Tuesday 29 October 2013

Seandainya aku tahu -BAB 29

hello...ramai ke yang ternanti-nanti new update SAT?
untuk pembaca setia cite ni...terima jasih banyak-banyak...
sokongan dari anda membuatkan saya semakin bersemangat untuk menulis..
*menulis rajin , tapi nak post yang malas,,sebab line tenet teramatlah laju di tempatku..*

okey without wasting any time..amboi speaking London pla..
saya persembahkan

BAB 29 untuk anda..selamat membaca...
tapi sebelum tu meh kita main teka teki...agak-agak Syed Hafeez berjaya x meluahkan apa yang dia nak cakap pada Syazra?

ceteka siapakah yang dilanggar oleh Syazra...?


jeng..jeng...jeng....


‘’Feez,I nak pergi kat meja sana, kat sana tu ada ramai kawan I.You pergilah jumpa kawan-kawan you.’’Syed Hafeez akur dengan permintaan gadis itu.Syazra berjalan laju menuju ke meja bernombor 12. Dek kerana ingin segera tiba di meja yang diduduki teman-temannya .Tanpa disedari seseorang dari arah bertentangan juga berjalan pantas menuju ke arahnya.Tiba-tiba......

’Hei!.’’Syed Zariff menempik, hampir sahaja minuman yang dipegangnya tumpah.Keningnya berkerut melihat gadis bergaun labuh bewarna biru gelap itu.Rasa macam kena tapi siapa ek?dia mengamati paras jelita dihadapannya itu.Oh no...I think I have seen her before, but who?

‘’Sorry .’’Syazra berkata sepintas lalu, dia mahu segera beredar dari situ, renungan mata lelaki itu menakutkannya .Syed Zariff merentap tangan Syazra dan Syazra terdorong ke belakang kembali.

‘’You..Syazra kan?’’Soal Syed Zariff.Tajam panahan mata Syed Zariff menjamah wajah jelita itu.

‘’Hmm.Sorry pasal hal tadi.Syaz tak nak cari gaduh malam ni.Tolonglah.’’ Sepasang mata galaknya tidak jemu memandang keindahan wajah gadis dihadapannya itu.Sungguh cantik.Baru malam ini dia melihat pesona diri gadis itu yang sebenarnya.

‘’Zaff, lama I tunggu you.Jom lah cepat.I dah lapar ni.’’Kehadiran seorang gadis yang berpakaian agak seksi dengan gaun separas lutut merencatkan lamunan mereka berdua.Rela dalam terpaksa Syed Zariff melepaskan tangan gadis itu.Aneh tiada sebarang kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulutnya.Selalunya pantang berjumpa pasti ada sahaja kata-kata menyakitkan hati keluar dari mulutnya untuk gadis itu.Sebaik sahaja Syed Zariff melepaskannya Syazra pantas berjalan menuju ke meja yang diduduki rakannya.

‘’Hai, korang.’’Syazra menyapa rakannya, terus sahaja dia duduk di kerusi kosong diantara Lisa dan Wahyuni.

‘’Cik, tempat ni untuk kawan kami, maaf.’’Lisa bersuara.Minah mana pula ni tiba-tiba datang dan duduk ditempat kawan mereka, yang si Syaz ni pun satu, tak reti nak datang awal-awal.

‘’Hah?bukan untuk aku ke?aku ingat tempat ni untuk aku.’’Syazra bersuara sedih.

‘’Kau ke Syaz?wow, lainnya, apa mimpi kau pakai macam ni?rupanya kaulah gadis yang hampir terlanggar dengan Syed Zariff tadi.Aku ingat siapalah, lainnya kau malam ni.’’Kecoh mulut Wahyuni bersuara.Syazra sekadar dia.Dia meletakkan jambangan bunga yang diterimanya tadi di atas meja.Tiba-tiba Yasmin menyentuhnya dan membelek jambangan bunga yang diterima Syazra.

‘’Hei, besarnya bunga, mana dapat ni?’’Syazra mula berasa pelik dengan pertanyaan rakannya.Bukan semua orang dapat yang sama ke?

‘’Korang pun dapat bunga kan?’’

‘’Memanglah , tapi Cuma sekuntum je.Tak adalah sejambak macam kau, kalau semua orang dapat bunga besar macam kau ni, kopaklah pihak penganjur.’’Syazra mula mengerti kata-kata Yasmin.Ah pasti angkara Syed Hafeez.Dia menoleh ke kiri memandang kearah Syed Hafeez, lelaki itu yang menyedari dirinya dipandangan sekadar megangkat tangan.

‘’Syed Hafeez lagi? Aku rasakan dia sukakan kau lah Syaz, selalu kan dia dengan kau, mana kau ada, ada je dia menempel sekali.Kalau aku, aku terima je lelaki macam tu.Anak orang kaya lagi tu.Handsome.Susah-susah kau pass je kat aku.’’Usik Trisha.Syazra sekadar menjeling.Apa yang hebat sangat dengan Syed Hafeez sampai semua orang suka?memang hebat pun Syaz,kau je yang tak nampak semua tu.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk.Syazra segera membuka mesej.

'Syaz, tunggu I masa balik nanti.' Oh mesej dari Syed Hafeez rupa-rupanya.

'okey' balasnya pendek dan ringkas.Telefon bimbit kembali disimpan didalam clutch beg.

 Syed Hafeez mencuri pandang kearah Syazra yang sedang bergembira dengan rakan-rakannya.Majlis malam itu meriah dengan persembahan pelajar semester akhir.

Seperti biasa,Syed Zariff dan band kebanggaannya membuat persembahan.Lelaki itu sekadar bermain gitar dan Naim, penyanyi utama band mereka menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan backstreet boy iaitu I want it that way, selepas itu band berkenaan menyanyikan pula lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Dewa iaitu Dealova dan penuntupnya mereka menyanyikan lagu Selamat malam.

Untuk lagu itu, Syed Zariff berpadu suara dengan Naim, sambil bermain gitar.Suaranya benar-benar memukau hadirin yang hadir malam itu.Persembahan mereka diberikan tepukan paling gemuruh oleh hadirin yang tiba, maklumlah, baru malam itu Syed Zariff julung-julung kalinya menyumbangkan suara emasnya untuk menyanyikan lagu, sebelum ini, dia selesa bermain gitar sahaja.Bertambah lagi credit lelaki itu, makin tinggilah sahamnya selepas ini.Usai persembahan Syazra tidak menunggu lama, dia terus sahaja keluar dan menunggu Syed Hafeez di hadapan pintu masuk utama.

Tidak perlu menunggu lama kerana lelaki itu sememangnya tidak suka membuatkan orang tertunggu-tunggu.Hampir separuh perjalanan mereka, barulah Syazra sedar bahawa jalan yang digunakan tidak menuju ke kolej kediamannya sebaliknya menghala ke suatu tempat lain.

‘’Kita nak kemana ni? Jalan ni bukannya menuju ke kolej Syaz pun.You jangan nak buat apa-apa,I....’’Syed Hafeez segera menutup mulut Syazra.

‘’I takkan nak apa-apakan youlah.I Cuma nak ajak you ambil angin malam je dengan I, tak lama pun,lepas tu I hantar you balik, lagipun takkan lah I nak apa-apakan you, I kan sayangkan you.’’ Kata Syed Hafeez, ketika itu keretanya diberhentikan di bahu jalan.

‘’Apa you merepek ni?’’Syed Hafeez tersenyum.Jelas gadis muda dihadapannya itu takut.

‘’You selalu panggil I abang dulu kan, and then, I bagitahu you, yang kalau you nak panggil I abang you kena kahwin dengan I kan?so sekarang ni I nak bagi you hak tu.I nak you jadi milik I,I nak sebelum I berangkat ke luar negara, I nak you sah jadi milik I.I tak pandai nak karang ayat jiwang karat, tahap kasanova macam orang lain, so sekarang ni, I cakap direct, I nak lamar you jadi isteri I.Kalau boleh sebelum I pergi kita bertunang.I dah lama sukakan you.Boleh tak Syaz?’’Syazra terasa seram sejuk mendengar permintaan Syed Hafeez.

