Sunday 22 December 2013

Seandainya aku -bab 32


Sayup-sayup dinihari itu, kedengaran seseorang sedang

 melepaskan lelah setelah batuk tanpa henti.Sallehuddin 

mengurut dadanya yang terasa perit.Sejak semalam dia tidak 

dapat melelapkan matanya dengan tenang, cuaca sejuk 

membuatkan batuknya menjadi betambah teruk.

‘’Minum air ni bang.’’Salmiah membantu meredakan suaminya dengan menyapu minyak angin pada dada suaminya yang semakin cengkung.Wajah tua itu juga semakin pucat.

‘’Kita ke hospital ya bang?makin teruk batuk abang  ni.’’Sallehuddin batuk lagi, kali ini sehingga keluar 
darah.Salmiah cepat-cepat menghulurkan tisu kepada suaminya.Selepas itu dia menghulurkan air masak dan ubat kepada suaminya.

Terketar-ketar tangan Sallehuddin memegang gelas yang berisi air kosong.Saat air kosong itu melalui tekaknya, terasa benar peritnya.Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.Ini mungkin balasan Allah terhadap dosa yang dilakukannya dahulu, memisahkan seorang anak kecil dan ibu kandungnya, tergamak dia memutuskan perhubungan suci diatara ibu dan anak dek kerana rasa ego dan marah yang tidak terbendung.

‘’Abang nak tidur. Miah jangan risau ya.Jangan beritahu Syazra..abang tak mahu dia susah-susah balik.’’Sallehuddin bersandar pada kepala katil. Dek kerana letih dan sesak nafas, dia tidak mampu untuk tidur berbaring, sebaliknya tidur dalam keadaan duduk bersandar adalah yang terbaik.

Farhani baru sahaja siap menunaikan solat subuh apabila bertembung dengan emaknya di ruang tamu, wajah emaknya kelihatan letih  dan lesu ibarat tidak tidur semalaman.

‘’Mak,nampak letih sahaja pagi ni, kenapa mak?’’Soal Farhani.Salmiah mengeluh. Semalam dia tidak tidur dek menjaga suaminya.

‘’Ayah kamu, batuk-batuk semalaman, takkan mak nak tidur senang lenang pula.Kamu dah siap-siap nak ke sekolah ke ni?’’Soalnya.Wajah Farhani kelihatan risau.Dia tidak memperdulikan pertanyaan emaknya sebaliknya segera masuk kebilik tidur ayahnya.

Langkahnya mati di muka pintu apabila melihat wajah tua ayahnya yang sedang memejamkan mata, dada cengkungnya berombak lesu.Farhani, lega kerana ubat yang dimakan ayahnya kini memberikan kesan .

‘’Kenapa Hani?’’Soal emaknya pula, wajah emaknya basah menandakan dia baru lepas berwuduk.

‘’Ayah tidur,mak Hani,nak siap-siap ke sekolah dulu, nanti dah pagi sikit, mak telefonlah kak long suruh dia datang bawa ayah ke hospital.Ayah tu jangan dibiarkan sangat, degil bukan main, dah sakit teruk macam ni pun tetap tak nak ke hospital.’’Sebelum masuk kedalam biliknya sempat lagi Farhani berpesan kepada emaknya untuk menelefon Kak Longnya, Farina supaya menjenguk keadaan ayahnya.

Farina satu-satunya anak yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka, dari rumah Farina, hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk tiba ke kampung mereka.

Salmiah berjalan mundar-mandir dihadapan pintu biliknya.Telefon bimbit ditangannya digenggam erat.Puas sudah dia menelefon anaknya Farina sehingga kini tidak berjawab .Dia masuk kedalam bilik semula, nafas Sallehuddin kian lemah, sesekali dia terbatuk-batuk kecil.Wajahnya sudah pucat benar.Akhirnya dia mencuba sekali lagi.

‘’Helo mak, kenapa?’’Suara Farina kedengaran juga dicorong telefon.Suaranya seperti biasa kasar.Mungkin marah kerana tidurnya diganggu.

‘’Rina sibuk ke?boleh balik kampung tak?bawa ayah ke hospital.Ayah dari semalam batuk tak berhenti.’’

‘’Mak, Rina bukan tak nak bawa ayah ke hospital, tapi kereta Abang Kamal, masuk bengkel, semalam entah apa kena tiba-tiba enjin kereta mati, tak boleh hidup, ni pun pening kepala Rina nak fikir macam mana nak bayar duit repair, gaji Abang Kamal dah terlebih guna untuk beli mesin basuh hari tu, mak tahu jelah, sejak, Rina mengandung kali ni, tak laratlah nak basuh baju guna mesin basuh kecil tu, dah lah kecil, semi auto pula tu, satu kerja pula Rina nak kena jaga air nak pindahkan pakaian masuk kedalam pengering. 

Mak, dah terlanjur mak telefon ni, Rina nak pinjam duit sikit boleh mak? Nak bayar sewa rumah ni dan duit repair kereta, tu, tak banyak pun mak, sewa rumah dalam 350 repair kereta pula dalam 300 .Boleh ya mak?’’Allah huakbar, anak jenis apakah ini, ayah sakit tak dipedulikan sebaliknya tergamak dia meminta wang dari emaknya .Meminta sahajalah yang dia tahu, menghulur tak pernah pun walaupun 1 sen.Disebabkan terlalu sayangkan Farina, Salmiah iyakan sahaja permintaan anaknya.Sebaik emaknya mematikan talian, Farina memandang suaminya dengan senyuman lebar.

‘’Bang, mak setuju nak bagi kita duit.Nampaknya tak payahlah kita keluarkan simpanan kita untuk bayar sewa rumah dan kos repair kereta, duit tu boleh kita gunakan nanti masa ikut, rombongan keluarga awak pergi bercuti di Pulau Langkawi.Eii..tak sabarnya saya.Saya nak borang banyak benda kat situ bang, dapatlah saya melaram raya nanti.’’Kamal turut ikut tersenyum, sedikit pun dia tidak rasa bersalah sebaliknya dia menyokong tindakkan isterinya, Padanya jika isterinya sendiri tidak peduli apatah lagi dia, buat apa dia sibuk-sibuk nak tolong keluarga mentuanya , lagipun kan mereka ada menantu yang kaya raya tu.Ha, minta sahaja dia tanggung segalanya.Memang padanlah jodoh dia dan Farina, nasib baik bukan dengan Syazra.

‘’Habis, ayah awak macam mana?’’Farina terdiam.Betul juga, ayah macam mana?Hah telefon Syazra terus sahaja.Biarkan dia pula yang balik jaga ayah, asyik aku je, bosanlah.Wah-wah Farina, bila pula kau jaga ayah?setakat ini, hanya Syazra yang setia menungu ayah dihospital kalau ayah ditahan di wad, gadis itu yang bersusah payah mencari wang untuk membayar kos pembedahan ayah.

Sehingga kan, gadis itu sanggup tidak melanjutkan pelajaran disekolah berasrama penuh sewaktu keputusan UPSR dikeluarkan, dalam usia sekecil itu Syazra sudah membuat begitu banyak pengorbanan, itupun dia tidak tahu .Belum pernah Syazra mengeluh mahupun meminta bantuan Farina selama ini.Agaknya kalau tak ada Syazra,tak tahu lah apa nasib yang akan menimpa mereka sekeluarga.

 pssttt ada beberapa bab lagi yg akan saya upload di sini...



No comments:

Post a Comment