Saturday 2 November 2013

Dendam Terindah-prolog





PROLOG

”Razif,I nak you keluar sekarang.Kejap lagi Am balik.Keluarlah!”Tengking Lily.Dia benar-benar buntu dengan kerenah lelaki di hadapannya.Dia bertambah cemas apabila

Razif tidak mempedulikan arahannya sebaliknya lelaki itu bertindak selamba dengan melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk di ruang tamu.Ketawanya kian galak saat melihat wajah pucat Lily.Lily memandang perlakuan Razif penuh curiga.,sesekali matanya dilirikkan kearah telefon bimbitnya yang terletak diatas meja kopi.

”You takut sayang?shyyyhh…..aku takkan apa-apakan kau kalau kau ikut semua rancangan kita.Aku pernah cakap jangan main-main dengan aku.Tapi kau buat juga.Aku nak buat macam mana kalau kau dah mungkir janji.Aku pun kena tepati janji aku untuk tamatkan riwayat kau kalau kau khianati aku.Takkanlah aku nak langgar janji aku,betul kan??”Soal Razif.Lily mengeletar saat melihat Razif mengeluarkan sesuatu dari poket tersembunyi didalam jaket kulit yang tersarung kemas di badannya.Dia meneguk liur berkali-kali.Dia ni benar-benar nekad ke nak mengotakan janjinya?aku tersilap langkah kali ni.

”I tak fahamlah Zif,bila pula I mungkir janji I pada you?janji apa?kan I dah buat Izzah menderita,I dah buat dia hilang segala-galanya.Apa lagi yang tak kena?”Lily mula berlembut,lelaki seperti Razif ini perlu ditangani secara lembut,jika dia terus menafikan dikhuatiri Razif akan mengamuk.Sambil itu, otaknya ligat berfikir,bagaimana dia boleh mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja kopi tanpa pengehtahuan Razif.

”Kau tak faham ke,atau kau buat-buat tak faham?agak-agaknya bila peluru ni dah terbenam dalam badan kau baru kau nak ingat semua perlakuan kau?Hei perempuan!kau dengar sini,dulu aku dah pernah bagi kau amaran,Jangan main-main dengan aku,,aku dah banyak tolong kau,aku bantu kau singkirkan Izzah dari hidup Ammar,aku tolong kau bersatu semula dengan Ammar.Bila kau dapat apa yang kau nak,kau lupa pada semua janji kau “Tengkingan Razif bergema di segenap ruang tamu mewah apartment mewah itu.Lily mula hilang arah,Razif   yang berada dihadapannya ini benar-benar kelihatan tidak waras.Razif yang dikenalinya dahulu merupakan seorang lelaki yang bergaya,tampan,punyai susuk tubuh idaman wanita,atas sebab itulah dia sudi berdampingan dengan Razif.Tetapi lelaki yang berdiri dihadapannya itu benar-benar tidak terurus.

Sudahlah pakaiannya selekeh,jambang dibiarkan tumbuh meliar di wajahnya yang kian cengkung,rambutnya pula dibiarkan panjang tidak terurus.Arggghhh…kacau..fikirannya berserabut.Dia tahu Razif tidakmain-main,tersilap langkah,riwayatnya bakal berakhir.Buat seketikamereka hanya saling memerhati,saling mengawasi antara satu sama lain.Lily sempat melirikkan mata kearah jam di dinding.Sudah hampir satu jam dia menerima kehadiran tetamu tidak diundang.Kakinya mula berasa sengal akibat berdiri terlalu lama.Akhirnya dia mendapat satu akal.


“Zif,I nak ke dapur,nak minum air you nak I ambilkan you apa-apa?”soal Lily basi- basi.Razif mengurut-urut dagunya yang ditubuhi jambang.Dia mengangguk.Lily melebarkan senyuman,namun senyumannya mati apabila Razif dilihatnya turut mengangkat punggung.

