Thursday 2 October 2014

Seandainya Aku Tahu-Bab 37(final )


‘’Helo, yes dear..kejap ya.’’Dia menjauhkan telefon bimbit dari telinga, lantas memandang Syazra yang sedari tadi membelakanginya.

‘’Syaz, you pergilah dulu, I nak jawab panggilan .Kejap lagi I menyusul.’’Senyuman Syazra terasa hambar, baru sekejap tadi, lelaki itu memeluknya dan menenangkannya, ketika itu, dia merasakan bahawa hatinya benar-benar terusik dengan sikap prihatin yang ditunjukkan Syed Zariff.

Tetapi sejurus selepas lelaki itu menjawab panggilan, dia sudah kembali kepada karakter lamanya, mengarahkan dia melakukan itu dan ini, sesuka hatinya.Ah, kau patut sedar kedudukan kau di sisi dia,dalam hatinya memang takkan pernah ada ruang untuk kau.Jangan bermimpi di siang harilah Syaz.Syazra menarik nafasnya dalam-dalam. Dipujuk hatinya agar tidak terleka dengan keindahan sementara.Jiwanya rapuh, amat mudah tertarik dengan perhatian yang ditunjukkan lelaki itu.Sedangkan di pihak lelaki itu, segala perhatian serta tindak tanduknya sekadar lakonan semata-mata.

‘’I  pergi cari mak dulu, jumpa nanti.’’Lemah nada suara Syazra.Terasa hatinya tergores lagi.Entah berapa banyak parut yang sudah terlakar dihatinya.Dia sudah lali, acap kali kata-kata yang lahir dari bibir lelaki itu merobek hatinya.


‘’Hmm.’’Hanya itu jawapan Syed Zariff, seterusnya dia leka melayan pemanggil di talian. Syazra terus melangkah meninggalkan ruangan itu. Ketika tiba di hujung lorong dia berhenti dan menoleh kearah suami.Dia mengeleng perlahan .Dari perlakuan lelaki itu dia sudah dapat mengagak siapa yang menghubungi suaminya.Sesekali dia ketawa dan tersenyum, pasti panggilan itu datangnya dari Thalia.Dia terus melangkah sehingga tiba ke ruangan yang menempatkan ayahnya.Bahu Salmiah disentuh perlahan.Wanita itu menoleh sekilas, kemudian kembali memandang pada sekujur tubuh uzur yang terbaring lemah diatas katil. Dia hanya mampu memandang dari luar.Ketika itu keadaan suaminya amat kritikal dan tiada siapa pun dibenarkan memasuki kamar pesakit.

‘’Mak, pergilah balik, biar Syaz yang jaga ayah malam ni, kalau ada apa-apa nanti, Syaz maklumkan pada mak kemudian.’’Syazra memujuk emaknya supaya pulang berehat dirumah,dan membiarkan dia menunggu ayahnya malam itu, dia masih muda, jadi tiada masalahnya untuknya berjaga semalam dan menunggu ayahnya.Sementelah , emaknya sudah tua, jadi sewajarnya dia mendapatkan rehat yang secukupnya.

‘’Mak nak tunggu ayah.’’Pandangan mata Salmiah masih melekap di cermin kaca yang menempatkan suaminya.Bukan sekali dua, dia dipujuk untuk pulang kerumah,tetapi sudah berkali-kali, dari pagi tadi, sehingga ke malam ni, dia masih memakai baju yang sama, baju yang ada kesan darah suaminya, setiap kali dia melihat kesan darah kering itu, air matanya pasti berderai.Sewaktu, Syazra mengusulkan supaya mereka keluar makan malam tadi di cafe berdekatan dengan hospital, emaknya tidak masu juga, dia lebih rela, sekiranya mereka sahaja pergi menikmati makan malam di cafe dan membungkuskan makanan untuknya.Itupun dia makan tak berapa banyak, sekadar empat lima suap dan selebihnya tidak mampu dihabiskan.

‘’Mak, apa kata, mak ikut Syazra dan Hani balik nanti, esok pagi-pagi Syaz bawa mak datang hospital.Dari pagi tadi mak tak rehat kan, jadi lebih baik mak pulang dan berehat sahaja di rumah,pasal ayah mak tak usah risau, Zaff ada disini,doktor pun ada ,Syaz you drive the car to the home, and I will be the one who stay and take care of him.’’Terkejut Syazra mendengar kata-kata Syed Zariff.Entah bila lelaki itu menghampiri mereka dia tidak sedar.Mungkin ketika dia leka memujuk emaknya tadi.

Takkanlah, dia sanggup dia nak berjaga tunggu ayah.Penat memandu dari Kuala Lumpur pun terasa lagi, sepatutnya dia yang pulang kerumah dan berehat, biar aku yang jaga ayah.Syazra mahu membuka mulut untuk bersuara, namun Syed Zariff memberikan isyarat mata untuknya mendiamkan diri.Rasanya dia tahu, suaminya sedang mengumpan emaknya dengan kata-katanya.

‘’Tak apalah, semua letih, mak tahu, kamu terkejar-kejar drive dari KL tadi.Apa kata kalau kamu semua pulang ke rumah dan berehat, esok kamu datang lagi,rasanya malam ni, ayah kamu takkan sedar. Emak sahaja  tak nak balik , daripada mak tak tenang berada di rumah, lebih baik, mak duduk sini tunggu ayah, sekurang-kurangnya tengok ayah depan mata, lega sikit hati mak ni.’’Salmiah tetap dengan keputusan untuk bermalam di wad berkenaan.Meskipun dia tidak dibenarkan masuk namun, cukuplah kalau dia sekadar dapat melihat lelaki itu dari luar bilik.

''Mak marilah balik bersama kami sekali.Sehari suntuk mak duduk sini. Zaff tak mahu nanti mak jatuh sakit pula.Insyaallah ayah akan kembali pulih.Esok Zaff janji, pagi-pagi lagi Zaff bawa mak datang sini.''Syed Zariff memainkan peranannya memujuk emak mertuanya.Akhirnya Salmiah mengaku kalah jua.Syazra memandang Syed Zariff, dia tersenyum akhirnya.Pandai Zaff pujuk emak.Lembut juga hati mak, bila menantu dia yang bersuara.


Mereka tiba dirumah tepat jam 12.30 malam.Syazra memimpin emaknya ke bilik tidur, dia menepuk-nepuk bantal kepalanya emaknya,kemudian dia memasangkan suis kipas untuk digunakan emaknya.Ketika dia menepuk permukaan tilam, tangan kanannya disentuh emaknya.

‘’Syaz,biar mak buat sendiri.pergi uruskan suami kamu.Ini rumah emak, tahulah mak nak hidup macam mana, dia tak biasa dengan rumah ni, pergi tolong dia.’’Syazra akur dengan kata-kata Salmiah, sebelum keluar, dia sempat mencium tangan dan mencium pipi emaknya.Salmiah mengesat air matanya.Dia menangis bukan sahaja kerana risau akan keadaan suaminya tetapi dia terharu dengan sikap Syazra, anak itu terlalu baik, walau apapun yang dia lakukan untuk menyakiti hati Syazra, anak itu masih patuh pada kata-katanya.

Kalaulah Syazra tahu hakikat  yang sebenar, pasti gadis itu akan membenci dirinya.Tiba-tiba dia merasa takut pula, takut kalau Syazra akan membenci dirinya.Salmiah mula menyedari kesilapan dirinya selama ini.Anak yang tidak pernah ikhlas disayangi, anak yang selalu dimarah dan dipukul sewaktu kecil kini membalas jasanya yang tidak seberapa.

Tindakkan gadis itu selalu tulus.Ah berdosanya dia, kerana tamak, kerana ego, kerana cemburu, dia rela memisahkan kasih seorang anak dan ibunya.Sudah terlambatkah jika dia mahu memperbaiki hubungan mereka?
............................................................................................................

‘’Syaz, kak long kau tak nak melawat ayah ke?’’Soal Syed Zariff.Ketika itu mereka berada didapur.Syazra ringkas mengenakan baju kurung kedah digandingkan dengan kain batik.Lain betul penampilan isterinya.Dia pula sekadar memakai seluar bermuda, dan t-shirt bewarna biru muda, rambutnya tidak tersisir rapi, buat apa nak memakai gel rambut, jika dia sekadar duduk dirumah.

Imej yang begitu membawa Syazra kembali mengingati zaman kolej mereka, saat itu Syed Zariff terkenal dengan imej nakalnya.Nakal tetapi tetap kemas.Bila dia berpakaian santai begitu, hilang imej seorang ahli perniagaan yang disegani.Syazra menjeling, bila sesekali anak rambut lelaki itu jatuh ke dahi, ringan sahaja dirinya mahu menguis rambut lelaki itu, namun dikawal perasaannya, tak mungkin wujud istilah mesra di antara mereka.Syed Zariff menatap wajah Syazra yang sedari tadi tidak berkelip memandangnya.keningnya dimain-mainkan, sengaja mengusik wanita itu.

Syazra mengalihkan pandangan cepat-cepat.Cis malu pula tertangkap pagi ni.Mesti dia ingat aku ni gatal sangat sampai tak berkelip memandang wajahnya.Syed Zariff  tersenyum meleret.Dia menghirup air didalam cawan dihadapannya ,sambil sesekali mencuri pandang kearah isterinya yang pura-pura menyibukkan diri.Wajah putih bersih yang berona merah itu mencuit hatinya.Seronok betul dapat mengusik wanita itu sekali sekala.

''Kenapa kak long kau tak datang melawat ayah lagi?''Soalan itu diulang sekali lagi.

‘’Mak kata, kak long tak boleh datang lawat ayah sebab, kereta abang long masih ada dalam bengkel lagi.’’Syed Zariff mengerutkan dahi, sudah dua hari bapa mertuanya dimasukkan ke hospital, takkan sehingga sekarang Farina tiada usaha langsung nak balik menjenguk ayah?bukan jauh sangat pun setengah jam sahaja, kalau naik teksi pun takkan sampai kena bayar beratus-ratus ringgit.Rasanya dalam beberapa puluh ringgit sahaja.

‘’satu kereta saja kak long kau ada?’’Soal Syed Zariff tiba-tiba.Syazra menjeling.Sarkastik punya soalan. Mentang-mentanglah dia anak orang kaya dan mempunyai koleksi kereta yang banyak, dia ingat semua orang sama sepertinya?

‘’Habis,awak expect orang ada banyak kereta macam awak lah? Keluarga saya tak semewah keluarga awaklah Zaff.’’hish, bukannya nak membantu, dikutuknya keluarga aku.Benci betullah.Apa ingat kami ni macam awak ke? Beli kereta macam beli baju.Banyak sangat, sampai dah tak terguna.Mungkin ini memang hobi orang kaya agaknya.Omelnya didalam hati.Wajah tampan itu dijeling tanda tidak puas hati.

‘’Sorry my bad, kesian mak, berharap sangat kak long kau datang , rumah kak long jauh tak? Nak aku jemput dia ke?’’Syed Zariff cuba menjernihkan keadaan dengan menawarkan diri untuk menjemput Farina.Terasa kesal pula kerana membangkitkan isu kereta tadi, iya tak ya juga, manalah mereka mampu nak beli kereta banyak-banyak.Aku je yang gila tukar kereta dan gila beli kereta.

‘’Serious?awak sanggup?’’Syed Zariff mengangguk berulang kali, setakat nak jemput je, bukan masalah besar.Bukannya rumah Farina tu jauh macam jarak Johor Bharu- Thailand.Setakat setengah jam je.

‘’Nanti saya telefon kak long, awak nak pergi seorang ke?’’Soal Syazra.Seketika dia mengigit bibir, terasa bodoh pula soalan yang dilontarkan .Syed Zariff mengecilkan mata.Buat lawak apa pula pagi-pagi ni?

‘’Eh taklah aku nak ajak jiran sebelah rumah kau.’’Syed Zariff membalas sinis.

‘’Boleh je silakan.’’Syazra membalas kembali kata-kata suaminya dengan nada yang sama.Dia memang malas nak layan sikap main-main lelaki itu.Hampir tersembur air yang sedang diminumnya tatkala soalan itu meniti di bibir isterinya.Terkedu dia seketika.Pergi sorang?memang tidak lah,bukan dia tahu sangat kawasan di situ.

‘’Takkanlah, tak nak aku, tak biasa, mestilah nak pergi dengan kau, takkanlah nak pergi sorang pula.Mana aku tahu rumah kat mana, maunya aku sesat.Takut nanti bukannya aku sampai rumah ke Farina, silap hari bulan aku boleh tersesat sehingga ke tempat lain pula.''

Terjerat dek permainan sendiri.Sejujurnya dia sengaja bergurau pada awalnya.Wajah suram itu mengundang simpatinya.Tidur wanita itu tidak lena semalam.Tidurnya hanya beberapa jam, selebihnya wanita itu menghabiskan masa dengan mengaji.Ketika dia bangun pagi tadi, Syazra sudah tiada didalam bilik.Entah bila masa dia tidur, Syed Zariff tidak tahu.

‘’Okey. Nanti saya bagitahu mak, mesti dia happy.Mak dah lama tak jumpa kak long ’’Syazra bersuara riang, lantas dia mencari emaknya yang berada di ruang tamu, pasti emaknya gembira.Maklumlah anak kesayangan nak datang.

Tanpa disedari bibirnya mengukir senyuman nipis tatkala melihat wajah suram itu sedikit berseri-seri setelah menerima perkhabarannya.Bukan susah untuk melihat bibir comel itu tersenyum.Cuma entah dimana silapnya, sejak kebelakangan ini wanita itu lebih banyak berdiam diri tatkala berdepan dengannya.Bibir merekah itu juga jarang tersenyum apatah lagi ketawa.

Jauh disudut hati dia berdoa agar bibir itu terus tersenyum.Dia akui mereka berkahwin diatas dasar kontrak, tapi dia tidak sampai hati melihat wanita itu bersedih.Setiap perubahan dalam diri wanita itu diambil tahu.Meskipun perkahwinan mereka tidak seperti orang lain, tapi paling tidak dia mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami, dengan mengambil berat akan kebajikan isteri.
............................................................................................................

’’Bang, suami Syazra nak datang jemput kita kejap lagi, macam mana?boleh ke?’’Soal Farina, terkedek-kedek dia menghampiri suaminya yang ketika itu sedang duduk menonton televisyen.Panggilan telefon daripada emaknya membawa khabar gembira untuk dirinya.

‘’Boleh. Pergilah siap, siapakan anak-anak sekali.’’Acuh tak acuh sahaja Kamal menjawab.

‘’Habis abang?’’Soal Farina apabila melihat lelaki itu tetap santai mengadap cerita di televisyen.

‘’Nak pergi kerja kejap lagi. Rina, kalau mak tanya pandai-pandai lah awak jawab.Saya nak siap-siap ni.’’Kamal mencebik.Sebenarnya dia suka balik kerumah mentuanya jika Syazra ada disitu, tapi mengenangkan suami kepada adik iparnya itu turut serta, dia jadi menyampah.

Rasa benci melihat wajah dan sikap lelaki tu ketika pulang ke kampung.Sebenarnya hatinya bertambah sakit apabila lelaki itu melebihi dirinya dalam segala hal, tambahan pula lelaki itu berjaya memiliki gadis yang dia sukainya secara diam-diam.Sehingga hari ini, dia akui, dia masih menyimpan perasaan terhadap Syazra.

Farina mengeleng melihat mood suaminya yang berubah tiba-tiba.Ah lantaklah, janji ada orang nak jemput aku balik rumah mak sudahlah.Kalau adik ipar kau yang jemput, mesti naik kereta mewah dia.Eii bestnya, tak sabar nak naik kereta mahal.

‘’Along, angah! Cepat siap-siap, kejap lagi, Pak Ngah datang jemput kita balik rumah nenek.’’Farina bersuara kuat untuk memberi arahan kepada kedua orang anak-anaknya.Kedua-dua beradik itu cepat-cepat menyusup kedalam bilik air, dan mandi, kemudian mereka cepat-cepat menyarungkan baju baru.Farina tersenyum senang.Dia sendiri terkedek-kedek melangkah menuju ke bilik untuk bersiap.

Agak-agak kereta apa yang Syed Zariff bawa hari ni?hai bertuahnya badan dapat naik kereta mewah, bolehlah aku menunjuk pada jiran-jiran nanti.Dia sudah memasang angan-angan kosong .Dapat dia bayangkan kalaulah dia menaiki kereta mewah milik adik iparnya, pasti jiran-jirannya akan terperanjat sakan.

Kereta Porshe Cayanne milik Syed Zariff meluncur tenang diatas aspal.Dia tidak boleh memandu terlalu laju, sementelah mereka melalui jalan dikawasan perumahan, bimbang pula, jika dia memandu laju, dia bimbang gagal mengawal kelajuan kenderaannya nanti takut terlajak ke tempat lain pula.

‘’Syaz, lepas tu, nak masuk jalan mana?’’Soal Syed Zariff apabila kereta yang dipandunya tiba disuatu simpang.Syazra memandang ke kiri dan ke kanan, dia cuba mengingati lokasi rumah Farina, sudah lama rasanya dia tidak datang ke situ.Jadi banyak perubahan telah berlaku.

‘’Kena masuk simpang kanan.Lepas tu jalan terus, belok kanan lagi, tak silap saya rumah Kak Long,yang ada pokok mangga kat luar tu.’’Syed Zariff mengikuti sahaja kata-kata Syazra.Tidak sampai 5 minit, kereta Syed Zariff berhenti betul-betul dihadapan rumah teres dua tingkat, double-storey .Syazra segera turun sebaik enjin kereta dimatikan.

‘’Mama, mak ngah dah sampai.’’Jerit anaknya yang berusia 5 tahun.Terkedek-kedek Farina membuka pintu,sebaik terlihat wajah Syed Zariff senyumannya mekar.Tidak langsung dia mempelawa Syazra supaya masuk kedalam rumah, sebaliknya dia hanya menumpukan perhatiannya kepada adik iparnya.Adik iparnya itu memang kacak,lebih kacak dari suaminya.Sudahlah kacak, kaya pula tu.

‘’Masuklah, duduk dulu, akak ada buat air, akak nak settlekan beberapa benda sikit, lepas tu kita dah boleh gerak, masuklah Zariff, rumah akak ni buruk je.’’Syed Zariff lantas menarik lengan Syazra supaya mengikutnya masuk kedalam rumah itu, setelah Farina dengan beraninya menarik tangannya supaya memasuki rumah itu.Meremang bulu romanya melihat tingkah laku Farina, nak dimarahnya dia simpati pula melihat keadaan wanita itu yang hamil.