Tidak disangka bahawa dalam pada mereka berkawan selama ini, rupa-rupanya Syed Hafeez menyimpan perasaan terhadapnya.Benarlah kata rakan-rakan rapatnya, Cuma dia sahaja yang buta menilai.Syazra tunduk membelek clutch bag yang berada di atas ribanya.

BERSAMBUNG....


 Mohon maaf sangat-sangat sekiranya bab 29 ni membosankan anda...
sian korang kan..dah lah lambat upadate cte baru lepas tu..bila dah update cite membosankan pula..sorry...

saya tinggalkan anda dengan lirik lagu 

 ONCE-DEALOVA

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi


meh kita bayangkan si kacak Syed Zariff menyanyikan lagu ini untuk Syazra....

*ye ke untuk Syazra?*





PSST..KITA NAK TANYA KALAU KITA TRY POST MINI NOVELLA ADA YANG NAK BACA TAK?NAK TUNGGU UPDATE TENTANG SAT LAMBAT SANGAT..SO UNTUK MENGUBAT KEBOSANAN  KORANG YANG RAJIN BLOGWALKING KE SINI TAPI HABUK PUN TARAK...
IF SAYA LETAK SELINGAN MINI NOVELLA ADA YANG NAK BACE TAK?
TANYA JE..KALAU TAK MAU X PE...
KORANG..BAGI FEEDBACK PLEEZZZZ
KALAU X DE YANG NAK...KITA TAK MASUKKAN...

Sunday 13 October 2013

Seandainya Aku Tahu-BAB 28

fuh akhirnya berjaya juga gagahkan diri untuk update new entry..maaflah untuk yang tertunggu-tunggu entry dari saya...
insyaallah saya akan terus berusaha untuk cepat-cepat menyiapkan MSS...
teruskan bersabar ..
selamat membaca....

‘’Syaz...’’Syed Hafeez menarik buku ditangan gadis itu.Bukannya dia tidak tahu, Syazra kalau dah mengadap buku memang takkan perasan apa yang terjadi disekeliling.

‘’Apa?’’Apa lagi tak kena ni?kang ada yang kena back hand free je, orang nak study pun tak senang.Menyesal pula aku layan abang senior sengal macam Syed Hafeez ni.Mulutnya sudah muncung sedepa.

‘Syaz, jadi pasangan I untuk majlis malam ni boleh tak?’’Pelawa Syed Hafeez.Syazra mengeleng.Tak kuasa nak melayan,dah lah kerja bertimbun-timbun.Kalau pergi event tu dah membazir masa aku 2, 3 jam.Dalam masa 2, 3 jam tu aku boleh siapkan report assigment.

‘’Kena pergi juga, hari tu dah janji nak balas budi I, tolong consult project you kan?sekarang I nak tuntut janji.’’no way, kali ni dia akan memujuk gadis dihadapannya itu sedaya upaya.Takkan ada ruang untuk menolak lagi, sejak mengenali gadis itu, dia sudah faham benar segala helah dan taktik yang digunakan untuk menolak pelawaannya.

‘’Lain kali boleh tak? Syaz busylah.’’Syed Hafeez menyimpul senyuman . Pandai ya nak mengelak, sebelum-sebelum ni, you lepaslah Syaz, but now not anymore,by hook or by crook, Syaz kena setuju juga nak keluar dengan aku.Aku dah nekad.

‘’Tak boleh. Amboi, nak jadi junior derhaka ke?event malam ni wajib datang ,Syazkan apart form our faculty, takkanlah you tak nak datang malam ni, alang-alang dah datang tu apa salahnya kalau jadi pasangan I .I tak ada partnerlah, be my partner please’’Syazra menayangkan muka simpati.Manalah tahu, Syed Hafeez akan merasa simpati dan melepaskan dirinya kali ini.Aduhai comel betul muka Syazra ketika itu namun Syed Hafeez sudah membulatkan tekadnya.Kalau tidak malamnya, bila lagi?

‘’I don’t care, be well prepare tonight at, 8.30 p.m.Wear something nice.See you tonight.’’Syazra mengigit bibir.Aduh, ni yang malas nak minta tolong Hafeez, mesti ada balasan.Apa-apa jelah Syaz, asalkan kau tak buat salah.Lagipun takkan dia nak buat apa-apa yang tak baik pada kau kan?

Malam itu, selepas sudah menunaikan solat maghrib, Syazra dengan berat hatinya menyarungkan baju gaun petang yang terpaksa dibelinya setelah puas dipaksa oleh Ilyana.Sebenarnya gaun itu dibelinya sebagai persediaan untuk menghadiri apa-apa majlis formal yang dianjurkan pihak universiti.Malangnya, sejak dibeli, gaun itu telah menjadi penghuni tetap almari pakaiannya .Setiap kali menghadiri sebarang majlis formal, Syazra lebih senang memakai baju kurung.Gaun itu tidaklah mahal mana, tetapi untuk gadis yang berasal dari keluarga miskin seperti dirinya, harga gaun itu agak mahal. 

Disebabkan didesak oleh Ilyana, maka dengan berat hati dia terpaksa juga membeli gaun malam berkenaan.Sebagai balasan, Ilyana dengan murah hati menawarkan dirinya untuk membayar harga kasut yang sedondon dengan gaun malam itu.

‘’Over tak aku pakai macam ni?’’Soal Syazra.Risau dia melihat baju yang melekat ditubuhnya.Sebenarnya baju itu sedang elok sahaja dengan badannya,Ilyana yang baru sahaja sudah mandi menjerit.

‘’Wow.Cantiknya.Pandai tak aku pilih?sesuailah dengan badan kau.Hmm...cantiknya.Ada can lah kau menang pakaian tercantik malam ni.’’Ilyana terus sahaja berjalan mengelilinginya.Hmm, kan bagus kalau kau selalu pakai cantik macam ni, mesti Syed Zariff  tu melutut terus dengan kau , selama ni kau tak mekap, kau pakai biasa-biasa pun ramai suka dengan kau.Sayang gaun secantik ini dibiarkan tergantung sahaja didalam almari.Kalau tidak sebab desakkan darinya, memang sampai bla-bila Syazra tidak akan menyaurungkan gaun malam itu ke tubuhnya.


‘’Apa-apalah Yana, aku nak cepat ni, jumpa kat sana nanti tau,aku pergi dulu.’’Ilyana membesarkan matanya tatkala melihat Syazra menyarungkan tudung bawal bewarna putih susu.

‘’Hei, kejap.’’Dia sudah menarik tangan roomatenya.Ada ke patut,pakai gaun, sikit punya cantik, tapi pakai tudung bawal je pergi event tu.memanglah syazra ni, sempoi habis, langsung tak reti nak bergaya, bukannya tak cantik, tapi sengaja!.


‘’Apa lagi tak kena ni?kau nak buat apa ni?’’Syazra mula membebel.Ilyana pura-pura tidak mendengar, sebaliknya dia mengarah Syazra supaya duduk diatas kerusi berdekatan dengan meja study.Kemudian dia membuka almari pakaiannya yang terletak di sebelah kiri bilik dan mengeluarkan 1 kotak sederhana besar.Melihat kotak itu, Syazra dapat meneka tindakkan Ilyana yang seterusnya.Satu persatu peralatan mekap dikeluarkan .Mula-mula muka Syazra disapu dengan pelembab,selepas itu dia meyapu foundation serata wajah Syazra .Palet warna pembayang mata dibuka.Terlongo Syazra melihat deretan alat solek milik Ilyana.

Gadis itu berasal dari keluarga yang senang, jadi deretan alat soleknya terdiri dari pelbagai jenama terkenal.Sedangkan dia hanya memiliki compact powder jenama silky girl dan lip gloss dari jenama lip ice.Manalah dia mampu memiliki alat solek yang rata-ratanya berharga puluhan ringgit bahkan mencecah ratusan ringgit.Set alat solek yang dimiliki Ilyana persis milik profesional.Lihat sahajalah deretan berus yang dia miliki.Terkebil-kebil matanya melihat deretan alat-alat mekap didepannya.

