Wednesday 31 July 2013

seandainya aku tahu-3

SYAZRA MEREHATKAN tubuhnya di atas sofa empuk di ruang tamu. Dia betul-betul letih. Sudah dua hari dia pulang lewat dari pejabat. Ni semua gara-gara Syed Zariff mengarahkan dia membetulkan semula proposal yang telah dia siapkan. Sudahlah begitu, Syazra harus melakukannya sendiri. Tengah hari tadi dia terpaksa menggantikan Syed Zariff bertemu client di Putrajaya. Letihnya. Sudah seminggu dia tidak melihat Syed Zariff pulang ke rumah tersebut. Entah di mana lelaki  itu tinggal, dia tidak tahu. Dan dia  tak mahu ambil tahu. Bagus juga Syed Zariff tidak duduk serumah dengannya. Pasti pergerakkannya menjadi kekok andai mereka tinggal serumah. Jangan-jangan dia bermalam di tempat Thalia kot? Hish.. minta dijauhkanlah. Dalam dia tengah mengelamun, telefon bimbit Nokia model 1100i berdering lantang. Pantas tangan Syazra menekan punat hijau.



lebih kurang macam ni handphone syazra..


 tapi sebenarnya..Syed Zariff ada belikan  Iphone ni untuk Syazra..(hantaran kahwin)
kenapa agaknya Syaz tak nak guna I phone ni?

“Helo, assalamualaikum mak. Ada apa call Syaz ni?” Suara Syazra kedengaran lesu tatkala suara Salmiah menyapa gegendang telinganya.
“Hai, sejak jadi menantu orang kaya ni, mak sendiri nak call pun tak boleh ke?” Sindir Salmiah. Syazra sedar dia sudah tersalah bicara. Segera dia memohon maaf.
“Maaf mak. Jarang mak call Syaz, tu yang Syaz pelik ni. Kenapa mak, ayah sakit ke?” Soal Syazra bimbang.
Memang betul pun apa yang dikatakan. Memang Salmiah jarang menghubunginya. Kalau telefon pun pasti sebab nak duit. Kadang-kadang, dia rasa yang dia ni bukan anak kandung Salmiah, layanan yang diberikan padanya sangat berbeza. Selain itu, ada juga beberapa orang kampung yang pernah mempersoalkan kenapa rupa dia dan adik beradiknya tidak sama. Jika direnungkan kembali, macam betul juga. Kulit adik beradiknya yang lain memang cerah, tapi tidaklah seputih dan sehalus kulitnya. Kebanyakkan ciri-ciri yang ada padanya tidak ada pada adik beradiknya yang lain. Arghhh... peninglah. Manalah tahu, dia ikut genetik keluarganya yang lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya, kenapa hanya dia seorang? Mujurlah masih ada beberapa ciri-ciri yang ada padanya turut dimiliki oleh adik beradiknya yang lain. Mereka semua dikurniakan sepasang hidung yang mancung terletak, kerana mewarisi ciri-ciri genetik Sallehuddin.
“Syaz, mak cakap tadi kamu dengar tak?”
“Hah? Mak cakap apa tadi, Syaz tak berapa dengarlah.” Kendengaran suara Salmiah membebel.
“Boleh tak kamu bank in kan RM 1,000 ke dalam akaun mak? Esok boleh?” Syazra tersenyum kelat. Aku dah agak dah.. call aku mesti sebab duit.
“Nak buat apa mak dengan duit banyak tu? Kan Syaz dah masukkan dalam akaun mak minggu lepas RM 1,000. Mak lupa ke?” Rasanya baru minggu lepas Syazra memasukkan RM 1,000 ke dalam akaun maknya seperti biasa, takkan dah habis? Peliknya.
“Nak bagi pada kak long kamu, kereta baru dia dah 3 bulan tak bayar. Lepas tu nak hidupkan road tax kereta.”
Kak long lagi. Baguslah sangat, kak long punya masalah aku yang kena selesaikan. Ingat aku ni cop duit ke? Mak, Syazra tak senang macam yang mak sangka… Kalaulah mak tahu apa yang Syaz lalui sekarang.
“Mak… er... Syaz tak ada duit sekarang ni. Tunggu Syaz  dapat gaji hujung bulan ni boleh tak?” Syazra menahan debar di dada. Takut dia membayangkan balasan yang akan diterima. Pasti kata-kata pedas dan sindiran bakal diperdengarkan kepadanya. Ah… mak cubalah sekali sahaja, mak mengerti perasaan Syaz.
“Apa!? Syaz, jangan nak tipu mak tak ada duit. Habis tu yang kamu tukar kereta baru, kahwin dengan jutawan pun  tetap sengkek ke? Kamu nak jadi anak apa ni Syaz? Dah lupa asal usul kamu, dah lupa sapa yang membesarkan kamu? Ini ke balasan kamu pada keluarga kamu?” Syazra tergamam.
Mak, untuk keluarga, apa pun Syaz sanggup korbankan mak. Jangan cakap macam tu, terluka hati ni mak. Demi keluarga, Syaz sanggup pertaruhkan maruah Syaz mak. Setitis air matanya gugur.
“Syaz, mak tak kira, mak nak juga duit tu. Akak kamu nak guna cepat. Dah lah mak tak nak dengar alasan, mak dah janji dengan akak kamu.”
“Mak, apa kata, mak bagi Syaz no akaun kak long, biar Syaz masukkan terus kat sana je.”
“Jangan. err.. err… ja.. jan… jangan. Kamu masukkan je macam biasa kat dalam akaun mak.” Tergagap-gagap Salmiah memberikan jawapan. Syazra mengalah akhirnya. Sebaik dia memberikan persetujuan terus Salmiah mematikan panggilan telefon.
Mana Syaz nak cekau duit ni mak? Aduh… makin susutlah simpanan aku… Syazra merenung jam di dinding. Dah pukul 10 malam, balik ke tak Zariff ni? Aku kunci pintu kang, dia gegar pintu pula. Tak kunci aku dalam bahaya.. Dah lah aku duduk sorang je kat rumah banglo besar ni. Akhirnya, Syazra terlelap di sofa. Dengan baju kerja  yang tak bertukar dia terlelap akhirnya.