''Abang Kamal tak ada ke kak?''Tanya Syed Zariff.Segan juga untuk masuk kedalam rumah begitu sahaja.

''Tak ada, suami akak dah pergi kerja.''Farina tersengih.Langsung tiada riak bersalah diwajahnya.Sedangkan hakikatnya, suaminya ada didalam bilik.Sedang berbaring diatas katil.Pedulikan soal suaminya, yang penting dia perlu melayan adik ipar kacak dan kaya itu betul-betul.Dia sedia maklum semuanya memang agak dingin terhadap adik iparnya yang seorang ini.

Mata Syazra memandang ke sekeliling rumah.Rumah kak longnya cantik, ruang tamunya kemas, dan sedap mata memandang, siap ada aircond lagi.rasanya diantara deretan rumah di jalan itu, rumah kakaknya lah yang paling cantik,Ah kak long memang gemar menunjuk-nunjuk, rela berhutang semata-mata untuk bergaya.Berapa sangatlah gaji suaminya yang menjawat jawatan penyelia kilang.

‘’Syaz, akak kau ni betul ke tak mampu nak afford cost untuk balik rumah mak kau?aku tengok rumah dia cantik juga.Tapi....’’Tidak sempat dia menyambung bicaranya kerana Farina muncul kembali bersama dua orang kanak-kanak lelaki.Rasanya itulah anak saudara Syazra.Dia pernah melihat kanak-kanak lelaki itu di rumah mertuanya sebelum ini.

‘’Along, angah, salam pak ngah dengan mak ngah.’’Arahnya.Berebut-rebut kedua anak lelaki kak longnya itu menyalami Syed Zariff dan Syazra.

‘’Nama siapa ni?’’Soal Syed Zariff.Dia mengosok kepala kanak-kanak itu.

‘’Mohd Firdaus.’’

‘’Yang ni?’’Soal Syed Zariff pada yang seorang lagi.

‘’Yang tu namanya Mohd Fadhil.Pemalu sikit orangnya.Fadhil ni umurnya 6 tahun,kalau Firdaus, ni muda setahun dari Fadhil.’’Syazra memberikan penerangan.Syed Zariff sekadar mengangguk-angguk.Padanlah macam pernah tengok kedua kanak-anak itu, anak saudara Syazra rupanya. Dia jarang pulang ke kampung sebab itu dia tidak berapa mengenali keluarga sebelah isterinya.

‘’Jom,akak dah siap.’’Terus sahaja Farina menonong keluar.Terkulat-kulat Syazra memegang beg baju yang dihulurkan Farina kepada dirinya.Sebaik mereka tiba diluar pagar, Farina terus sahaja meluru masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.Syed Zariff sudah tidak terkata apa-apa, manakala Syazra terpaksa akur untuk duduk di bahagian belakang.

Di dalam kereta Farina, kecoh bertanya itu dan ini kepada adik iparnya.Syazra sekadar mendiamkan diri dan menyibukkan dirinya melayan kedua-dua orang anak saudaranya.Sebaik tiba di kampung, Farhani dan Salmiah sudah berdiri di muka pintu bagi menyambut kedatangan mereka.Wajah muram Salmiah bertukar ceria sebaik ternampak kelibat kedua-dua orang cucu kesayangannya.

‘’Hai, apasal pula kak long duduk depan?kan itu tempat Kak Syaz?’’Sindir Farhani.

Farina memberikan jelingan tajam.Sedikit pun Farhani tidak gentar.Dia bukannya selembut Syazra.Syazra sering mengalah jika berhadapannya dengan Farina, namun tidak Farhani.Apa sahaja tindakkan kakak sulungnya itu yang tidak kena dimatanya lantang sahaja dia bersuara.Umur muda bukan penghalang.Dia jauh lebih menghormati dan rapat dengan Syazra berbanding Farina.

‘’Apa masalah kau ni?Zariff dengan Syazra tak kisah pun aku duduk depan, apasal pula kau nak bising?lagipun aku ni lagi tua dari Syazra, mestilah aku kena duduk depan, dia kena hormatkan aku ?betul tak Syaz?kau marah ke aku duduk depan tadi?’’

Kini dia beralih pula kepada Syazra, melihat kepada reaksi Syazra yang tidak memberikan sebarang respon, Syed Zariff segera masuk campur.

‘’Tak apalah  Hani, Kak Syaz, tak kisah pun,abang pun tak kisah.Benda kecil je kan?dah jom kita masuk dalam rumah,petang nanti, boleh lawat ayah kat hospital.’’Sebelum apa-apa terjadi, cepat-cepat Syed Zariff meleraikan mereka.Dapat dia rasakan, hubungan Syazra dan Farina tidak berapa baik.Syazra menonong masuk kedalam rumah tanpa menunggu Syed Zariff.Hatinya sebal.Tengaharinya pula dia menyibukkan diri memasak di dapur sambil dibantu oleh Farhani sementara Farina dan emaknya rancak berbual bersama di ruang tamu.Syazra diam sahaja dan menumpukan perhatian terhadap masakkannya, sedangkan mulut adiknya tidak henti-henti mengomel sedari tadi.

''Sepatutnya tak payah pergi jemput kak long tu Kak Syaz.Datang pun bukannya boleh tolong apa-apa.Berlagak tak habis-habis, tak sedar diri betul.Tak habis-habis nak menunjuk, padahal bukannya duit abang long tu banyak mana pun, entah mana dikoreknya duit beli gelang baru.Beli gelang ada duit, nak datang lawat ayah, nak jenguk mak dan ayah kt rumah ni berkira sangat.Entah-entah ada buat perkara yang tak elok kot ''Sedari tadi bibir comel itu tidak henti-henti merungut.Masakkan tidak ada sahaja tugas yang di arahkan kakak sulungnya itu.Mana dengan nak melayan kerenah anak buahnya yang buas.Sedangkan kak longnya duduk bersantai di ruang tamu sambil berborak dengan emak.Sampai ke dapur suara kak longnya kedengaran.Kali ini kak longnya menunjukkan gelang emas yang baru dibeli.Sengaja lah tu bercakap kuat-kuat dengan niat menunjuk-nunjuk.Tercebik-cebik bibir comel gadis itu mengutuk kakak sulungnya.
Syazra tergelak kecil mendengar bebelan gadis itu.Jauh betul pemikiran gadis tersebut.

''Hani, tak baik tuduh macam tu.Kak long bukannya sengaja tak nak datang lawat ayah, kan kereta dia rosak. Dah anak dara tak elok membebel kat dapur macam ni.Lagi satu tak elok kalau Hani suka hati sahaja cakap kak long tu buat perkara-perkara macam tu.Kalau tak betul jatuh hukum fitnah.Hani tahu kan, memfitnah itu berdosa besar.''Farhani tersenyum kelat.Silap oranglah aku mengumpat hari ni.Hish, Kak Syaz ni baik sangat.Padahal macam -macam kak long buat pada dia.

''Hani minta maaf kak Syaz.''Syazra memeluk mesra bahu adiknya.

''Macam tulah, lain kali jangan buat lagi.Dah cepat bancuh air, akak dah siap masak.Tinggal nak hidang.Lepas makan ni,nak pergi lawat ayah pula.''Syazra menjengah ke ruang depan, kelibat Syed Zariff dari tadi tidak kelihatan.Agaknya sedang berehat didalam bilik.

''Akak nak cari abang Zariff kejap. Hani tolong hidangkan  makanan atas meja nanti boleh?''Farhani mengangguk laju.Syazra membasuh tangan dan mengelap pada kain bersih.Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke dalam bilik yang terletak dibahagian atas rumah.Pintu bilik yang tidak ditutup rapat ditolak perlahan.Perlahan-lahan dia melangkah masuk.Wajah lelaki yang sedang khusyuk mengadap Ipad dipandang lama sebelum nafas di hembus perlahan.Wajah lelaki itu beriak serius.Mungkin sedang memeriksa kerja atau menyemak email berkaitan urusan kerja.

''Banyak kerja sangat ke awak?''Soal Syazra perlahan.Syed Zariff mengalihkan pandangan.Bila masa Syazra masuk?

''Boleh lah.Ni tengah semak email yang Hafeez hantar.Kenapa tanya?''Dia kembali memandang gajet ditangannya.

''Kalau sibuk sangat awak balik lah dulu, saya boleh uruskan hal di sini.''Syazra mengusulkan cadangan itu.

''Itulah, aku serba salah nak bagi tahu kau.Memang cadangannya aku nak kena balik cepat.Sebab ada kerja penting nak kena uruskan.Tapi tak apa ke tinggalkan kau macam ni?''soal Syed Zariff sambil memandang tepat ke wajah lembut itu.Syazra mengangguk.

''Tak apa, saya boleh uruskan sendiri.Awak sudi hantar saya balik pun saya dah bersyukur sangat.''Bibir itu mengukir senyuman ikhlas.

''Hish, apa pula cakap macam tu, keluarga kau, keluarga aku juga.Dah lah lupa kan pasal kerja semua, nanti aku tengok dulu macam mana.Kalau nak di ikutkan memang sibuk.Ni pun nasib ada Hafeez yang boleh tolong dengan Walid, kalau tak , tak mampu aku nak uruskan semua ni sendiri.Kau masak apa hari ni?Tadi aku macam bau kari, kau ada masak lauk kari ke hari ni?''Soal Syed Zariff. Gajet ditangannya diletakkan diatas katil.Dia bangun dan mengeliat ringkas.Lenguh tubuhnya kerana sedari tadi dia duduk mengadap kerja.

