Wednesday 22 January 2014

Seandainya Aku Tahu-bab 33



ASSALAMUALAIKUM SEMUA
TERIMA KASIH SEBAB SETIA MENUNGGU BAB 33 DI UPLOAD DI SINI..SELAMAT MEMBACA
PSSTT..KALAU X PUAS HATI JEMPUT KOMEN YA.. 


''Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya yakin projek ini mampu memberi pulangan hasil yang lumayan untuk syarikat kita, Saya dah tengok hasil kaji selidik yang pengawai kita jalankan...’’Bilik mesyuarat yang sunyi itu terganggu dengan deringan telefon bimbit.Semua orang memandang kearah meja di mana terletaknya telefon bimbit berkenaan.Syazra mengigit bibirnya.Aduh, siapa pula call ni.

Sedikit tersipu-sipu dia berjalan mendekati meja dan mengambil telefon tersebut.Silap dirinyajuga terlupa mengubah mood telefon kepada silent.Hmm, panggilan dari Kak Long, ada apa ya, Kak long call ,pasal ayah ke?Syazra memandang Syed Zariff yang duduk dihadapan sebagai pengerusi projek, lelaki itu menganggukkan kepala sebagai tanda memberi keizinan kepada Syazra untuk menjawab panggilan tersebut.

‘’It okey, Syaz, you may take a break and please answer the call, it seem important.’’Syazra meminta diri dari bilik mesyuarat dan segera ke luar bagi menjawab panggilan dari kakaknya.

‘’Helo, assalamulaikum kak, ada apa?’’Sopan dia memulakan perbualan.

‘’Hah, baru nak angkat sekarang, kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke,nak tunggu kau angkat telefon pun berjam-jam , baru nak angkat.Kau tengah buat apa tu?’’Suara Kak Long Farina yang kasar sedikit merobek hatinya.Dari dulu sehingga sekarang begitulah nada suara Farina kalau bercakap dengannya.Bila dizaman sekolah dahulu, terasa amat malu, semua orang akan memandangnya apabila Farina bercakap, masakkan tidak, suara lantang Farina boleh didengari hampir sebatu jauhnya.

‘’Maaf,Syaz, ada meeting tadi, ni pun tengah meeting, Syaz minta keluar kejap.Pasal ayah ke kak?ada apa dengan ayah?’’Soal Syazra .Serta merta dia merasa cemas, dua hari lepas dia ada menghubungi ayahnya.Suara lelaki itu kendengaran lemah , meskipun dia mendakwa bahawa dirinya sihat .Dia sudah merancang untuk pulang ke kampung pada hari Jumaat ini, Risau pula ,kerana sudah lama juga dia tidak menjenguk ayahnya.Setakat berbual di telefon dan kadang kala, berbual menerusi SKYPE dia tidak puas.


‘’Hah, baguslah kalau kau dah tahu.Ayah sakit teruk, mak kata dari semalam batuk tak berhenti.Mak suruh aku balik tolong bawa ayah ke hospital, tapi aku ada hal ni, apa kata, kau yang balik, bawa ayah ke hospital.Jangan lupa pula tau, balik cepat.Okey bye.’’Tanpa sempat membalas apa-apa Farina terlebih dahulu mematikan talian.Syazra sudah memegang kepalanya.

Syed Zariff bosan menunggu didalam bilik mesyuarat membuat keputusan untuk keluar mencari Syazra, urusan apa yang lebih penting dari mensyuarat ini?Sebaik sahaja dia keluar dari bilik mesyuarat, dia menuju ke arah kanan,rasanya Syazra ada disitu.

Jari-jemari runcingnya lincah menekan nombor di skrin telefon bimbit pintar I phone itu.Tidak perlu menunggu lama. Panggilannya sudah bersambut.

‘’Helo,’’

‘’Helo, Rina,macam mana ni, dari tadi mak panggil ayah, dia tak nak bangun.Mak takut Rina, cepatlah balik.bawa ayah ke hospital.’’Darahnya terasa berderau.Ya Allah .Kenapa dengan ayah?

