fuh akhirnya berjaya juga gagahkan diri untuk update new entry..maaflah untuk yang tertunggu-tunggu entry dari saya...
insyaallah saya akan terus berusaha untuk cepat-cepat menyiapkan MSS...
teruskan bersabar ..
selamat membaca....
‘’Syaz...’’Syed Hafeez menarik buku ditangan gadis itu.Bukannya dia tidak tahu, Syazra kalau dah mengadap buku memang takkan perasan apa yang terjadi disekeliling.
insyaallah saya akan terus berusaha untuk cepat-cepat menyiapkan MSS...
teruskan bersabar ..
selamat membaca....
‘’Syaz...’’Syed Hafeez menarik buku ditangan gadis itu.Bukannya dia tidak tahu, Syazra kalau dah mengadap buku memang takkan perasan apa yang terjadi disekeliling.
‘’Apa?’’Apa lagi tak kena ni?kang ada yang kena back hand free je,
orang nak study pun tak senang.Menyesal pula aku layan abang senior sengal
macam Syed Hafeez ni.Mulutnya sudah muncung sedepa.
‘Syaz, jadi pasangan I untuk majlis malam ni boleh tak?’’Pelawa Syed
Hafeez.Syazra mengeleng.Tak kuasa nak melayan,dah lah kerja
bertimbun-timbun.Kalau pergi event tu dah membazir masa aku 2, 3 jam.Dalam masa
2, 3 jam tu aku boleh siapkan report assigment.
‘’Kena pergi juga, hari tu dah janji nak balas budi I, tolong consult
project you kan?sekarang I nak tuntut janji.’’no way, kali ni dia akan memujuk
gadis dihadapannya itu sedaya upaya.Takkan ada ruang untuk menolak lagi, sejak
mengenali gadis itu, dia sudah faham benar segala helah dan taktik yang
digunakan untuk menolak pelawaannya.
‘’Lain kali boleh tak? Syaz busylah.’’Syed Hafeez menyimpul senyuman .
Pandai ya nak mengelak, sebelum-sebelum ni, you lepaslah Syaz, but now not
anymore,by hook or by crook, Syaz kena setuju juga nak keluar dengan aku.Aku
dah nekad.
‘’Tak boleh. Amboi, nak jadi junior derhaka ke?event malam ni wajib
datang ,Syazkan apart form our faculty, takkanlah you tak nak datang malam ni,
alang-alang dah datang tu apa salahnya kalau jadi pasangan I .I tak ada
partnerlah, be my partner please’’Syazra menayangkan muka simpati.Manalah tahu,
Syed Hafeez akan merasa simpati dan melepaskan dirinya kali ini.Aduhai comel betul muka Syazra ketika itu namun Syed Hafeez sudah membulatkan tekadnya.Kalau tidak malamnya, bila lagi?
‘’I don’t care, be well prepare tonight at, 8.30 p.m.Wear something
nice.See you tonight.’’Syazra mengigit bibir.Aduh, ni yang malas nak minta
tolong Hafeez, mesti ada balasan.Apa-apa jelah Syaz, asalkan kau tak buat
salah.Lagipun takkan dia nak buat apa-apa yang tak baik pada kau kan?
Malam itu, selepas sudah menunaikan solat maghrib, Syazra dengan berat
hatinya menyarungkan baju gaun petang yang terpaksa dibelinya setelah puas
dipaksa oleh Ilyana.Sebenarnya gaun itu dibelinya sebagai persediaan untuk
menghadiri apa-apa majlis formal yang dianjurkan pihak universiti.Malangnya,
sejak dibeli, gaun itu telah menjadi penghuni tetap almari pakaiannya .Setiap
kali menghadiri sebarang majlis formal, Syazra lebih senang memakai baju
kurung.Gaun itu tidaklah mahal mana, tetapi untuk gadis yang berasal dari
keluarga miskin seperti dirinya, harga gaun itu agak mahal.
Disebabkan didesak
oleh Ilyana, maka dengan berat hati dia terpaksa juga membeli gaun malam
berkenaan.Sebagai balasan, Ilyana dengan murah hati menawarkan dirinya untuk
membayar harga kasut yang sedondon dengan gaun malam itu.
