Tuesday 24 December 2013

cuit-cuit bab 33 seandainya aku tahu

.‘’Syaz, what up?’’Syed Zariff menepuk bahu Syazra.Sedari tadi dia menjadi pemerhati.Syaz menundukkan wajah.Syed Zariff memberanikan diri untuk memandang wajah Syazra.Pergerakannya menjadi kaku melihat wajah itu basah dek air mata.Syazra mengalihkan wajahnya dari terus menjadi tatapan lelaki itu.

Dia berundur kebelakang dan bersandar pada diding, wajahnya ditundukkan.Bergetar tubuhnya ketika itu kerana menahan air mata dari terus mengalir. Syed Zarif memerhatikan tingkah laku Syazra yang sedikit aneh.Apa yang membuatkan wanita tabah itu menangis sebegitu rupa?Uh, kenapa hati aku yang sakit? Kenapa aku rasa sedih ?persoalan itu berlengar-lengar di mindanya.Ketika itu beberapa orang staff melintasi mereka.Masing-masing memandang kerah mereka berdua.Dia melihat pekerja bawahannya berbisik sesama mereka.Namun Syed Zariff tidak ambil pusing.Syazra didekatinya.

‘’Syaz, what wrong?tell me.’’Tangan Syazra digenggam erat.Syazra menarik tangannya dari genggaman lelaki itu.Dia tidak perlukan sesiapa.Tambahan pula lelaki itu.Dia berjalan lesu melewati lelaki itu, pertanyaan Syed Zariff juga tidak dijawabnya.Syed Zariff memegang lengan Syazra.Langkah kaki wanita itu terhenti.Wanita itu ditarik ke sudut yang agak tersorok.Kang ada pula ingat aku dera Syazra, ialah minah ni tiba-tiba je menangis,Sah-sah timbul gosip liar.Syazra tidak mampu menjawab pertanyaan lelaki itu.Kakinya ringan, bagaikan tidak berpijak pada lantai.Mujur lengannya dipegang kuat oleh lelaki itu.

 Namun dia masih tunduk memandang lantai,dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita,lebih-lebih lagi dia tertanya-tanya, sudikah lelaki itu menghulurkan tangan untuk sama-sama mengalas beban derita yang tidak tertanggung olehnya?perkahwinan mereka bukannya seperti pasangan lain, dia sedar hala tuju hubungan mereka .Dia mengetap bibir saat lelaki berterusan bertanya .Tabahlah hati, janganlah menangis sekarang.

‘’I need to go back now.’’ Lemah suaranya.Syed Zariff menarik Syazra supaya berhadapannya.Syed Zariff memeluk erat gadis itu,Syazra mengeraskan tubuh, dia berusaha menolak tubuh lelaki itu menjauhinya.Namun, Syed Zariff semakin mengemaskan pelukkannya pada wanita itu. Syazra akhirnya melepaskan tangisannya didada suaminya.Sungguh dia perlukan seseorang untuk meredakan perasaannya ketika itu

.Dia tidak peduli lagi jika dia sudah melampaui batas.Ah wujudkah batas diantara mereka berdua setelah lafaz ijab dan kabul itu sudah mematrikan hubungan mereka menjadi halal? Memang benar, kedua-duanya meletakkan batas didalam hubungan mereka, namun di sisi Allah hubungan mereka halal,mereka bebas menyentuh satu sama lain tanpa sekatan.

4 comments:

  1. Salam akak, Ini last bab yang akak post ke? :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. .....
      Tak lah dik.
      Sda lagi 2 or 3 bab yang akak akan publish. .but now x boleh nak publish sebab akak bz..
      Lepas tu akak akan concentrate siapkan manuscript...

      Delete
  2. Glad to read this akak :) Manuscript utk novel ini ke? Omg i cant wait. Oh good luck anyway. You will have all of my supports :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank my blog my land...insyaallah
      itupun kalau ada publisher yg sudi nak terbitkan cite ni
      doakan akak ye...

      Delete