Saturday 2 November 2013

Kerana DIA....Aku Relakan

Assalamuailaikum semua, ni mini novella yang saya cakap nak post tu..tapi x sure lagi berapa bab ye..tengoklah pada kerajinan saya...
kalau tak suka cite ni..sorrylah...

hmm...buat yang sudi membaca...terima kasih semua....
selamat membaca...

DIA  maha mengehtahui. Perjalanan hidup kita diatas muka bumi ditentukan olehNYA.Aku…Nur Qinthara Haiza binti Datok Qhalid.Aku dilahirkan dalam keluarga yang dilimpahi dengan kemewahan.Sejak kecil, segala keinginanku pasti dituruti. Oh ya, aku merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik.Aku merupakan satu-satunya puteri didalam keluarga kecilku Aku. dilahirkan tanpa sempat merasa kasih sayang seorang ibu.Aku tidak pernah merasai hangatnya kasih sayang seorang ibu kerana, demi melahirkan satu-satunya zuriat perempuan seperti yang dikhendaki oleh ayah, ibu tegar mengorbankan nyawanya.Aku dimanjai, aku ditatang ibarat minyak yang penuh. Bagi ayah, aku merupakan hadiah terakhir ibu untuk dirinya.Baginya aku adalah permata yang sangat bernilai.Aku melalui hari-hariku dengan penuh rasa gembira dan  bahagia.Cukuplah dengan kasih sayang dari ayah, dan kedua abangku,aku tidak memerlukan perkara lain dalam dunia.Aku hanya perlukan mereka disekelilingi ku.

Namun aku tidak seperti gadis lain.Kita sering dimomokkan bahawa, seorang gadis yang lahir dikalangan keluarga jutawan perlulah memiliki personaliti yang hebat.Pintar, cantik jelita, bertubuh langsing dan bijak bergaya.Sesuailah digandingkan dengan  seorang putera yang lahir dikalangan keluarga yang sempurna.Namun itu bukan aku.Aku tidak cantik, tidak bertubuh langsing, dan tidak bijak bergaya.Aku berketinggian 160 cm dengan berat badan mencecah 80 kilogram.Kulit wajahku tidak sehalus dan segebu orang lain.Aku memiliki parut-parut jerawat yang mencacatkan kulit wajahku.Namun aku tetap bahagia, keluargaku tetap menyayangi aku dengan keadaan fizikal ku yang sedemikan rupa.Ayah bangga kerana memiliki aku sebagai anak perempuannya.Aku bernasib baik kerana dikurniakan akal fikiran yang pintar.Di sekolah, namaku sering disebut-sebut, kerana kecemerlangan ku didalam hal berkaitan akedemik, namun tidak kurang juga dengan mereka-mereka yang mengutuk aku.Bukannya aku tidak tahu, ramai yang mengata aku dibelakang kerana rupa bentuk fizikalku.Ah tidak mengapalah, kata ayah dan Mak Teh, rupa paras tidak penting, rupa paras yang sempurna tidak mencerminkan seseorang itu memiliki peribadi yang hebat.

''Qinthara, rupa paras bukanlah segala-galanya.Ingat sayang, rupa paras yang jelita, yang sempurna tidak akan kekal lama, bila Qin semakin tua, kecantikkan itu akan lenyap.Pedulikan kalau ada orang yang mengejek atau mempermainkan Qin.Abaikan ya sayang.Mak Teh tahu, anak Mak Teh ni, bukan sahaja mmpunyai wajah yang comel, tetap seorang gadis yang sangat baik, pintar, berbudi bahasa dan disenangi ramai orang.Macam sekarang,semua orang suka dan sayang pada Qin kan?''Kata-kata itu acapkali diungkapkan Mak Teh pada ku setiap kali aku mengadu kepadanya bahawa diriku dipersendakan rakan-rakan di sekolah kerana fizikal ku.