‘’Over tak aku pakai macam ni?’’Soal Syazra.Risau dia melihat baju yang
melekat ditubuhnya.Sebenarnya baju itu sedang elok sahaja dengan
badannya,Ilyana yang baru sahaja sudah mandi menjerit.
‘’Wow.Cantiknya.Pandai tak aku pilih?sesuailah dengan badan
kau.Hmm...cantiknya.Ada can lah kau menang pakaian tercantik malam ni.’’Ilyana
terus sahaja berjalan mengelilinginya.Hmm, kan bagus kalau kau selalu pakai
cantik macam ni, mesti Syed Zariff tu
melutut terus dengan kau , selama ni kau tak mekap, kau pakai biasa-biasa pun
ramai suka dengan kau.Sayang gaun secantik ini dibiarkan tergantung sahaja
didalam almari.Kalau tidak sebab desakkan darinya, memang sampai bla-bila
Syazra tidak akan menyaurungkan gaun malam itu ke tubuhnya.
‘’Apa-apalah Yana, aku nak cepat ni, jumpa kat sana nanti tau,aku pergi
dulu.’’Ilyana membesarkan matanya tatkala melihat Syazra menyarungkan tudung
bawal bewarna putih susu.
‘’Hei, kejap.’’Dia sudah menarik tangan roomatenya.Ada ke patut,pakai
gaun, sikit punya cantik, tapi pakai tudung bawal je pergi event tu.memanglah
syazra ni, sempoi habis, langsung tak reti nak bergaya, bukannya tak cantik,
tapi sengaja!.
‘’Apa lagi tak kena ni?kau nak buat apa ni?’’Syazra mula
membebel.Ilyana pura-pura tidak mendengar, sebaliknya dia mengarah Syazra
supaya duduk diatas kerusi berdekatan dengan meja study.Kemudian dia membuka
almari pakaiannya yang terletak di sebelah kiri bilik dan mengeluarkan 1 kotak
sederhana besar.Melihat kotak itu, Syazra dapat meneka tindakkan Ilyana yang
seterusnya.Satu persatu peralatan mekap dikeluarkan .Mula-mula muka Syazra
disapu dengan pelembab,selepas itu dia meyapu foundation serata wajah Syazra
.Palet warna pembayang mata dibuka.Terlongo Syazra melihat deretan alat solek
milik Ilyana.
Gadis itu berasal dari keluarga yang senang, jadi deretan alat
soleknya terdiri dari pelbagai jenama terkenal.Sedangkan dia hanya memiliki
compact powder jenama silky girl dan lip gloss dari jenama lip ice.Manalah dia
mampu memiliki alat solek yang rata-ratanya berharga puluhan ringgit bahkan
mencecah ratusan ringgit.Set alat solek yang dimiliki Ilyana persis milik
profesional.Lihat sahajalah deretan berus yang dia miliki.Terkebil-kebil
matanya melihat deretan alat-alat mekap didepannya.
Janganlah Ilyana ni datang
gila dia nak make over aku bukan-bukan.Doanya didalam hati.Ilyana memang gemar
mencuba teknik dan gaya solekkan terbaru jika gadis itu mempunyai masa
lapang.Ada-ada sahaja percubaan baru darinya.Jarang ekperimennya gagal.Ilyana
memang bijak bermain dengan warna sehinggakan sentuhan tangannya mampu mengubah
wajah seseorang dari penampilan yang biasa-biasa kepada wajah yang cantik
jelita.Selalu juga khidmat Ilyana diguna pakai oleh rakan-rakan mereka .Ilyana memang gadis serba boleh, rasanya jika gadis manis itu mengikuti khusus khas berkaitan seni persolekkan, dia boleh pergi jauh.
‘’Tutup mata.’’Arahnya.Syazra ikutkan sahaja.Dia dapat merasakan bahawa
Ilyana menyapu sesuatu di kelopak matanya.Mahu membantah dia bimbang Ilyana
terasa hati,justeru dia ikutkan sahaja.