Janganlah Ilyana ni datang gila dia nak make over aku bukan-bukan.Doanya didalam hati.Ilyana memang gemar mencuba teknik dan gaya solekkan terbaru jika gadis itu mempunyai masa lapang.Ada-ada sahaja percubaan baru darinya.Jarang ekperimennya gagal.Ilyana memang bijak bermain dengan warna sehinggakan sentuhan tangannya mampu mengubah wajah seseorang dari penampilan yang biasa-biasa kepada wajah yang cantik jelita.Selalu juga khidmat Ilyana diguna pakai oleh rakan-rakan mereka .Ilyana memang gadis serba boleh, rasanya jika gadis manis itu mengikuti khusus khas berkaitan seni persolekkan, dia boleh pergi jauh.

‘’Tutup mata.’’Arahnya.Syazra ikutkan sahaja.Dia dapat merasakan bahawa Ilyana menyapu sesuatu di kelopak matanya.Mahu membantah dia bimbang Ilyana terasa hati,justeru dia ikutkan sahaja.

‘’Buka mata kau pelan-pelan, sekarang aku nak sapu blusher, pakaikan kau gincu then, kau dah siap’’Syazra diarahkan senyum.Lincah tangan kecil Ilyana meyapu pemerah pipi pada pipi mulusnya.Selepas itu dia menyapu pelembab bibir dan gincu pula.

‘’Aku dah siap make up kau, sekarang ni, kau tunggu kejap, aku nak pakaikan kau tudung.Kau jangan curi-curi tengok cermin tau.’’Ilyana sekali lagi membuka almarinya.Dia mengeluarkan awning bewarna putih dan selendang hitan.Selendang itu dihadiahkan kakaknya sempena dengan ulang tahunnya yang ke 18 tahun .Cantik .

Jarang-jarang dia memakai Selendang berkenaan kerana selendang itu istimewa.Itulah selendang pertama yang diberikan oleh kakaknya setelah dia berhijrah kepada memakai tudung.Sebelum ini dia,tidak memakai tudung, Cuma apabila Ilyana mencecah usia 17 tahun dia membuat keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya, lagipun kesemua kakak dan emaknya memakai tudung.

‘’Yana, tak payahlah pakai selendang ni, kau kan sayang selendang ni.Nanti kotor pula.Aku tak mampu nak ganti yang baru,tak apalah pakai sahaja tudung aku .’’Ilyana mengeleng.

‘’Selendang ni, memang istimewa  untuk aku, tapi kau juga istimewa bagi aku.Kau kawan baik aku,aku belajar banyak benda dengan kau.Kaulah satu-satunya kawan yang paling jujur yang aku pernah jumpa.Pasal selendang ni, aku yakin kau boleh jaga elok-elok.Dah lah, jangan cakap banyak.Lambat pula kau nak pergi majlis tu nanti.’’Syazra bukam ditempatnya.Terharunya dia apabila Ilyana sudi meminjamkan selendang kesayangannya untuk kegunaanya.

Wajah Ilyana serius ketika dia menyiapkan pemakaian selendang di kepala Syazra, rambut Syazra yang panjang mengurai di sanggul rapi sebelum dia menutup mahkota Syazra dengan anak tudung diikuti awning dan Selendang yang dililit mengikut fesyen terkini.

‘’Dah siap, jom tengok cermin.’’Ilyana membawa Syazra berdiri dihadapan cermin.Perlahan-lahan Syazra membuka matanya.Matanya membulat melihat figuranya yang terbias di cermin.

‘’Aku ke ni?’’terbuka luas matanya tatkala dia melihat sendiri biasan dirinya dihadapan cermin, sebelum ini, Ilyana melarangnya melihat cermin, kita rakannya itu sedang sibuk menyiapkan dirinya.

‘’Kaulah,siapa lagi.Kang cantik kalau kau selalu macam ni.Aku make up kau tak  over pun,aku takut kau segan nak pakai make up tebal-tebal.Okey tak macam ni?’’Syazra mengangguk.Tak tebal sangat.Nipis sahaja solekkannya.Ilyana turut meminjamkan clutch bag bewarna silver kepada Syazra.Sebagai pelengkap gaya Syazra menyarung wedges setebal 3 inci.

Itulah kasut paling mahal yang pernah dia miliki seumur hidupnya. Itupun kerana Ilyana yang belikan.Kalau nak harapkan duitnya, memang sampai bila-bila pun dia tidak akan merasa untuk memakai sepatu mahal itu.

‘’Kau memang cantik.All the best dear! Aku yakin mesti semua orang jatuh hati pada kau malam ni.Bye,Kirim salam pada Syed Hafeez ya.Cepat pergi, dia tunggu kau kat bawah.’’Ilyana menolak tubuhnya untuk berjalan, Syazra sedari tadi berdiri di hadapan pintu.

‘’Mana kau tahu aku pergi dengan dia?’’tanya Syazra.Ada sesiapa buat pengumuman ke memaklumkan bahawa Syed Hafeez sudah sampai? Ilyana mengukir senyuman sinis.

‘’Sebab budak perempuan kat level bawah semuanya dah macam kena histeria.Aku jengah lah tengok kat koridor, memang dia pun.Cepatlah pergi,tapi aku rasa dia tak kisah pun tunggu kau lama.’’Ilyana menghantar Syazra sehingga ke bawah.Tersengih dia melihat Syed Hafeez yang kacak dengan tuxsedo  bewarna hitam sedang bersandar tubuh di kereta Toyota Harrier bewarna putih susu. Sebaik menyedari kedatangan Syazra Syed Hafeez pantas membuka cermin mata hitam yang dipakainya.


‘’Hai Syaz, you look georgous tonight, so, shall we?’’Syed Hafeez membukakan pintu kereta di tempat duduk sebelah penumpang untuk Syazra.Selepas itu dia segera memboloskan diri ketempat duduk pemandu dan segera menghidupkan enjin kereta lalu kereta yang dipandunya beredar meninggalkan perkarangan kolej kediaman dan menuju ke tempat majlis itu dijalankan.

‘’Thank for being my partner .’’Syazra tersenyum.Syed Hafeez memandang dengan ekor mata.Kau sungguh jelita malam ni, tak jemu mataku memandang dirimu.Syazra Nur Rania memang agak terkenal dia fakulti mereka, ini kerana, gadis itu merupakan salah seorang pelajar yang sering meraih anugerah dekan pada setiap semester.Tambahan pula Syazra bersahabat baik dengan dirinya yang merupakan salah seorang dari pelajar lelaki popular di UM.

 Populariti gadis itu bertambah juga kerana Syed Zariff,sering sahaja mencari pasal dengannya.Syed Zariff memang gila sikit orangnya, sekali dia dah tak suka seseorang, selamanya orang itu kekal menjadi musuhnya.Begitulah yang terjadi pada Syazra, jadi sebab itulah Syed Hafeez mendekati Syazra, tujuannya untuk melindungi gadis itu dari sebarang tindakkan gila sepupunya itu.


Perkenalan mereka membuatkan Syed Hafeez akhirnya jatuh hati dengan sikap dan peribadi gadis itu.Senyumannya sahaja mampu membuatkan ramai orang jatuh hati.Syazra mempunyai seraut wajah jelita yang unik, apabila dia tersenyum, lesung pipit yang dalam akan terbentuk di kedua belah pipi gebunya.

Syazra tidak berani bersuara.Tiba-tiba dia gerun melihat Syed Hafeez pada malam ini.Entahlah.Bagaikan ada sesuatu yang tak kena.Sudahnya dia hanya mampu memandang ke luar, menghiburkan hati dengan melihat deretan lampu yang menerangi jalan.