‘’Mak, Syaz ni mak,jangan risau, Syaz akan cuba balik secepat mungkin,a...a..ayah masih bernafaskan mak?cuba mak periksa.’’Syazra memberi arahan,dia cuba berlagak tenang, walhal, wajahnya sudah lencun bermandikan air mata.

‘’Ya...masih bernafas, Cuma nafas ayah lemah.Tadi mak mandi, tinggalkan ayah seorang, masa mak tinggalkan ayah tu, mak tengok dia okey lagi, lepas mandi, mak masuklah bilik tengok ayah dah terbaring atas lantai, dia muntah darah Syaz, mak risau.Mak nak buat apa ni?’’ Suara Salmiah kedengaran cemas bersulamkan air mata.

‘’Mak, siapakan barang-barang ayah, Syaz telefon ambulan, kejap lagi ambulans sampai.Mak sabar ya Mak, lepas ni Syaz akan cuba balik secepat mungkin..’’

‘’Baiklah Syaz.Err, tapi Hani macam mana?’’

‘’Hani dah besar mak, dia akan faham, tak apa, Syaz, telefon Pak Rahmat, minta tolong dia jemputkan Hani, kalau dia jemput anak dia dari sekolah.’’

‘’Iya..iya..mak bersiap sekarang.Kamu balik cepat tau.’’Syazra terasa lelah mendengar kata-kata emaknya.Ya Allah janganlah kau tarik nyawa Ayah sekarang Ya Allah, aku belum sempat nak minta ampun dengan ayah.Aku banyak dosa terhadapnya Ya Allah.

‘’Telefon Ambulan.Ya, aku kena call Ambulan.’’Syazra segera mendial nombor telefon kecemasan.Tidak sampai 5 minit, urusan nya selesai, pihak 999 berjanji untuk segera tiba dirumahnya. Saat itu tiada apa yang lebih penting melainkan keadaan ayahnya.Syazra bersandar pada dinding.Mata dipejamkan.Ya Allah beri aku kekuatan ..beri aku ketabahan.

‘’Syaz, what up?’’Syed Zariff menepuk bahu Syazra.Sedari tadi dia menjadi pemerhati.Syaz menundukkan wajah.Syed Zariff memberanikan diri untuk memandang wajah Syazra.Pergerakannya menjadi kaku melihat wajah itu basah dek air mata.Syazra mengalihkan wajahnya dari terus menjadi tatapan lelaki itu.Dia berundur kebelakang dan bersandar pada diding, wajahnya ditundukkan.Bergetar tubuhnya ketika itu kerana menahan air mata dari terus mengalir. Syed Zarif memerhatikan tingkah laku Syazra yang sedikit aneh.Apa yang membuatkan wanita tabah itu menangis sebegitu rupa?

Uh, kenapa hati aku yang sakit? Kenapa aku rasa sedih ?persoalan itu berlengar-lengar di mindanya.Ketika itu beberapa orang staff melintasi mereka.Masing-masing memandang kearah mereka berdua.Dia melihat pekerja bawahannya berbisik sesama mereka.Namun Syed Zariff tidak ambil pusing.Syazra didekatinya.

‘’Syaz, what wrong?tell me.’’Tangan Syazra digenggam erat.Syazra menarik tangannya dari genggaman lelaki itu.Dia tidak perlukan sesiapa.Tambahan pula lelaki itu.Dia berjalan lesu melewati lelaki itu, pertanyaan Syed Zariff juga tidak dijawabnya.Syed Zariff memegang lengan Syazra.

Langkah kaki wanita itu terhenti.Wanita itu ditarik ke sudut yang agak tersorok.Kang ada pula ingat aku dera Syazra, ialah minah ni tiba-tiba je menangis,Sah-sah timbul gosip liar.Syazra tidak mampu menjawab pertanyaan lelaki itu.Kakinya ringan, bagaikan tidak berpijak pada lantai.Mujur lengannya dipegang kuat oleh lelaki itu. 

