okey-okey ni lah smbungan entry yg semua org nantikan tu..
‘’Zaff,you keluar dululah,Saya sikit lagi nak siap mandi ni, kalau
lapar makan dulu.Tak perlu tunggu saya.’’Syed Zariff menutup majalah dan terus
sahaja bangun dari katil lalu menuju ke pintu.
Syazra menarik nafas lega.Cepat-cepat dia keluar dari bilik air.Belum
sempat dia mengunci pintu,pintu bilik dibuka semula.Syazra yang ketika itu
berada di belakang pintu terkejut dan hilang imbangan badan.Dia hampir terjatuh
namun, Syed Zariff cepat-cepat menahan tubuh isterinya dari terhempas ke lantai.Syazra
memegang kejap tuala yang melingkari tubuhnya, bimbang tuala itu terlucut dari
badanya..Syed Zariff tidak berkelip memandang Syazra.
‘’You..’’Dia kehilangan kata-kata.Cantiknya dia.Hatinya memuji.Matanya
merayap memandang ke segenap tubuh isterinya.Rambut yang terurai menutupi
sebahagian wajah isterinya di selak lembut.Nalurinya bergetar hebat.Hebat
sungguh aura isterinya.Terbau haruman sabun yang digunakan isterinya.Wangi.Dia
terleka seketika, hanyut dibuai perasaan indah.
‘’Zaff,awak kenapa.?’’Hampir tidak terkeluar suara Syazra ketika
itu.Zaff, awak jangan buat saya macam ni..Wajah itu tampak segar.Wangian tubuh
isterinya membuai dirinya.Keinginannya membuak-buak.Terlupa sudah semua janji
yang pernah termeterai diantara mereka.Saat itu,wajah manis Syazra sahaja mampu
di ingati, wajah manis yang membuatkan keinginannya membual-buak.Wajah manis
yang membuatkan dirinya tidak waras.
‘’Syhh..’’Syed Zariff tersenyum.Kaki Syazra makin lemah.Mati aku macam
ni.Pandangan mata suaminya bagaikan membawa satu makna yang tersirat, dan dia bukanlah terlalu bodoh
untuk memahami maksud yang terbias dari
mata suaminya.Syazra mengelak untuk memandang mata suaminya.Dia memejamkan
mata.Dapat dia rasakan wajah suaminya yang terlalu dekat dengan wajahnya.Bahang
panas nafas suaminya menyentuh pipinya.
Genggamannya pada hujung tuala semakin
kuat.Saat itu dia berdoa sesiapa datang menyelamatkannyaMeskipun dia halal
untuk lelaki itu, dia tidak rela menyerah dalam keadaan sebegitu.Tombol pintu
dipulas dari luar, dan Syazra segera menolak tubuh Syed Zariff menjauhinya.Dia
berselindung di belakang tubuh Syed Zariff memandangkan keadaan tubuhnya yang
tidak lengkap berpakaian.
‘’Kenapa Mira?’’Soal Syed Zariff.Rentak suaranya berubah.Dia meraup
mukanya berkali-kali.Hatinya terasa sesuatu yang indah.Jantungya berdegup
kencang, apatah lagi, apabila terasa belakang tubuhnya melekat rapat dengan
tubuh isteirnya.MasyaAllah, hampir-hampir sahaja dia tewas dengan godaan nafsu,
mujur kehadiran adiknya mengencatkan tindakkannya supaya tidak pergi lebih
jauh.
‘’Cepat sikit turun, kami semua lapar ni.’’Syarifah Amira berkata
selamba tanpa mengesyaki apa-apa.Syed Zariff berpusing ke belakang.Wajah Syazra
yang terkebil-kebil ditatap tanpa berkelip.
‘’Okey.Sayang, abang turun dulu.Jumpa kat bawah.’’Dengan selamba dia
mencium pipi Syazra dan keluar mengikuti Syarifah Amira.Sempat lagi dia
mengenyitkan matanya pada Syazra.
Syed Zariff dah gila.Syazra mendegus geram.Senyuman di bibir suaminya
bagaikan meraikan kemenangan gara-gara berjaya mempermainkannya.Ah masakan dia
ada perasaan padaku sedangkan wanita di sisinya jauh lebih hebat, jelita dan
bergaya.
