Tuesday 29 October 2013

Seandainya aku tahu -BAB 29

hello...ramai ke yang ternanti-nanti new update SAT?
untuk pembaca setia cite ni...terima jasih banyak-banyak...
sokongan dari anda membuatkan saya semakin bersemangat untuk menulis..
*menulis rajin , tapi nak post yang malas,,sebab line tenet teramatlah laju di tempatku..*

okey without wasting any time..amboi speaking London pla..
saya persembahkan

BAB 29 untuk anda..selamat membaca...
tapi sebelum tu meh kita main teka teki...agak-agak Syed Hafeez berjaya x meluahkan apa yang dia nak cakap pada Syazra?

ceteka siapakah yang dilanggar oleh Syazra...?


jeng..jeng...jeng....


‘’Feez,I nak pergi kat meja sana, kat sana tu ada ramai kawan I.You pergilah jumpa kawan-kawan you.’’Syed Hafeez akur dengan permintaan gadis itu.Syazra berjalan laju menuju ke meja bernombor 12. Dek kerana ingin segera tiba di meja yang diduduki teman-temannya .Tanpa disedari seseorang dari arah bertentangan juga berjalan pantas menuju ke arahnya.Tiba-tiba......

’Hei!.’’Syed Zariff menempik, hampir sahaja minuman yang dipegangnya tumpah.Keningnya berkerut melihat gadis bergaun labuh bewarna biru gelap itu.Rasa macam kena tapi siapa ek?dia mengamati paras jelita dihadapannya itu.Oh no...I think I have seen her before, but who?

‘’Sorry .’’Syazra berkata sepintas lalu, dia mahu segera beredar dari situ, renungan mata lelaki itu menakutkannya .Syed Zariff merentap tangan Syazra dan Syazra terdorong ke belakang kembali.

‘’You..Syazra kan?’’Soal Syed Zariff.Tajam panahan mata Syed Zariff menjamah wajah jelita itu.

‘’Hmm.Sorry pasal hal tadi.Syaz tak nak cari gaduh malam ni.Tolonglah.’’ Sepasang mata galaknya tidak jemu memandang keindahan wajah gadis dihadapannya itu.Sungguh cantik.Baru malam ini dia melihat pesona diri gadis itu yang sebenarnya.

‘’Zaff, lama I tunggu you.Jom lah cepat.I dah lapar ni.’’Kehadiran seorang gadis yang berpakaian agak seksi dengan gaun separas lutut merencatkan lamunan mereka berdua.Rela dalam terpaksa Syed Zariff melepaskan tangan gadis itu.Aneh tiada sebarang kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulutnya.Selalunya pantang berjumpa pasti ada sahaja kata-kata menyakitkan hati keluar dari mulutnya untuk gadis itu.Sebaik sahaja Syed Zariff melepaskannya Syazra pantas berjalan menuju ke meja yang diduduki rakannya.

‘’Hai, korang.’’Syazra menyapa rakannya, terus sahaja dia duduk di kerusi kosong diantara Lisa dan Wahyuni.

‘’Cik, tempat ni untuk kawan kami, maaf.’’Lisa bersuara.Minah mana pula ni tiba-tiba datang dan duduk ditempat kawan mereka, yang si Syaz ni pun satu, tak reti nak datang awal-awal.

‘’Hah?bukan untuk aku ke?aku ingat tempat ni untuk aku.’’Syazra bersuara sedih.

‘’Kau ke Syaz?wow, lainnya, apa mimpi kau pakai macam ni?rupanya kaulah gadis yang hampir terlanggar dengan Syed Zariff tadi.Aku ingat siapalah, lainnya kau malam ni.’’Kecoh mulut Wahyuni bersuara.Syazra sekadar dia.Dia meletakkan jambangan bunga yang diterimanya tadi di atas meja.Tiba-tiba Yasmin menyentuhnya dan membelek jambangan bunga yang diterima Syazra.

‘’Hei, besarnya bunga, mana dapat ni?’’Syazra mula berasa pelik dengan pertanyaan rakannya.Bukan semua orang dapat yang sama ke?

‘’Korang pun dapat bunga kan?’’

‘’Memanglah , tapi Cuma sekuntum je.Tak adalah sejambak macam kau, kalau semua orang dapat bunga besar macam kau ni, kopaklah pihak penganjur.’’Syazra mula mengerti kata-kata Yasmin.Ah pasti angkara Syed Hafeez.Dia menoleh ke kiri memandang kearah Syed Hafeez, lelaki itu yang menyedari dirinya dipandangan sekadar megangkat tangan.

‘’Syed Hafeez lagi? Aku rasakan dia sukakan kau lah Syaz, selalu kan dia dengan kau, mana kau ada, ada je dia menempel sekali.Kalau aku, aku terima je lelaki macam tu.Anak orang kaya lagi tu.Handsome.Susah-susah kau pass je kat aku.’’Usik Trisha.Syazra sekadar menjeling.Apa yang hebat sangat dengan Syed Hafeez sampai semua orang suka?memang hebat pun Syaz,kau je yang tak nampak semua tu.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk.Syazra segera membuka mesej.

'Syaz, tunggu I masa balik nanti.' Oh mesej dari Syed Hafeez rupa-rupanya.

'okey' balasnya pendek dan ringkas.Telefon bimbit kembali disimpan didalam clutch beg.

 Syed Hafeez mencuri pandang kearah Syazra yang sedang bergembira dengan rakan-rakannya.Majlis malam itu meriah dengan persembahan pelajar semester akhir.

Seperti biasa,Syed Zariff dan band kebanggaannya membuat persembahan.Lelaki itu sekadar bermain gitar dan Naim, penyanyi utama band mereka menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan backstreet boy iaitu I want it that way, selepas itu band berkenaan menyanyikan pula lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Dewa iaitu Dealova dan penuntupnya mereka menyanyikan lagu Selamat malam.

Untuk lagu itu, Syed Zariff berpadu suara dengan Naim, sambil bermain gitar.Suaranya benar-benar memukau hadirin yang hadir malam itu.Persembahan mereka diberikan tepukan paling gemuruh oleh hadirin yang tiba, maklumlah, baru malam itu Syed Zariff julung-julung kalinya menyumbangkan suara emasnya untuk menyanyikan lagu, sebelum ini, dia selesa bermain gitar sahaja.Bertambah lagi credit lelaki itu, makin tinggilah sahamnya selepas ini.Usai persembahan Syazra tidak menunggu lama, dia terus sahaja keluar dan menunggu Syed Hafeez di hadapan pintu masuk utama.

Tidak perlu menunggu lama kerana lelaki itu sememangnya tidak suka membuatkan orang tertunggu-tunggu.Hampir separuh perjalanan mereka, barulah Syazra sedar bahawa jalan yang digunakan tidak menuju ke kolej kediamannya sebaliknya menghala ke suatu tempat lain.

‘’Kita nak kemana ni? Jalan ni bukannya menuju ke kolej Syaz pun.You jangan nak buat apa-apa,I....’’Syed Hafeez segera menutup mulut Syazra.

‘’I takkan nak apa-apakan youlah.I Cuma nak ajak you ambil angin malam je dengan I, tak lama pun,lepas tu I hantar you balik, lagipun takkan lah I nak apa-apakan you, I kan sayangkan you.’’ Kata Syed Hafeez, ketika itu keretanya diberhentikan di bahu jalan.

‘’Apa you merepek ni?’’Syed Hafeez tersenyum.Jelas gadis muda dihadapannya itu takut.

‘’You selalu panggil I abang dulu kan, and then, I bagitahu you, yang kalau you nak panggil I abang you kena kahwin dengan I kan?so sekarang ni I nak bagi you hak tu.I nak you jadi milik I,I nak sebelum I berangkat ke luar negara, I nak you sah jadi milik I.I tak pandai nak karang ayat jiwang karat, tahap kasanova macam orang lain, so sekarang ni, I cakap direct, I nak lamar you jadi isteri I.Kalau boleh sebelum I pergi kita bertunang.I dah lama sukakan you.Boleh tak Syaz?’’Syazra terasa seram sejuk mendengar permintaan Syed Hafeez.

Tidak disangka bahawa dalam pada mereka berkawan selama ini, rupa-rupanya Syed Hafeez menyimpan perasaan terhadapnya.Benarlah kata rakan-rakan rapatnya, Cuma dia sahaja yang buta menilai.Syazra tunduk membelek clutch bag yang berada di atas ribanya.

BERSAMBUNG....


 Mohon maaf sangat-sangat sekiranya bab 29 ni membosankan anda...
sian korang kan..dah lah lambat upadate cte baru lepas tu..bila dah update cite membosankan pula..sorry...

saya tinggalkan anda dengan lirik lagu 

 ONCE-DEALOVA

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi


meh kita bayangkan si kacak Syed Zariff menyanyikan lagu ini untuk Syazra....

*ye ke untuk Syazra?*





PSST..KITA NAK TANYA KALAU KITA TRY POST MINI NOVELLA ADA YANG NAK BACA TAK?NAK TUNGGU UPDATE TENTANG SAT LAMBAT SANGAT..SO UNTUK MENGUBAT KEBOSANAN  KORANG YANG RAJIN BLOGWALKING KE SINI TAPI HABUK PUN TARAK...
IF SAYA LETAK SELINGAN MINI NOVELLA ADA YANG NAK BACE TAK?
TANYA JE..KALAU TAK MAU X PE...
KORANG..BAGI FEEDBACK PLEEZZZZ
KALAU X DE YANG NAK...KITA TAK MASUKKAN...

3 comments:

  1. Eh...boleh je kalo nk letak mini novela..saya lg ska...

    ReplyDelete
  2. yeke?hehe..dlm progress,.mmg dh buat draft cuma x start lg,kembngkan isi.kalau ramai yg nk sya post mini n0vella,t saya p0st..tp kna sbr menunggu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete