Sunday 30 March 2014

Sendainya Aku Tahu-bab 35


‘’Apa awak merepek ni?mestilah saya anak kandung emak, takkanlah anak angkat pula Kalau saya ni anak angkat tak adanya nama saya berbintikan Sallehuddin.’’Syazra duduk dibirai katil.

‘’ Aku tak cakap kau bukan anak kandung ayah, aku tahulah nama kau berbinti nama ayah, Cuma aku tanya,betul ke emak kau tu emak kandung kau? Bukannya aku tak perasan layanan mak pada kau berbeza,lagipun....’’Syed Zariff memandang wajah isterinya lama-lama.

Wajah itu sedikit berbeza dengan wajah adik-beradiknya yang lain.Tidak dinafikan, wajah Syazra ada juga persamaan dengan wajah adik beradiknya Cuma, ada sesuatu di wajah mulus itu yang membezakan dia dan adik beradiknya yang lain.Jika dilihat pada warna kulit, isterinya memiliki kulit putih kemerahan, adik beradiknya yang lain juga cerah, namun tidaklah seputih dirinya.

‘’Lagipun apa?’’ Soal Syazra apabila lelaki itu menyepikan diri.

‘’Tak ada apa, ha, tulah mempunyai jawapan untuk soalan itu.
kau tak rasa pelik ke dengan sikap mak kau? Layanan mak kau macam memberat pada Farina.’’Syed Zariff tidak jadi mengutarakan perbezaan raut wajah isterinya dan adik beradiknya.Sebaliknya dia menyentuh isu lain.

‘’Siapalah saya nak mengungkit.Entahlah awak, biarlah, pada saya buruk baiknya pun ia tetap emak saya, emak yang mengandungkan dan melahirkan saya.Dah lah, tak nak cakap lagi, saya nak ke hospital.Awak nak ikut ke nak duduk rumah?’’

‘’Of course lah aku ikut, habis buat apa aku balik kalau aku tak ikut kau ke hospital lawat ayah?’’Aku...setiap kali lelaki itu membahasakan dirinya aku, Syazra terasa jauh hati.Terasa dia seperti orang asing dalam hidup lelaki itu.Dia lebih suka sekiranya Syed Zariff membahasakan dirinya I.Tapi entahlah, lelaki itu bercakap ikut suka sahaja, kejap I dan kejap menggunakan ganti diri aku.Hilang moodnya untuk berbaik dengan lelaki itu.Sungguh dia tidak memerlukan kehadiran Syed Zariff disisinya.Masalah itu bisa ditangganinya sendiri.Bukannya perkara luar biasa baginya jika ayah tiba-tiba sakit.

‘’Terpulang.Jom lah, saya nak pergi tengok Hani kejap.’’ 
............................................................................................................’’Mak, doctor cakap apa mak?ayah macam mana?’’Soal Syazra. Salmiah yang melihat Syazra tiba dihospital, terus menerpa memeluk anaknya.

‘’Mak tak tahu, dah dua jam ayah kat dalam tu, nurse, doktor keluar masuk tapi, bila mak tanya semua taknak cakap apa-apa pun, kamu bila sampai?’’

‘’Baru mak, Syaz balik rumah dulu, jemput Hani,lepas tu baru datang sini.Ayah memang tak sedar terus ke masa ambulans datang tadi?’’

‘’Macam tulah.Mak sempat bersihkan darah atas lantai tadi.Ya Allah Syaz, takut mak tengok ayah kamu muntah macam tu.Darah banyak tadi.Mak..mak..mak takut Syaz, macam mana kalau umur ayah tak panjang?’’Farhani yang sedari tadi mendiamkan diri di sebelah Syed Zariff pantas menjawab.

‘’Kalau apa-apa jadi pada ayah, Hani takkan maafkan mak, dan kak long.’’Lantang suaranya bercakap.Selama ini dia mendiamkan diri kerana menghormati mereka yang lebih tua darinya, namun kali ini dia sudah tidak mampu  menahan sabar lagi, perbuatan emaknya agak keterlaluan.

Sepatutnya sebagai anak sulung, Farina perlu lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan ayahnya, tambahan pula rumah kakak sulungnya itu tidak jauh mana dengan rumah mereka, ini tidak, Kak Syazra yang tinggal di Kuala Lumpur pula terpaksa pulang menguruskan masalah ayahnya.Bukan sekali dua masalah ini berlaku, sudah acap kali, setiap kali ada masalah berkaitan ayahnya pasti Syazra orang pertama yang menghulurkan bantuan.Farina selalu lepas tangan.Emak tidak pernah merugut atau memarahi kakaknya, sejak kecil, Syazra memang lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding Farina.

‘’Hani, apa kamu cakap ni?ayah tu suami mak, takkan mak tergamak nak tengok keadaan ayah?Kenapa pula dengan kak long?apa salah kak long kamu?’’Farhani tersenyum sinis.Apa salah kak long?Mak memang tak pernah nampak kalau kak long buat silap.Pada mak, kak long lah yang paling baik, yang paling sempurna.Pendek kata, kak long memang tak pernah buat silap.

‘’Malas Hani nak cakap dengan mak.Mak tetap nak bela kak long kan?bela sangat anak mak tu.Macamlah Hani, kak Syaz ni bukan anak mak kan?’’Farhani masih tidak berputus asa.Syazra sudah beberapa kali mencuit adiknya ,memberi isyarat untuk gadis itu mendiamkan diri.Macam lah tak tahu perangai emaknya.Boleh runtuh satu bangunan kalau emaknya mula naik angin.

‘’Hani, jangan nak kurang ajar dengan mak,kamu nak jadi anak derhaka ke!’’Jeritan Salmiah bergema diseluruh ruang menunggu.Beberapa pasang mata memerhatikan mereka.Syed Zariff mengaru kepalanya.Aduh, bergaduh lagi.malulah orang semua tengok.

Pelik betul keluarga Syazra ni, semua kaki gaduh.Hei nasib baik Syazra tak berperangai sama dengan mereka.Kebetulan juga doktor keluar pada saat itu juga.Tidak jadi emaknya naik angin .Tapi matanya tajam menjeling anak bongsunya yang begitu lantang bersuara.Farhani mendekatkan diri pada Syazra.Sekurang-kurangnya ada juga back up kalau emaknya naik gila tiba-tiba.Huh sebijik macam perangai Kak long.Cemuhnya didalam hati.

Syazra terus menerpa mendapatkan doktor.Pertelingkahan diantara emak dan adiknya terhenti apabila doktor kian menghampiri mereka.
Doktor berbangsa melayu itu merupakan doktor yang menguruskan kes ayahnya sejak ayahnya mula-mula disahkan menghidapi kanser paru-paru itu..Jadi senang baginya untuk merujuk kes ayahnya dan bertanyakan perkembangan kesihatan ayahnya dengan doktor berkenaan.Dari air muka doktor itu, Syazra tahu kesihatan ayahnya berada di tahap kritikal.Dia pantas mengeleng dihadapan doktor berkenaan.Doktor itu mengangguk tanda memahami.

‘’Setakat ni, kami berjaya memulihkan pernafasan pesakit.Tak ada apa yang boleh kita buat selain menunggu untuk tempoh 24 jam .Pesakit akan ditempatkan di unit jagaan rapi buat sementara waktu.’’

‘’Lega hati mak macam ni.Tak lama lagi ayah mesti sedar.Selalu ayah memang macam ni kan?lepas dua tiga hari dia akan kembali pulih.’’Suara Salmiah bernada ceria.Farhani turut tersenyum lega mendengar kata-kata doktor.Doktor itu lantas meminta diri untuk berlalu pergi.

Syed Zariff memerhatikan, doktor itu seperti memberi isyarat mata pada Syazra.Air muka Syazra tidak mencerminkan sesuatu yang elok.Syed Zariff tahu, ada sesuatu disebalik isyarat mata yang ditunjukkan doktor lelaki itu kepada Syazra.Syazra tunduk seketika .Dia menarik nafas panjang sebelum mengukirkan senyuman untuk emak dan adiknya.

‘’Mak, Hani, Syaz nak pergi tandas kejap, nanti Syaz datang balik, mak jangan risau ya, doktor dah cakap ayah okey tadi.’’Syed Zariff mengikuti langkah Syazra dari belakang.Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan wanita itu daripada pengehtahuan ahli keluarganya yang lain.

‘’Abang Zariff, nak pergi mana pula tu?nak ikut Kak Syaz ke?amboi abang, sayang sampai tak boleh berenggang ke?’’Syed Zariff sekadar mampu menyeringai.Usikkan Farhani tidak berbekas di hatinya.Dia meninggalkan kedua-duanya setelah memastikan urusan ayah mertuanya selesai.Langkah kakinya diatur laju untuk mengejar Syazra.Sehinggalah dia bertembung dengan seorang jururawat.Rasanya dia ada melihat kelibat jururawat itu ada bersama-sama dengan doktor yang merawat ayah mertuanya.Lebih baik dia bertanya kepada jururawat itu.
‘’Nurse, kat mana bilik doktor yang merawat pesakit tadi?maksud saya ,pesakit yang bernama Sallehuddin, yang ada kanser paru-paru tu.’’
‘’Encik ni siapa?’’Soal jururawat muda yang memakai tanda nama Rosnani.
‘’Saya menantu dia, boleh saya tahu kat mana bilik doktor tu?’’
‘’Oh, enciklah yang kahwin dengan anak  Pak Cik Salleh tu , bilik Doktor Taufiq kat hujung sana, encik jalan terus, nanti jumpa lah bilik doktor tu.Rasanya isteri encik, ada kat dalam tu, jumpa doktor.’’
‘’Terima kasih nurse.’’Nurse itu sekadar tersenyum.Kembang hatinya apabila berpeluang berbual dengan lelaki sekacak Syed Zariff, berita perkahwinan Syed Zariff mendapat liputan meluas kebanyakkan media massa di Malaysia.Jadi hampir semua orang kenal wajah kacak jutawan muda itu, apatah lagi pilihan hati jutawan muda itulah ialah gadis biasa seperti Syazra.Tapi baginya Syazra memang layak bergandingan dengan Syed Zariff.
............................................................................................................

Syazra melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan meja doktor.Ruangan serba putih itu sudah tidak asing lagi untuk dirinya.Wajah doktor lelaki itu dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.Degupan jantungnya bertambah kencang apabila melihat doktor itu mengurut pangkal hidungnya berulang kali.Dia sudah lama berurusan dengan doktor itu, justeru dia tahu, tingkah laku doktor itu menandakan dia serba salah untuk meluahkan sesuatu.Ah pastinya berkaitan dengan sakit ayahnya.Syazra mengenggam erat kedua belah tangannya.Wajah doktor itu dipandang tanpa berkelip.


‘’Kenapa dengan ayah saya doktor?ada sesuatu yang saya perlu tahu ke?’’Soal Syazra teragak-agak.


8 comments:

  1. Wah ! bestnya awak hehe.. tak sabar nak tunggu next ent3 ermm..
    btw,, please visit my blog thanks. http://www.apitshaffi.blogsspot.com

    ReplyDelete
  2. Thank you for reading..
    Insyaallah next entry will be post soon

    ReplyDelete
  3. Best! Post cpt2 ckit yer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...nnti saya upload mgkin dalam minggu ni..itupun kalau saya tak sibuk

      Delete
  4. salam ukhuwah. semoga anda berjaya dunia dan akhirat. ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aishah nin
      Selamat berkenalan

      Delete
  5. Kak bila nk samsung nie
    Best ya ��������

    ReplyDelete