Sedangkan aku hanya gadis yang diupah untuk menikahi dirinya bagi
mengaburi pandangan keluarganya.Hakikatnya aku hanya isteri diatas
kertas.Syazra kenapalah kau selalu lupa yang kau Cuma bertepuk sebelah tangan,
Syed Zariff tak pernah tahu perasaan kau yang sebenarnya terhadap dia.
Silap kau
sebenarnya, kau silap kalau kau anggap dengan menikahi dia, kau boleh buat dia
jatuh cinta pada kau.Air matanya menitik lesu.Syazra mengesat titisan jernih
itu dari terus mengotori pipinya yang gebu.Saat itu juga matanya
terpandangkan cincin nikah yang sudah hampir 7 bulan tersarung di jari manis nya.Cincin itu cantik.
![]() |
inilah cincin khwin Syazra..jangan tak tau..cincin ni dia beli guna duit sendiri..penat dia himpun duit untuk beli cincin ni.. |
Dia ingat lagi, lelaki itu memberikan kredit kadnya
kepada Syazra seminggu sebelum tarikh pernikahannya dan meminta dia supaya
mencari sendiri mana-mana cincin nikah yang dikehendaki lalu membayarnya
menggunakan credit kad milik lelaki itu
.Cincin yang tersarung di jarinya dibeli
menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri, dia tidak rela menggunakan duit
Syed Zariff, sementelah lelaki itu bersikap acuh tidak acuh sahaja terhadap
persiapan pernikahan mereka.Ramai orang beranggapan dia hidup mewah setelah
menikahi lelaki tu, hakikat sebenarnya, dia tidak langsung memperolehi apa-apa
kelebihan apabila sah menjadi isteri kepada lelaki itu.
Bahkan segala
perbelanjaan rumah ditanggung olehnya sendiri, kalau Syed Zariff ingat, lelaki
itu akan menyisipkan wang untuk
kegunaannya bagi menjelaskan segala bil-bil yang perlu dibayar.Jika lelaki itu
baik hati, dia akan turut menghulurkan wang belanja dapur
.Kadang-kadang terlupa
terus.Maka terpaksalah Syazra mengeluarkan wang sendiri bagi menjelaskan
bil-bil serta menampung perbelanjaan dapur.Namun apabila Syed Zariff teringat,
dia akan meminta Syazra untuk menyatakan amount duit yang dibelanjakan untuk
membayar segala bil-bil dan keperluan hidup yang lain, Syed Zariff akan
menggantikannya semula.Kata lelaki itu, segala keperluan Syazra merupakan
tanggungjawab dirinya.
........................................................................................................................................
‘’Kak Syaz,akak ni bestlah, pandai masak, cantik, lemah lembut, alim
pendek kata memang serba serbi sempurnalah.Bertuah abang Zariff.’’Kata Syarifah
Aira pada suatu malam, ketika itu, mereka baru sahaja selesai makan
malam.Syarifah Amira tidak turut serta, kerana, dia tidak tinggal sekali dengan
mereka, tempoh hari dia sekadar menghantar adiknya Syarifah Aira dan Farhani
untuk bercuti di rumah Syazra, dia pulang ke rumah keluarganya. Bising Uminya
kalau dia turut bermalam di rumah abangnya.Umi sekali berleter, memang tak reti berhenti.Pernah dahulu Syarifah Amira curi-curi keluar tanpa pengehtahuan uminya, bila uminya dapat tahu, seminggu pun tak habis leter uminya.Sampaikan dia sudah hafal ayat bebelan umi.Umi kalau dah marah memang menakutkan.Maklumlah mantan peguam.Soal anak pun dah stail peguam soal pesalah dekat court.
‘’Mana ada, akak biasa je, Aira lagi cantik.’’Syazra menyisir lembut
rambut ikal Syarifah Aira.Gadis comel itu segera berpaling.Gerakkan tangan
Syazra terhenti.Mata bulat itu bercahaya memandang kearahnya.
‘’Betullah. Mana ada Aira tipu. Hani ada cerita kat Aira, akak kat kampung dulu popular
sangat, kalau tak sebab tu, takkanlah sampai siapa tu anak ketua kampung akak,
bawa diri ke luar negara sambung belajar.Kalau akak tak cantik takkan lah abang
jatuh cinta,abang tu memilih tau kak, kononnya hanya nak yang terbaik, nasib
baiklah akak tahan dengan dia, kalau tak entah siapa lah nak kahwin dengan
abang,’’Sikat kini bertukar tangan, daripada Syazra yang menyikat rambut
Syarifah Aira, kini gilirannya pula didandan.Rambutnya didandan dengan
entah apa-apa gaya oleh Syarifah Aira.
