Friday 15 November 2013

Sendainya Aku Tahu- bab 30

hai semua...baru berpeluang update new entry..
selamat membaca..

‘’You selalu panggil I abang dulu kan, and then, I bagitahu you, yang kalau you nak panggil I abang you kena kahwin dengan I kan?so sekarang ni I nak bagi you hak tu.I nak you jadi milik I,I nak sebelum I berangkat ke luar negara, I nak you sah jadi milik I.I tak pandai nak karang ayat jiwang karat, tahap kasanova macam orang lain, so sekarang ni, I cakap direct, I nak lamar you jadi isteri I.Kalau boleh sebelum I pergi kita bertunang.I dah lama sukakan you.Boleh tak Syaz?’’

Syazra terasa seram sejuk mendengar permintaan Syed Hafeez.Tidak disangka bahawa dalam pada mereka berkawan selama ini, rupa-rupanya Syed Hafeez menyimpan perasaan terhadapnya.Benarlah kata rakan-rakan rapatnya, Cuma dia sahaja yang buta menilai.Syazra tunduk membelek clutch bag yang berada di atas ribanya.

'‘I...I tak boleh terima you.Maafkan I.’’Syazra menundukkan wajahnya.Tidak sanggup dia melihat wajah kecewa lelaki yang terlalu baik melayan dirinya sebelum ini.

‘’Kenapa?boleh I tahu?hati you dah dimiliki orang lain ke?’’Soal Syed hafeez.Syazra mengiakan sahaja.Syed Hafeez ketawa kecil.Ya dia ketawa untuk menutupi rasa kecewanya yang mengunung seterusnya mengusir pergi harapannya.Syazra pula jadi aneh melihat tingkah laku lelaki itu.Tak sedih ke?aku dah kecewakan dia, dia boleh ketawa sakan.Syazra jadi cuak pula melihat perwatakkan Syed Hafeez ketika itu.Matanya meliar memandang ke kiri dan kanan jalan.Binbang jika lelaki itu hilang kawalan tiba-tiba.dia mengawasi setiap perbuatan lelaki itu.

‘’I terlewat nampaknya.By the way, I feel so glad that, there is someone who finally will take care of you.I was so worried to think that, there is no one will take care of you whenever i am not around.Siapa jejaka bertuah tu?I kenal ke?’’Syazra serba salah.Sebetulnya dia tiada niat untuk melukakan hati Syed Hafeez  ketika itu.

Namun dia tiada pilihan melainkan mengaku sahaja.Dia tidak mahu Syed Hafeez menaruh harapan padanya.Lagipun, hatinya sudah dimiliki jejaka lain.Jejaka yang tak akan pernah tahu dan memahami perasaannya.Cuma cintanya tidak mendapat balasan kerana lelaki yang disukai dalam diam tidak mengehtahui bahawa Syazra menyukainya.

''You tak marahkan I ke?''Soal Syazra.Pelik sungguh sikap lelaki itu.

‘’ Kenapa I nak marah?you tak buat salah apa pun.Dah lah Syaz, lupakan semuanya.I gembira you dah jumpa prince charming you.Jom I hantar you balik. Dah lewat ni.’’Syed Hafeez memasukkan gear reverse.Dan kereta yang dipandunya kembali berada diatas aspal.Perjalanan kali ini terasa singkat, Syazra menyedarinya, Cuma dia tidak mahu bertanya apa-apa walhal hakikatnya Syed Hafeez memandu agak laju.Akhirnya kereta Toyota Harrier itu tiba jua dihadapan kolej Syazra.

‘’Syaz..’’

‘’Hmm..?’’Syed Hafeez memandang lama wajah cantik gadis dihadapannya itu.

‘’Take this, just take it as a gift from me.Syaz., kalau, I balik Malaysia nanti, and you dah tak ada sesiapa dalam hati you, time tu I takkan teragak-agak nak kejar you semula.’’Mereka berpisah disitu juga.Sejak hari tu Syed Hafeez sudah kurang menghubunginya.Sibuk katanya.

Hadiah pemberian Syed Hafeez yang  berupa cincin emas putih masih kekal berada dalam simpanannya.Sehingga ke hari ini, dia tidak berpeluang untuk memulangkannya semula kepada lelaki itu.Bahkan Syed Hafeez langsung tidak bertanya soal cincin berkenaan.Sewaktu mereka mula-mula dipertemukan semula setelah terpisah lama, reaksi lelaki itu biasa-biasa sahaja.Ada juga beberapa kali Syed Hafeez memberikan hint, namun tidak diendahkan oleh Syazra sementelah hatinya kian terpaut pada insan itu.

Dia kekal menjadi pencinta rahsia kerana si jejaka idaman sudah berpunya dan sedang enak memandu kasih bersama pilihan hati.Justeru sebaik sahaja lelaki itu mencadangkan dia supaya menandatangani kontrak perkahwinan rahsia mereka, Syazra turutkan juga.Pertama kerana dia memerlukan wang ganjaran yang ditawarkan lelaki itu, dan kedua, kerana dia mahu mencuba menyemai cinta  mereka.Manalah tahu lelaki itu turut menyukainya dan cintanya berbalas.Bukankah ianya sesuatu yang indah?
............................................................................................................

‘’Plup!’’Lamunannya terhapus begitu sahaja.Syazra menoleh kesisinya .Syed Zariff sedang bersandar di pemegang titi kayu yang menyeberangi anak sungai mini yang sengaja dibina sebagai prop landskap laman rumah mereka.

‘’You kenapa?’’Soal Syed Zariff.Sudah lama dia berdiri di situ melihat Syazra .Gadis itu kelihatan termenung jauh.Saat Syazra memandangnya dia sekali lagi terpersona melihat juraian anak rambut Syazra yang jatuh semulajadi di dahinya.Menyedari kehadirannya, Syazra cepat-cepat menyanggul semula rambutnya kemas-kemas dan mengemaskan kedudukkan pashmina yang sedari tadi berada di bahunya.

‘’Baru sampai ke?’’ soalnya tanpa memadang lelaki itu.

‘’Hmm, tak juga.You kenapa?’’Dia terus-terusan mengulang soalan itu.

‘’Okey.Never be better.Okeylah , nak masuk dalam dulu.’’Syazra berjalan melepasi Syed Zariff untuk ke pintu masuk ke dalam rumah yang terletak di sebelah kiri rumah.Pintu kaca itu dibiarkan terbuka,kerana suaminya masih diluar.

‘’Syaz, I call you tadi, kenapa tak berangkat?’’Belum pun Syazra menutup pintu biliknya Syed Zariff sudah berdiri di situ sambil memeluk tubuh.Syazra tidak segera menjawab sebaliknya dia memeriksa telefon bimbit yang diletakkan diatas meja.Ah, mati lagi, selalu telephonenya itu buat hal.Nampaknya kena beli yang baru ni.

‘’Phone ‘kesayangan' you rosak lagi ke?’’Soal Syed Zariff sinis.Syazra sekadar mengangguk.

‘’Meh sini I tengok.’’Tanpa sempat ditahan, telefon itu sudah berada ditangannya.Matanya mencerun melihat fizikal telefon bimbit yang pada firasatnya sudah wajar dibuat tukun.


‘’Syaz, I rasa, phone you ni, kalau baling kat dalam kolam ikan pun okey juga, boleh juga jadi tempat pembiakkan ikan-ikan kat dalam kolam tu.I rasa,..Hei!’’Syazra merentap kembali telefon itu dengan kasar, namun tidak semudah itu Syed Zariff mengalah,berlakukah pergelutan diantara mereka.Syed Zariff menggunakan sepenuh tenaga untuk mengambil semua telefon bimbit berkenaan.

Syazra berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan telefonnya dari diambil oleh Syed Zariff. Malangnya Syed Zariff merentap dengan kasar telefon itu membuatkan Syazra terlepas telefon berkenaan, membuatkan telefonnya terpelanting jauh lalu jatuh berkecai diatas marmar.Kedua-duanya saling berpadangan, Syazra dengan riak wajah yang penuh kemarahan dan Syed Zariff dengan wajah yang penuh kekesalan.

Syazra berjalan mendekati telefonnya yang sudah menjadi arwah, dia  tunduk lalu mencangkung untuk mengutip serpihan telefon bimbitnya yang berkecai.Tanpa ditahan-tahan lagi, air matanya menitis perlahan.Syed Zariff ditimpa rasa bersalah.Silapnya.Kalaulah dia tidak bergurau dengan Syazra pasti itu semua takkan terjadi.Kalaulah dia tidak bertegas mahu merampas telefon itu dari tangan isterinya.


cuba teka adakah Syed Zariff akan meminta maaf diatas khilafnya ataupun dia tetap mempertahankan ego dirinya?
maaf ya semua.dah lama tak update blog...saya bz sikit lately ni..
hope korg enjoy bace new entry ni

No comments:

Post a Comment