Tuesday 30 July 2013

seandainya aku tahu-2

 

 “HAI, SYAZ. Welcome back to  office.” Syazra tersengih. Dia baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi, apabila biliknya menerima kunjungan Hafeez.

“Assalamualaikum. Ya welcome back to office.” Hafeez atau nama penuhnya Syed Hafeez  tersenyum. Malunya ditegur begitu.

Sebaik mendapat tahu Syazra telah pulang ke Malaysia, hatinya meruntun-runtun mahu menatap wajah gadis itu. Jesteru, pagi-pagi lagi dia telah bangun. Bersemangat dia mahu ke pejabat. Sampai ditegur oleh mamanya, Datin Syarifah Wahida. Terasa bodoh pula bila dia tiba terlalu awal di pejabat. Sampai tak sempat bersarapan, terus sahaja dia menelefon setiusahanya, Haslinda untuk membelikan sarapan untuknya sewaktu perjalanan, ke pejabat. Sempat juga dia berpesan pada Haslinda, maklumkan padanya andai Syazra telah tiba di pejabat. Dia mahu menatap wajah manis itu.

“Assalamualaikum Hafeez, you datang bilik ni semata-mata nak berangan ke? Dah, pergi balik bilik you, dari tadi I bagi salam you tak jawab pun.” Salam Syazra dijawab di dalam hati. Syed Hafeez mencuri peluang untuk menatap wajah manis pujaannya sepuas hati. Dia tahu, tindakkannya itu salah, namun, itu sajalah pengubat kerinduan terhadap gadis yang telah sah menjadi milik Syed Zariff.

“Ole-ole I mana?” Soal Syed Hafeez.

Lelaki itu dikenalinya sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Malaya. Syazra, Syed Zariff dan Syed Hafeez sama-sama menuntut di tempat yang sama, bezanya Syed Zariff dan Syed Hafeez merupakan seniornya. Keakraban Syed Zariff dan Syed Hafeez mengundang tanda tanya. Hal itu tidak sedikit pun diketahui oleh Syazra kerana kedua-duanya begitu pandai menyimpan rahsia. Semuanya terbongkar pada hari pernikahan mereka. Syed Hafeez memanggil Puan Sri Syarifah Zaidah dengan panggilan Mak lang. Bila dirisik–risik, rupa-rupanya mereka berdua mempunyai talian persaudaraan. Syed Zariff merupakan dua pupu kepada Syed Hafeez kerana Syed Zamarul walid kepada Syed Zariff dan Syarifah Wahida iaitu mama kepada Syed Hafeez merupakan sepupu. Jarak usia mereka pun tidak jauh. Shazra muda dua tahun dari Syed Hafeez, manakala Syed Zariff dan Syed Hafeez pula sebaya.

“Syaz, mengelamun pula you ni. I tanya ole-ole I mana sayang?” Darah panas menyerbu ke muka Syazra. Sayang? Dia masih panggil aku sayang? Sengaja atau tidak sengaja?persoalan itu berlegar-lengar di mindanya. Terasa pipinya membahang ketika itu.

“Sorry, sorry. I tersalah cakap. Tapi I memang sayangkan you apa, you tahu kan?” Syazra mengeleng. Syed Hafeez memang suka bergurau.

“You pun nak ole-ole dari I ke? Kan you boleh pergi sendiri. Takkan nak I juga yang belikan untuk you. Lagipun taste you dan I berbeza. Mana I tahu you suka apa.” Syazra tergelak. Wajah mendung Syed Hafeez dipandang lama.Seronok dapat mengusik jejaka tampan itu, bukan senang nak tengok wajah masam lelaki itu.

“Yelah, yelah. Siapalah kita ni pada dia. Orang tu dah ada suami. Kita ni jangankan isteri, makwe pun tak ada.” Tawa Syazra terhambur. Ada-ada sahaja Syed Hafeez ni.

“Ala, sorry, I lupa sangat. I belanja you  makan tengah hari boleh? Dahlah Feez, pagi-pagi you dah tayang muka monyok, kurang rezeki tau tak. Kalaulah peminat-peminat you tengok muka you macam ni, jatuhlah saham you.”

“Sapalah nak kat I ni kan? Gadis yang I minat pun dah jadi milik orang.” Luah Syed Hafeez.

