengangkat bahu. Malas melayan kerenah Syed Hafeez.
“Syaz, I lapar. Jom teman I pergi breakfast.”
“I tak naklah. I bawa bekal  murtabak mini. You nak?” Soal Syazra. Senyuman Syed Hafeez kembali mekar. Tadi, sewaktu Syazra memberi jawapan tak nak, dirinya berasa sungguh terkilan.
“Kejap ya, I pergi bancuh air. You nak minum air apa Feez?” Soal Syazra seraya bangun.
“Apa yang you buat, I minum je.” Syazra tidak berlengah lagi. Dia terus ke ruangan pantry.
Dua biji mug diambil dan dua paket minuman coklat segera diambil dari laci cabinet sebelah kanan. Apabila air didalam heater panas, dia segera membancuh air coklat berkenaan. Setelah siap kedua-duanya dibawa semula ke biliknya. Syed Hafeez sudah tersenyum lebar saat Syazra menghulurkan mug berisi air coklat kepadanya.
“Thanks. Mana murtabak mini you tu? Perut I dah lapar sangat ni.’’ Syazra tersenyum simpul melihat gelagat Syed Hafeez yang mengosok-gosok perutnya. Persis anak kecil kelaparan lagaknya.
Syazra bergerak ke cabinet rendah di belakang mejanya. Ada plastic bewarna merah di situ. Dia mengeluarkan Tupperware bewarna hijau muda. Lalu dibuka dan diujukkan kepada Syed Hafeez. Tanpa berlengah, sekeping murtabak mini diambil.
“Sedapnya Syaz, rajinnya you prepare breakfast  macam ni. Rasanya sama macam murtabak, tapi kecil je. Kalau I makan, dua kali gigit habis dah.” Sambil itu tangannya mencapai sekeping lagi.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Syed Hafeez leka dengan makanan di tangannya. Dia langsung tidak peduli untuk melihat siapa yang mengetuk pintu .
“Masuk.” Arah Syazra. Hampir tersedak dia melihat gerangan yang datang ke biliknya.
“Amboi, kat sini kau rupanya, patutlah aku cari tak jumpa kat bilik tadi. Makan apa tu? Macam sedap je.” Ujar Syed Zariff.
Cemburu menguasai dirinya apabila melihat Syazra dan dua sepupunya berbual mesra. Tapi kenapa? Dia melangkah mendekati mereka. Selamba sahaja dia menarik kerusi dan duduk. Sempat pula dia memanjangkan leher untuk melihat isi di dalam bekas makanan yang dibawa Syazra. Perlakuannya diperhatikan oleh Syazra yang mula terasa rimas. Serba serbi terasa perlakuannya sumbing jika suaminya ada di situ. Bila lah dia nak keluar ni.
“Aik? Takkan kau tak tahu isteri kau masak apa? Duduk serumah kan?” Soal Syed Hafeez selamba, langsung tidak menyedari hakikat sebenar yang terjadi antara kedua-dua mereka. Syazra dan Syed Zariff terkedu. Mereka saling berpandangan. Syazra dengan wajah bingung dan Syed Zariff pula dengan kerutan didahinya. Kan dah jadi macam ni, sekarang macam mana nak jawab ni? Salah jawab, kantoi pula. Menyesal pula aku tanya soalan macam tu tadi. Sepatutnya buat buat macam tahu sahaja cukuplah. Tiba-tiba sahaja Syed Zariff mengukir senyuman.
“Err… sampai hati sayang. Tadi masa breakfast, sayang bagi abang makan roti bakar dengan air kopi je, tapi sayang goreng benda ni, makan dengan Feez. Takkan masih merajuk dengan abang pasal hal semalam?” Syed Hafeez tersengih. Syazra pula sebaliknya. Permainan apa yang dia mainkan ni? Bila pula aku buatkan dia roti bakar? Lepas peristiwa minggu lepas, mana ada dia balik rumah lagi?
“Abang nak makan ke? Syaz pergi  bancuh air kejap.” Syed Zariff menolak. Syazra menarik nafas lega. Good.. saya  pun memang nak awak cepat-cepat pergi dari sini. Namun perasaan gembiranya tidak kekal lama apabila Syed Zariff turut menyertai mereka. Tangannya mencapai sekeping murtabak yang tampak menyelerakan. Dengan lafaz Bismillah dia mula menikmati kuih berbentuk empat segi itu. Sedap! Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati. Dia mengerling memandang isterinya. Dia akui wanita ini sempurna. Sejak akhir-akhir ini, dia semakin keliru dengan perasaannya sendiri. Disebabkan itulah dia semakin kurang pulang ke rumah.