“You buat apa ni Zif?”soal Lily.Langkahnya kakinya  terhenti .
“I nak ikut you ke dapur .kenapa salah ke?hei perempuan sekali I dah tak percayakan you,selamanya I tak percaya,lepas apa yang you dah lakukan pada I, you ingat I akan percaya dengan taktik you?entah-entah you ada muslihat”Lily menelan air liur. Tiba-tiba deringan telefon bimbit mengganggu perbualan mereka.Lily mengerutkan dahi.Serentak itu,Razif ke ruang tamu.Telefon bimbit Jenama Nokia Ammar dicapai.Ketika Razif sedang leka dengan telefon bimbit Ammar,Lily mengambil peluang untuk mengambil telefon bimbitnya yang berada di meja kopi yang terletak di penjuru ruang tamu yang dicat dengan warna putih dan merah. Kemudian dia  segera bergerak ke bilik.Telefon yang berada dalam gengamannya di pegang seerat mungkin,Langkahnya berjengket-jengket.baru sahaja dia mahu menutup pintu,pintu bilik ditolak kasar,dari luar,Lily terjatuh diatas permaidani tebal.Telefon bimbitnya tercampak entah kemana.Razif menapak masuk.Matanya mencerlung memandang Lily.Lily mengesot sedikit dan bersandar pada dinding ,Dia tidak mampu menjangka tindakan Razif.

Razif semakin ganas,setelah beberapa kali mundar-mandir di sekeliling bilik. Kemudian dia menghampiri dan  tunduk untuk mencekup rambut panjang Lily.Terjerit kecil wanita itu apabila rambutnya direntap kasar.Semakin kuat Lily menjerit,semakin galak ketawa Razif.

“Sakit?”soal Razif.Lily mengangguk, Air matanya mula merambu keluar.sambil itu dia memegang tangan Razif meminta supaya rambutnya dilepaskan.

“Macam tulah aku rasa,bila kau khianati aku.Kau lupa janji kita.Sakit yang kau rasa tak seberapa jika nak dibandingkan dengan derita aku.Bertahun lamanya aku tunggu saat macam ni.aku atur rancangan,tapi kau semudah tu menghancurkan rancangan aku,kemudian kau laporkan aku pada pihak polis,Huh.Sepatutnya dulu lagi aku bunuh kau.

Betul cakap along aku,wanita hanya membinasakan hati lelaki.”Razif menyentap rambut Lily sekuat hati,kemudian dia menolak wanita itu supaya  jatuh terlentang di atas lantai.Lily meraung tatkala Razif duduk diatas perutnya.Buntang matanya apabila Razif menunjal-nunjal perutnya yang sarat hamil lapan bulan.Tambah sengsara apabila Razif mengacukan muncung pistol ke perutnya.

“Zif,apa yang you nak buat ni,sayang?you lupa ke,dalam perut I ni ada baby kita?Razif you tak kesian kan I ke?”Nafas Lily sesak .Tubuhnya tidak kuat untuk menampung berat Razif yang menindih perutnya.Tercungap-cungap dia menarik nafas,apatah lagi,kesakitan dipinggang dan perutnya mula terasa.Air mata yang mengalir deras di pipi diusap lembut,Buat seketika Lily hanya membiarkan Razif mencumbuinya sepuas hati.Biarkan asalkan dirinya tidak diapa-apakan.Dalam hati dia berdoa agar seseorang muncul dan menyelamatkannya.
.................................................................................................

Ammar berhenti di lampu isyarat.Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau,dia meraba poketnya mencari telefon bimbit kepunyaannya.Habis semua poket di seluk,namun telefon yang dicari tidak ditemui.Ammar mengaru kepalanya yang tidak gatal.Dia menyelongkar  pula briefcasenya.Tiada juga .Aneh?mana aku letak handphone aku?dia tertanya-tanya.Otaknya ligat memikirkan dimanakah dia meletakkan telefon miliknya.Seketika kemudian dia menepuk dahi.Baru dia teringat,pagi tadi sewaktu bersiap-siap mahu ke tempat kerja ,Daniel ada menghubunginya.

Setelah tamat perbualan,dia meletakkan telefon bimbitnya dia atas meja kopi,bukannya menyimpan nya didalam poket seluar kerja.Aduh,kena patah baliklah ni,mujur tak sampai office lagi.Sejurus selepas lampu isyarat bertukar hijau,Ammar segera membuat pusingan U untuk kembali ke apartment.Tanpa telefon bimbit,sukar baginya untuk berhubungan.Sebagai pengarah urusan di Azzhira Holding,Telefon bimbit merupakan satu keperluan disamping komputer riba,tanpa kedua-duanya,urusan hariannya akan terganggu.15 minit kemudian Ammar tiba di tempak letak kereta apartment mewah yang disewanya.

Tanpa membuang masa,Ammar segera menghayun langkahnya menuju ke lif.Sebaik memboloskan dirinya kedalam Lif,Ammar menekan punat nombor 7,untuk membawanya ke tingkat 7.seketika kemudian ,pintu lif terbuka,Ammar menghayun langkahnya ke sebelah kiri dan berhenti di hadapan pintu nombor 125.

“Assalamualaikum,Lily.buka pintu ,Am balik ni.”Ammar berandaian Lily sedang tidur atau mungkin juga sedang mandi kerana sudah lama di terpacak di hadapn pintu tapi Lily masih tidak muncul dihadapannya.Ammar menyelok poket seluar.Dia mengeluarkan kunci rumah.Dan…

“Ya Allah,apa dah jadi ni?”soal Ammar.Ruang tamu yang bersepah,serta telefon bimbitnya tercampak dilantai.Ammar mengambil telefon bimbitnya.Gambar Izzah yang tersimpan didalam album dipandang lama.Mungkin sebab inilah Lily mengamuk.Dia cemburu sebab aku simpan gambar Izzah kot.Ammar menyimpulkan ruang tamu yang bersepah adalah disebabkan oleh amukan Lily yang berang melihat gaambar Izzah didalam telefon bimbitnya.Ammar .

Mengatur langkah ke biliknya,belum sempat dia memulas tombol pintu dia terdengar suara Lily dan seorang lelaki .Ammar mengecilkan matanya.Berkerut hebat dahinya memikirkan siapa yang berada dalam bilik disamping Lily.Ammar merenggangkan sedikit daun pintu.Dia tidak mahu terburu-buru.Dia mahu menyiasat terlebih dahulu.


“Zif,tolonglah lepaskan I.Perut I sakit ni.Baby kita terseksa you buat I begini.”Rayu Lily.Ammar merasa umpama bumi dihempap atas kepalanya.Kuasa tuhan.Rahsia yang selama ini tersimpan rapi terbongkar jua.Selama ini,aku percaya bahawa dia hamilkan anak aku,tapi rupa-rupanya dia memperbodohkan aku .Izzah!,kasihan bini aku.Aku menolak bulat-bulat apa yang dia katakan dulu.

Mesti dia sangat terluka.Ammar menyabarkan dirinya dia mahu mengorek rahsia lagi.Ammar berdiri di belakang pintu sambil memasang telinga.Dia sempat lagi menelefon pihak polis .Razif tidak boleh dibiarkan bebas ,dia perlu menerima balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.Sejak kes Farahanis diserang,Razif memang suspek yang menjadi buruan polis.Kesian gadis itu,keadaan  kritikal. Hingga kini ,dia masih ditempatkan di wad ,yang lebih memilukan Ammar ,gadis itu kerap meluahkan kekesalannya diatas perbuatannya mengusir Izzah dari rumah mereka.

Jelaslah dia amat merindui adiknya.Ammar apatah lagi,meskipun bibirnya berkata benci,namun jauh di sudut hati,dia mengakui,hingga kini,nama Izzah Humaira masih kukuh terpahat dalam hatinya.Kasihnya pada Izzah tetap untuh.

“Lily,you yang laporkan I pada pihak polis kan?”soal Razif.Kali ini dia sudah berdiri.Melepaskan Lily dari menjadi mangsa amukannya.Lily mengeleng.Razif mencengkam rahang pipi lily.berkeriut muka Lily menahan sakit.Kedua-belah pipinya sudah bengkak,bahana penampar Razif.

“Bohong!aku tahu kau yang rancang supaya polis tangkap aku kan?sebab kau ,aku kini jadi buruan polis,hidup aku musnah,karier aku musnah!kau memang perempuan tak guna.Aku tak boleh biarkan kau hidup aman.Kau perlu mati.Kau perlu mati.”Razif kembali menggila,dia menghalakan muncung pistol tepat ke kepala Lily.Wanita itu menjerit ketakutan.

“Zif,you gila ke?apa yang you merepek ni?you ingatkan,rancangan kita hampir berjaya.Ammar dah mengakui budak dalam perut ni anak dia,dia mengaku anak you yang I sedang kandung ni baby dia.Dia percaya semua cerita I,I dah berjaya buat Izzah menderita.I dah buat Am benci dia.You ingat I bodoh ke nak laporkan you ke pihak polis?”Lily membalas berani.Razif menurunkan muncung pistol.Dia berfikir sejenak.