Namun dia masih tunduk memandang lantai,dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita,lebih-lebih lagi dia tertanya-tanya, sudikah lelaki itu menghulurkan tangan untuk sama-sama mengalas beban derita yang tidak tertanggung olehnya?perkahwinan mereka bukannya seperti pasangan lain, dia sedar hala tuju hubungan merekaDia mengetap bibir saat lelaki berterusan bertanya .Tabahlah hati, janganlah menangis sekarang.

‘’I need to go back now.’’ Lemah suaranya.

Syed Zariff menarik Syazra supaya berhadapannya.Syed Zariff memeluk erat gadis itu,Syazra mengeraskan tubuh, dia berusaha menolak tubuh lelaki itu menjauhinya.Namun, Syed Zariff semakin mengemaskan pelukkannya pada wanita itu. Syazra akhirnya melepaskan tangisannya didada suaminya.Sungguh dia perlukan seseorang untuk meredakan perasaannya ketika itu.Dia tidak peduli lagi jika dia sudah melampaui batas.Ah wujudkah batas diantara mereka berdua setelah lafaz ijab dan kabul itu sudah mematrikan hubungan mereka menjadi halal? 

Memang benar, kedua-duanya meletakkan batas didalam hubungan mereka, namun di sisi Allah hubungan mereka halal,mereka bebas menyentuh satu sama lain tanpa sekatan.

‘’Syhh..I dah dengar segalanya.Ayah gonna to be okey.So, you want to go back right now?’’Soalnya.Syazra mengangguk.Dia tidak daya pun untuk berdiri, mujurlah Syed Zariff menyokong kuat tubuhnya.Lelaki itu mengusap lembut belakang badannya.

‘’Okey, lets go, you masuk bilik, kemas, apa-apa yang patut.I nak masuk meeting room,nak settlekan apa-apa yang tergendala tadi.’’Pelukkan mereka terlerai disitu.Sungguh Syazra lupa batasan sepatutnya.Itulah pertama kali dia menangis dalam dakapan lelaki itu.Ah Syazra, kau dan dia suami isteri yang sah, mana ada batasan.Kau sendiri yang meletakkan batasan itu.Syazra mengelak dari memandang wajah lelaki itu.Perasaan malu, segan menguasai dirinya.

Syed Zariff mengemaskan pakaiannya.Tersenyum sendiri apabila dia melihat bahagian bahunya yang basah.Terasa berat hati pula nak melepaskan gadis itu tadi.Dia tidak tahu kuasa apakah yang mendorongnya memeluk erat gadis itu tadi.Melihat air mata gadis itu, dia terasa dirinya juga sedih.Sehingga mendorong dia memeluk Syazra dan menenangkannya.Dia berjalan memasuki bilik mesyuarat.

Syed Hafeez memandangnya.Pandangan lelaki itu seolah-olah bertanya tentang kehilangan Syazra yang tidak kembali masuk kedalam bilik mesyuarat.Syed Zariff berjalan dan berhenti betul-betul di hadapan meja mesyuarat. Semua memandang dirinya dengan tanda tanya terlukis di wajah mereka.Pastinya berasa pelik kerana Syazra tidak ikut masuk.

‘’Im sorry,I think this meeting will be continue by Mr Hafeez, I got an emergercy call, so Syazra and I will be leaving right now .It is okey?’’Dia menghantar isyarat mata supaya Syed Hafeez membantunya.Syed Hafezz memahami situasi yang dihadapi Syed Zariff segera membantu.

‘’Okey, Zaff, I will handle this.You pergilah settlekan hal you.Dont worry.’’Syed Hafeez memainkan peranannya .Syed Zariff mengukir senyuman manis.That so cool.Nasib baiklah Hafeez ni boleh diharapkan.

‘’Thank Feez.I shall go now.See you then.’’Dia sempat menepuk bahu sahabatnya itu.

‘’What ever it is, dont be panic, take good care of her, dont worry about the company, I will handle it.’’Sempat lagi Syed Hafeez berbisik pada temannya itu.Syed Zariff mengangguk tanda memahami.Selepas itu dia segera keluar.Destinasinya pasti sahaja bilik pejabatnya, mengemas barang –barang dan segera pulang.Mereka perlu segera bertolak ke kampung.
.............................................................................................