‘’Buka mata kau pelan-pelan, sekarang aku nak sapu blusher, pakaikan
kau gincu then, kau dah siap’’Syazra diarahkan senyum.Lincah tangan kecil
Ilyana meyapu pemerah pipi pada pipi mulusnya.Selepas itu dia menyapu pelembab
bibir dan gincu pula.
‘’Aku dah siap make up kau, sekarang ni, kau tunggu kejap, aku nak
pakaikan kau tudung.Kau jangan curi-curi tengok cermin tau.’’Ilyana sekali lagi
membuka almarinya.Dia mengeluarkan awning bewarna putih dan selendang
hitan.Selendang itu dihadiahkan kakaknya sempena dengan ulang tahunnya yang ke
18 tahun .Cantik .
Jarang-jarang dia memakai Selendang berkenaan kerana
selendang itu istimewa.Itulah selendang pertama yang diberikan oleh kakaknya
setelah dia berhijrah kepada memakai tudung.Sebelum ini dia,tidak memakai
tudung, Cuma apabila Ilyana mencecah usia 17 tahun dia membuat keputusan untuk
menutup aurat sepenuhnya, lagipun kesemua kakak dan emaknya memakai tudung.
‘’Yana, tak payahlah pakai selendang ni, kau kan sayang selendang
ni.Nanti kotor pula.Aku tak mampu nak ganti yang baru,tak apalah pakai sahaja
tudung aku .’’Ilyana mengeleng.
‘’Selendang ni, memang istimewa
untuk aku, tapi kau juga istimewa bagi aku.Kau kawan baik aku,aku
belajar banyak benda dengan kau.Kaulah satu-satunya kawan yang paling jujur
yang aku pernah jumpa.Pasal selendang ni, aku yakin kau boleh jaga
elok-elok.Dah lah, jangan cakap banyak.Lambat pula kau nak pergi majlis tu
nanti.’’Syazra bukam ditempatnya.Terharunya dia apabila Ilyana sudi meminjamkan
selendang kesayangannya untuk kegunaanya.
Wajah Ilyana serius ketika dia menyiapkan
pemakaian selendang di kepala Syazra, rambut Syazra yang panjang mengurai di
sanggul rapi sebelum dia menutup mahkota Syazra dengan anak tudung diikuti
awning dan Selendang yang dililit mengikut fesyen terkini.
‘’Dah siap, jom tengok cermin.’’Ilyana membawa Syazra berdiri dihadapan
cermin.Perlahan-lahan Syazra membuka matanya.Matanya membulat melihat figuranya
yang terbias di cermin.
‘’Aku ke ni?’’terbuka luas matanya tatkala dia melihat sendiri biasan
dirinya dihadapan cermin, sebelum ini, Ilyana melarangnya melihat cermin, kita
rakannya itu sedang sibuk menyiapkan dirinya.
‘’Kaulah,siapa lagi.Kang cantik kalau kau selalu macam ni.Aku make up
kau tak over pun,aku takut kau segan nak
pakai make up tebal-tebal.Okey tak macam ni?’’Syazra mengangguk.Tak tebal
sangat.Nipis sahaja solekkannya.Ilyana turut meminjamkan clutch bag bewarna
silver kepada Syazra.Sebagai pelengkap gaya Syazra menyarung wedges setebal 3
inci.
Itulah kasut paling mahal yang pernah dia miliki seumur hidupnya. Itupun
kerana Ilyana yang belikan.Kalau nak harapkan duitnya, memang sampai bila-bila
pun dia tidak akan merasa untuk memakai sepatu mahal itu.
‘’Kau memang cantik.All the best dear! Aku yakin mesti semua orang
jatuh hati pada kau malam ni.Bye,Kirim salam pada Syed Hafeez ya.Cepat pergi,
dia tunggu kau kat bawah.’’Ilyana menolak tubuhnya untuk berjalan, Syazra
sedari tadi berdiri di hadapan pintu.