''Hmm..aah, saya masak kari.Jom lah turun makan.Rasanya Hani dah siap hidang.Lepas makan ni nak ke hospital pula lawat ayah.Kalau awak penat, tak apa biar saya sendiri bawa mak dengan kak long.''Syazra sudah bersedia untuk melangkah keluar apabila lengannya ditarik kebelakang.

''Lagi sekali aku dengar kau cakap macam tu aku cium mulut kau.''Laju kata-kata itu meluncur dari bibir suaminya.Syed Zariff sendiri terkedu dek keterlanjurannya.

''Hah?apa awak cakap?''Syazra tercengang.Rasanya aku tak salah dengar.

''Aku cakap lagi sekali , kau salah cakap aku cium mulut kau, nak aku demo ke?''Syed Zariff menarik tubuh itu hampir kepadanya.Bulat mata Syazra apabila kedudukkan mereka terlalu hampir sehingga dia dapat merasa hembusan nafas lelaki itu mengenai wajahnya.Pantas dia menolak lelaki itu.Namun Syed Zariff mengeraskan badan, pelukkannya dieratkan.Namun bibirnya tidak singgah di bibir mungil wanita itu.Dia sekadar tunduk berbisik di telinga Syazra.

''Lagi sekali aku dengar kau cakap macam tu, memang aku cium bibir kau lama-lama.Keluarga kau, keluarga aku juga, berapa kali nak cakap, walaupun pernikahan kita tak macam orang lain, tapi aku tak main-main soal tanggungjawab pada keluarga kau,memang aku akui aku bukan suami yang baik, tapi aku tetap nak jadi menantu terbaik untuk mak dan ayah kau.Faham?''Perlahan-lahan dia melepaskan tubuh Syazra yang dirangkul erat sedari tadi.Laju sahaja kakinya melangkah keluar meninggalkan wanita itu yang terdiam kaku.Tangannya meraup mukanya.Kenapa jantung aku berdegup laju sangat ni?Memang dia geram dengan kata-kata yang keluar dari bibir wanita itu.Nasib baik  akal warasnya melarang keras tindakkan berani matinya.
Syazra berdiri tegak di tempatnya sambil memegang dada.Degupan jantungnya terlalu laju .Syaz,sabar.It a part of his plan.What ever he said, he meant nothing.You just need to be relax.Jangan layan sangat perasaan nanti kau yang merana nanti.
Setelah hatinya berasa tenang sedikit barulah dia melangkah keluar dari kamarnya.Ketika bertentang mata di meja makan.Syazra pura-pura selamba.Padahal bulu romanya meremang setiap kali teringat kata-kata lelaki itu.
...........................................................................................................

Petang itu, ketika mereka sudah bersiap-siap mahu ke hospital, sekali lagi, Farina buat hal. Dengan selambanya dia mengarahkan bahawa Syazra tinggal dirumah dan menjaga kedua orang anaknya, manakala, hanya dia, Farhani dan Salmiah yang pergi melawat ayahnya dihospital.Ketika itu Syed Zariff hampir hilang sabar, apatah lagi ketika itu, Farina asyik mendesak dirinya supaya mengikuti sahaja perancangannya.Dia sudah bosan melihat drama swasta yang berlaku didalam rumah keluarga mertuanya.Sikap Farina sungguh menjengkelkan.

Jika tidak kerana memikirkan dia berada di rumah mertuanya, dan dia ingin menjaga hati Salmiah,pasti sudah lama dia, menengking Farina, sikap kakak iparnya itu sangat keterlaluan, langsung tiada rasa bersalah, memaksanya melakukan sesuatu mengikut suka hatinya,sepatutnya, dia sebagai anak yang paling dekat dengan keluarga, haruslah lebih peka akan keadaan kesihatan ayahnya sendiri.

Nak kata tak mampu nak hantar ayahnya ke hospital,mustahil.Mendiami rumah besar, dan agak mewah hiasan dalamannya, takkanlah tak mampu nak keluarkan duit untuk tambang teksi.Ah pokok pangkalnya semuanya datang dari niat.Syed Zariff akhirnya meggunakan kuasa vetonya dengan memaksa Syazra untuk mengikutinya.Sempat juga dia berseloroh mengatakan bahawa dia tidak mahu keluar jika Syazra tidak ada bersama.

Akhirnya, petang itu, Farhani mengalah untuk tinggal dirumah, dan menjaga anak saudaranya dirumah.Kali ini, tempat duduk dihadapan diduduki oleh Salmiah.Syazra dijeling dari Cermin pandang belakang.Isterinya duduk termenung memandang keluar.Hanya dia yang melayan perbualan emak dan Farina.

Syazra seolah-olah hanyut dengan dunianya.Wajah sayu itu mengundang perasaan simpati yang tidak bertepi.Dia cuba memahami gelodak perasaan yang ditanggung wanita tabah itu.Sejak mendapat berita dari doktor itu, Syazra lebih kerap termenung dan melayangkan senyuman plasu dihadapan mereka.Tidur malam isterinya juga tidak selena selalu, dia tahu isterinya selalu bangun setiap malam dan menunaikan solat hajat memohon kepada Allah untuk memanjangkan usia ayahnya.
acap kali dia melihat wanita itu menangis.Namun dikeraskan hatinya untuk memujuk.Dibiarkan wanita itu menangis sepuas hati sebelum dia pura-pura terjaga atau mengubah posisi tidur.Lazimnya Syazra akan cepat-cepat baring semula ke tempat tidur. Dan berpura-pura konon-konon tiada apa yang berlaku.Dan dia akan mengawasi gerak geri isterinya sampailah Syazra benar-benar terlena, barulah dia melelapkan mata semula.
............................................................................................................

Syazra melangkah masuk ke bilik rawatan yang menempatkan ayahnya.Semalam ayahnya sudah sedar.Jadi doktor sudah memindahkannya ke wad biasa.Syed Zariff sudah pulang pagi tadi,lelaki itu sempat menjenguk ayah mertuanya di hospital sebelum bertolak pulang.Syed Zariff  telah meminta pemandu peribadi ayahnya , Ismail,untuk menjemputnya dari kampung, dan kereta mewahnya ditinggalkan untuk kegunaan Syazra. Dengan bidang kuasa yang dimilikinya, dia sudah memberi kelonggaran kepada Syazra dengan memberi keizinan kepada isterinya untuk berada di kampung sehingga keadaan ayahnya benar-benar stabil.

Syazra memulas tombol pintu bilik yang tertutup rapi.Di tangan kanannya dia menggalas beg tangan, dan ditangan kirinya dia membimbit beg kertas yang mengandungi bekalan .

‘’Assalamualaikum, ayah.Macam mana hari ni?’’Sallehuddin, segera bangun sebaik melihat wajah anak gadis kesayangannya itu.Bibir pucatnya mengukir senyuman manis.Kedatangan Syazra memang ditunggu-tunggunya dari tadi.Tangan halus itu mencapai tangan kasarnya.Seperti biasa Syazra akan tunduk mencium tangannya.Bibir manis itu tidak pernah lekang dek senyuman.Senyuman yang mengingatkan dia pada sesorang yang dirindui dalam diam.

‘’Macam ni jugalah Syaz, kalau memang dah tersurat untuk ayah yang, umur ayah takkan lama,walau macam mana doktor berusaha pun Allah tetap tak izinkan.’’Wajah Syazra berubah setelah mendengar kata-kata ayahnya.

‘’Ayah, kenapa cakap macam tu?kan Syaz dah janji, selagi Syaz ada, ayah akan sihat-sihat belaka.Mana boleh ayah tinggalkan Syaz sorang-sorang.’’Protes Syazra.Sallehuddin mengukir senyuman nipis.Tingkah anak gadisnya itu masih sama, manja.Dia mengusap kepala anaknya yang dilitupi tudung bawal bewarna merah.

‘’Syaz, kita manusia, Cuma boleh berusaha, tapi yang menentukan  yang selebihnya  kuasa Allah.Kalau sekarang ni, Allah tarik nyawa ayah pun, ayah dah bersyukur sangat, sebab ayah tahu, anak ayah ni, ada suami yang boleh jaga dia.Senang hati ayah tengok Syaz dengan Zariff, tak sangka kan, anak jutawan macam dia tu boleh masuk dengan family kita.Ayah bangga dengan anak menantu ayah.’'

’Syazra terasa bersalah setelah mendengar kata-kata ayahnya.Entahlah, benarkah Zariff benar-benar ihklas melayani kerenah ahli keluarganya?bukannya dia tak perasan macam mana, reaksi wajah suaminya ketika melayan kerenah kak longnya.Wajah terpaksa!.Walau apapun,dia tetap bersyukur, kerena Syed Zariff boleh menyesuaikan diri dengan keluarganya.

‘’Dah lah, ayah jom makan, mesti ayah lapar kan?hari ni, Syaz masak istimewa untuk ayah.Bubur nasi dengan sup campur.Ayah suka kan makan sup campur, ayah makan banyak-banyak ya nanti .Ayah nak Syaz suapkan ke atau nak makan sendiri?’’Soalnya.Beg kertas bewarna kuning air itu, dibuka isinya.Lalu dia mengeluarkan satu persatu tupperware didalamnya dan menyusunnya diatas meja.Sebaik penutup dibuka, semerbak bau harum bubur nasi memenuhi ruang kamar.Selera Sallehuddin terbuka serta merta.Bau wangi yang terbit dari bekas makanan itu menyebabkan perutnya terasa lapar.