Syazra diam membisu sahaja dalam perjalanan pulang ke kampung, Syed Zariff yang menawarkan dirinya untuk memandu kereta.Dia tidak yakin melepaskan Syazra memandu kereta dalam keadaan begini.Sesekali dia menjeling ke arah Syaz.Syed Zariff tenang memandu Porshe Cayanne berwarna hitam metalik miliknya.Tadi sebelum keluar rumah dia sudah menelefon walidnya memaklumkan bahawa dia dan syazra mengambil cuti kecemasan.

Walidnya memberikan keizinan dan mengatakan kepadanya bahawa selagi urusan dikampung tidak selesai, jangan pulang ke Kuala Lumpur.Walidnya juga berjanji untuk turut menjenguk keadaan besannya jka dia ada kelapangan.

‘’Syaz,jangan fikirkan sangat, semuanya akan okey.By the way, dari tadi I nak tanya, kenapa Kak Long Farina you tak bawa ayah ke hospital?rumah dia tak jauh sangat kan dari rumah ayah?’’Syazra mengeluh berat.

‘’You tak kenal Kak Long I.Farina, tu  I pun tak tahu apa masalah dia.You tak pernah tahu apa yang I lalui dulu.Tak perlulah I cerita,lagipun buat apa nak buka pekung didada sendiri kan?menceritakan keburukkan orang.Lagipun dia tu kakak I sendiri.I yakin, tentu dia ada hal .Sebab tu dia tak boleh nak bawa ayah ke hospital.’’Syed Zariff mengetuk stereng.Mindanya cuba mencerna kata-kata yang keluar dari mulut Syazra.

‘’Okey, let say dia ada hal, tak boleh ke, dia call ambulans ?at least, call the ambulans and lets them  bring your father to the hospital.susah sangat ke?’’Entah kenapa jawapan Syazra sukar diterima.Dia juga seorang insan yang sibuk, tetapi walau bagaimana sibuk pun dia, ibu bapa masih tetap didahulukan.Susah sangat ke kalau setakat nak panggilkan ambulans untuk membawa ayahnya ke hospital?kenapa perlu tunggu Syazra juga yang mengambil tindakkan ?persoalan itu bermain di mindanya kini.Isterinya dikerling sepintas lalu.Wanita itu mengeluh panjang.

‘’Zaff, kalau you kesiankan I, jangan tanya apa-apa please,I tak boleh cakap apa-apa pun because, Im dying to know about his condition.Before that,thank, cause you sudi hantar I balik kampung.’’Syed Zariff mengukir senyuman lebar.

‘’No sweat, after all im your hubby.Lagipun I suka balik kampung you.’’Hati Syazra terasa semkin sakit.’I suka balik kampung you’ hipokrit.Depan I you cakap lain,belakang I you kutuk kampung I bukan main lagi .Ingat I tak tahu.Namun kata-kata itu hanya mampu diungkapkan didalam hati.

Syed Zariff perasan , Syazra tidak langsung memberi reaksi pada kata-katanya.Ketika mereka berhenti rehat di Tapah, Syazra hanya memandangnya acuh tak acuh sahaja .Aku buat salah apa, sampai dia senyap sepanjang perjalanan, aku salah cakap ke?

Bosan tidur, Syazra akan bermain dengan game yang terdapat dalam aplikasi telefon pintar miliknya.


harap-harap terlepaslah rindu korang ya..
selamat membaca

Tuesday 21 January 2014

bila saya membebel....hihihi

cuti semester dah bermula..yeah....dah puas rehat...dah puas cover tidur now adalah masa untuk jemariku menaip diatas keypad....
harap-harap semuanya berjalan lancar...

rasanya lepas SAT akan ada cerita baru yang akan saya tepelkan di blog...
tapi masih dalam perancangan untuk, and yang ternanti-nanti sambungan dan full entry untuk cuit-cuit bab 33 Seandainya aku tahu, Insyaallah minggu ni juga saya upload....
seperti biasa anda semua adalah saaaannnnnggggaaaattttt( berapa panjang da...see saya serius ok) digalakkan untuk menegur segala kesilapan tatabahasa dan typo...
terima kasih semua...nantikan new entry ye..