Tuesday 5 November 2013

Dendam Terindah-bab 2

BAB 2

“Am,…rindunya Lily kat Am….”Pantas Lily memeluk Ammar Izzah terkedu.Apahal pula minah ni peluk laki aku?aku dia tak peluk pun.Ammar memandang Izzah yang terkejut,dia juga serba salah..Pantas Ammar meleraikan pelukkan apatah lagi melihat wajah Izzah yang sudah berubah.

“Er..Lily..ni Isteri Am. Izzah Humaira pergilah jumpa mak, mak tu dah rindu sangat kat Lily..”Gadis genit berkulit cerah itu memandang Izzah dengan pandangan yang tidak Izzah mengert,i senyuman yang diukir olehnya  seperti terpaksa.Izzah tersenyum tatkala Ammar merangkul pinggangnya.

“Lily Hasnida.Ammar cousin. nice to meet you  my pretty sister In law..”sejurus memperkenalkan diri dia berlalu mendapatkan Datin Zahira dan Dato’ Azlan..Izzah memerhati gaya gadis itu..moden!skirt jeans paras lutut dikenakan dengan baju cardingan bewarna merah dan t putih.But paras betis pelengkap gaya, cantik..dia menjeling Ammar di sebelah..geramnya macam suka je di peluk..Tersengih-sengih nanti kau dalam diam Izzah mula berasa tidak senang dengan kehadiran Lily.

“Abang!kak Izzah! Hai…lama tak jumpa sihat?abang nampak budak bertuah tu tak?”Rungut Shahida..Dia memeluk Izzah mesra namun apabila Ammar ingin memeluknya dia menahan.Izzah tergelak melihat telatah dua beradik itu.Dia menyenangi sikap dan kelakuan Syahida.gadis itu ternyata menerima didikkan yang sempurna dari keluarganya.


“Kenapa?takut boyfriend nampak?”Syahida mengeleng.Ammar memanjangkan leher, pura-pura melihat sekeliling.Sikap sukar mengusiknya masih tidak berubah.Lagi orang tak suka,lagilah ligat dia mengusik.

“Bukanlah!abang ni,mana adik ada boyfriend. Ida takut kak Izzah tak suka…kan abang dah kahwin kenalah minta izin kak Izzah dulu, tapi let me guess…mesti minah kalut tu dah peluk Abang dulu .Minta maaflah kak dia tu memang macam tu lebih barat dari Malaysia ..”Izzah mengangguk..Ala tak jadi hal lah,aku bukannya jenis yang kuat cemburu walaupun si Lily ni memang menguji kesabaran aku.Sabar-sabar.Perempuan tu bukan siapa-siapa.Perangai dia takkan kemana,lagipun tadi Am pun macam tak suka dengan perangai dia.


“Abang Ida ni dari semalam teringat kat Ida…biarlah dia lepas rindu kat adik dia…akak tak kisah”Ammar mendepangkan tangan.Suka benar dia apabila Izzah menyokongnya.Tubuh tinggi adiknya di raih kedalam dakapannya.Sengaja dia melepaskan tubuh adiknya lambat-lambat.

“Abang..Im not your small baby sister lagi malulah..nanti tak ada orang nak dengan Ida sebab fikir abang ni ada something special ngan Ida” komennya apabila Ammar mengucup dahinya.

“Ida je dapat kissing Lily tak dapat?”tanpa segan silu dia merenung Ammar..Syahida pantas menarik lengan Lily.Lily terdorong ke belakang .Masam mencuka mukanya apabila diperlakukan begitu dihadapan Ammar.

“woi,budak bertuah kau ingat aku kuli ke apa?beg kau yang berat  satu tan tu sapa nak angkat?boleh dia keluar menonong..tinggal aku macam orang bodoh usung beg kau.”Lily meregus marah.

“Dah tu mana beg aku?”soal Lily keras.Sewaktu keluar dari pesawat,tumpuan Lily hanya satu,ingin segera bertemu Ammar ,sampaikan bagasinya pun tidak diperdulikan.Matanya bersinar melihat kelibat Ammar yang sedia menanti di ruang menunggu.Lelaki itu kelihatan semakin tampan .Kali terakhir Dia menemui Ammar,lelaki itu jauh berbeza penampilannya dengan sekarang.Ammar kini semakin cerah,tubuhnya juga semakin sasa.

