Saturday 3 August 2013

Seandainya aku tahu-8



DUA HARI Sallehuddin tidak sedarkan diri. Sebaik dia sedar perkara pertama yang sebut adalah Syed Zariff.
“Za… Zariff… Zariff mana..?” Soalnya lemah. Syazra kematian kata-kata.
“Er.. Abang.. abang…” Ah sudah, aku nak bagi alasan apa pula ni. Mana nak cari Zaff?
“Sayang! sorry.. abang lewat.” Sungguh aku terkejut. Mana dia tahu ayah ada kat sini? Dia sekadar membiarkan Syed Zariff mengucup dahinya.Iyalah, takkan dia nak bagi backhand pula, kang tak pasal-pasal kena makan penampar.Kalau setakat kena penampar je tak apa, tapi kalau ayah tanya aku nak jawab apa? Hish melalut pula aku time-time macam ni..Syazra tayang muka selamba, walhal dalam hati macam-macam rasa ada. Syed Zariff meninggalkan Syazra dan berlalu menuju ke dalam bilik.Syazra sempat menjengah keadaan ayahnya didalam.


macam ni lah kot scene Syed Zariff kiss forehead Syazra...


 Lega hatinya melihat senyuman terukir dibibir pucat itu. Dia sekadar menunggu di luar. Tidak mahu menganggu perbualan suami dan ayahnya. Suami? Betul ke dia suami aku? Dari cermin kaca, dia dapat melihat ayahnya sesekali tersenyum. Entah apa yang dibualkan mereka. Lelaki yang berkulit putih itu diperhatikan. Segaknya dia, aura dan pesonanya begitu menyerlah. Dengan hanya ber t-shirt bonia dan jeans hitam. Setiap langkah yang diatur pasti membuatkan wanita yang berada disekelilingnya memandang penuh minat. Sedar tak sedar dia dihampiri oleh lelaki itu.
“Syaz.” Syazra menoleh.Senyuman masih mekar dibibir lelaki itu. Aneh, hati ini terasa sesuatu yang damai. Cepat-cepat dia  mengelengkan kepala, enggan terbawa-bawa dengan rasa yang tidak pasti.
“Mana awak tahu saya masih disini?”
“Aku jumpa Azura, ingat nak minta fail projek kat Pahang tu pada kau. Terkejut aku, bila dia bagi tahu kau tak masuk office. Ambil cuti kecemasan. Haru juga aku nak jawab pada Walid dan Umi. Nasib baik aku pandai cover. Aku cakap, aku memang nak tengok ayah, cuma tak ada masa. Tup-tup bila aku sampai kampung, mak cakap kau ada kat hospital.” Terang Syed Zariff. Wajah Syazra direnungnya lama. Riak tenang yang terpancar diwajah itu membuatkan dia sukar menebak, perasaan sebenar wanita itu.
“Sorry, saya tak sempat nak inform apa-apa pada awak.” Baru separuh ayatnya, Syed Zariff sudah memotong.

“Tak sempat, tapi dengan Feez sempat pula kau bagi tahu?” Syazra mendegus. Nak cari pasal ke? Aku dah cukup berserabut ni..


amboi marah betul Syed Zariff pada Syazra time ni..

“Awak!” Syed Zariff cepat-cepat menekup mulut Syazra. Syazra membulatkan mata. Terhidu haruman maskulin dari tubuh sasa itu, terbuai dia seketika. Hish! Main pegang-pegang pula.
“Ayah tengok kita tu.” Dia pura-pura sedang membetulkan tudung Syazra. Kedatangan Syed Zariff ke kampung membuatkan Syazra semakin berserabut. Di hadapan famili dia harus berlakon. Belum lagi dengan kerenah lelaki itu. Mahu itulah, mahu inilah. Hish!.

............................................................................................................................................................