Aku menumpang kasih seorang ibu dengan pembantu rumah yang kupanggil Mak Teh dan juga keluarg angkatku.Bukan orang lain pun, Mama Nora dan Papa Kamil.Mama Nora dan Papa Kamil merupakan kawan baik ayah .Papa Kamal merupakan salah seorang rakan perniagaan ayah.Mama Nora dan Papa kamal mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Anak perempuan mereka muda tujuh tahun dari aku.Anak sulungnya aku panggil Abang Amir.Yang kedua aku panggil Abang Fikry , yang ketiga seusia denganku, namanya Taufiq.Dalam ramai-ramai anak Mama Nora dan Papa Kamal, Taufiq yang paling kacak.Taufiq mewarisi genentik cina dari Mama  Nora, berkulit putih, tinggi , berambut lurus .Hidungnya mancung seperti Papa Kamal.Matanya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Segalanya sempurna pada pandangan mataku.Tapi dia ada satu kekurangan yang membuatkan aku sering kali berkecil hati dengan dirinya.Dia ku akui dikurniakan pakej lengkap sebagai seorang lelaki, namun penampilan fizikalnya yang hebat tidak seiring dengan peribadinya. Dia sejak kecil menganggap ku musuh tradisinya.Ini kerana Mama Nora dan Papa Kamil lebih mengambil berat akan diriku berbanding dirinya, mungkin kerana Mama Nora dan Papa Kamil simpati terhadap nasib ku yang tidak mempunyai ibu sejak kecil.Kata Mak Teh, bukan tidak ada wanita yang cuba dipadankan dengan ayah.Nenek ku sudah penat membawa wanita-wanita pilihannya yang diyakini dapat menjadi isteri baru ayah dan seterusnya menjadi emak baru kami, tetapi semuanya ditolak oleh ayah.Padahal, semua calon-calon yang diperkenalkan oleh nenek bagus-bagus belaka. Ayah pernah memberitahu nenek bahawa dia tidak akan sekali-kali mencari calon isteri lain,kerana baginya tiada sesiapa pun yang dapat menandingi tempat arwah ibu disisinya.Tambahan pula, dia tidak memerlukan seorang isteri untuk menguruskan rumah tangganya, segalanya boleh diuruskan sendiri.

Mama Nora sering membawa aku pulang kerumahnya, bahkan aku turut mempunyai bilik khas dirumah itu.Dan aku sering berebutkan permainan dengan Taufiq, setiap kali kami bertengkar, pasti Mama Nora akan menyebelahi aku, dan sering kali juga Taufiq senyap-senyap membalas dendam padaku dengan cara sengaja menolakku jatuh . Kami bersekolah di sekolah yang sama.Mama Nora lah yang mengusulkan hal itu , walhal ada lagi sekolah yang lebih dekat dengan rumah ku, namun Mama Nora tetap mahu aku bersekolah sama dengan anaknya.


Pertemuan kami setiap kali pasti di akhiri dengan perang mulut, ada-ada sahaja kata-kata yang keluar dari mulutnya yang meyakitkan hati aku.Aku ingat lagi sewaktu  kami mengikuti lawatan sambil berlajar ke zoo negara, lawatan itu diwajibkan untuk semua pelajar tingkatan 3, kami arahkan untuk membuat sedikit kajian tentang haiwan -haiwan yang terdapat di dalam Zoo Negara.ketika kami melewati kandang beruang, Taufiq tiba-tiba sahaja berdiri disebelahku, dengan gaya selamba dia berbisik kepadaku.

'' Seronok tak dapat jumpa kawan kau?''Soalnya tiba-tiba.Aku pantas menoleh kawan yang mana satu yang dimaksudkan olehnya?setahu aku, memang ramai sungguh kawan-kawan ku yang ikut serta dalam lawatan kali ini.

''Kawan yang mana ni?''Dia tidak membalas sebaliknya jarinya lurus menunjukkan kearah anak beruang yang ada didalam kandang berkenaan.

''Tu,comel kan?sama besar dengan kau.''.Ada ke patut aku yang comel ni, dipanggil anak beruang?Katanya kalau aku diletakkan didalam kandang beruang di zoo, pasti aku dan anak beruang tiada bezanya.Kurang ajar sungguh.Kembang kempis hidungku menahan marah.Ada sahaja modalnya untuk mengenakan akuAku sudah bersedia untuk membalas kata-katanya.Namun dia cekap menyelinap disebalik kawan-kawanku yang terpegun melihat binatang comel itu.Sudahnya aku biarkan sahaja sikap dirinya..Lagipun aku teringatkan pesan ayah supaya sentiasa bersabar dan jangan bertindak melulu.Orang yang sabar disayangi Allah.Ya, disebabkan itulah Taufiq sering sahaja menang, kerana aku memang tidak akan membalas kata-katanya.

 Taufiq memang bijak, sudahlah bijak, tampan pula tu, bukannya aku tak tahu bahawa taufiq merupakan salah seorang jejaka rebutan ramai disekolah.Di sebabkan Taufiq terlalu popular disekolah, dengan aku-aku sekali terlibat sama.Masakkan tidak seringkali terjadi disekolah, pelajar perempuan bahkan rakan sekelasku yang meminta khidmatku untuk menjadi posmen dan menyampaikan surat cinta mereka  dan hadiah-hadiah untuk Taufiq.Dan malang untuk mereka kerana Taufiq sememangnya tidak pernah melayan perkara kebudak-budakkan seperti itu.Selalunya segala pemberian mereka akan dihumban kedalam tong sampah.

Suatu hari selepas aku kembali semula ke kelas selepas tamat waktu rehat,terdapat dua bungkusan hadiah dimasukkan kedalam mejaku beserta kad ucapan .Tidak perlu diselidik lagi, kerana terang-terangan diatas kad itu tertulis nama si sombong itu.Seperti biasa aku yang baik hati  ni pasti akan menyampaikan hadiah itu kepada Taufiq.
''Fiq, ni ada orang bagi kau.''Dia yang sedang leka membaca majalah berkenaan kereta itu kuhampiri.dia tidak memberi respon sebaliknya masih meneruskan pembacaannya.
''Fiq, cepatlah ambil, aku nak balik ke tempat aku ni,''Gesa ku lagi.
''Aku tak pekaklah, letak je atas meja. lepas tu blah, jangan nak menyemak depan aku, habis pandangan aku kau halang.''Aku menarik buku yang dibacanya lalu membalingnya ke lantai.Taufiq berdiri.Wajahnya merah menahan marah.Saat itu aku sudah tidak tahan lagi dengan perangai sombong dan egonya.

''Apa masalah kau ni perempuan?kau nak aku ambil bungkusan bodoh ni.Okey fine aku ambil.Mulai hari ni, aku bagi kau amaran ,jangan sibuk nak campur hal aku,aku ada peminat ke, musuh ke stalker ke, tu hal aku, kau tak berhak ambil tahu.Ha, pasal bungkusan bodoh ni, kau nak aku ambil kan, bak sini.''Dia merampas bungkusan berbalut kemas itu, wajahku dipandang silih berganti dengan bungkusan berkenaan.

''Bungkusan bodoh ni, bukan disini tempatnya tapi kat situ.''Dengan sekali lontar sahaja kedua-dua kotak berbalut kemas itu selamat bersemadi didalam tong sampah hitam diluar kelas.selepas itu dia berjalan masuk kedalam kelas,dia berjalan dihadapanku, dan tunduk mengutip majalah yang aku campak tadi, dengan wajah yang tiada perasaan, dia kembali duduk dan meneruskan pembacaannya seolah-olah tiada apa pun yang berlaku.Walhal seisi kelas senyap sunyi dek kerana terkejut dengan sikap dan perbuatannya .Malu usah dicakap, kalaulah aku boleh jadi invisible waktu tu.Sudah lama aku lakukan.Aku  melihat dirinya dengan hati yang panas, bibir ku ketap kuat-kuat, hish...kalau lah aku boleh ajar mamat berlagak ni., confirm setahun aku tak makan pun tak apa..kenyang.
''Kau terpacak depan aku ni apahal?tak reti nak balik tempat kau ke? ke kau tak reti nak berjalan balik ke nak kena aku hantar?Dah shooohh..menyemak je kat tempat aku.''Aku berjalan sambil menghentak-hentak kali, terkumat kamit  mulutku menyumpah lelaki itu.Namun belum sempat aku berjalan jauh dia sudah memanggil namaku semua.Aku segera berpaling.
'Nahas kalau kau report kat mama pasal aku.Kalau kau berani buat, tahu lah apa yang jadi lepas ni.''Seperti biasa ayat ugutan itu pasti diucapkannya pada ku.Wek...tak heran, siaplah kau balik nanti, aku buli kau depan Mama Nora puas-puas.

macam mana dengan cerita ni, okey tak?hehehe
korang rasa Qin berani tak report dengan Mama Nora pasal perangai Taufiq yang terlebih cantik tu?

2 comments:

  1. cm ne okey x percubaan pertama saya?
    pleezz comment kalau suka...x suka pun leave comment..so saya bleh improve

    ReplyDelete