![]() |
sila abaikan warna rambut dam bdan model dalam gambar ini...hehehe lebih kurang macam ni lah fish tail yang dibuat oleh Syarifah Aira untuk Syazra.. |
‘’See,betul tak Aira cakap, akak ni memang cantik. Comel je kan rupa Kak
Syaz.Betul tak Hani?’’Farhani yang sejak tadi khusyuk membaca novel mengiakan
sahaja kata-kata Syarifah Aira.
![]() |
nak tahu tak? inilah buku yang FARHANI bace... |
‘’Aira, mana ada.Akak biasa saja.Aira, lagi cantik.’’Syazra sebolehnya
cuba berdalih.Aduh, gaya rambut apa pula yang di buat gadis ini, terasa
rambutnya diikat tegang.Syazra menyentuh rambutnya.Tetapi cepat-cepat, Syarifah
Aira menepis tangannya.
‘’Tak siap lagi.Kak Syaz, Aira kenal abang Aira tu, kalau akak ni tak
cantik, tak ada maknanya dia pandang.Percayalah cakap Aira, akak memang cantik
Akak tak make up dah cukup cantik pada mata Aira.
Cuba kalau akak mekap, mesti
lagi cantik, tapi Aira rasa, abang tak bagi akak mekap sebab takut orang lain
jatuh cinta pada akak kan?Tak pe, meh sini Aira touch up muka akak, lepas tu
pakaikan baju lawa-lawa.Mesti abang terkejut punya.Lagipun, akak ni asyik
bertudung je, tak rimas ek?’’Syazra kematiaan kata-kata.Tentang itu dia tidak
tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan Syarifah Aira, cukuplah sekali, Syed
Zariff melihat auratnya lalu hilang pertimbangan.
Sejujurnya, memang dia sangat
menjaga penampilannya dihadapan Syed Zariff..Lelaki itu pun seakan mengerti
kegelisahannya.Setiap hari Syed Zariff akan menyibukkan dirinya dengan tugasan
pejabat sehingga pulang lewat ke rumah.Jadi, mereka jarang bertemu.
‘’Hish..tak payahlah Aira membazir je.Lagipun, nanti Abang Zariff awak
tu balik, apa pula dia kata.Dah lah, akak nak keluar.Akak nak kena tidur
ni,esok nak kena pergi kerja, awak berdua tu tak apalah tengah cuti.’’Wajah
Syarifah Aira murung sahaja.Alamak, merajuk pula, Aira ni suka tau buat aku
serba salah.Lambat lambat Syazra memberikan persetujuan.Terus gadis itu
bersorak gembira.
Hehehehe...kakak ipar aku ni dah masuk perangkap aku, ni Aira lah, umi
dan walid pun kalah kalau aku merajuk tau.Aku kan drama queen.Pemegang gelaran
pelakon teater terbaik kat sekolah tau, juara bertahan 3 tahun
berturut-turut.Kalau Jeana Ros tengok aku berlakon pun maunya dia menangis tiga
hari tiga malam, maklumlah, Syarifah
Aira the next primadona nak gantikan tempat dia, kalau aku betul-betul
berlakon, jangan haraplah dia boleh menang lagi anugerah pelakon wanita
paling popular .
Hehehehe..Amboi, Aira
ada hati nak rampas tahta pelakon remaja kegemaran ramai yang sedang popular di
Malaysia, gara-gara filem keempat lakonannya iaitu ‘Cinta untukMu’dapat kutipan
box office tempoh hari.Syarifah Aira masih tersengih-sengih.Dia mencapai beg
mekapnya dan mula menyelongkar isi kandungan beg tersebut. Sedang dia leka
mewarnakan wajah Syazra, pintu biliknya dibuka dari luar.Jantung Syazra berdegup dengan kencang. Kenapa mesti sekarang?
cuba teka siapa yang masuk?
alamak...si dia nak mula berdrama lagi ke?
nak tahu apa yg jadi seterusnya? sabar...
No comments:
Post a Comment