SEWAKTU MULA-MULA lelaki itu menjejakkan kaki ke bilik Syazra, keningnya sudah bercantum. Berkali-kali dia berjalan mundar mandir di dalam bilik itu. Sesekali isterinya direnung.
“Ni bilik kau ke?” Soalan lelaki itu membuatkan Syazra berpusing menghadapnya. Apa maksud dia?
“Yup. Kenapa?” Keningku bertaut. Seretak itu, dia memandang ke sekeliling bilik. Rasanya kemas sahaja, tiada apa yang kurang.
“Huh? Bilik kau? Aku ingat tadi bilik stor. Macam mana kau boleh duduk kat dalam ni? Katil tak ada… Kecik, sempit, panas… bla.. bla.. bla.. bla…” Syazra menjeling. Oh, kau kutuk bilik aku ya? Hei cik abang.. Bilik ni  meskipun buruk pada pandangan mata kau.. tapi pada aku, bilik ni syurga tau tak? Namun kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya. Aku terlupa, Zaff lahir atas kepuk duit. Aku pula? Hmm, macam langit dengan bumi perbezaan kami. Kalau tak kerana kontrak yang terpateri diantara kami, tidak mungkin aku dan dia terikat dalam ikatan ijab dan kabul seperti ini.
“Dah tu, awak menyesal ke? Nak cari hotel? Pergilah.. saya tak larang.” Syed Zariff bersandar di tingkap bilik yang terbuka luas, sambil itu dia berpeluk tubuh. Macam mana ek? Nak tidur hotel ke? Tapi apa pula cakap mak nanti? Ada hotel ke kat kawasan ni? Sekarang dah pukul berapa? Sedang dia berfikir, tiba-tiba… dia terasa dirinya diserang binatang kecil. “Mak oi.. sakitnya!”
“Awak kenapa?” Soal Syazra, lucu melihat Syed Zariff membuka langkah silat. Silat ke? Macam sumbang je. Hehehe..
“Ni.. ada bintang gigit aku tadi. Sakit sangat. Macam jarum. Teruklah kampung kau ni.” Syazra tergelak. Dia tahu binatang yang dimaksudkan. Pasti nyamuk tiruk, spesis nyamuk itu memang terkenal dengan gigitannya yang sakit. Macam jarum. Ni mesti sebab Syed Zariff buka tingkap bilik. Rasakan, tadi kau kutuk kampung aku kan? Hahaha.. Raksasa kampung menyerang!


inilah rupa raksasa kampung yang menyerang Syed Zariff ..hihihi..kesian..

Sedang mereka galak berbalah, pintu bilik Syazra diketuk dari luar. Syazra memberi arahan masuk. Pintu bilik ditolak dari luar. Farhani rupanya. Tersengih-sengih adiknya melihat abang iparnya yang seperti cacing kepanasan, menepis kiri dan kanannya. Sementelah, kakaknya sekadar tersenyum penuh makna.
“Akak, ni mak bagi.” Syazra mengucapkan terima kasih kepada adiknya. Dia mengeluarkan toto dari dalam plastik dan dibentangkan diatas lantai. Syed Zariff masih berdiri pegun. Minah ni nak buat apa dengan toto? Matanya masih tidak lepas memerhatikan tingkah laku Syazra.
“Now, what? Nak suruh aku tidur kat bawah ke?” Soalnya apabila rasa sakit dan gatalnya berkurangan.
“Terpulang.” Syazra selamba berbaring. Syed Zariff membeliakkan matanya. Rasakan! Suka hati kau lah nak tidur mana, yang penting katil ini, ana yang punya. Bayangkan kalau orang lain tahu, CEO Al-Aziz tidur atas toto. Hehehe.. Kayalah mana-mana syarikat akhbar yang siarkan berita itu.
“Aku?” Dia memandang Syazra dengan rasa tidak puas hati. Hish perempuan ni, mentang-mentanglah aku balik kampung dia, besar kepalalah pula. Syazra yang hanya berbaju kelawar lengan panjang dan lengkap bertudung sekadar menjungkitkan bahu. Makin Geram Syed Zariff mendengar balasannya.
“Kan saya cakap, terpulang pada awak.” Syazra mula memejamkan mata. Keletihan melayan ayahnya ditambah pula dengan kerenah suaminya, membuatkannya senang melelapkan mata. Syed Zariff mula gelabah. Dia duduk bersila di atas lantai sambil mengaru-garu kepalanya. Syazra yang memahami keadaan suaminya bersuara.
“Awak, sekejap ya. Nanti kalau line dah clear, saya tidur dengan adik saya.” Mengalah juga dia akhirnya. Aku tak sekejam yang disangka. Walau macam mana pun kau tetap suami aku, suami yang perlu aku hormati meskipun kau sendiri tak pernah nak hormat kedudukan aku sebagai isteri. Keesokkan harinya, selepas bersarapan Syed Zariff cepat-cepat mengajak Syazra keluar. Rupa-rupanya dia mahu ke kedai perabot. Rimas dengan keadaan di bilik Syazra sehingga memaksanya untuk membeli perabut bagi menambahbaikkan keadaan di bilik itu. Petangnya sewaktu pekerja kedai perabot itu menghantar barang-barang yang dibeli Syed Zariff ke rumah, barulah mereka sedar bilik Syazra kini menjadi terlalu sempit,bilik tidurnya hanya boleh memuatkan katil kelamin serta almari baju yang baru dibeli oleh Syed Zariff.Nak tak nak Meja solek dan meja sisi, terpaksa diletakkan didalam bilik Farina.  Lebar senyuman kak longnya. Maklumlah mendapat perabot baru.