SYED ZARIFF baru sahaja memakirkan kereta Porshe Cayanne berwarna hitam metalik miliknya di dalam garaj bersebelahan dengan kereta Audi A8 miliknya. Di sebelah Audi A8, jentera mewah Ferarri bewarna hitam menjalar megah. Usai mematikan enjin kereta dia keluar melalui pintu khas yang menghubungkan ruang garaj keretanya dan bahagian dalam rumah. Terus sahaja dia mendaki anak tangga menuju ke ruang atas yang menempatkan bilik tidurnya. Bagus juga si Syazra ni, ada juga gunanya aku ambil dia jadi bini aku. Pandai dia kemas bilik tidur aku. Hmm... langsir dan cadar baru. Warna kegemaran aku pula tu. Bagus... bagus. Tanpa membuang masa dia terus membersihkan dirinya dan menukar pakaian. Selepas itu dia kembali turun ke ruang bawah. Niat untuk membasahkan tekak tergendala apabila anak matanya menangkap figura sekujur tubuh sedang enak bersandar di kerusi sofa di ruang tamu. Bibirnya mengukir senyuman. You tunggu I balik ke? Langkahnya kian menghampiri Syazra.
“Syaz... you tunggu I balik ke?” Soal Syed Zarif tanpa melihat wajah wanita itu.
“Syaz...” Panggilnya lagi. Sedikit pun wanita itu tidak berkutik. Aik, apahal pula ni.
“Hei Syaz! I’m talking to you! Are you  listening?” Kali ini dia mula hilang sabar. Memang menjadi kepantangan baginya jika seseorang itu tidak memberi perhatian ketika dia sedang bercakap. Kali ini dia bertindak menarik lengan Syazra dengan kasar. Terkejut Syed Zariff apabila Syazra tertarik kearahnya. Pantas dia menahan tubuh itu daripada jatuh tersembam. Hampir sahaja ketawanya meletus apabila melihat sepasang mata milik wanita itu terpejam rapat. Hatinya menjadi sejuk apabila melihat wajah lembut dihadapannya itu sedang lena. Deruan nafas Syazra yang perlahan membuatkan dia tidak sampai hati untuk mengerakkan wanita itu. Dia tahu selama 2, 3 hari ini, Syazra sangat sibuk kerana bebanan tugas. Malahan tugas wanita itu bertambah apabila Syed Zariff mengarahkan Syazra supaya turut melakukan tugasan bagi pihaknya. Semuanya gara-gara dia sibuk mahu memujuk Thalia. Wanita kesayangannya itu naik angin dan merajuk apabila melihat gambar Syed Zariff dan Syazra sedang tersenyum mesra di atas pelamin pada hari pernikahan mereka. Terdapat juga gambar dia mencium pipi Syazra sewaktu upacara memotong kek. Majlis persandingan mereka mendapat liputan beberapa akhbar dan majalah serta disiarkan di dalam televisyen, kerana latar belakang keluarganya yang terdiri daripada golongan atasan yang sangat berpengaruh.
“Syaz. Bangun, pergi tidur dalam bilik.” Serunya lembut. Syazra tidak memberi sebarang reaksi. Malahan tidurnya bertambah lena di dalam rangkulan Syed Zariff.
“Syazra Nur Rania binti Salehuddin. Bangun, pergi tidur dalam bilik. Esok nak bangun pagi.” Kali in Syed Zariff memberanikan diri menepuk pipi mulus Syazra. Suatu perasaan halus mengusik nalurinya. Kali ini Syazra memberi sedikit reaksi.
“Hmm..” Hanya itu jawapan darinya.
“Bangun. Hish… you ni sedar ke tak?” Bebel Syed Zariff. Dia sedikit lucu melihat tingkah Syazra. Masih enak tidur di dalam rangkulannya. Dia mendekatkan telinga Syazra.
“Kalau you tak bangun sekarang, I lepaskan tangan I pada pinggang you, biar you jatuh je kat atas lantai.” Ugut Syed Zariff. Kali ini dia nekad mahu melepaskan pautannya pada pinggang Syazra. Namun, belum sempat tubuh langsing itu terhempas ke lantai marmar, dia cepat-cepat menarik kembali Syazra ke sisinya. Tarikkannya yang kuat menyebabkan wajah kedua-duanya berlaga.

Apa yang jadi ya? cuba teka..

sebelum tu saya tunjukkan gambar kereta-kereta mewah milik Syed Zariff
jeng..jeng..jeng...

       
                                              ini Porshe Cayanne kesayangannya..



                                           ini Audi A8 kegemarannya


                                             Ini blackhorse...kereta kebanggaannya..

Hish.hish...kaya betul Zariff ni kan? agaknya sebab tu lah dia sibuk suruh Syazra tukar kereta wira miliknya kepadanya..




TAAARAAAAA.....Honda City nilah yang Syed Zariff belikan untuk Syazra sebagai hadiah perkahwinan( kononnya..walhal tiap-tiap bulan Syazra kena bayar balik padanya)

1 comment:

  1. where is the next episode ? i like it so much .10/10

    ReplyDelete