‘’Ayah suap sendirilah.Syaz tak payah susah, duduk je  tengok ayah makan, tapi jangan harap ayah nak kongsi dengan kamu.’’Syazra ketawa mendengar kata-kata ayahnyaDia mengangguk sahaja mengiakan kata-kata itu. Seronok melayani kehendak ayahnya.Terubat juga hati melihat kesungguhan ayahnya menjamah makanan yang dibawanya walaupun lelaki itu mengalami kesukaran untuk menelan makanan.Sekali ayahnya akan mengeluh, kerana tiub ditangan kanannya menganggu keselesaan dirinya untuk makan menggunakan sudu.Ketika itu jugalah, dia perasan, ada gumpalan tisu terselit di bawah bantal.Cepat-cepat Syazra mengambil gumpalan tisu itu sebelum sempat Sallehuddin menahan tindakkannya.Sebaik gumpalan tisu itu dibuka, Syazra terus menjerit.

‘’Ayah! Apa benda ni?Ya Allah , dah berapa lama, ayah buat macam ni?’’Sallehuddin tersenyum cuma.Ah kantoi pula, dia tiada kudrat untuk bangun dari katil dan membuang gumpalan tisu berisi ubat yang tidak dimakannya kedalam tong sampah.Selalunya dia akan membuangnya kedalam tong sampah, atau lubang tandas.

‘’Ayah, dah jemulah.’’selamba jawapan yang dituturkan ayahnya.

‘’Hah?jemu?Ayah! kenapa buat Syaz macam ni?letih lah ayah.Penat Syaz buat itu ini, untuk ayah, sampai hati ayah.’’Terlalu kecewa dengan tindakkan ayahnya sehingga Syazra mengalirkan air mata.

‘’Ayah minta maaf.Ayah janji takkan buat lagi.’’Syazra menjeling.Boleh percaya ke ni?Bersungguh-sungguh ayahnya mengangkat tangan sebagai tanda dia bersumpah bahawa dia takkan mengulangi perbuatannya lagi.Air matanya segera dihapuskan.Patutlah makin teruk keadaan ayah.Tak makan ubat rupanya.

‘’Boleh percaya ke?ayah, mana boleh ayah skip tak makan ubat,macam mana ayah nak sembuh kalau macam ni.’’
‘’Ayah bosanlah.’’

‘’Ayah!, mana ada istilah bosan , nak tak nak ayah kena makan juga ubat ni.’’

‘’Baiklah, ayah janji, ayah akan makan ubat kalau Syaz pun janji sesuatu dengan ayah.’’

‘’Apa dia?’’Suara Syazra mulai kendur.Namun, dari riak muka ayahnya dia tahu, ayahnya mahu membuat permintaan tidak munasabah lagi.

‘’Ayah jangan nak minta Syaz buat sesuatu yang tak munasabah.’’

‘’Jangankan  permintaan tidak munasabah, munaserawak pun tak ada.Ayah minta benda yang biasa-biasa je’’Sallehuddin masih mahu bermain tarik tali dengan anaknya.Syazra pura-pura merajuk ketika diusik oleh ayahnya.Melihat wajah ayahnya yang tiba-tiba bercahaya itu membuatkan dirinya tidak jadi untuk marah.

‘’Okey, ayah cakap sekarang.’’Suasana berubah ketika itu.Tangan kanan anaknya diraih lalu digenggam erat.

‘’Boleh tak Syaz janji dengan ayah, akan cuba tunaikan permintaan ayah .?’’Syazra Cuma mampu mengangguk.Sallehuddin menarik nafas panjang.

‘’Syaz, ayah sebenarnya bukan sengaja tak mahu makan ubat, Cuma ayah rasa, dah terlalu banyak ayah susahkan keluarga kita.Lagipun dah terlalu lama ayah sakit.Ayah pun tahu, jangka hayat ayah dah tak panjang, sebenarnya hari tu,kalaulah nyawa ayah tak panjang, ayah redha.’’Tersentap hatinya mendengar kata-kata ayahnya.Suara ayahnya begitu tenang .

‘’Ayah, kenapa cakap macam ni?ayah tak pernah susahkan sesiapa pun.’’Syazra pantas menyangkal kata-kata ayahnya.

‘’Boleh tak Syaz, tunaikan satu permintaan ayah?’’Senyuman manis terukir dibibir ayahnya.

‘’Apa dia?’’Soal Syazra, jika waktu itu, ayahnya suruh dia beli kapal selam pun silap-silap dituruti.Manalah tahu permintaan terakhir ayahnya adalah untuk menaiki kapal selam.Hish Syaz apa benda kau merepek ni.Wajah ayahnya direnung lama.Bibir kering itu mengukir senyuman .Senyuman ayahnya bagaikan menghantar mesej rahsia.

..........................................................................................................
DONE ....BAB TERAKHIR DIPOST KAN DISINI..
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG SUDI MEMBACA DAN MASIH MENUNGGU KARYA SAYA YANG TIDAK SEBERAPA NI..

SELEPAS NI SAYA FOKUS DENGAN PROCESS MSS SAHAJA ...HEHE DOAKAN SAYA..TAK TAHU BILA NAK SIAP SIBUK TAK HABIS2..MOOD MENULIS KADANG2 KELAUT JUGA..

AGAK-AGAK APA BENDA LAH YANG SALLEHUDDIN MINTA PADA ANAKNYA?
ADA SAPA-SAPA BOLEH TEKA TAK?

SELAMAT MEMBACA SEMUA
insyaallah ada masa saya akan update selingan cerita SAT disini...
insyaalah saya cuba untuk karang cerita lain dan post disini...

Thursday 24 April 2014

Seandainya Aku Tahu-bab 36

maaf sebab mengambil masa yang terlalu lama untuk update cerita ni..
selamat membaca..
terima kasih kerana setia menunggu sambungan cerita...

‘’Bad news, jantung persakit hampir-hampir berhenti berdenyut tadi.Sepatutnya ayah awak, dibawa ke hospital lebih awal.Terdapat pendarahan dalaman, seluruh sel kanser dah mula merebak ke seluruh paru-parunya, dan kami baru mendapati sel-sel kanser turut merebak ke organ yang lain.Ayah awak, semakin lemah.Kita tunggu 24 jam dari sekarang, tengok perkembang pesakit macam mana.Saya harap, keluarga awak banyak-banyak bersabar.’’Syazra terkaku.Ketika itu terasa seperti dunia dia sekelilingnya sunyi sepi.Kata-kata doktor itu benar-benar memeranjatkan dirinya.

‘’Cik okey ke?’’Soal doktor itu apabila Syazra tiba-tiba membisu.Padanya gadis dihadapannya itu memang seorang anak yang baik.Selama ini dia banyak berurusan dengan Syazra hal-hal yang berkaitan dengan Sallehuddin.Dia juga tahu, kos rawatan ayahnya ditangung oleh gadis itu sepenuhnya.

 ‘’Tapi, tempoh hari, doktor cakap, kesihatan ayah saya semakin baik,kenapa pula boleh jadi buruk tiba-tiba.?’’

‘’Puan Syazra, macam yang saya selalu kata, kita dah berusaha memberikan yang terbaik,segalanya bergantung pada kekuatan pesakit dan juga dengan izin-NYA.Saya pun agak terkejut melihat kesihatan ayah awak tiba-tiba merosot.Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, salah satunya ialah pesakit hilang keyakinan untuk hidup,mungkin, pesakit risaukan sesuatu, bila emosi pesakit terganggu, sel-sel kanser makin cepat merebak, ketahanan badan pesakit makin lemah, terus terang saya katakan, perbedahan tempoh hari tidak memberikan sebarang impak yang besar terhadap kesihatan pesakit.Pesakit kanser ni, kita tak boleh ramal.Semalam lain, hari ni lain, esok lain.Saya harap, awak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.’’Syazra mengenggam tangannya kuat-kuat.Hatinya terasa bagaikan diramas-ramas apabila mendengar berita itu.
‘’Puan Syazra, jangan menyesal, sebagai anak, awak dah melaksanakan tanggungjawab awak dengan baik.Setiap kali pesakit jumpa saya, beliau selalu bercerita pasal awak,katanya dia bangga ada anak seperti awak.’’Ketika itu Syazra mengangkat wajahnya yang sedari tadi ditundukkan.

‘’Ayah saya cakap macam tu doktor?betul ke?’’Doktor itu mengangguk sahaja mengiakan pertanyaan Syazra.Merasakan tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan disitu, Syazra lantas meminta dirinya

Sebaik pintu bilik doktor dibuka dari dalam, Syed Zariff pantas berdiri.Air muka Syazra mengambarkan sesuatu .Mata isterinya merah.Syazra berjalan menuju ke suatu arah.Dia mengikuti dari belakang.Langkah Syazra tidak teratur. Hampir-hampir sahaja Syazra jatuh jika isterinya tidak berpaut pada dinding . Isterinya melabuhkan punggung disalah satu deretan kerusi yang ada disitu.

Dadanya terasa sakit menahan perasaan, takkan secepat itu, ayahnya akan pergi meninggalkan mereka.Rasanya baru tempah hari ayahnya menjalani rawatan kemoterapi.Waktu itu, doktor memaklumkan bahawa kesihatan ayahnya beransur pulih, bagaimana pula tiba-tiba kesihatan ayahnya merosot?