‘’Mana kau tahu aku pergi dengan dia?’’tanya Syazra.Ada sesiapa buat
pengumuman ke memaklumkan bahawa Syed Hafeez sudah sampai? Ilyana mengukir
senyuman sinis.
‘’Sebab budak perempuan kat level bawah semuanya dah macam kena
histeria.Aku jengah lah tengok kat koridor, memang dia pun.Cepatlah pergi,tapi
aku rasa dia tak kisah pun tunggu kau lama.’’Ilyana menghantar Syazra sehingga
ke bawah.Tersengih dia melihat Syed Hafeez yang kacak dengan tuxsedo bewarna hitam sedang bersandar tubuh di
kereta Toyota Harrier bewarna putih susu. Sebaik menyedari kedatangan Syazra
Syed Hafeez pantas membuka cermin mata hitam yang dipakainya.
‘’Hai Syaz, you look georgous tonight, so, shall we?’’Syed Hafeez
membukakan pintu kereta di tempat duduk sebelah penumpang untuk Syazra.Selepas
itu dia segera memboloskan diri ketempat duduk pemandu dan segera menghidupkan enjin
kereta lalu kereta yang dipandunya beredar meninggalkan perkarangan kolej
kediaman dan menuju ke tempat majlis itu dijalankan.
‘’Thank for being my partner .’’Syazra tersenyum.Syed Hafeez memandang
dengan ekor mata.Kau sungguh jelita malam ni, tak jemu mataku memandang
dirimu.Syazra Nur Rania memang agak terkenal dia fakulti mereka, ini kerana,
gadis itu merupakan salah seorang pelajar yang sering meraih anugerah dekan
pada setiap semester.Tambahan pula Syazra bersahabat baik dengan dirinya yang
merupakan salah seorang dari pelajar lelaki popular di UM.
Populariti gadis itu
bertambah juga kerana Syed Zariff,sering sahaja mencari pasal dengannya.Syed
Zariff memang gila sikit orangnya, sekali dia dah tak suka seseorang, selamanya
orang itu kekal menjadi musuhnya.Begitulah yang terjadi pada Syazra, jadi sebab
itulah Syed Hafeez mendekati Syazra, tujuannya untuk melindungi gadis itu dari
sebarang tindakkan gila sepupunya itu.
Perkenalan mereka membuatkan Syed Hafeez
akhirnya jatuh hati dengan sikap dan peribadi gadis itu.Senyumannya sahaja
mampu membuatkan ramai orang jatuh hati.Syazra mempunyai seraut wajah jelita
yang unik, apabila dia tersenyum, lesung pipit yang dalam akan terbentuk di
kedua belah pipi gebunya.
Syazra tidak berani bersuara.Tiba-tiba dia gerun melihat Syed Hafeez
pada malam ini.Entahlah.Bagaikan ada sesuatu yang tak kena.Sudahnya dia hanya
mampu memandang ke luar, menghiburkan hati dengan melihat deretan lampu yang
menerangi jalan.
‘’Syazra, kita dah sampai.’’Barulah dia menoleh ke hadapan, deretan
kereta sudah memenuhi ruang pakir kenderaan, dari jauh dia boleh melihat dewan
utama yang dihiasi cantik,siap ada banner lagi.Pada banner tersebut tertulis
Malam Gala Fakulti Kejuruteraan dan Majlis perpisahan pelajar semester akhir.
Ya
benar selepas ini, dia tidak akan lagi bertemu lelaki sebaik Syed Hafeez,
lelaki itu akan menyambung pelajarannya di luar negara.
‘’Jom.’’Syed Hafeez membukakan pintu kereta untuk Syazra, dengan penuh
hati-hati Syazra turun dari kereta.Syed Hafeez mencuit lengannya.Syazra
mengerutkan dahi apabila melihat lelaki itu menghulurkan tangan.
‘’Tak nak lah, seganlah.’’
‘’Syaz, kan berlapik ni, at least sportinglah sikit, demi I.Bukan nak
buat apa pun, tengok tu orang lain semuanya berpasangan.Takkan I nak jalan
sorang-sorang.’’Pura-pura sedih Syed Hafeez memainkan peranan.Malam ini, hati
gadis itu perlu dimiliki.Kalau perlu dia mahu memiliki gadis itu, sebelum dia
berangkat keluar negara, dia mahu dirinya diikat dengan gadis itu.
‘’Okey,’’Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk utama, di
tempat pendaftaran, dia diberikan sejambak mawar merah.Syazra sempat lagi
berbalas senyuman dengan Yatt, salah seorang orang kuat fakuti yang berkerja
keras demi untuk menjayakan acara malam ni.
‘’Eh, Feez, kenapa bunga yang I dapat sampai sejambak, I tengok orang
lain cuma dapat sekuntum seorang je.Si Yatt ni salah beri pada I ke?’’Soal
Syazra.Syed Hafeez mengeleng.Dia mengerling kearah Hayati atau lebih mesra
dengan panggilan Yatt dikalangan rakan-rakan.Yatt sekadar menaikkan ibu jarinya
sahaja.Memang dia sudah merancang dengan Yatt supaya membantunya malam itu,
mujur Yatt sporting orangnya.Syazra mengeleng melihat reaksi selamba Syed
Hafeez, dia lantas kembali berjalan mendekati meja pendaftaran.
‘’Yatt, kenapa bunga I sampai sejambak ni? You salah bagi ke? Ambillah
balik, Yatt bagi Syaz sekuntum pun dah cukup.’’
‘’Tak adalah Syaz, sebenarnya macam ni, bunga ni tiba-tiba terlebih
pula, lagipun Syaz merupakan siswi terakhir yang terakhir tiba malam ini.So
memang rezeki Syazlah dapat bunga sampai sejambak.’’Bersungguh-sungguh Yatt
meyakinkan Syazra.
‘’Betul ni?kalau silap bagaimana? Nanti Yatt kena marah pula.’’Syazra
masih tidak puas hati lagi.
‘’Takkah silaplah, Syaz, cepatlah masuk majlis dah mula .Yatt masih ada
tugas lagi yang belum selesai.Kita jumpa kejap lagi ya?’’terpaksalah dia
berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yatt.Akhirnya Syazra kembali
kepada Syed Hafeez yang setia menunggunya di pintu gerbang utama dewan.
‘’Feez,I nak pergi kat meja sana, kat sana tu ada ramai kawan I.You
pergilah jumpa kawan-kawan you.’’Syed Hafeez akur dengan permintaan gadis
itu.Syazra berjalan laju menuju ke meja bernombor 12. Dek kerana ingin segera tiba di meja yang diduduki teman-temannya .Tanpa disedari seseorang dari arah bertentangan juga berjalan pantas menuju ke arahnya.Tiba-tiba......
Assalamualaikum semua...
mesti anda tak sabar-sabar tunggu new entry...
ini hadiah untuk anda...
cuba teka apa yang akan terjadi seterusnya..
jeng..jeng....jeng.....
sebelum tu saya tinggalkan anda dengan gambar Syed Zariff..
Assalamualaikum semua...
mesti anda tak sabar-sabar tunggu new entry...
ini hadiah untuk anda...
cuba teka apa yang akan terjadi seterusnya..
jeng..jeng....jeng.....
sebelum tu saya tinggalkan anda dengan gambar Syed Zariff..
aww...handsome tak Syed Hafeez? |
bayangkan Syed Hafeez memberikan bunga ini kepada Syazra... |
salam dik...amat menarik penceritaan dlm plot novel u nih...sungguh akk tertarik...tahniah yer dek couse mmg best lh so superb,harap sngt dinaskah kn ker novel dek...wish ur luck n sukses selalu dlm berkarya..
ReplyDeletewaalaikumusalam kak norihan
Deleteterima kasih sebab sudi baca cerita saya..
saya masih insan baru dalam bidang ni...insyaallah memang jika diizinkan Allah saya teringin untuk melihat SAT diterbitkan...
banyak typo lah pula baru perasan...sorry
kalau saya ada buat silap...jangan segan-segan untuk menegur saya..insyaallah saya akan berusaha untuk memperbaiki diri.