Tuesday 3 December 2013

Seandainya aku tahu-bab 31

assalamualaikum semua....tara......
new entry untuk anda...
thank sebab sudi menanti....selamat membaca semua..

‘’Phone ‘kesayangan' you rosak lagi ke?’’Soal Syed Zariff sinis.Syazra sekadar mengangguk.

‘’Meh sini I tengok.’’Tanpa sempat ditahan, telefon itu sudah berada ditangannya.Matanya mencerun melihat fizikal telefon bimbit yang pada firasatnya sudah wajar dibuat tukun.

‘’Syaz, I rasa, phone you ni, kalau baling kat dalam kolam ikan pun okey juga, boleh juga jadi tempat pembiakkan ikan-ikan kat dalam kolam tu.I rasa,..Hei!’’Syazra merentap kembali telefon itu dengan kasar, namun tidak semudah itu Syed Zariff mengalah,berlakukah pergelutan diantara mereka.

Syed Zariff menggunakan sepenuh tenaga untuk mengambil semua telefon bimbit berkenaan.Syazra berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan telefonnya dari diambil oleh Syed Zariff. Malangnya Syed Zariff merentap dengan kasar telefon itu membuatkan Syazra terlepas telefon berkenaan, membuatkan telefonnya terpelanting jauh lalu jatuh berkecai diatas marmar.Kedua-duanya saling berpadangan, Syazra dengan riak wajah yang penuh kemarahan dan Syed Zariff dengan wajah yang penuh kekesalan.

Syazra berjalan mendekati telefonnya yang sudah menjadi arwah, dia  tunduk lalu mencangkung untuk mengutip serpihan telefon bimbitnya yang berkecai.Tanpa ditahan-tahan lagi, air matanya menitis perlahan.Syed Zariff ditimpa rasa bersalah.Silapnya.Kalaulah dia tidak bergurau dengan Syazra pasti itu semua takkan terjadi.Kalaulah dia tidak bertegas mahu merampas telefon itu dari tangan isterinya.

‘’Syaz.Im sorry.’’Syazra menepis tangan Syed Zariff yang mahu menolong dirinya.

‘’Syaz..I..’’Dia memandang lelaki itu dengan perasaan marah yang teramat.Serasa lelaki itu kecil sahaja dimatanya.Air mata yang bertakung membataskan pandangannya dikesat kasar.

‘’I tanya you sekarang, you sayang tak kereta Gen-2 you tu?’’

‘’Of course I am.Tu hadiah dari parent I sebab I berjaya dapat result yang cemerlang dalam SPM plus, itu hadiah dari Walid I sejurus selepas I get my driving license.You jangan cakap nak apa-apakan kereta I pula.’’Syazra tersenyum sinis.Sayang ek...okey fine.Kita tengok siapa yang menang.

‘’Sayang betul you dengan kereta tu kan?’’soalnya lagi.Wajah lelaki dihadapannya jelas berubah.Syazra memberanikan diri untuk melawan panahan mata lelaki itu.Dia tidak boleh kalah , lelaki ego itu perlu disedarkan.

‘’Of course lah, lagipun Syaz, apalah yang you nak risau, I rasa masa wedding kita hari tu, I ada bagi you  Iphone sebagai salah satu hantaran untuk you kan?, so apalagi yang you risau sangat ni, pakai jelah, that one much more better dari ni.’’ 

'apasal minah ni nak besar-besarkan hal telefon pula ni, infact, apa kena mengena phone antik dia dengan kereta aku tu?' persoalan itu bermain-main dimindanya waktu itu.

‘’Apa you rasa, kalau I tercalarkan kereta you?’’Soal Syazra lagi.Senangnya dia bercakap, pakai Iphone.Apa dia ingat selama ni aku tak mampu ke nak beli phone baru?aku pakai phone ni sebab phone ni,ayah yang belikan.

‘’Don't you dare! For your information,bukan setakat nak calarkan, nak sentuh pun I tak izinkan. Even my own sister pun I tak bagi guna kereta tu.Kereta tu jauh lebih bernilai pada I kalau nak dibandingkan dengan kereta-kereta mewah lain yang I ada.’’Suara Syed Zariff sudah semakin meninggi.Hilang sudah rasa simpatinya pada perempuan itu.
'Hoih pantang betul aku kalau ada yang berani usik kereta kesayangan aku tu, memang cari nahas.'

Kalau kereta you tu hmm...kemik?’’Syazra berterusan bermain tarik tali.

‘’Hei!, I told you, jangan nak cari pasal dengan I. You boleh sentuh apa sahaja accept that car, okey, you nak I bagi apa , I sanggup, even you nak I belikan you set handbag Hermes limited edition, pun I sanggup.But don't you dare to touch that car.Kalau you berani sentuh kereta tu, you tahulah apa I nak buat pada you.’’Syazra melebarkan senyumannya, dia menghulurkan kedua belah tangannya kepada Syed Zariff.

Di kedua-dua belah tapak tangannya terdapat serpihan telefon bimbitnya yang hancur.

‘’Ayah, tak mampu nak bagi I benda mahal.Telefon ni, hadiah dari dia, bila  I dapat masuk Universiti.Walaupun, waktu tu, ayah hanya mampu belikan I telefon bimbit second hand.Tapi itulah hadiah paling berharga yang I pernah terima, macam yang you kata, Kereta you  tu jauh lebih bernilai kalau nak dibandingkan dengan kereta-kereta mewah lain yang you ada.Pada I handset yang you kutuk saban hari, gelakkan I sebab masih pakai phone ni, sanggup sabotaj phone I masa kita kat universiti dulu.Ini adalah hadiah dari ayah I.

Ayah I orang miskin, so Cuma ini yang dia mampu bagi pada I, walid you kaya.Boleh belikan macam –macam .So i am wondering, if Syed Zariff kita yang kaya raya ni, pun begitu menghargai hadiah yang diberikan  walidnya kepadanya, sampaikan nak sentuh pun tak boleh kereta you tu, so i tertanya-tanya apa yang you rasa bila melihat benda yang paling you sayang jadi cebisan macam ni.’’Syazra memandang tepat kewajah lelaki itu.Jelas riak terperanjat di wajah lelaki itu.Hah,tadi berani sangat bercakap, sekarang,cakaplah lagi.Aku nak dengar kata-kata kau.Syed Zariff kehilangan kata-kata.Dia tergamam mendengar kata-kata isterinya.

‘’Zariff, I nak tidur, you keluarlah.Dah lewat malam ni.Tak payahlah you nak bagi I handbag Hermes limited edition ke, Louis Vuitton ke, I tak mahu, puas lah hati you, sekarang, phone cap ayam I dah rosak.Mulai esok, I akan pakai phone pemberian you yang canggih sangat tu, mesti you dah tak rasa malu lagi kan?’’Syazra menolak tubuh Syed Zariff supaya segera keluar dari biliknya, selepas itu, dia menutup pintu biliknya dan menguncinya .
Sebaik pintu ditutup dia melorot jatuh keatas lantai.Serpihan telefon bimbitnya itu dipandang dengan hati yang sebal.Maafkan Syaz ayah...
Serpihan telefonnya yang pecah itu dikutip satu persatu dan dimasukkan kedalam plastik,plastik itu kemudiannya dibawa ke dada, dan dipeluk erat, sambil air matanya mengalir deras.
............................................................................................................

Syed Zariff berbaring diatas katil sambil merenung foto pernikahannya dan Syazra yang diframekan besar dan diletakkan pada dinding setentangan dengan kepala katil.Senyuman manis yang terukir dibibir Syazra dipandangnya lama. Gambar itu diletakkan disitu setelah menghuni bilik stor berbulan-bulan.Sebelum itu, gambar miliknya yang menghiasi ruang itu.


‘’ I pelik dengan you ni Syaz, kehadiran you, membuatkan I kadang-kadang rasa marah, kadang-kadang rasa rindu dan kadang-kadang I terasa seperti I nak memiliki you dalam erti kata sebenar.You really drive me crazy. Kenapa you setuju terima lamaran I? 

Betul ke, kata rakan-rakan di kolej dulu bahawa you sebenarnya mencintai I?kenapa you terima duit yang I bagi tu?untuk apa sebenarnya duit tu Syaz?I tengok you,berbeza dari gadis lain.You tak pernah kisah pasal pakaian you, you tak kisah pakai baju simple pergi kelas dulu.I tak pernah nampak pun you guna walau satupun barang hantaran yang I beri you dulu.

 Kalau bukan sebab duit, kenapa you setuju menikahi I?Makin lama I kenal you, makin I rasa yang you ada sebab tersendiri untuk setiap tindakkan you.Pasal handphone tu, I minta maaf sangat, I tak sengaja.’’Syed Zariff berbaring tegak sambil meletakkan tangan kanan diatas dahi. 

Dia teringat bahawa sehari selepas dia memberikan sekeping cek bernilai RM 50000 kepada Syazra, wanita itu menunaikannya pada keesokkan harinya.Dia tahu mengenai hal itu, kerana jika ada sebarang transaksi menunaikan cek yang menggunakan akaun peribadinya, pengawai bank yang terbabit akan menghubunginya terlebih dahulu untuk memastikan bahawa dia benar-benar pasti dan memberikan kebenaran untuk menunaikan cek tersebut.Penat berfikir, akhirnya dia terlelap begitu sahaja.
thank untuk yang setia menanti new update...

untuk next entry...teruskan bersabar ok?
insyaallah akan diusahakan secepat mungkin...


No comments:

Post a Comment