‘’Are you okey?’’Soal Syed Zariff.Dari tadi dia risau melihat reaksi yang ditunjukkan isterinya.Wajahnya muram, namun isterinya tidak pula menangis.Begitu kentalnya insan bernama Syazra Nur Rania, tegar menjadi lilin yang membakar dirinya dan menerangi orang lain.Sehingga kini dia tertanya-tanya, atas tujuan apakah Syazra sudi menikahinya?sepanjang mereka berkahwin, gadis itu tidak pernah meminta-minta.Dia pun langsung tidak memberikan apa-apa sementelah isterinya tidak pernah memintanya memberikan apa-apa.

Rasanya jika dia terlupa memberikan  wang belanja dapur, isterinya tidak pernah meminta-minta.Jika mereka keluar berdua membelah belah barangan dapur, kalau dia terlambat menghulurkan duit di kaunter cashier, pasti Syazra terlebih dahulu mengeluarkan duitnya sendiri, sedangkan itu merupakan tanggungjawabnya.Memanglah dia dia tidak berupaya memberikan nafkah batin, tetapi setakat menyediakan keperluan gadis itu bukan masalah besar untuknya.

‘’Im, okay.’’Syed Zariff memegang kedua-dua belah tangan Syazra.Wajah isterinya tunduk sahaja.Bahu Syazra dipegangnya kuat, kemudian, tunduk memandang wajah Syazra.Wajah isterinya merah menyala.

‘’Syaz, I tahu, you tak okey.I nak you cerita semuanya pada I, jangan simpan seorang.I nak you cerita semuanya pada I, let me share your problem.I tahu I mungkin tak boleh ubah apa-apa,i will ensure that your father will get the best treatment available to treat cancer.Kita usahakan cari pakar terbaik utuk rawat ayah, walaupun kita kena bawa ayah berubat keluar negara, I don’t care, I tanggung semuanya.’’.Perlahan-lahan air matanya mengalir.Terharu dengan kata-kata lelaki itu.Kan bagus kalau hubungan kita bukan sekadar suami isteri diatas kertas.

 Terhingut-hingut bahunya menahan sedih,Syazra mengeleng dia tidak boleh menangis lemah seperti ini,namun apabila teringatkan keadaan ayahnya air matanya gugur lagi.Syed Zariff pantas menyeka air mata isterinya.Dia ingin Syazra meluahkan segala beban yang dihadapi.Melihat isterinya menangis, dia mula memahami betapa deritanya Syazra menanggung semuanya seorang diri.Besar tanggungjawab yang digalas wanita berhati wajar ini.

‘’Syaz, kita bawa ayah berubat ke tempat lain ya?’’Syed Zariff membawa Syazra kedadanya.Dipeluk tubuh langsing itu untuk menyalurkan semangat.Syazra menyembamkan mukanya ke dada suaminya.Dia tidak peduli jika orang lain memandangnya pelik.hatinya benar-benar risau.

‘’Hei , what up?tell me.’’Pujuk Syed Zariff, bajunya lencun dibasahi air mata isterinya yang bukan sedikit.Pertama kali melihat wanita itu begitu teruk mengalirkan air mata.

‘’Kesihatan Ayah makin teruk Zaff, rawatan selama ni tak berkesan langsung.Pembedahan ayah hari tu tak memberikan apa-apa kesan.Doktor kata jangka hayat ayah mungkin takkan lama, antibodi badan ayah dah makin lemah.Macam mana nak terangkan pada mak?pada kak long?pada Hani, pada Fazwan lagi.Saya tak mampu.’’suaranya tergelam timbul, antara dengar dan tidak dengar.

Esakkannya makin menjadi-jadi, Syed Zariff lantas bangun, dia menarik Syazra ke ruangan yang lebih tersembunyi, jauh dari pandangan orang ramai.Dibiarkan gadis itu menangis didadanya.Dia tidak kisah meskipun,semua orang yang lalu lalang memandang mereka pelik.Mereka suami isteri yang sah, tidak timbul isu halal haram jika saling berpelukkan dikhalayak ramai, Cuma di Malaysia perkara itu dipandang serong.Lagipun belum tentu orang yang lalu lalang itu tahu bahawa mereka merupakan sepasang suami isteri yang sah.


 Lapang hatinya  waktu itu, meskipun dia tiada daya untuk membantu, tapi sekurang-kurangnya dengan kehadirannya dapat melegakan sedikit kesedihan yang dihadapi isterinya.Teragak-agak dia mengangkat tangan dan mengusap belakang gadis itu.Apabila Syazra tidak membantah, Syed Zariff semakin selesa, tanpa sedar dia merangkul erat pinggang gadis itu.Jika telefon bimbitnya tidak berbunyi, sehingga sekarang pun dia masih tetap memeluk isterinya.Syazra baru tersedar bahawa sudah terlalu lama dia menangis didada lelaki itu, wajahnya merah meyala, bukan hanya sebab dia menangis terlalu lama, tetapi sebab dia malu pada suaminya.Syed Zariff tahu Syazra sedang menahan malu, jadi dia pura-pura tidak perasan, dan terus, menjawab panggilannya

* CUBA TEKA SIAPA YANG CALL Zariff?*

Sunday 30 March 2014

Sendainya Aku Tahu-bab 35


‘’Apa awak merepek ni?mestilah saya anak kandung emak, takkanlah anak angkat pula Kalau saya ni anak angkat tak adanya nama saya berbintikan Sallehuddin.’’Syazra duduk dibirai katil.

‘’ Aku tak cakap kau bukan anak kandung ayah, aku tahulah nama kau berbinti nama ayah, Cuma aku tanya,betul ke emak kau tu emak kandung kau? Bukannya aku tak perasan layanan mak pada kau berbeza,lagipun....’’Syed Zariff memandang wajah isterinya lama-lama.

Wajah itu sedikit berbeza dengan wajah adik-beradiknya yang lain.Tidak dinafikan, wajah Syazra ada juga persamaan dengan wajah adik beradiknya Cuma, ada sesuatu di wajah mulus itu yang membezakan dia dan adik beradiknya yang lain.Jika dilihat pada warna kulit, isterinya memiliki kulit putih kemerahan, adik beradiknya yang lain juga cerah, namun tidaklah seputih dirinya.

‘’Lagipun apa?’’ Soal Syazra apabila lelaki itu menyepikan diri.

‘’Tak ada apa, ha, tulah mempunyai jawapan untuk soalan itu.
kau tak rasa pelik ke dengan sikap mak kau? Layanan mak kau macam memberat pada Farina.’’Syed Zariff tidak jadi mengutarakan perbezaan raut wajah isterinya dan adik beradiknya.Sebaliknya dia menyentuh isu lain.

‘’Siapalah saya nak mengungkit.Entahlah awak, biarlah, pada saya buruk baiknya pun ia tetap emak saya, emak yang mengandungkan dan melahirkan saya.Dah lah, tak nak cakap lagi, saya nak ke hospital.Awak nak ikut ke nak duduk rumah?’’

‘’Of course lah aku ikut, habis buat apa aku balik kalau aku tak ikut kau ke hospital lawat ayah?’’Aku...setiap kali lelaki itu membahasakan dirinya aku, Syazra terasa jauh hati.Terasa dia seperti orang asing dalam hidup lelaki itu.Dia lebih suka sekiranya Syed Zariff membahasakan dirinya I.Tapi entahlah, lelaki itu bercakap ikut suka sahaja, kejap I dan kejap menggunakan ganti diri aku.Hilang moodnya untuk berbaik dengan lelaki itu.Sungguh dia tidak memerlukan kehadiran Syed Zariff disisinya.Masalah itu bisa ditangganinya sendiri.Bukannya perkara luar biasa baginya jika ayah tiba-tiba sakit.

‘’Terpulang.Jom lah, saya nak pergi tengok Hani kejap.’’ 
............................................................................................................’’Mak, doctor cakap apa mak?ayah macam mana?’’Soal Syazra. Salmiah yang melihat Syazra tiba dihospital, terus menerpa memeluk anaknya.

‘’Mak tak tahu, dah dua jam ayah kat dalam tu, nurse, doktor keluar masuk tapi, bila mak tanya semua taknak cakap apa-apa pun, kamu bila sampai?’’

‘’Baru mak, Syaz balik rumah dulu, jemput Hani,lepas tu baru datang sini.Ayah memang tak sedar terus ke masa ambulans datang tadi?’’

‘’Macam tulah.Mak sempat bersihkan darah atas lantai tadi.Ya Allah Syaz, takut mak tengok ayah kamu muntah macam tu.Darah banyak tadi.Mak..mak..mak takut Syaz, macam mana kalau umur ayah tak panjang?’’Farhani yang sedari tadi mendiamkan diri di sebelah Syed Zariff pantas menjawab.

‘’Kalau apa-apa jadi pada ayah, Hani takkan maafkan mak, dan kak long.’’Lantang suaranya bercakap.Selama ini dia mendiamkan diri kerana menghormati mereka yang lebih tua darinya, namun kali ini dia sudah tidak mampu  menahan sabar lagi, perbuatan emaknya agak keterlaluan.