Terus dia menerpa memeluk Ammar.Kali pertama bertentang mata dia sudah jatuh hati dengan keterampilan dan pesona lelaki itu.Perasaan sayang yang telah lama terkubur kini kembali menyala.Walaubagaimanapun,rasa terujanya sedikit terganggu apabila Ammar mengenalkan Izzah kepada Lily.

Pada permerhatiannya,Izzah merupakan lawan yang hebat.Jika berdiri di sisi Ammar,kedua-duanya kelihatan serasi.Ammar yang berketinggian 180 cm,memang sepadan dengan Izzah yang hanya berketinggian 167cm.Kecantikkan Izzah memang tidak bisa disangkal lagi,pertama kali melihat Izzah,perasaan cemburu sudah menular tatkala melihat kelebihan Izzah.

“Aku tinggallah kat sana..Im not your coolie..tak patah kuku kau, dan tak kasar kulit kau kalau angkat beg tu apalah sangat kalau nak di bandingkan tapak  heels aku yang kau dah patahkan.”Lily mencebik.Hek eleh minah ni,tu pun nak berkira sangat.Troli kan ada,angkut jelah sekali barang aku.Bukan semudah itu dia mengaku kalah.Pantang baginya jika ada yang mencabar dirinya,ringan sahaja mulutnya menjawab.

“Tapi kau dah balas dendam ingat aku tak tau ke kau yang masukkan katak dalam kasut aku..”Ammar memandang Izzah sambil mengangkat bahu..Izzah mengeleng melihat perbalahan kedua-duanya.Datin Zahira menghampiri mereka,mungkin pelik melihat mereka masih tidak berganjak.

“Ida,Lily apa ni gaduh-gaduh,tak puas gaduh lagi ke korang kat sana ?hei ,kat sana macam mana lah korang agaknya ni anak dara  mak  tak nak jumpa mak?”Syahida tersengih lalu dia rebah dalam pelukkan hangat seorang ibu yang merindui anaknya yang jauh di perantauan.

“Hei lady,why don’t you stop your  arguing let me lend my hand to carry all your item. Just tell me about it…”Ammar mengambil keputusan untuk menawarkan bantuan apabila Lily masih degil.Lily Hasnida,kedegilannya memang tidak berubah.

Dahulu dan kini sama sahaja.Sayangnya sikap itu tidak membuka mata aku untuk menerimanya .Entah kenapa,aku boleh setuju dengan cadangan abah dan pak ngahnya.Nasib baik Allah mempertemukan aku dan Izzah.

“I go with you”Dia pantas memeluk lengan Ammar  dan mereka bergandingan  ke ruang bagasi .Izzah merasakan sesuatu yang tidak enak berlaku di sini dia juga perasan sorotan mata Lily yang seperti tidak menyenangi kehadirannya Untuk membuang perasaan tidak enak itu dia menyertai Syahida yang sedang rancak berbual bersama abahnya.

 Sebolehnya dia membuang perasaan tidak enak itu dari meracuni fikirannya.dia terpaksa akur apabila Ammar
memandangnya dengan pandangan yang hanya dia dan Ammar memahami maksudnya.

Dia tak ambil pusing dengan sikap Lily yang agak gedik biasalah budak muda,Eh dia lagi muda dari aku ke? Entahlah.Begitulah lumrah manusia,umur dah banyak tapi masih tak sedar diri.

“Izzah,jangan ambil hati dengan Lily dia memang macam tu manja sangat dengan Ammar dari kecil dah terbiasa Izzah jangan salah anggap tau.Ammar anggap Lily tu tak ubah macam adik dia…”Ujar Datin Zahira Izzah tertunduk malu alamak mak perasan ke?tapi aku nak buat macam mana sapa tak terasa kalau ada kucing betina dok bergesil dengan laki sendiri .

Ei…budak ni kang aku karate juga kau ni nasib baiklah Ammar tu tak naik miang keladi dia tu laki aku tau tak yang kau himpit dia macamlah dunia ni kecil sangat apa masalah kau agaknya ek? jalan punya luas terbentang kau tak nampak ke?ke kau dah lupa semua jalan kat Malaysia ni sebab lama sangat duduk kat sana?memang dasar minah plastik!dia tergelak kecil..tak kenal lagi sapa aku sebenarnya kot.

“Izzah tunggu abang kita jalan sama-sama…”Ammar menarik tangan Lily yang melingkari lengan sasanya serta merta air muka Lily berubah.Ketika itu mereka baru sahaja tiba di tempat pakir di hadapan restoren yang berpintu kaca..Ammar mengeratkan pegangannya.

Tadi sewaktu dia memandu kereta,Izzah langsung tidak memperdulikannya.Terpaksa pula dia akur apabila Lily mahu duduk di sebelahnya.Izzah pula lebih selesa duduk di belakang,bersama Datin Zahira dan Syahida.Abah turut menyelit dan duduk bersembang bersama-sama mereka.

“Abang ni kesian dengan  Lily tu. Dia tu sebaya Ida ke?” bisik Izzah ke telinganya ,Ammar membuang pandangan ke arah restoran mewah itu..belum sempat dia menjawab terlebih dahulu Lily menghampirinya.

“Am, ni I beli special untuk you.Lily tak jumpa penganti lagi Am tak ada yang setanding you ,you masih tak maafkan I lagi ke?”Izzah merenung Ammar yang kegelisahan .Hai lain macam je ayat si Lily ni,ada benda yang tak settle antara mereka ke?teka Izzah didalam hati.

“Well,I should leave both of you alone So have fun Izzah nak join mak kat sana”Izzah loya melihat tingkah laku Lily dan Ammar macam ada sesuatu yang tak betul .Hai Izzah,Izzah lagilah suka si Lily tu bila kau dah duduk jauh-jauh,macamlah kau tak tahu perempuan spesis kucing parsi macam tu memang cari peluang ke nak dekat dengan laki kau.

“Izzah mak nak cakap sikit kita ke sana kejap”Izzah mengikuti  langkah emak mertuanya mungkin ada penyelesaian atau jawapan yang dia cari. Lebih baik dia mendengar penjelasan mak dari membuat pelbagai andaian kalau andaian tu betul tak apalah juga tapi kalau salah,satu kerja pula aku ni menambah dosa kering je entah apalah yang Lily dan Ammar bualkan..sesekali Ammar seperti menafikan sesuatu dan Lily akan memegang tangan Ammar..Perasaannya terusik meskipun Ammar menepisnya..


“Izzah. Mak rasa Ammar tak pernah cerita kat Izzah tentang hubungan Lily dan dia kan?mak harap Izzah tak sakit hati mak bukan nak masuk campur..tapi jika mak di tempat Izzah mak juga rasa apa yang Izzah rasa.. mungkin ada sebab kenapa dia tak mahu cerita pasal Lily pada Izzah.

Tak apalah Izzah nilai sendiri apa yang mak cakap”Izzah menghela nafas..dia mengangguk.dah macam burung belatuk dah aku ni asyik mengangguk je dari tadi jangan tertanggal lehar aku dari paksinya sudahlah,time tu kalau cik abang aku cari lain memang patutlah..Sempatlah lagi Izzah mengelamun.
“Lily tu sepupu dengan Ammar ,ayah Lily tu adik kepada abah…Dulu diaorang pernah bertunang….tapi masa hari pernikahan mereka Lily lari ikut kekasih hati dia tapi budak tu tipu dia .

Lepas sebulan mereka hidup bersama dia ceraikan Lily dan balik ke negara asal dia .Lily pula pulang ke Malaysia ,katanya budak tu dah ada keluarga dah ada anak tapi yang tak bestnya masa Lily ditinggalkan, Lily ni dah hamil. Entah apa status budak dalam perut dia tu mak tak tahu,sebab budak lelaki tu khabarnya tak tukar agama pun,yang mak tahu,budak lelaki tu orang barat.Mak tak pernah jumpa,tapi Am tahu.Dia pernah ke rumah Lily dan budak tu dulu,semata-mata untuk pujuk Lily tinggalkan budak tu dan kembali semula pada pangkuan keluarga.

Berbalik semula pada cerita Lily ni,bila dia balik Malaysia,tak siapa pun tahu dia pregnant ,last-last,terbongkar juga sebab perut dia dah makin membesar, bila family Lily dapat tahu, mak dia jatuh sakit, seminggu kemudian mak dia meninggal..Ayah dia pula marah sangat sampaikan tergamak nak bunuh je Lily ni semata-mata tak sanggup tanggung malu.So, Ammar buat keputusan nak nikah dengan dia untuk selamatkan maruah keluarga kami tu pun lepas Pak Ngah dia beria-ia merayu pada Ammar minta agar Ammar terima Lily Masa tu Am baru je habis belajar.