“Ammar tu bodoh betul.Percaya cakap you bulat-bulat.Tapi I tak sebodoh itu,kalau di depan Am,you boleh melakonkan watak you dengan sempurna,apatah lagi didepan,Lily!”Jerit Razif.Kini dia pula yang terperanjat .Pistol di tangannya sudah hilang!.Entah bila pula Lily mengambil pistol ditangannya dia tidak sedar,Sedar-sedar,wanita itu mengacukan pistol ke arahnya.

“Memang aku yang laporkan kau kepada polis,untuk apa lagi aku bantu kau jika aku sudah mendapat segala-galanya?Ammar memang bodoh.Melepaskan Izzah.Aku takkan biarkan kau musnahkan semuanya.Kau yang perlu mati Razif,kau,bukan aku.Orang bodoh seperti kau perlu mati.Sampai bila-bila pun,Ammar takkan tahu.baby ni anak kau.Dia takkan tahu yang dia selama ini diperangkap.”Lily sudah nekad untuk menekan picu pistol.sebelum Razif merampasnya.Mereka bergelut untuk merebut pistol berkenaan.Dan..

BANG..bang..… bunyi tembakkan pistol kedengaran serentak dengan  itu,pintu dibuka dari luar,Ammar menapak masuk diiringi 4 orang pegawai polis.Lily sudah terbaring diatas lantai dengan menekup perutnya.Tembakkan yang dilepaskan Razif tepat mengenai perutnya.Darah membuak-buak keluar dari  kesan tembakkan yang dilepaskan Razif.Bukan satu tetapi dua das sekaligus menembusi tubuhnya.

“Am,anak kita…selamatkan I Am. I Sakit sangat.”Rayu Lily dengan nafas tersekat-sekat.Darahnya semakin banyak membasahi bajunya.Ammar menghampiri Lily dengan rasa simpati.Meskipun dia berasa amat marah dengan perbuatan Lily.Namun sebagai manusia,dia dikurniakan rasa simpati dan kasihan melihat wanita itu terbaring lemah diatas lantai.Apatah lagi wujud pertalian kekeluargaan antara mereka.Ammar tunduk menghampiri Lily.Sementara itu polis mula mengepung yang berniat mahu melarikan diri.Segalanya sudah berakhir .Razif berjaya juga  diberkas akhirnya.Terketar.ketar Lily menghulurkan tangannya kepada Ammar.Dengan berat hati Ammar menyambut juga huluran tangan Lily yang terpalit darah.


‘’Am,ma..ma..maafkan I.I ba…ban..banyak ti..tipu you.’’Air mata Lily merambu keluar tanpa henti.Melihat Lily terbaring nazak dan dilumuri darah.Dia benar-benar tidak  keruan.Ammar berada dalam tekanan.

“Ambulan akan tiba sebentar lagi.Harap bersabar ya encik.”Seorang pegawai polis berkenaan menepuk bahu Ammar.Ammar mengangguk.Razif sudah di bawa keluar.Ammar terpaku tidak bersuara.Dia benar-benar tergamam.Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.Dia membiarkan pihak polis menyelesaikan segala-galanya.Yang dia ingat dia hanya membuat panggilan telefon kepada Daniel sebelum semuanya menjadi kelam.Ammar merasa pandangannya kabur dek air mata.Dia rebah .Dia terlalu lemah untuk berdiri.Jiwanya terluka.

“Am,ampunkan dosa I.I tahu I banyak bersalah pada you.I bersalah pada you dan Izzah.”kata-kata terakhir Lily tergiang-giang di telinganya.Ammar berdiri di tepi tanah perkuburan.Sebentar tadi.Majlis perkebumian Lily selesai dilaksanakan.Lily mati  juga akibat pendarahan teruk.Lebih malang lagi bayi didalam perutnya turut mati sebelum sempat melihat dunia.Ammar tidak peduli meskipun ramai orang memintanya supaya bersabar,menerima takdir tuhan.

Orang ramai menyangka bersedih kerana kematian Lily,hakikatnya dia menyalahkan dirinya kerana tidak mempercayai Izzah dahulu sehingga wanita itu akhirnya pergi meninggalkannya kerana diusir olehnya.Semuanya gara-gara tipu muslihat Lily.


“I,ampunkan dosa you ,Lily.I redha dengan apa yang berlaku.Semoga you bersemadi dengan  tenang.”Ammar berpaling apabila terasa bahunya ditepuk.Syahida,berbaju kurung biru dan bertudung putih melemparkan senyuman manis.Sudah satu jam abangnya duduk bersila di kubur Lily.Abang kesalkan pemergian Lily ke atau dia rasa bersalah pada Kak Izzah.Harap-harap abang dah sedar semua kesilapannya.

“Sudahlah abang,kita semua bersedih.Lepaskanlah pemergian Lily dengan aman.Jom balik,dah semalaman abang tak cukup rehat.”Ammar membisu.Dia merasakan segala-galanya berpunca daripadanya.Kalaulah  Lily dan Izzah tidak pernah bertemu.Kalaulah dia tidak membuat keputusan melulu,pasti semua orang akan bahagia..Maafkan Abang Izzah.

“kalaulah Izzah tahu,abang tak pernah sedetik pun melupakan sayang…..pulanglah sayang…redakan duka dihati ini,matikan kerinduan yang menyala terhadapmu…”Ammar berkata perlahan sebelum melangkah masuk kedalam kereta.

Tidak jauh dari kereta Ammar,kelihatan dua orang wanita sedang berdiri di bawah pokok.Salah seorang daripada mereka sedang hamil.Wanita berbaju kurung serta bercermin mata hitam itu,mengesat air matanya sambil memandang kearah kereta Ammar,sebaik kereta Ammar melepasinya dia berpaling.Ada getaran dalam dirinya apabila menatap wajah Ammar yang murung.

“Kenapa Am?”soal Dato’Azlan.Pelik melihat Ammar tiba-tiba berpusing memandang ke belakang.

“Tak ada apa abah.Am tak ada apa-apa,abah dengan mak tak payah risau.”Hatinya terasa sesuatu yang aneh.Melihat kelibat wanita misteri itu tadi membuatkan dirinya tiba-tiba terasa segar.

“Izzah.”sebaris nama terpacul dari bibirnya.Arh..mustahil.Izzah ada disitu.Dia sendiri masih mencari-cari dimanakah isterinya itu berada.Perihal Lily sudah diketahui oleh ahli keluarga terdekat,semuanya jelas terkejut apabila,Ammar meminta doktor melakukan ujian DNA kepada mayat bayi yang sudah tidak bernyawa itu dan ternyata,bayi dalam kandungan Lily bukan miliknya.

DNA bayi berkenaan disahkan sepadan dengan Razif.Razif pula kini berada dalam tahanan polis.Penangkapan Razif membongkar segala jenayah terancang. Segalanya misteri yang membelenggu mereka terlerai sudah.Ammar mengeluh. Dia benar-benar menyesal.Arhg…Izzah…maafkan abang..Ammar menjerit didalam hati melaungkan nama Izzah.

“Cukuplah,bersedih.Jom balik,Baby dalam perut you tu perlukan rehat’’.Wanita berbaju kurung itu,segera memboloskan dirinya kedalam kereta,di ikuti rakannya.Kawasan kubur sunyi itu dipandang sehingga kereta yang dipandu rakannya itu meninggalkan kawasan perkuburan itu .

‘’Maira,kubur siapa yang kita lawat tadi?You ada kena mengena ke dengan orang dalam kereta tadi?’’Soal Adeline.Izzah diam.Wajahnya bersedih.Dia dah tahu bayi dalam kandungan Lily bukan miliknya.Ida kata ,Ammar selalu termenung selepas pemergian Lily.Apakah itu tandanya kasihnya sudah berubah?mungkin dia sudah tidak perlukan aku..

‘’Maira,you tak jawab lagi persoalan I.’’Suara rakannya bergema lagi.

‘’A friend of mine.Lin,I nak cuti esok,nak ke Johor.’’Adeline tidak bertanyakan apa-apa soalan lagi selepas itu.Izzah bukan berada didalam mood yang baik.Sepanjang perjalanan pulang ke Seremban.Masing-masing senyap.

hai semua..DT..karya pertama saya...idea masa zaman sekolah dulu...baru berani nak publish kt sini..
hope korang semua enjoy bace ya...
if ada typo sorry...





2 comments:

  1. hai semua...assalamualaikum...
    DT ni karya pertama saya sebelum SAT(seandainya aku tahu)
    hopefully korang enjoy bace Dendam Terindah...
    sorry kalau ada typo...
    enjoy ur reading....
    nervous ni..takut korang semua x suka jalan cite DT...

    ReplyDelete
  2. Salam..saya follow DENDAM TERINDAH awak ni lama dah.tunggu printed version tak de pun....tak boleh ke bagi sikit sikit preview..post pun saya baca setakat bab 17 kalau tak salah....kalau dah keluar buku nanti uar uarkan ye disini...all the best..!!!!

    ReplyDelete