Tuesday 5 November 2013

Dendam Terindah-bab 1


BAB 1

Ammar melemparkan senyuman manis kepada Izzah yang membukakan pintu bilik untuknya.Hilang segala penat apabila melihat senyuman manis Izzah terterap dibibirnya.Izzah meraih tangan Ammar lalu dikucup seperti selalu,Ammar pula mengucup dahi isterinya,selepas itu Izzah mengambil briefcase Ammar dan berkira-kira untuk meletakkannya diatas kabinet seperti selalu.Belum sempat dia melangkah,Ammar memagut lengannya.Izzah segera berpusing menghadap Ammar.Pasti ada sesuatu yang Ammar ingin sampaikan kepadanya.Dia menanti penuh sabar .

”Sayang,esok kita ke KLIA jemput adik abang,Sayang ingatkan,abang dah cakap pada sayang minggu lepas?”Izzah mengerutkan dahi,cuba mengingati semula apa-apa pesanan penting Ammar,Sesaat kemudian dia mengerutkan dahi .Aku terlupalah ni.Bibir bawahnya digigit.Wajahnya berubah murung.

“La ni kenapa pula?merajuk sebab abang balik lambat?eloklah tu abang balik letih-letih nak tengok muka isteri yang ceria..ni sayang monyok je letihlah tu kan abang dah cakap tak payahlah kerja duduk rumah degil abang balik lambat sebab tadi abang semak laporan projek perumahan tu…esok abah nak tengok ”dia mencubit pipi Izzah.Izzah tersenyum manis sambil tangannya merangkul lengan suaminya.

Dengan manja dia melentokkan kepalanya pada suaminya. Pagi tadi dia dan Ammar memandu sendiri ke pejabat,tidak seperti kebiasaannya ,Izzah dan Ammar akan ke pejabat menaiki kereta yang sama.Melainkan jika ada hal yang tidak dapat dielakkan barulah Ammar memintanya memandu sendiri ke pejabat. Petang tadi, sewaktu dia sudah berkemas –kemas untuk pulang ke rumah,Ammar masih sibuk dibiliknya mengadap komputer riba ,dia hanya menyampaikan pesanan kepada setiusaha Ammar lalu mengorak langkah untuk pulang.

Baru kini dia dapat bertemu Ammar maklumlah masing- masing sibuk di pejabat..Izzah kini mengalihkan kedudukan tangannya,Jika tadi dirinya merangkul erat lengan kekar suaminya kini tangannya beralih pula ke leher suaminya .

Kucupan mesra menyapa lembut hujung dahinya..Izzah mengelak manja apabila Ammar mengeselkan pipinya di pipi Izzah.Dia rimas apabila Ammar mendekatinya begitu.Nak tolak depan-depan takut berdosa,sabar jelah.

”Mana ada Izzah merajuk…abang ni suka serkap jarang ,Izzah kerut dahi sebab pikir pasal apa yang abang cakap tadi,bukan pasal merajuk . Izzah ingat,cuma kalau abang tak tanya Izzah tadi,mesti Izzah ingat lambat lagi Ida nak balik cuti,Izzah jumpa dia baru sekalikan bang?yang abang ni senyum-senyum kenapa?Abang ni,saja je nak buat Izzah serba salah kan? abang dah solat insyak?”Ammar  mengangguk.

 Isterinya memang begitu,bab soal jawab ni serah kat dia,sepuluh patah dia jawab. Lebih baik aku angguk  saja. Yang pelik tu,masa sebelum kahwin tu,nak dengar suara pun susah,tapi lepas kahwin,macam-macam dia nak tanya,macam-macam dia nak cakap.ada,ada je idea dia,Ammar kembali menghampiri Izzah.Izzah pula segera menjauhkan diri dari Ammar.Bukan boleh buat baik sangat dengan Am,nanti lain pula jadinya,silap hari bulan ,belum pun dia menjamah makan malam Ammar sudah merengek meminta haknya.

Ammar melirikkan mata kepadanya.Izzah buat-buat tidak mengerti.Nak bermanjalah tu.omel Izzah didalam hatinya.Cepat-cepat Izzah melepaskan rangkulannya pada Ammar.Baik aku lari dulu.

”Abang mandi dulu …Izzah nak hidangkan makanan lepas tu kita makan ok .Mak dengan abah pergi rumah Mak Lang ada kenduri so  Izzah masak sendiri ’’Izzah pura-pura sibuk menyediakan pakaian tidur untuk Ammar. Baju pijama Ammar diambil dari dalam almari lalu dihamparkan diatas katil. Namun Ammar pula bertindak menghampirinya.Dan dia terperangkap lagi dalam pelukan Ammar.

”Izzah tak ikut?”soal Ammar dia membelai rambut lurus Izzah.Wajah Izzah yang kemerah-merahan itu membuatkan Ammar tambah geram,jika diikutkan hatinya ,mahu sahaja dia mencium kedua pipi Izzah sepuas hati.Tapi dia tahu Izzah tidak suka dirinya didekati begitu.Silap hari bulan ,dirinya terperosok bawah katil.Al maklumlah Izzah pemegang tali pinggang hitam karate.

”Nak buat apa?bukannya abang ada lagipun Izzah dah pesan suruh mak kirim salam kat Mak Lang abang jangan nak peluk Izzah balik kerja, tak mandi lagi dah nak peluk orang peluh abang tu busuk..tau ni tak ada lain nak usik Izzah lagilah tu Izzah dah mandi dah janganlah cium Izzah ”Dia mengelak. Namun bibir Ammar tetap mendarat di pipi gebunya dan Izzah menampar lembut pipi suaminya sambil itu dia mengetap bibir…Ammar ni pun satu pantang ada peluang..pasti..bibirnya akan mendarat di pipi gebu Izzah.

”Peduli apa Abang ala Izzah ni abang busuk pun Izzah masih nak juga peluk abangkan  sapa yang nakal?abang ke Izzah?”Sekali lagi bibirnya singgah ke pipi Izzah.Izzah kemudian mencubit lengan Ammar.Berkerut muka Ammar menerima bahana cubitan berbisa Izzah.
.
”Aduh,ni yang nak kena denda ni…”Izzah pantas merungkai pelukan lalu melarikan diri dari Ammar. Ammar pula bertindak mengejar isterinya ,lengan isterinya dipagut kemas ,kemudian  dia mengeletek pinggang Izzah.Merah padam wajah Izzah.Ammar memang tahu kelemahannya yang satu itu,Izzah memang alah kalau pinggangnya disentuh.

”Ampun…ampun Izzah tak buat lagi”Dia rebah dalam pelukkan Ammar.Ammar pula menarik Izzah berbaring diatas katil bersamanya.Lengannya menjadi sandaran kepala Izzah.Tidak lama kemudian Izzah buru-buru bangun.Makin dilayan,makin tak jadi kerja aku ni.

”Izzah nak keluarlah nak panaskan lauk..”Ammar menarik lengannya dan dia jatuh buat kali kedua.Dengan selamba Ammar memeluk pinggang Izzah.Wajah Izzah dipandang dengan senyuman nakal.Ada sahaja modalnya untuk mengusik Izzah.Lagi Izzah tidak suka lagi lingatlah dia mengusik.

”Izzah abang risaulah tinggalkan sayang kat luar ni..teman abang mandi…”Izzah menepis tangan Ammar..warna merah menempek di kedua-dua pipi gebunya..Ammar hanya tersengih nakal.Izzah membeliakkan mata ,menghantar isyarat marah kepada Ammar.


”Sorrylah bang,Izzah tak nak,Abang mandilah sorang Izzah nak hidang lauk kat bawah.”Ammar masih ketawa…memilih Izzah menjadi suri hidupnya adalah satu keputusan paling bijak yang pernah di buatnya tidak rugi  meskipun sudah hampir 6 bulan mereka hidup bersama namun segalanya indah sehingga dia terasa seperti baru semalam mereka diijabkabulkan..segala keperluannya lengkap…bahkan sejak Izzah menjadi isterinya bilik tidur mereka menjadi kawasan larangan bagi mak dan pembantu rumah,hatta Mak Mah pembantu rumah yang sudah dianggap sebagai emak sendiri olehnya. 

Kerana dulu sebelum dia bernikah kamarnya dikemaskinikan oleh mama serta bibik kini segalanya menjadi tanggungjawab Izzah..dia sendiri terharu dengan keputusan Izzah…meskipun penat menguruskan hal pejabat namun keperluannya seharian akan dipastikan sempurna…pakaiannya ke pejabat,makan-minum pendek kata segalanya diuruskan oleh Izzah…malah kasih sayangnya bertambah dari sehari ke sehari..siapa yang tidak bangga memiliki Izzah sebagai suri hidup?Perlahan-lahan Ammar bangun dan menuju ke bilik air,Izzah pula keluar untuk menyediakan makanan.
 ……………………………………

“Sayang dah siap?jom turun bawah..”Dia menarik tangan Izzah yang masih sibuk merapikancadar katil..isterinya anggun mengenakan blaus biru lembut serta slack bewarna hitam.Tudung bewarna hitam dililit ala wahida serta bibir mungilnya hanya dicalit lip gloss  mata yang sedia indah hanya diserlahkan dengan celak bewarna coklat di garisan tubir mata..haruman Addict dari Dior yang dicalit pada lengan dan leher menimbulkan mood romantis  dia hanyut di buai keasyikkan memerhatikan Izzah melakukan kerja.Pergerakkan Izzah sopan dan pantas.Namun dari ekor matanya dia tahu Ammar sedang memerhatikan gerak gerinya.Usai mengemas katil dia menghampiri suaminya yang duduk bertengek di sofa.


“Abang,berangan pula dia kata dah lambat?jom nanti mak bising pula kalau kita.”Izzah menepuk lembut peha suaminya..Ammar tersengih dia bingkas bangun,lalu mendekati jejak langkah Izzah .Emak dan abah sudah siap menunggu di ruang tamu,bising mulut emak meleterkan Ammar yang lambat turun.Tanpa berlengah Ammar segera menghidupkan enjin kereta.Jika dia masih berlengah lagi,alamak bengkaklah telinganya medengar leteran emak.

Di ruang menunggu Izzah, Ammar dan mertuanya setia menunggu ketibaan pesawat yang membawa adik kesayangan Ammar pulang dari London pengumuman tentang ketibaan pesawat berkenaan membuatkan Izzah dan Ammar bangun serentak mereka ternanti -nanti bayangan wajah Ainnur Syahida yang mesra dengan panggilan Ida dikalangan ahli keluarga,Izzah pernah bertemu adik iparnya itu sebanyak dua kali sahaja sebelum ini .Tiba-tiba seorang gadis muncul lalu meluru memeluk Ammar.Ammar terkedu.


bersambung.....












No comments:

Post a Comment