Sepatutnya sebagai anak sulung, Farina perlu lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan ayahnya, tambahan pula rumah kakak sulungnya itu tidak jauh mana dengan rumah mereka, ini tidak, Kak Syazra yang tinggal di Kuala Lumpur pula terpaksa pulang menguruskan masalah ayahnya.Bukan sekali dua masalah ini berlaku, sudah acap kali, setiap kali ada masalah berkaitan ayahnya pasti Syazra orang pertama yang menghulurkan bantuan.Farina selalu lepas tangan.Emak tidak pernah merugut atau memarahi kakaknya, sejak kecil, Syazra memang lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding Farina.

‘’Hani, apa kamu cakap ni?ayah tu suami mak, takkan mak tergamak nak tengok keadaan ayah?Kenapa pula dengan kak long?apa salah kak long kamu?’’Farhani tersenyum sinis.Apa salah kak long?Mak memang tak pernah nampak kalau kak long buat silap.Pada mak, kak long lah yang paling baik, yang paling sempurna.Pendek kata, kak long memang tak pernah buat silap.

‘’Malas Hani nak cakap dengan mak.Mak tetap nak bela kak long kan?bela sangat anak mak tu.Macamlah Hani, kak Syaz ni bukan anak mak kan?’’Farhani masih tidak berputus asa.Syazra sudah beberapa kali mencuit adiknya ,memberi isyarat untuk gadis itu mendiamkan diri.Macam lah tak tahu perangai emaknya.Boleh runtuh satu bangunan kalau emaknya mula naik angin.

‘’Hani, jangan nak kurang ajar dengan mak,kamu nak jadi anak derhaka ke!’’Jeritan Salmiah bergema diseluruh ruang menunggu.Beberapa pasang mata memerhatikan mereka.Syed Zariff mengaru kepalanya.Aduh, bergaduh lagi.malulah orang semua tengok.

Pelik betul keluarga Syazra ni, semua kaki gaduh.Hei nasib baik Syazra tak berperangai sama dengan mereka.Kebetulan juga doktor keluar pada saat itu juga.Tidak jadi emaknya naik angin .Tapi matanya tajam menjeling anak bongsunya yang begitu lantang bersuara.Farhani mendekatkan diri pada Syazra.Sekurang-kurangnya ada juga back up kalau emaknya naik gila tiba-tiba.Huh sebijik macam perangai Kak long.Cemuhnya didalam hati.

Syazra terus menerpa mendapatkan doktor.Pertelingkahan diantara emak dan adiknya terhenti apabila doktor kian menghampiri mereka.
Doktor berbangsa melayu itu merupakan doktor yang menguruskan kes ayahnya sejak ayahnya mula-mula disahkan menghidapi kanser paru-paru itu..Jadi senang baginya untuk merujuk kes ayahnya dan bertanyakan perkembangan kesihatan ayahnya dengan doktor berkenaan.Dari air muka doktor itu, Syazra tahu kesihatan ayahnya berada di tahap kritikal.Dia pantas mengeleng dihadapan doktor berkenaan.Doktor itu mengangguk tanda memahami.

‘’Setakat ni, kami berjaya memulihkan pernafasan pesakit.Tak ada apa yang boleh kita buat selain menunggu untuk tempoh 24 jam .Pesakit akan ditempatkan di unit jagaan rapi buat sementara waktu.’’

‘’Lega hati mak macam ni.Tak lama lagi ayah mesti sedar.Selalu ayah memang macam ni kan?lepas dua tiga hari dia akan kembali pulih.’’Suara Salmiah bernada ceria.Farhani turut tersenyum lega mendengar kata-kata doktor.Doktor itu lantas meminta diri untuk berlalu pergi.

Syed Zariff memerhatikan, doktor itu seperti memberi isyarat mata pada Syazra.Air muka Syazra tidak mencerminkan sesuatu yang elok.Syed Zariff tahu, ada sesuatu disebalik isyarat mata yang ditunjukkan doktor lelaki itu kepada Syazra.Syazra tunduk seketika .Dia menarik nafas panjang sebelum mengukirkan senyuman untuk emak dan adiknya.

‘’Mak, Hani, Syaz nak pergi tandas kejap, nanti Syaz datang balik, mak jangan risau ya, doktor dah cakap ayah okey tadi.’’Syed Zariff mengikuti langkah Syazra dari belakang.Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan wanita itu daripada pengehtahuan ahli keluarganya yang lain.

‘’Abang Zariff, nak pergi mana pula tu?nak ikut Kak Syaz ke?amboi abang, sayang sampai tak boleh berenggang ke?’’Syed Zariff sekadar mampu menyeringai.Usikkan Farhani tidak berbekas di hatinya.Dia meninggalkan kedua-duanya setelah memastikan urusan ayah mertuanya selesai.Langkah kakinya diatur laju untuk mengejar Syazra.Sehinggalah dia bertembung dengan seorang jururawat.Rasanya dia ada melihat kelibat jururawat itu ada bersama-sama dengan doktor yang merawat ayah mertuanya.Lebih baik dia bertanya kepada jururawat itu.
‘’Nurse, kat mana bilik doktor yang merawat pesakit tadi?maksud saya ,pesakit yang bernama Sallehuddin, yang ada kanser paru-paru tu.’’
‘’Encik ni siapa?’’Soal jururawat muda yang memakai tanda nama Rosnani.
‘’Saya menantu dia, boleh saya tahu kat mana bilik doktor tu?’’
‘’Oh, enciklah yang kahwin dengan anak  Pak Cik Salleh tu , bilik Doktor Taufiq kat hujung sana, encik jalan terus, nanti jumpa lah bilik doktor tu.Rasanya isteri encik, ada kat dalam tu, jumpa doktor.’’
‘’Terima kasih nurse.’’Nurse itu sekadar tersenyum.Kembang hatinya apabila berpeluang berbual dengan lelaki sekacak Syed Zariff, berita perkahwinan Syed Zariff mendapat liputan meluas kebanyakkan media massa di Malaysia.Jadi hampir semua orang kenal wajah kacak jutawan muda itu, apatah lagi pilihan hati jutawan muda itulah ialah gadis biasa seperti Syazra.Tapi baginya Syazra memang layak bergandingan dengan Syed Zariff.
............................................................................................................

Syazra melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan meja doktor.Ruangan serba putih itu sudah tidak asing lagi untuk dirinya.Wajah doktor lelaki itu dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.Degupan jantungnya bertambah kencang apabila melihat doktor itu mengurut pangkal hidungnya berulang kali.Dia sudah lama berurusan dengan doktor itu, justeru dia tahu, tingkah laku doktor itu menandakan dia serba salah untuk meluahkan sesuatu.Ah pastinya berkaitan dengan sakit ayahnya.Syazra mengenggam erat kedua belah tangannya.Wajah doktor itu dipandang tanpa berkelip.


‘’Kenapa dengan ayah saya doktor?ada sesuatu yang saya perlu tahu ke?’’Soal Syazra teragak-agak.


Friday 14 March 2014

Seandainya Aku Tahu-bab 34


Syed Zariff perasan , Syazra tidak langsung memberi reaksi pada kata-katanya.Ketika mereka berhenti rehat di Tapah, Syazra hanya memandangnya acuh tak acuh sahaja .Aku buat salah apa, sampai dia senyap sepanjang perjalanan, aku salah cakap ke?

Bosan tidur, Syazra akan bermain dengan game yang terdapat dalam aplikasi telefon pintar miliknya.

‘’Syaz, what wrong?talk to me please, you risaukan ayah ke?’’Bosan memandu didalam suasana sepi, Syed Zariff mengajak wanita itu berbual.Mengantuk pula bila suasana didalam kereta sunyi.

‘’Hmm.Zaff, I tanya something boleh?’’

‘’Hmm..im listening. Go ahead.’’Syed Zariff memberi keizinan.Dia masih tekun memandang jalan raya didepan.Namun telinganya terbuka luas untuk mendengar kata-kata Syazra.

‘’Mana you pergi hari tu?masa yang you minta I gantikan tempat you untuk meeting kita di PJ.you kemana sebenarnya?jenuh I nak jawab dengan walid.’’

‘’Syaz, Im truly sorry, I terlupa, I tak sepatutnya biarkan you jadi wakil hari tu.Gosh, dealing with Thalia, make me forget all those thing .Actually, I am in Singapore, I just went there, to make suprise on her birthday.Amazing right?you tahu, she just too exited that, I willing to come and give her a little suprise eventhough i am busy with work.Thank for your help.’’Hati kecilnya sekali lagi terluka. ,’ I am in Singapore, I just went there, to make suprise on her birthday.Amazing right?’

Ya, ,memang sangat hebat, bila dengan kata-kata semudah itu,hati I terluka lagi.Syazra terasa jauh hati dengan kata-kata suaminya, namun dia sedar kedudukkannya ketika ini.Justeru rasa kecewanya dicampak jauh-jauh.Walaupun disudut hatinya dia tetap merasa terkilan dengan kata-kata lelaki itu.Senyuman tidak lekang dari bibir lelaki itu.Cukup untuk mengambarkan betapa dia bahagia mengenangkan kenangan manis diantara dia dan kekasih hatinya.

‘’I tolong you?bila?’’

‘’Ingat tak masa, Aira and Hani datang, kita bawa mereka pergi jalan-jalan di KLCC, then, Im asking for your opinion about a beautiful bracelet.Remember, Tifanny and Co.Does it ring any bell to you?betul kata you, benda simple sebenarnya cantik.’’Senyuman manis kekal terukir dibibirnya.Makin dalam luka dihati Syazra.Beria-ia Syed Zariff memintanya memilih seutas gelang tangan di kedai perhiasan mewah itu.Siap mengacukan kepadanya lagi.Saat itu hatinya terasa sedikit berbunga hatinya.

Gaya Syed Zariff ketika itu begitu gentleman.Nyata sekali lagi dia terlupa bahawa lelaki itu seorang pelakon yang hebat.

‘’ I Ingat’’Syazra menjeling lelaki itu.Tersiat hatinya melihat senyuman masih lagi membungai wajah lelaki itu.Tidakkah sekalipun awak pernah merasa bahagia berada disisi saya?

‘’Zaff, I nak tanya something boleh?’’ melihat mood baik lelaki itu, Syazra mengambil peluang bertanyakan soalan yang sering membelengu dirinya.

Zaff, kalau you tak balik rumah , selama ni you duduk di mana?’’

‘’Kenapa nak tahu?’’Soal Syed Zariff.Suaranya sedikit tegas.Syazra mengeleng.Dia sekadar tersenyum.Cepat betul mood lelaki itu berubah.Tadi bercerita pasal buah hati kesayangan dia tu bukan main berseri lagi muka.

‘’ tak apa kalau you tak nak bagi tahu.Cuma I nak cakap pada you, kalau you benar-benar mencintai dan menyayangi Thalia, I rela bermadu.I tak kisah, even you nak suruh I cakap dengan Umi dan Walid pun, I sanggup.’’

‘’Syaz, kalau ikutkan I, memang I dah lama kahwin dengan Thalia, tapi umi dan walid refuse .So I terpaksa cari calon isteri lain,untuk jadi menantu umi dan walid.You jangan risau, I takkan babitkan you lagi.Once everything okey, I akan terus terang dengan walid dan umi, lepas tu I akan bebaskan you.Then you boleh teruskan hidup dengan lelaki yang you suka.’’Dari gaya Syed Zariff bercakap seolah-olah semuanya terlalu mudah.

Moodnya terlalu baik ketika itu sehingga tidak kisah untuk bercerita perihal Thalia kepada Syazra.Syazra cuba sedaya upaya menenangkan dirinya.Siapa I pada you sebenarnya Zaff?Isteri?kawan?atau teman biasa?Hatinya menangis.Setelah itu dia terus diam sehinggalah tiba dikampung.Matanya dipejamkan seolah-olah dia sedang tidur, walhal dia sengaja berpura-pura tidur kerana tidak mahu bersoal jawab dengan lelaki itu.Dia bimbang dirinya tidak dapat mengawal perasaan.Ketika kereta yang dipandu Syed Zariff melewati jalan kampung,mereka berselisih dengan motorsikal milik jiran Syazra.Dari jauh Syazra sudah mengenali penunggang motorsikal LC bewarna merah putih itu.

‘’Zaff,berhenti kejap.’’Syed Zariff segera memberi isyarat untuk berhenti di bahu jalan.Syazra membuka tingkap dan melaungkan nama jirannya itu.

‘’Hanif! ‘’Motorsikal yang ditunggang remaja itu turut berhenti di tepi jalan.Seorang remaja lelaki turun dari motor sambil menghampiri kereta.Syazra membuka pintu dan segera turun.
‘’Kak Syazra,baru sampai ke?’’Soalnya.Syed Zariff menjenguk melalui tingkap daripada butir bicara mereka, dia mengehtahui bahawa budak lelaki bernama Hanif itu merupakan jiran Syazra.

‘’Hanif, ayah akak macam mana?’’Zariff tidak turun sebaliknya dia menyibukkan diri memeriksa telefon bimbitnya, berlakon seolah-olah sedang menaip sesuatu tetapi hakikatnya dia sedang mencuri dengar perbualan mereka berdua.

 ‘’Ambulans dah bawa pergi ke hospital tadi.Oh ya, kat rumah ada Farhani seorang je.Akak pesan pada Hani, jangan risau pasal kelas tambahan, nanti saya beritahu cikgu pasal Pakcik Salleh.Saya dah lewat, ni kak ,saya kena pergi dulu.Abang, saya minta diri dulu.’’Dia berjalan menuju ke bahagian sebelah pemandu dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Syed Zariff.Kemudian dia kembali menunggang motorsikalnya.
‘’So, sekarang ni macam mana?’’

‘’Kita balik rumah dulu, lepas tu baru ke hospital, kalau awak nak rehat pun tak apa.Nanti saya pergi berdua je dengan Hani.’’Suaranya tenang sahaja, tapi Syed Zariff tahu, gadis itu sedang bergelut dengan perasaannya.Kalau dia ditempat Syazra dia juga akan merasakan yang sama.

Tidak sampai 5 minit, kereta Syed Zariff memasuki perkarangan rumah dua tingkat milik keluarga Syazra.Kelihatan Farhani menerpa keluar ke beranda sebaik melihat Syazra tiba.Wajah gadis itu basah dek air mata.Terus dia berlari dan memeluk Syazra.

‘’Calm down Hani, Kak Syaz kan dah sampai.Nothing will happen .Nanti kita pergi melawat ayah di hospital.’’Syed Zariff memberi isyarat mata supaya Syazra melayan Farhani terlebih dahulu.Adik iparnya benar-benar dalam keadaan terkejut.Syed Zariff membiarkan Syazra menenangkan hati adik iparnya, sementara dia memunggah bagasi mereka dari dalam bonet kereta.Bagasi itu dibawa naik keatas rumah dan diletakkan didalam bilik selepas itu dia kembali keluar.Syazra masih berada di beranda rumah.Langkah kakinya diatur menuju ke situ.

‘’Kalau apa-apa jadi pada Ayah, Hani takkan maafkan mak dan Kak Long.Hani takkan maafkan mereka kak.’’

‘’Hani, kenapa cakap macam tu pada mak dan kak long?ayah jadi macam ni bukan salah sesiapa.Ini Takdir Allah, lagipun kita sendiri tahu keadaan ayah macam mana.Kenapa nak salahkan orang lain?’’Air mata Syazra bergenang.Syed Zariff santai bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh .Kedua-duanya tidak perasan akak kehadirannya kerana kedudukkannya yang agak tersorok.

‘’Sebab mak terlalu manjakan kak long, apa sahaja yang kak long buat, tak salah, semuanya betul.Sakit ayah makin teruk sebab, kak long tak mahu bawa ayah pergi hospital.Kak long lagi pentingkan keluarga mertua dia sebab tu dia tak nak bawa ayah ke hospital.

 Itupun mak tak marah kak.Dia boleh senyap je.cuba kalau orang lain yang buat macam tu, mesti mak marah teruk pada orang tu.Pokok pangkalnya, mak memang pilih kasih.Sampai Hani tertanya-tanya kita semua ni anak angkat ke apa?kenapa mak beza-bezakan layanan dia pada kita terutamanya pada akak’’
Syed Zariff memasang telinga.Benarkan begitu?banyak betul pergolakkan dalam keluarga Syazra.Tak sangka gadis itu menyimpan semuanya seorang diri.

‘’Hani, cukuplah.Pasal mak dan kak long tu, Kak Syaz tak nak komen apa-apa.Hani jangan risau okey, akak dah ada kat sini, insyaallah, akak akan jaga ayah.Lagipun kan ayah dah dibawa ke hospital.

Dan mulai hari ni, akak nak Hani berjanji dengan akak, kalau lepas ni, ayah jadi macam ni lagi, terus call beritahu akak, dan kalau dah tak ada sesiapa lagi yang boleh bantu bawa ayah ke hospital, terus call ambulance.’’Syazra menarik adik bongsunya kedalam pelukkannya.Kasihan gadis itu, pasti terkejut gara-gara kejadiannya yang menimpa ayah tadi.Teresak-esak Farhani menangis di bahu kakaknya.

‘’Hani, pergilah rehat, tenangkan diri, solat ,lepas tu kita ke hospital jenguk ayah.’’Syazra memberikan kata putus.Gadis muda itu bangun perlahan-lahan.

Dia melangkah masuk kedalam rumah dan ketika itulah dia melihat abang iparnya bersandar santai pada dinding yang ruang tamu.Baru dia perasan kakaknya tidak balik seorang, tetapi abang iparnya turut sama.Ya ALLAH abang ipar aku dengar ke apa yang aku cakapkan tadi?Dia yakin abang iparnya mendengar setiap perbualan mereka.Malunya datang bertimpa-timpaLangkahnya menjadi kaku.Serba tidak kena dibuatnya, apatah lagi setelah melihat senyuman di wajah abang iparnya.

Farhani lantas segera melangkah menuju ke biliknya..Setelah Farhani menghilangkan diri.Syed Zariff perlahan-lahan menghampiri Syazra.Dia tahu gadis itu sedang menangis.Bahu Syazra dicengkam.Dia menarik Syazra untuk bangun dan perlahan-lahan memimpin isterinya masuk kedalam bilik.

‘’Awak dah dengar semuanya ke tadi?’’Soal Syazra.Syed Zariff menganggukkan kepala Syazra tersenyum kelat.Padangannya matanya sedikit kabur dek kesan air mata.


‘’Aku dah lama perasan benda ni, dah lama nak tanya kau, kenapa layanan emak pada kau berbeza.Betul ke kau ni anak kandung dia?’’Syazra ketawa kecil .Syed Zariff pun perasan layanan emaknya padanya tidak sama seperti adik beradiknya yang lain.Entahlah, da tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.