‘’Syazra, kita dah sampai.’’Barulah dia menoleh ke hadapan, deretan kereta sudah memenuhi ruang pakir kenderaan, dari jauh dia boleh melihat dewan utama yang dihiasi cantik,siap ada banner lagi.Pada banner tersebut tertulis Malam Gala Fakulti Kejuruteraan dan Majlis perpisahan pelajar semester akhir.

Ya benar selepas ini, dia tidak akan lagi bertemu lelaki sebaik Syed Hafeez, lelaki itu akan menyambung pelajarannya di luar negara.

‘’Jom.’’Syed Hafeez membukakan pintu kereta untuk Syazra, dengan penuh hati-hati Syazra turun dari kereta.Syed Hafeez mencuit lengannya.Syazra mengerutkan dahi apabila melihat lelaki itu menghulurkan tangan.

‘’Tak nak lah, seganlah.’’

‘’Syaz, kan berlapik ni, at least sportinglah sikit, demi I.Bukan nak buat apa pun, tengok tu orang lain semuanya berpasangan.Takkan I nak jalan sorang-sorang.’’Pura-pura sedih Syed Hafeez memainkan peranan.Malam ini, hati gadis itu perlu dimiliki.Kalau perlu dia mahu memiliki gadis itu, sebelum dia berangkat keluar negara, dia mahu dirinya diikat dengan gadis itu.


‘’Okey,’’Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk utama, di tempat pendaftaran, dia diberikan sejambak mawar merah.Syazra sempat lagi berbalas senyuman dengan Yatt, salah seorang orang kuat fakuti yang berkerja keras demi untuk menjayakan acara malam ni.


‘’Eh, Feez, kenapa bunga yang I dapat sampai sejambak, I tengok orang lain cuma dapat sekuntum seorang je.Si Yatt ni salah beri pada I ke?’’Soal Syazra.Syed Hafeez mengeleng.Dia mengerling kearah Hayati atau lebih mesra dengan panggilan Yatt dikalangan rakan-rakan.Yatt sekadar menaikkan ibu jarinya sahaja.Memang dia sudah merancang dengan Yatt supaya membantunya malam itu, mujur Yatt sporting orangnya.Syazra mengeleng melihat reaksi selamba Syed Hafeez, dia lantas kembali berjalan mendekati meja pendaftaran.


‘’Yatt, kenapa bunga I sampai sejambak ni? You salah bagi ke? Ambillah balik, Yatt bagi Syaz sekuntum pun dah cukup.’’

‘’Tak adalah Syaz, sebenarnya macam ni, bunga ni tiba-tiba terlebih pula, lagipun Syaz merupakan siswi terakhir yang terakhir tiba malam ini.So memang rezeki Syazlah dapat bunga sampai sejambak.’’Bersungguh-sungguh Yatt meyakinkan Syazra.

‘’Betul ni?kalau silap bagaimana? Nanti Yatt kena marah pula.’’Syazra masih tidak puas hati lagi.

‘’Takkah silaplah, Syaz, cepatlah masuk majlis dah mula .Yatt masih ada tugas lagi yang belum selesai.Kita jumpa kejap lagi ya?’’terpaksalah dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yatt.Akhirnya Syazra kembali kepada Syed Hafeez yang setia menunggunya di pintu gerbang utama dewan.

‘’Feez,I nak pergi kat meja sana, kat sana tu ada ramai kawan I.You pergilah jumpa kawan-kawan you.’’Syed Hafeez akur dengan permintaan gadis itu.Syazra berjalan laju menuju ke meja bernombor 12. Dek kerana ingin segera tiba di meja yang diduduki teman-temannya .Tanpa disedari seseorang dari arah bertentangan juga berjalan pantas menuju ke arahnya.Tiba-tiba......

Assalamualaikum semua...
mesti anda tak sabar-sabar tunggu new entry...
ini hadiah untuk anda...
cuba teka apa yang akan terjadi seterusnya..
jeng..jeng....jeng.....
sebelum tu saya tinggalkan anda dengan gambar Syed Zariff..

aww...handsome tak Syed Hafeez?

bayangkan Syed Hafeez memberikan bunga ini kepada Syazra...