Friday 15 November 2013

Kerana Dia...Aku Relakan-bab 2

Seperti minggu-minggu sebelumnya , setiap kali hari sabtu, pasti Mama Nora akan datang menjemputku  di rumah untuk dihantar ke pusat tuisyen yang sama dengan Taufiq.Pagi itu aku terlewat bangun, ni semua gara-gara terbabas menonton cerita korea semalam.Subuh pun tak sempat pagi tadi.Kalau ayah tahu, mahunya seminggu aku kena berleter.Nasib baik rakanku , Intan menelefonku untuk mengingatkan supaya tidak lupa untuk membawa bersama bukunya yang kupinjam untuk dipulangkan padanya semula.Jika tidak kerana Intan, pasti aku akan semakin hanyut.Kelam kabut aku mandi dan mencapai pakaian untuk dipakai pagi itu.

''Qin!, cepat Mama Nora dah lama tunggu, nanti lewat pula, kesian Mama Nora.''Seperti biasa Mak Teh setia mengetuk pintu bilik ku setiap hari, hai, kalau tiada wanita itu tidak tahulah bagaimana untuk aku menguruskan kehidupanku hari-hari.Aku terkocoh-kocoh mengikat rambut ikalku.Tidak lupa juga aku meyepit fridge yang sudah semakin panjang sampai  menganggu pandanganku.Selepas itu aku menyapu sedikit pelembab bibir dan bedak muka.

PINNNN...PINNN......

Alamak dah bunyi hon lah.Hish mati lah kena marah dengan mamat sombong tu kejap lagi.Kalau lah aku tak layan movie semalam, mesti tak lewat macam ni.Pintu bilikku diketuk untuk kesekian kalinya.Hish boleh pula kau mengelamun time ni.Cepat Qinthara, jangan buat orang tertunggu-tunggu, tak elok.Teringat pula aku akan pesan Mak Teh.

Aku cepat-cepat mencapai beg galas yang sudah siap dikemas dan mengalas beg itu keluar.Mak Teh mengeleng sahaja melihat tingkah laku ku yang kelam kabut itu.Aku berlari turun menuruni tangga , ayah dan abang-abangku sedang bersarapan ketika itu, aku menyalami ayah dan abang-abangku sebelum mengambil sekeping roti bakar yang sudah disapu jem dan mengigitnya sambil keluar.

 Kereta Toyata Camry bewarna putih milik Mama Nora terpakir kemas di hadapan rumahku.Aku segera membuka pintu kereta dibahagian belakang dan masuk kedalam kereta.

''Maaf, mama, Qin terlewat. Terlewat bangun semalam.'' Sempat lagi aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mama Nora.

''Tak apa bukannya lewat sangat pun, ni si Taufiq yang beria-ia hon kereta.Sempat sarapan tak sayang?kalau tak sempat kita singgah kt drive tru, beli breakfast, sempat lagi ni..''Seperti biasa kehadiranku disambut hangat oleh wanita berusia awal 40an itu.Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya, bukan seperti anak lelakinya yang satu itu.Muka ketat je memanjang.

''Tak payah ma, si bulat ni, dah makan roti tadi, lagipun setakat skip 1 breakfast je, tak jejas pun kesihatan dia. Kita dah lewat ni.Fiq dah janji dengan kawan-kawan nak sampai awal.''Ceh, si Taufiq ni kalau buka mulut mesti nak sindir aku, kang aku hempuk baru tahu.Aku sekadar menjeling dan berpeluk tubuh tanda tidak puas hati.

''Fiq, mulut tu, berapa kali mama pesan, suka hati panggil orang si bulat.Kan tak elok nama tu, kalau orang panggil Fiq dengan nama panggilan yang Fiq tak suka macam mana? Fiq gembira ke?'' Taufiq mencebik, dia menjeling melalui cermin pandang belakang, happylah tu mama back up dia, nanti kau, depan mama boleh lah kau tunjuk bagus , siap kau nanti.Dah lah lambat, terhegeh-hegeh, yang mama ni pun satu suka sangat menangkan budak tu.Eii...menyampah.

Kan senang kalau aku tumpang along pagi tadi, tak adalah rosak mood aku menghadap muka minah ni pagi-pagi.Mamalah ni, orang nak tumpang along dia tak bagi..nak juga hantar aku dengan budak bulat ni.

''Fiq, dengar tak apa yang mama cakap?minta maaf sekarang.''Taufiq menyumbat telinganya dengan earphone .Ah tak kuasa nak minta maaf pada perempuan tu.Baik aku buat-buat tak layan je.Taufiq menguatkan volume Mp3 yang sedang dipegangnya.Dia menyandarkan badan ke kerusi.

Mama Nora menampar kuat bahu anaknya.earphone yang menyumbat telinga anaknya dicabut kasar.Taufiq meregus geram.Dia cuba merampas semula pemain mp3 yang dirampas mamanya sebentar tadi.

''Fiq, now.Mama tak pernah ajar anak mama jadi rude macam ni.Kalau Fiq tak minta maaf pada Qin, mama denda nanti, Fiq nak ke mama curfew Fiq?Minta maaf pada Qin dan jangan panggil Qin dengan panggilan  macam tu lagi''Mama Nora mula menggunakan nada suara yang tinggi.Aku membelek telefon bimbit bewarna pink, hadiah hari jadi ayah untuk ku.Pura-pura tidak layan, walhal telinga ku terbuka luas medengar setiap tutur kata mereka berdua.

''Ma, kenapa nak besar-besarkan hal ni? Kan memang dari kecil Fiq panggil dia macam tu.Selama ni tak jadi hal pun ,habis kenapa pula mama nak kecoh-kecoh sekarang?''Aku di tempat duduk belakang keresahan, macam –macam aku rasa sekarang, seronok sebab Mama Nora back up aku, tapi kesian pula dengan Taufiq, makin bencilah dia pada aku lepas ni.Telefon ku campak ke dalam beg bewarna merah kesayangan ku.Sudahnya aku tunduk bermain dengan jari-jariku.Hai cantik pula kuku aku hari ni.Bersinar-sinar, cantik macam baru lepas buat rawatan predicure- manucure.

''Mama, Qin tak marah pun, Qin tahu Fiq gurau je, kan dari kecil kami selalu gurau macam tu.''Aku mengambil jalan untuk mendamaikan mereka berdua.

''See..Qin tak kisah pun ma, mama je yang over sangat.''
''Fiq, say it now.''Mama Nora masih dengan pendiriannya.Dia tetap mahu Taufiq memohon maaf kepada Qinthara.
''Mama, Fiq..'' Taufiq masih cuba berdalih.Memang tak masuk akal.Aku nak kena sujud minta maaf dengan budak gemuk tu? Entah apa yang mama berkenaan sangat dengan dia, tak faham betul.Entah-entah budak ni dah buat ilmu guna-guna pada mama kot..Ei sesat betul,, syirik..
''Ahmad Taufiq bin Kamal.Now.''Bila suara mama sudah semakin tinggi dan serius, Taufiq tahu dia tidak boleh berdalih lagi.Mama  memang tahu menggunakan kelemahannya.


''Okey fine.Qinthara..aku minta maaf.'' Suara itu kedengaran sedikit keras dan kasar, langsung tiada nada ikhlas pada ucapannya. Selepas itu suasana kembali  menjadi senyap.Hanya mama yang petah berceloteh itu dan ini.Taufiq sekadar mendiamkan diri.Setibanya di pusat tuisyen, Taufiq menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mamanya dan terus melangkah keluar.Panggilan mama pun tidak diendahkan.Aku terkaku di tempatku.Masih terdengar lagi hempasan pintu yang dilakukan oleh Taufiq, nasib baik tak tercabut pintu.Renungannya cukup menakutkan.Kereta mama sudah lama berlalu.Aku terus berdiri di situ, memikirkan sikap Taufiq.Sehinggalah seorang kawanku, Wirda menghampiri ku untuk mengajakku sama-sama memasuki kelas yang akan bermula tidak lama lagi.
Didalam kelas aku duduk di barisan kedua daripada hadapan, dan Taufiq duduk di barisan paling belakang, bersama dengan rakan-rakannya.Kebetulan guru tuisyen kami lewat masuk kerana menguruskan beberapa perkara di pejabat.Aku leka berbual dengan Wirda.Tiba-tiba sahaja bahuku dicuit dari belakang.Aku segera menoleh.Nani rakanku yang comel bertudung warna biru kundang memberikan nota kecil kepadaku.Aku mengerutkan kening, nota apa ni?macam kertas ceti je.Aku menolak untuk mengambil cebisan kertas itu.
''Ambil je lah, ada orang bagi.''Kata Nani sambil menunjukkan ke arah belakang.Lambat-lambat nota itu beralih tangan.Aku membaca tulisan pada kertas kecil itu

jumpa aku kat luar sekarang
nahas, kalau kau tak datang

bagaikan mengehtahui bahawa nota itu telah aku baca, Taufiq berjalan melewati mejaku dan membuka pintu kelas, bersedia untuk keluar, sempat lagi dia memberi isyarat mata supaya aku mengikuti langkahnya.
Aku berpesan kepada Wirda supaya menjaga baranganku sementelah aku mahu ke tandas, mujur Wirda tidak pula mengusulkan untuk turut serta, kalau tidak jenuh pula aku nak memikirkan idea lain.
sebaik aku keluar, lelaki itu segera mengisyaratkan ku supaya berjalan menuju ke suatu arah yang agak tersorok.Tiba di tempat itu, dia bersandar dididing sambil merenung tajam ke arahku.Aku tersipu malu, maklumlah anak bujang Mama Nora ni, boleh tahan kacaknya, mestilah aku sebagai gadis sejati akan tersipu malu bila direnung sedemikian.
''Aku tak faham apa yang mama and papa suka sangat pada kau.Kau ada guna manderem ke?aku tengok kau biasa-biasa sahaja, tak ada yang luar biasa, puas juga aku tilik tadi, tapi kau memang biasa je.Habis kenapa pula mama and papa aku sayang sangat kat kau?''
ohhh patutlah dia pandang aku lama-lama tadi, ceh sia-sia je aku ada terfeeling tadi, buang karen je.Manalah aku ada jawapan untuk soalan dia yang serba serbi cemerlang tu, soalan exam pun tak susah macam tu.
''Manalah saya tahu tanyalah mama awak.Awak nak cakap apa lagi?saya nak masuk kelas ni.''
''Nak cakap tu je, one more thing aku nak bagi tahu kau, ucapan maaf aku dalam kereta tadi tu, jujur aku tak ikhlas, sebab mama yang paksa, so aku minta maaf juga pada kau, kalau ikut kan hati tak ingin pun, so kau jangan nak feeling lebih.Depan mama boleh lah nak berlagak, belakang mama, jangan mimpi.Aku pun nak masuk, buang masa layan kau.
Sebelum dia pergi, aku ada soalan penting yang aku kena tanya pada dia, soalan yang sering bermain di minda ku sejak kebelakangan ni,tak boleh dibiarkan ni, harus tanya.
''Taufiq, saya ada benda nak tanya awak.''Dia tidak jadi melangkah, sebaliknya dia merenungku.
''Kau nak tanya apa?''
''Errr..'aku teragak-agak, kalau kena fire macam mana?
''Cikgu nak masuk dah tu, cepatlah cakap.kau tak nak cakap, aku nak blah sekarang juga.''Aku memandang ke kiri dan kekanan, setelah yakin, dan mengambil langkah berjaga-jaga lantas aku mula bertanya.
''Eh nanti, saya nak tanya, betul ke awak ni anak mama Nora?perangai nauzubillah,berbeza betul.Okey tu je nak tanya, bye.'' Sambil berlari, aku melontarkan soalan itu.Habis takkan nak tunggu.Sah-sah kena penggal nanti.

''Woi Qinthara, kurang asam.Siap kau.'' boleh tahan gila juga si bulat ni.Sepatutnya aku yang tanya, betul ke dia anak kandung yang sah Uncle Qhalid, sebab yang lain semua saiz badan normal, dia je yang terlebih bulat.

1 comment: