maaf sebab mengambil masa yang terlalu lama untuk update cerita ni..
selamat membaca..
terima kasih kerana setia menunggu sambungan cerita...
‘’Bad news, jantung persakit hampir-hampir berhenti berdenyut
tadi.Sepatutnya ayah awak, dibawa ke hospital lebih awal.Terdapat pendarahan
dalaman, seluruh sel kanser dah mula merebak ke seluruh paru-parunya, dan kami
baru mendapati sel-sel kanser turut merebak ke organ yang lain.Ayah awak, semakin
lemah.Kita tunggu 24 jam dari sekarang, tengok perkembang pesakit macam
mana.Saya harap, keluarga awak banyak-banyak bersabar.’’Syazra terkaku.Ketika
itu terasa seperti dunia dia sekelilingnya sunyi sepi.Kata-kata doktor itu
benar-benar memeranjatkan dirinya.
‘’Cik okey ke?’’Soal doktor itu apabila Syazra tiba-tiba
membisu.Padanya gadis dihadapannya itu memang seorang anak yang baik.Selama ini
dia banyak berurusan dengan Syazra hal-hal yang berkaitan dengan
Sallehuddin.Dia juga tahu, kos rawatan ayahnya ditangung oleh gadis itu
sepenuhnya.
‘’Tapi, tempoh hari, doktor
cakap, kesihatan ayah saya semakin baik,kenapa pula boleh jadi buruk
tiba-tiba.?’’
‘’Puan Syazra, macam yang saya selalu kata, kita dah berusaha memberikan
yang terbaik,segalanya bergantung pada kekuatan pesakit dan juga dengan
izin-NYA.Saya pun agak terkejut melihat kesihatan ayah awak tiba-tiba
merosot.Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, salah satunya ialah
pesakit hilang keyakinan untuk hidup,mungkin, pesakit risaukan sesuatu, bila
emosi pesakit terganggu, sel-sel kanser makin cepat merebak, ketahanan badan
pesakit makin lemah, terus terang saya katakan, perbedahan tempoh hari tidak
memberikan sebarang impak yang besar terhadap kesihatan pesakit.Pesakit kanser
ni, kita tak boleh ramal.Semalam lain, hari ni lain, esok lain.Saya harap, awak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.’’Syazra mengenggam tangannya
kuat-kuat.Hatinya terasa bagaikan diramas-ramas apabila mendengar berita itu.
‘’Puan Syazra, jangan menyesal, sebagai anak, awak dah melaksanakan tanggungjawab awak dengan baik.Setiap kali pesakit jumpa saya, beliau selalu bercerita pasal awak,katanya dia bangga ada anak seperti awak.’’Ketika itu Syazra mengangkat
wajahnya yang sedari tadi ditundukkan.
‘’Ayah saya cakap macam tu doktor?betul ke?’’Doktor itu mengangguk
sahaja mengiakan pertanyaan Syazra.Merasakan tiada apa-apa lagi yang boleh
dilakukan disitu, Syazra lantas meminta dirinya
Sebaik pintu bilik doktor dibuka dari dalam, Syed Zariff pantas
berdiri.Air muka Syazra mengambarkan sesuatu .Mata isterinya merah.Syazra
berjalan menuju ke suatu arah.Dia mengikuti dari belakang.Langkah Syazra tidak
teratur. Hampir-hampir sahaja Syazra jatuh jika isterinya tidak berpaut pada
dinding . Isterinya melabuhkan punggung disalah satu deretan kerusi yang ada
disitu.
Dadanya terasa sakit menahan perasaan, takkan secepat itu, ayahnya akan
pergi meninggalkan mereka.Rasanya baru tempah hari ayahnya menjalani rawatan
kemoterapi.Waktu itu, doktor memaklumkan bahawa kesihatan ayahnya beransur
pulih, bagaimana pula tiba-tiba kesihatan ayahnya merosot?
‘’Are you okey?’’Soal Syed Zariff.Dari tadi dia risau melihat reaksi
yang ditunjukkan isterinya.Wajahnya muram, namun isterinya tidak pula
menangis.Begitu kentalnya insan bernama Syazra Nur Rania, tegar menjadi lilin
yang membakar dirinya dan menerangi orang lain.Sehingga kini dia
tertanya-tanya, atas tujuan apakah Syazra sudi menikahinya?sepanjang mereka
berkahwin, gadis itu tidak pernah meminta-minta.Dia pun langsung tidak
memberikan apa-apa sementelah isterinya tidak pernah memintanya memberikan
apa-apa.
Rasanya jika dia terlupa memberikan wang belanja dapur, isterinya tidak pernah meminta-minta.Jika mereka keluar berdua membelah belah barangan dapur,
kalau dia terlambat menghulurkan duit di kaunter cashier, pasti Syazra terlebih
dahulu mengeluarkan duitnya sendiri, sedangkan itu merupakan
tanggungjawabnya.Memanglah dia dia tidak berupaya memberikan nafkah batin,
tetapi setakat menyediakan keperluan gadis itu bukan masalah besar untuknya.