“Sayang… Malam ni abang tidur atas katil lagi ya? Sakitlah badan abang tidur kat lantai.” Ketika itu mereka sedang duduk diruang tamu, Syazra menjegilkan mata. Banyak cantik muka kau. Dah dua hari kau tidur kat atas katil, malam ni turn aku pula. Rungut Syazra di dalam hati. Nak marah tak boleh pula. Si Farhani ni dok pasang telinga. Hei budak ni, memanglah… Letih tau terpaksa mengalah dengan lelaki ego seperti suaminya. Malam pertama Syed Zariff disitu, dia dapat mengelak tidur sebilik dengan lelaki itu. Malam kedua dan seterusnya dia sudah tidak mampu mengelak lagi. Takkan nak tidur kat ruang tamu, nanti kecoh kalau emak dan yang lain-lain tahu. Bila tidur sebilik pula, Syed Zariff buat perangai tak mahu tidur atas lantai, katanya badannya allergik kalau tidur atas tilam nipis. Jadi disebabkan tak mahu cari pasal, Syazra sekali lagi mengalah.
“Suka hati awak.. Zaff, esok awak balik KL ya. Saya tak selesa awak ada kat sini.” Ambil kau, sekali aku terus terang. Berubah terus muka kacak suaminya.Biarkan, biarkan dia rasa, apa kau ingat aku suka ke menghadap muka kau 24 jam?rimas tahu tak?dengan perangai mengada dan poyonya, sememangnya Syazra sangat berharap agar suaminya memendekkan masanya berada di kampung.
“Kenapa?” Dia mula selesa disitu. Pada waktu pagi dia akan bersiar-siar di sekitar kampung, kemudian melayan kerenah adik iparnya. Seronok. Kemudian mengarah itu dan ini kepada Syazra. Wanita itu hanya menurut tanpa banyak soal. Sedikit sebanyak dia tahu kedudukan sebenar Syazra di dalam keluarganya. Layanan dari Salmiah berbeza terhadap Syazra dan Farina. Bukan itu sahaja, rupa isterinya pun agak berlainan. Terutamanya dari segi kulit .
“Sebab saya tak mahu ayah terus tertipu. Cukuplah.” Tersentuh hatinya melihat sikap sebenar Syazra. Dia bukan wanita mata duitan seperti yang aku sangka. Betul kata umi dia istimewa. Kalaulah aku tidak jatuh hati pada Tahlia…

Aik dah menyesal pula jatuh hati pada Thalia? adakah itu bermakna hatinya sudah terbuka untuk Syazra?

nampaknya Syed Zariff semakin seronok tinggal di kampung, adakah itu bermakna dia mula selesa di sisi Syazra dan menerima wanita itu dalam hidupnya?

nak tahu? tunggu entry seterusnya..

pssttt...agak-agak SYED ZARIFF dah mula Sukakan SYAZRA ke??



No comments:

Post a Comment