Am dan Lily tinggal kat rumah pak Ngahnya.Lepas sebulan,dia lari lagi dari rumah.kali ni.Ayah dia kena heart attack,tak dapat di selamatkan terkejut sangat dengan perangai anak dia..Ammar pegang janji dia pada Pak ngah dia iaitu ayah si Lily ni..jadi nak tak nak Ammar cari juga Lily…Bela dia.Ammar bersedia bertanggungjawab,asalkan Lily setuju untuk ikut dia pulang ke Malaysia .Ammar sanggup buat apa saja asalkan lily tak lakukan apa-apa silap lagi.Tapi Si Lily ni dah gugurkan kandungan dia. Ammar kecewa sangat sebab dia tak dapat bentuk dan bimbing Lily.Dari pada dia tanggung lebih banyak dosa lagi,lebih baik dia ceraikan Lily. Sejak peristiwa tu,Ammar dah berubah,dia macam salahkan kami sebab paksa dia menikahi Lily.

Dia mula jadi serius dalam hidupnya.Dirinya dihambakan untuk kerja.Memang tak dinafikan syarikat berkembang pesat dibawah pengurusan Am,tapi dia macam orang yang tak ada hati, seluruh masa yang ada digunakan untuk memajukan syarikat,ada juga mak dan abah kenalkan dia dengan anak kawan-kawan kami,sekali dua je jumpa lepas tu dia buat perangai. Sampaikan kami terpaksa buat rancangan,abah kamu beri kata putus pada Ammar jika dia tak bawa seorang gadis bertemu mak dan abah dalam tempoh setahun,maka mak dan abah akan gugurkan namanya dari menjadi pewaris harta kami,sepanjang tempoh tu.

Ada sekali dia bawa seorang gadis jumpa mak,mak ingatkan dia betul-betul serius dengan gadis tu,rupa-rupanya gadis tu diupah untuk menyamar sebagai kekasih dia je,gadis tu,merupakan kawan dia sendiri ,dan yang paling kami kecewa gadis tu kalau tak salah mak dah bertunang.Mengamuk besar abah bila dapat tahu cerita sebenarnya.Tak lama lepas tu,pertama kali dalam hidup Am,mak lihat dia begitu gembira .Setiap hari dia akan sebut nama gadis tu.”Perbualan mereka terhenti.Datin Zahira sengaja mahu membiarkan Izzah berteka-teka.,Izzah pula dalam keresahan .Siap pula yang mak maksudkan ni?hish,banyaknya perempuan dalam hidup Ammar,tapi satu pun dia tak pernah cerita pada aku.Datin Zahira dapat melihat rasa gelisah Izzah.Dia mengengam tangan Izzah.Izzah membalasnya .Dalam masa yang sama dia ternanti-nanti jawapan Datin Zahira.

“gadis tu ialah insan yang paling disayangi Ammar.Sejak dia mengenali gadis tu,hidup dia berubah.Dia jadi makin ceria.Izzah tahu siapa gadis tu?”Izzah mengeleng,kalau aku tahu,aku tak adalah gelisah sampai macam ni,mesti gadis tu bertuah.Tapi kenapa Am tak mengahwini dia?kenapa aku yang dia pilih?Wajah Izzah bertukar mendung.Datin Zahira perasan riak wajah menantunya yang bertukar mendung.

“Gadis yang bertuah tu,gadis yang anak mak puja-puja tu,namanya Izzah Humaira.Kamulah.Mak saja je biarkan kamu tertanya-tanya.Kamu jangan risau,Am takkan main-mainkan kamu.Kalau kamu nak tahu,itulah pertama kalinya Am serius dengan perempuan.Mak rasa bersalah sangat pada Am sebab, sebenarnya Ammar tak ada hati langsung kat Lily,waktu tu dia baru habis belajar,memang tak terlintas di kepalanya untuk bergelar suami dalam usia yang muda. Kami yang paksa mereka bertunang, Si Lily ni jenis yang suka memberontak.

Ammar ni pula jenis yang tak reti nak bantah cakap orang tua mak rasa bersalah sangat sebab paksa mereka bernikah..Tapi dengan Izzah ni mak tengok Ammar lain sangat, dia ceria sangat, dari situ mak tahu dia memang sayang pada Izzah.Izzah jangan ambil hati dengan perbuatan Lily, dia memang dari dulu macam tu.Meskipun suatu masa dahulu hubungan mereka lebih dari sepupu,tapi percayalah,Lily bukan orangnya yang dah buka pintu hati Am.