“Sedapkan?” Soal Syed Hafeez. Syed Zariff tidak menjawab sebaliknya dia mengambil sekeping lagi.
“Ni yang buat aku nak cepat kahwin ni. Lepas ni kenyanglah perut aku, kalau hari-hari makan sedap macam ni.” Sambung Syed Hafeez.
“Dah ada calon ke?” Soal Syed Zariff. Setahunya orang sibuk kerja macam Syed Hafeez ni mana minat dengan perempuan. Perempuan yang paling dia rapat ialah dengan mamanya dan adiknya Syarifah Hazlin.
“Calon aku dah di kebas orang.” Minuman didepannya dihirup sedikit. Matanya masih memandang wajah Syed Zariff yang tersengih-sengih sedari tadi. Bukan dia tidak perasan dari tadi kedua-dua pasangan pengantin baru ini saling berpandangan.
“La, kesiannya. Siapa? Itulah kau, lambat sangat bertindak.” Balas Syed Zariff seraya menghabiskan baki kuih ditangannya.
“Syazra. Kaulah kebas dia dari aku. Lagi mau tanya ke?” Tersedak Syed Zariff mendengar jawapan dari Syed Hafeez. Terus dia mencapai mug berisi air milik Syazra. Laju tekaknya menelan air berkenaan. Merah padam mukanya gara-gara tersedak tadi. Syazra pula bertindak mengosok belakang Syed Zariff.
“Kau biar betul ni? Syaz ni kan isteri aku.” Bahang panas terasa naik ke wajahnya. Tidak tahulah sama ada sebab tersedak atau hatinya benar-benar panas selepas mendengar kata-kata Syed Hafeez.
“Aku gurau je, tapi aku cakap benda yang betul. Kalau kau apa-apakan dia, kau buat dia sedih, siap kau, aku kerjakan. Okey, aku nak keluar  dulu. Dear, thanks.. Sedap. Lain kali buat lagi. Bye.” Usai berkata-kata Syed Hafeez terus sahaja melangkah keluar.
“Dear, thanks.. Sedap. Lain kali buat lagi.” Syed Zariff mengejek percakapan Syed Hafeez. Syazra menjeling. Tanpa mempedulikan Syed Zariff dia mula mengemas meja. Syazra membawa bekas tupperware kotor untuk dibasuh, namun belum sempat dia membuka pintu lebih luas, Syed Zariff terlebih dahulu menghalang laluannya. Lelaki itu memegang lengannya sambil berdiri menghalang laluannya dihadapan pintu. Tergamam Syazra melihat tingkah laku suaminya. Apahal pula halang jalan orang ni. Syed Zariff menolak sedikit tubuh isterinya lalu menutup pintu.
“Aku tengah bercakap dengan kau ni, dengar tak?” Sebaik pintu ditutup dia kembali memandang ke arah isterinya. Tajam pananhan matanya sehingga Syazra tidak berani menentang pandangan suaminya.
“Dengar, cakaplah.” Balas Syazra. Bekas tupperware diletakkan di atas meja kopi yang berdekatan dengan pintu. Syazra duduk di sofa apabila diarahkan berbuat demikian oleh suaminya.
“Lain kali, kalau kau buat apa-apa lagi, maksud aku breakfast yang lain dari roti, cakap dengan aku. Nanti aku datang makan. Malu tau tak bila Feez sindir tadi.”
“Hmm…”
“Dengar tak?”
“Hmm…Insyaallah.” Ringkas jawapan Syazra. Syed Zariff mencapai mug miliknya yang masih berisi air, lalu diminum.
“Air saya.” Tegur Syazra perlahan. Syed Zariff sekadar mengangkat keningnya.
“Manis. Macam tuannya yang buat tu.” Puji Syed Zariff, Syazra tertunduk malu. Dia puji aku ke? Entah bila Syed Zariff keluar, dia tidak tahu. Sedar-sedar lelaki itu menghilang.



No comments:

Post a Comment