Anak matanya dibiaskan ke wajah Syazra. Alangkah manisnya kalau gadis secantik Syazra menjadi miliknya. Tetapi sayang. Gadis itu terlambat dimiliki. Inai dijari  Syazra yang masih merah menjadi bukti. Seri yang terpancar di wajah jelita gadis yang dipujanya dalam diam itu, membuatkan dia sedar. Syazra telah menjadi milik orang. Dan jejaka itu tidak lain tidak bukan ialah dua sepupunya sendiri. Syed Zariff.

“Iya? Siapa gadis tu?” Soal Syazra.

“Youlah!”

“Hah? Feez, you tahukan I tak suka gurauan macam ni, you tahukan status I?” Berubah wajah Syazra. Gurauan Syed Hafeez menakutkannya. Gila ke, aku ni isteri orang.

“Dah lah. Just kidding, takkanlah I tergamak nak rampas isteri dua pupu I kan? I tak sekejam itulah Syaz, I nak balik bilik I, I tunggu you tengah hari ni.” Syed Hafeez bangun. Dia mengemaskan kotnya yang sedikit renyuk. Syazra sekadar mampu melihat tingkah lelaki itu. Dia ingat lagi betapa terkejutnya lelaki itu apabila Syazra mengkhabarkan kepadanya bahawa dia ingin menerima lamaran dari Syed Zariff. Lelaki itu terkejut sehingga mengambil cuti selama 4 hari. Katanya untuk menenangkan diri dan dia sememangnya tahu bahawa lelaki itu kecewa dengan keputusan dirinya. Bahkan lelaki itu selalu menunggunya, hati lelaki itu tidak pernah berubah untuknya, dan begitu juga dengan dirinya. Dari dahulu sehingga sekarang, hanya seorang insan yang ada di dalam hatinya iaitu orang yang menjadi suaminya kini. Syazra melihat Syed Hafeez memulas tombol pintu. Dia tunduk mencapai sesuatu di bawah meja. Lalu beg kertas bewarna hijau itu dicapai.

“Feez, you merajuk dengan I ke?” Soal Syazra

“Tak ada apa lah Syaz, pernah ke I marah dengan you? It’s okey, I faham. You kan baru kahwin, mesti busy kan? Okey Syaz, I nak balik bilik dulu ni, tengah hari ni nak lunch sama dengan I tak?”

“Feez, here your souvenier. Takkanlah I nak lupakan you pula kan? You kan kawan baik I, mestilah I ingat nak belikan something untuk you. I ingat you tak heran benda-benda macam ni. Maaflah Feez, terlebih bergurau pula I ni.”

Syed Hafeez tidak jadi melangkah keluar, dia kembali menuju ke arah Syazra. Pantas tangannya mengaut beg kertas itu. Lebar sengihnya ketika itu.

“Dah, jangan nak jadi kerang busuk kat sini. Pergi balik bilik you, I ada banyak kerja nak buat ni.” Syazra kembali melihat fail di tangannya.

Syed Hafeez tidak mampu untuk berhenti untuk tersenyum. Syazra tidak pernah sekali pun melukakan hatinya dan dia sentiasa menjaga hati semua orang di sekelilingnya.

Sebelum keluar dia berselisih dengan Azura, setiusaha kepada  Syazra. I tak kejam nak rosakkan rumah tangga orang. I tak sejahat itu nak rampas you dari Syed Zariff, walau hakikatnya dia yang rampas you dari I.  Dia rampas you sebelum I sempat luahkan perasaan I pada you. Hampir 4 tahun I menyayangi you dalam diam, mencintai you dalam senyap. Memuja you dalam jaga dan tidur I. You tak pernah tahu Syaz, hanya Allah sahaja yang tahu betapa dalamnya rasa cinta dan kasih I pada you. Tapi demi kebahagiaan you, I lepaskan you pergi. I tahu, you sebenarnya ada hati pada Zaff. Kenangan sewaktu zaman unuversiti terbayang dimindanya. Saat dia melamar gadis itu, rupa-rupanya dia terlewat, gadis itu terlebih dahulu memberikan hatinya kepada orang lain.

“Zura, jangan setkan lunch appointment untuk Puan Syazra. Dia dah ada appointment lain, tengah hari ni.” Terpinga-pinga Azura menerima  arahan Syed Hafeez.

“Kenapa tu puan?” Sebaik Syed Hafeez beredar pergi, Azura mendapatkan penjelasan ketuanya tentang kesahihan kata-kata Syed Hafeez.

“Zura, tengah hari ni, ikut saya lunch.” Pelawa Syazra. Tak ingin dia keluar berdua-duaan dengan Syed Hafeez. Aku ni isteri orang, bukan calang-calang orang tapi CEO Al –Aziz Coporation. Si Hafeez tu pula bukannya orang lain tapi  dua pupu Zariff merangkap salah seorang pegawai eksekutif di Al-Aziz Coporation.

“Kenapa?” Soal Azura. Alamak, larilah budget aku kalau lunch dengan Puan Syazra. Mana dia nak jejak gerai tepi jalan. Paling kurang hotel 3 bintang. Rugutnya di dalam hati.

“Ikut je lah. Saya nak  belanja. Lagi sekali awak tanya, saya cancel.” Gertak Syazra. Mendergar perkataan belanja keluar dari mulut Syazra, pantas Zura mengangguk. Hish, rezeki jangan ditolak, orang nak belanja.

DAN TEPAT jam 1 tengah hari, dia dan Azura sudah sedia menunggu Syed Hafeez di ruang lobi. Dari jauh Syed Zariff sudah nampak kelibat Syazra. Dia dan Syed Hafeez berjanji untuk makan tengah hari bersama-sama.

“Selamat tengah hari Encik Zariff, Encik Hafeez.” Kelu lidah Azura berada di tengah kelompok barisan pemimpin tertinggi Al-Aziz  Holding.

Kenapalah Puan Syazra ajak aku lunch sama hari ni? Kalau setakat dengan Syed Hafeez, aku tak kisah, tapi kalau dengan Syed Zariff aku seganlah. Walaupun Syed Zariff lagi kacak dari Syed Hafeez, tapi dia ni serius sangatlah. Aduh, macam mana ni? Aku lagi rela makan meggi kat pantry  daripada ikut diaorang makan makanan yang sedap kat hotel.

“Hai, Zura. Awak pun join lunch hari ni?” Soal Syed Zariff, dia perasan riak wajah gelisah yang ditunjukan Azura.

“Ya. Er... Puan Syazra yang ajak saya.” Takut-takut, Azura membalas. Boleh tahan juga bos aku ni, agaknya dia kerek kat office je kot. Hehe... handsome betullah suami  bos aku ni. Bolehlah aku cerita kat Kak Mas, kat Nani, kat Kak Wani yang Syed Zariff  tegur aku, mesti diaorang tak percaya. Yelah, sapa nak percaya kalau orang yang paling kacak, kerek and tegas  serta kaya raya tu senyum kat staf bawahan macam aku. Untunglah puan Syazra dapat tengok muka Syed Zariff hari-hari. Kalaulah aku dapat suami yang perfect macam ni… Angan Azura

“Kita nak naik kereta siapa ni?” Soal Syed Hafeez. Apalah malang nasibnya. Ingatkan bolehlah lunch berdua je dengan Syazra, haram... Diangkutnya setiusahanya sekali. Dan tiba-tiba pula, si Zariff ni nak lunch dengan aku.

“Sayang je lah drive, abang teringin juga nak naik kereta yang sayang pandu. Sayang pun, baru je first  time drive kereta ni kan?” Syazra sekadar menurut. Dan mereka sama-sama menuju ke tempat parking kereta, di mana kereta Honda Citynya dipakirkan di situ. Kereta itu merupakan hadiah perkahwinan daripada Syed Zariff  untuknya.

Hadiah lah sangat. Syed Zariff telah meberitahunya awal-awal. Kereta tersebut dibelikan dahulu guna duitnya, bulan-bulan Syazra harus membayar sejumlah wang kepada Syed Zariff. Ala, kiranya Syed Zariff beli dulu kereta tu guna duitnya, bulan-bulan Syazra kena bayar semula padanya. Alasannya, dia tidak mahu isteri CEO datang ke pejabat membawa kereta wira. Kereta itu langsung tidak sesuai dengan statusnya.

“Syaz, cepatlah hidupkan enjin kereta. Mengelamun pula sayang ni.” Terluka hati  Syed Hafeez mendengar Syed Zariff dan Syazra  membahasakan diri mereka dengan ganti nama sayang abang. Syazra segera menghidupkan enjin kereta.

Dia sedikit terkilan apabila kereta wira yang dibelinya sendiri dengan hasil wang titik peluhnya terpaksa dijual. Kalau diikutkan dia tidak ingin pun menjual wira kebanggaannya yang telah banyak berjasa padanya. Ni semua sebab Syed Zariff!

Tunggulah, sampai masanya aku akan balas semua perbuatan kau pada aku… tekad Syazra.

No comments:

Post a Comment