Izzah sorang je yang layak.Dah jom kita makan ,Nak tahu lebih lanjut , Izzah tanya Am sendiri ,mungkin dia saja tak nak cerita kat Izzah takut isteri kesayangan dia ni cemburu..”Walaupun sedikit lega dengan perjelasan Mak namun jauh di sudut hati dia masih merasakan ada yang tidak kena dengan kepulangan Lily.Yang pasti dia mahu mendengar penjelasan dari Ammar.

“Mak, Izzah nak tanya sikit.Berapa beza umur dia orang?”Emak menoleh.Dia tidak jadi melangkah.Wajah Izzah menjadi tatapannya.

“Am,31 tahun.Izzah muda 6  tahun dari Ammarkan?Hmm dia muda dua tahun dari Am .Izzah tak sangka Lily tu tua dari Izzah kan?perangai dia memang macam tu jadi mak tak heran kalau Ammar langsung tak tertarik dengan Lily sebaliknya dia tertarik pada Izzah , pertama kali Am cerita tentang Izzah pada mak ,mak dah agak.

Izzah ni ada sesuatu yang berbeza.walaupun Am cakap Izzah ni muda 6 tahun dari dia,Lily memang begitu sikapnya Izzah,Kadang-kadang lebih kebudak-budakkan dari Ida yang jauh muda dari dia .Izzah tanyalah Am sendiri..”Habis berkata begitu,Datin Zahira menarik tangan Izzah supaya bangun dan menyertai ahli keluarga yang lain yang sudah menunggu di meja yang diatasnya penuh dengan pelbagai hidangan .

Dia mengukir senyuman ketika Ammar menepuk kerusi di sebelahnya tanda meminta Izzah duduk di sebelahnya..Dengan senang hati Izzah melabuhkan punggungnya disitu.

“Sayang discuss apa dengan mak?”tanya Ammar, Izzah mengangkat bahu.Ammar tidak berpuas hati.dia berterusan bertanyakan isu yang dibincangkan Izzah dan emaknya.Bukannya dia tidak lihat reaksi mereka !.Kejap senyum,lepas tu muka Izzah berkerut-kerut.

“Adalah,hal perempuan.Sebelum tu Izzah nak tanya ,abang ada apa-apa nak cakap dengan Izzah?”Soalnya.Dia ingin melihat kejujuran Ammar.Pada pengamatannya suaminya tenang sahaja, seolah-olah tiada apa untuk diragukan. Senyuman terukir  dibibirnya.

”Pasal hubungan abang dengan Lily?Nanti abang cerita,abang dah agak,mak cerita pasal kisah abang dan Lily. Dan abang rasa,sayang dah tahu banyak dari mak, sekarang senyum.Semua orang tengah tengok kita ni.” bisik Ammar ke telinga Izzah sempat lagi dia mencubit pipi Izzah tanpa menyedari ada pasang mata yang melihat dengan penuh kebencian.

Malamnya,mereka berkumpul diruang tamu,Memang menjadi kebiasaan keluarga Ammar,abah suka jika ahli keluarganya berkumpul bersama-sama diruang tamu jika masing-masing punya waktu senggang.

“Ni untuk kakak ipar kesayangan Ida.cubalah tengok.Ida harap akak suka.”Syahida menghulurkan dua bungkusan yang berbalut kemas .

“Yang berbalut plastik warna biru ni akak buka berdua dengan Abang Ammar dalam bilik…”Syahida melemparkan senyuman nakal kepada Izzah.Izzah dan Ammar saling berpandangan.Hai lain macam je bunyinya.Kedua-duanya saling membalas senyuman.

“lain macam je hadiah ni sayang”bisik Ammar kepada Izzah yang sedang mengoyak plastik pembalut,hadiah yang lagi satu .Hadiah yang berbungkus biru diletakkan ketepi .Dengan cermat Izzah mengeluarkan isi kandungannya.

terpaku seketika apabila dia menatap isi kandungan kotak cantik itu Satu set keronsang yang diperbuat daripada emas putih diserikan dengan batu kristal bewarna biru terang dan putih .Cantik! rekaannya simple tetapi punya nilai tersendiri.Izzah terharu kerana Syahida sudi membelikan cenderamata untuknya.Sedangkan dia kurang mesra dengan Syahida memandangkan mereka baru beberapa kali bersua muka.

“Terima kasih mesti mahalkan?susah-susah je Ida belikan benda ni untuk akak.tak payahlah Ida membazir belikan akak hadiah mahal macam ni mesti adik akak ni terpaksa ikat perut sebab nak belikan akak hadiah ni.Apapun kerongsang ni cantik sangat.akak suka.”Izzah dan Syahida saling berbalas pandangan. Syahida sekadar mengenyitkan matanya.Ammar senang hati melihat isterinya dan adik kesayangannya boleh menjadi rakan.

“Tak ada mahal manapun kak,ala,mana Ida ada ikat perut,kan Ida ada bank MarLan.”Kata-kata Syahida disambut dengan hilai tawa dari mereka.Bank MarLan merujuk kepada Ammar dan Dato’Azlan.Benar,dia memang tidak pernah keputusan wang belanja,Syahida merasakan dirinya amat beruntung kerana dikurniakan seorang ayah dan abang yang baik seperti Dato’Azlan,serta Ammar,setiap bulan pasti abah ataupun Ammar akan memasukkan sejumlah wang kedalam akaunnya,meskipun dia tidak meminta.biasiswa serta wang belanja yang dikirimkan setiap bulan lebih dari cukup untuk menampung belanjanya.

“Kalau macam tu hadiah tu,abanglah yang bagi.Ida tukang beli je.Hish…penat-penat je Izzah puji Ida.Sepatutnya abang yang dapat pujian tu.”seloroh Ammar.Wajah Syahida sudah masam mencuka.Namun dia tidak mampu bertahan lama.Abangnya memang begitu.Suka sangat mengusik.bertuahlah Izzah memiliki Ammar sebagai suami.Kini giliran Ammar pula untuk membuka hadiah.

Kotak berbalut kemas itu dibuka rakus.Sebaik penutup kotak dibuka Ammar membeliakkan matanya.Kemudian dia menunjukkan reaksi terkejut.Izzah juga ikut cemas,apatah lagi melihat Ammar menolak bungkusan itu menjauhinya.Syahida apatah lagi.Air mukanya berubah keruh.kemudian Ammar ketawa besar.

Dengan selamba dia berkata dia hanya bergurau.Izzah mengurut dada.Manalah tahu jika isi kandungan bungkusan itu sesuatu yang tidak elok.Dari riak muka Ammar macamlah Syahida menghadiahkan sebiji bom.

Ammar menunjukkan hadiah yang di terima daripada adiknya.Sehelai bajukait sejuk…dan seutas jam tangan berjenama terkenal..Syahida menarik muka masam,Hampir sahaja dia menangis dek kerana tak tahan diusik sebegitu rupa.
mujurlah abangnya awal-awal lagi sudah meminta maaf.Sebagai balasan,abangnya berjanji akan meminjamkan kereta nya untuk kegunaan Syahida jika adiknya itu memerlukan kenderaan untuk kemana-mana.Yahooo….bolehlah aku melaram puas-puas dengan kereta baru abang.Dalam diam Syahida memasang angan untuk melaram dengan memandu kereta BMW 5 series abangnya.He..he…tak sia-sia aku merajuk.

“Ni untuk mak dan abah..”Masing-masing memperolehi seutas jam tangan..tali leher untuk abah dan kristal untuk Emak .Mana boleh lupa .wajib beli tau untuk emak dan abah tersayang,kalau tak nanti digelar anak derhaka pulakan?Keceriaan mereka berganda-ganda dengan kehadiran Lily.Dia kelihatan lebih segar selepas mandi.

” Lupa pula,Lily ada hadiah untuk Mak long dan pak long..”Izzah sekali lagi terkedu..selamba saja dia turun dengan hanya memakai jeans paras lutut dan baju t-shirt tanpa lengan…dengan potongan leher yang agak luas sesekali akan menampakkan bahagian yang tidak patut dipertontonkan pada lelaki yang bukan muhrim apabila dia membongkok…aku pun tak pernah pakai macam tu tau tak.Izzah tersenyum sedikit apabila Lily terpaksa duduk di sebelah Syahida.

Eleh bukan aku tak tahu,plan asalkau nak duduk sebelah laki aku.Sorry sikit.Selagi aku hidup jangan harap …tunggulah sampai berjanggut ,tak kira dimana kita orang berada,tempat duduk sebelah Ammar memang dah reserved khas untuk aku.

“I tak tahu Am dah kahwin..so I tak beli apa-apa untuk you.Next time It must be something for you”Izzah hanya mengulum senyum sesiapa pun dapat menangkap nada bengang pada tutur kata Lily.Sejak siang tadi Lily mencari peluang untuk mendekati Ammar.Namun dia terpaksa akur kerana Ammar sedikit pun tidak mempedulikan kehadirannya.Lagipun masakan dia tidak tahu Ammar sudah menikahi aku,Syahida dan Lily kan teman serumah,bahkan sebilik lagi.Sepupu pula tu,sajalah tu.Lagipun aku tak heran pun,kalau aku nak ,aku mampu beli sendiri.

“Bibik mana?I’m thirsty…” Lily membuat gaya mengosok-gosok leher.Ala reaksi standardlah tu nak menunjukkan yang dia tengah dahaga.Izzah bingkas .Ammar menarik tangan nya..Izzah menoleh lantas tersenyum.

“Izzah nak ke dapur..semua orang mesti dahaga kan?kan bibik tak ada cuti balik indon,Mak Mah dah tidur rasanya…abang nak air apa?”Soalnya..Ammar turut sama bangun.Lily menjuihkan bibir.Alahai,takut sangat ke bini dia kena culik?eii sakit mata aku.

“Abang tolong Izzah..”Lily memaut lengan Ammar.,Ammar memandang Lily dengan perasaan yang membara,aku nak cakap bahasa apa dengan dia ,German?Thailand?korea? punyalah simple bahasa yang aku guna pun dia tak faham juga.Izzah pantas menuju ke dapur…Ammar menguis tangan Lily yang memeluk erat lengannya ,Lily kembali memegang lengan Ammar .

Nak kena cepuk ke minah ni.Udah-udahlah tu tak faham lagi ke,aku tak suka dengan perangai dia yang gedik tu?tulah dah lama sangat tinggal kat tempat orang sampai aku bagi kiasan pun tak faham, dah macam-macam taktik aku buat nak elakkan diri dari dia tapi dia ni tak nak faham juga apahal? Aku boleh je cakap terus terang tapi takut pula kalau dia ni nangis mau banjir rumah ni,tak pasal-pasal je esok aku kena pergi office naik bot.

“Lily you nak apa lagi?Lily please understand thing are not same as before. We are over .Now Izzah is my wife.You pun tahu I have no feeling toward you..”Wajah Lily berubah..pertama kali Ammar  dari pegangan mengherdiknya..Pantas Ammar menarik tangannya.lalu menuju ke dapur.Izzah di lihatnya tekun membancuh air..perlahan-lahan dia mendekati wanita itu lalu memeluk pinggang isterinya.

“Hai sayang,buat air apa tu?boleh abang bantu?”Izzah mengeleng.Dah puas bermanja dengan Lily tu ada hati pula nak peluk aku.Namun ucapan itu hanya dilontar didalam hati.Hish,mana boleh cakap terang-terang,nanti jadi isteri derhaka pula.

“Abang nak apa-apa ke?”Ammar mengeselkan hdungnya pada pipi gebu Izzah..Izzah menepis..alahai,ni yang lemah ,laki aku pun satu saja je nak goda aku.Hish kan tak jadi pula aku bancuh air,dok melayan dia jelah kerja aku.Sebelum Am makin mengatal baik aku bertindak.

“Apa ni?tak malu ke kalau ada orang tengok?”marahnya..sakit hatinya melihat Lily memegang lengan Ammar.

“Okey,okey..Im sorry kenapa sayang ni cepat marah ni?datang bulan ke?”Usik Ammar. Menyebabkan wajah Izzah merona merah mana mungkin 2 hari lepas dia baru je selamat menurunkan bendera Jepun ,dan semalam dia dan Ammar tidur bersama.

“Dah lah malas nak layan abang.”dia meletakkan air di atas meja sofa dan segera meminta diri untuk naik ke biliknya.Pada kedua mentuanya,dia mengkhabarkan bahawa dia sudah mengantuk .

Lily di lihatnya seperti hilang taring Mana tak hilang taring serta belangnya jika Ammar dah sound terang-terang kalau lepas ni dia tak ubah perangai juga tak tahulah.

entry yang agak panjang kali ni..
to be continue......



No comments:

Post a Comment