‘’Im, okay.’’Syed Zariff memegang kedua-dua belah tangan Syazra.Wajah
isterinya tunduk sahaja.Bahu Syazra dipegangnya kuat, kemudian, tunduk
memandang wajah Syazra.Wajah isterinya merah menyala.
‘’Syaz, I tahu, you tak okey.I nak you cerita semuanya pada I, jangan
simpan seorang.I nak you cerita semuanya pada I, let me share your problem.I
tahu I mungkin tak boleh ubah apa-apa,i will ensure that your father will get
the best treatment available to treat cancer.Kita usahakan cari pakar terbaik
utuk rawat ayah, walaupun kita kena bawa ayah berubat keluar negara, I don’t
care, I tanggung semuanya.’’.Perlahan-lahan air matanya mengalir.Terharu dengan kata-kata lelaki itu.Kan bagus kalau hubungan kita bukan sekadar suami isteri diatas kertas.
Terhingut-hingut bahunya menahan sedih,Syazra mengeleng dia tidak boleh menangis lemah seperti ini,namun apabila teringatkan
keadaan ayahnya air matanya gugur lagi.Syed Zariff pantas menyeka air mata
isterinya.Dia ingin Syazra meluahkan segala beban yang dihadapi.Melihat
isterinya menangis, dia mula memahami betapa deritanya Syazra menanggung
semuanya seorang diri.Besar tanggungjawab yang digalas wanita berhati wajar
ini.
‘’Syaz, kita bawa ayah berubat ke tempat lain ya?’’Syed Zariff membawa
Syazra kedadanya.Dipeluk tubuh langsing itu untuk menyalurkan semangat.Syazra
menyembamkan mukanya ke dada suaminya.Dia tidak peduli jika orang lain memandangnya
pelik.hatinya benar-benar risau.
‘’Hei , what up?tell me.’’Pujuk Syed Zariff, bajunya lencun dibasahi
air mata isterinya yang bukan sedikit.Pertama kali melihat wanita itu begitu teruk mengalirkan air mata.
‘’Kesihatan Ayah makin teruk Zaff, rawatan selama ni tak berkesan
langsung.Pembedahan ayah hari tu tak memberikan apa-apa kesan.Doktor kata
jangka hayat ayah mungkin takkan lama, antibodi badan ayah dah makin
lemah.Macam mana nak terangkan pada mak?pada kak long?pada Hani, pada Fazwan
lagi.Saya tak mampu.’’suaranya tergelam timbul, antara dengar dan tidak dengar.
Esakkannya
makin menjadi-jadi, Syed Zariff lantas bangun, dia menarik Syazra ke ruangan
yang lebih tersembunyi, jauh dari pandangan orang ramai.Dibiarkan gadis itu
menangis didadanya.Dia tidak kisah meskipun,semua orang yang lalu lalang memandang
mereka pelik.Mereka suami isteri yang sah, tidak timbul isu halal haram jika
saling berpelukkan dikhalayak ramai, Cuma di Malaysia perkara itu dipandang
serong.Lagipun belum tentu orang yang lalu lalang itu tahu bahawa mereka
merupakan sepasang suami isteri yang sah.
Lapang hatinya waktu itu, meskipun dia tiada daya untuk
membantu, tapi sekurang-kurangnya dengan kehadirannya dapat melegakan sedikit
kesedihan yang dihadapi isterinya.Teragak-agak dia mengangkat tangan dan
mengusap belakang gadis itu.Apabila Syazra tidak membantah, Syed Zariff semakin
selesa, tanpa sedar dia merangkul erat pinggang gadis itu.Jika telefon
bimbitnya tidak berbunyi, sehingga sekarang pun dia masih tetap memeluk
isterinya.Syazra baru tersedar bahawa sudah terlalu lama dia menangis didada
lelaki itu, wajahnya merah meyala, bukan hanya sebab dia menangis terlalu lama,
tetapi sebab dia malu pada suaminya.Syed Zariff tahu Syazra sedang menahan
malu, jadi dia pura-pura tidak perasan, dan terus, menjawab panggilannya
* CUBA TEKA SIAPA YANG CALL Zariff?*
Mesti si thalia tu kan....kacau daun aje kan....
ReplyDeleteMESTI LA THALIA GEDIK TU.
ReplyDeleteSi gedik thalialah
ReplyDeleteerk...pasti ke?kekkkeeke
ReplyDeleteBila nk sambung ni
ReplyDeletesalam ukhuwah dari saya :)
ReplyDeleteSalam ni dah tidak ada sambugan lagi kan?boleh tahu bila ia dibukukan dan pihak mana yang keluarkan untuk memudahkan pencarian.TQ...
ReplyDelete