Saturday 24 August 2013

Seandainya aku tahu- bab 24

Hai..untuk sesiapa yang menunggu new entry dari saya.
ini untuk anda..
jom-jom kita baca tentang drama yang dilakonkan oleh Zaff dan Syazra

''Ni ha, abang Aira tak nak buang sampah.''Tak payah nak berselindung.Syazra terus sahaja memberitahu hal sebenar.Syarifah Aira mengalihkan pandangan kepada abangnya pula.Bulat matanya memandang wajah abangnya.Pasal kes buang sampah,nak bergaduh macam nak rak.Tak faham betul aku dengan orang dewasa ni.Syed Zariff mengaru keningnya.Perempuan ni..tak reti langsung nak cover.Mentang-mentanglah dah ada penyokong kuat.

''Bukan tak nak, tapi...''Syed Zariff tayang muka nakal ditambah dengan senyuman sinis di bibirnya.Oh no, im dead..Syazra arif benar maksud disebalik senyuman itu.Takut ya Syaz..tadi nak main-main sangat.Kau tunggu aku balas balik.

''Okey sayang, abang pergi buang sampah ni, tapi nak kiss dulu.Pagi ni, tak sempat pun bagi abang kiss, sebab tu abang merajuk.Abang nak dua kiss, 1 denda sebab tak bagi abang morning kiss pagi tadi dan satu lagi sebagai upah untuk buang sampah ni.''Jatuh rahang Syazra mendengar permintaan luar biasa Syed Zariff dipagi hari itu.Kan dah cakap, ada sahaja idea luar alam yang keluar dari mulut lelaki itu.

''Tak apa lah, Syaz pergi buang sendiri sampah tu, Aira tolong akak garingkan sambal ni.''Syazra menyingsing lengan baju t-shirt yang dipakainya pagi itu, dia mencapai tudung yang terdapat di penyangkut khas yang berada di dapur.Sampah yang berada di dalam plastik hitam di ikat kemas.Dia bersedia untuk membuang sampah yang boleh tahan beratnya, gara-gara kulit durian.Merah padam mukanya mengangkat sampah yang beratnya hampir mencecah 10 kilo.Nasib baik sistem peredaran udara di rumah mereka ditahap yang sangat cemerlang.Kalau tak mesti dah semerbak bau durian memenuhi rumah mereka.

yum..yum...inilah dia raja buah kegemaran lelaki bernama Syed Zariff Iskandar.

''Abang, ni tak macho lah, suruh akak buang sampah, tak apa kak, Aira tahu akak malu nak kiss abang depan Aira, Aira tutup mata sekarang.''Nak tergelak pun ada melihat gadis itu mengacau sambal didalam kuali sambil menutup mata.

''Abang, cepatlah, takkan nak tengok je kak Syaz pegang sampah tu, berat tau.Abang badan berketul-ketul macam Aaron Aziz, takkan lah sampah yang tak berat mana tu pun tak larat angkat?''Tambah Aira pula.Syed Zariff menghulurkan tangan dia meminta Syazra memberikan plastik hitam itu kepadanya.Syazra membulat kan mata, now what? Nak suruh aku kiss ke.? Boleh jalan!Senyuman masih mekar di ulas bibir lelaki itu.Sekarang kau tangung.Aku nak tuntut janji aku.Mana kau nak lari, nak mengelak pun tak boleh.Syazra sudah berpeluh-peluh.Aku kiss dia? Hish tak nak lah mencemarkan bibir comel aku ni untuk kiss pipi dia.Banyak kuman tu.Silap-silap virus gatal dia tu pun berjangkit kat aku.


''My morning kiss?''Syed Zariff menyuakan pipi kanannya untuk dicium oleh Syazra. Syazra mengeleng.Dia tayang penumbuknya yang tidak berapa besar itu.Syed Zariff menyengih.Seronoknya hari ni, kalau hari-hari macam ni kan best. Bagus juga budak-budak berdua tu lepak sini, boleh aku kenakan Syazra puas-puas.

''Since you are refuse to kiss me , i will kiss you triple time.First, because you forgot to give me a morning kiss this morning, second as a , reward to me for helping you to throw away the garbage, and third..because you are neglect my order? Clear my beautiful wife?''Habis berkata begitu, Syed Zariff lantas menarik lengan Syazra dengan tangan kanannya , lalu mencium pipi isterinya sebanyak 3 kali.

Terpaku Syazra dengan tindakkan gila suaminya.Merah padam wajah putihnya ketika itu.Apatah lagi setelah mendengar ketawa riang Syarifah Aira, nampak sangat gadis itu tidak menutup mata seperti yang dijanjikan.Syazra sempat memandang figuranya pada cermin yang terdapat di ruang dapur.Hish, tak pasal-pasal pagi ni pipi aku blushing macam terlebih pakai blusher.Otak senget punya suami.Tak apa, sekarang ni aku bagi kau peluang buli aku puas-puas, nanti esok lusa belum tentu kau akan selamat.Kalau kau nak main, aku pun nak main juga.


Sepanjang pagi itu Syazra menayangkan muka bengangnya.Sewaktu makan, dia langsung tidak memadang wajah kacak tapi sengal suaminya.Bukan apa, kang ada yang muntah darah tengok aksi sengal Syed Zariff yang dijangkiti angin gatal, ada ke patut, tengah makan, boleh dia tiba-tiba main kenyit-kenyit mata pada Syazra.Tak cukup dengan itu, dipaksanya Syazra berulang alik dari ruang makan dan dapur mengambil itu ini, ada sahaja yang tidak kena dimatanya.Suruh tambah susu lah, suruh ambilkan sudu baru lah.Suruh sendukkan nasi lah.

Kalau tidak difikirkan adik-adiknya ada dirumah itu, memang dia dah basuh lelaki sengal tu puas-puas.Kesian umi dan walid dapat anak tak betul.kalau datang angin poyo, satu sen tak boleh pakai,kejap baik sangat , kang lagi setengah jam berubah pula sikap jadi serius.Memang boleh dapat anugerah pelakon lelaki terbaik.Nasib baik tak tercalon, kalau tercalon, memang muka dia je menang setiap tahun. Dalam hati dia sudah merencana satu rancangan untuk membalas perbuatan lelaki itu yang dirasakan keterlaluan.Ni kalau basuh muka guna klorox pun masih terasa lagi kesan bibir lelaki itu melekat di pipinya.

Ketika mereka membawa kedua-dua gadis itu bersiar-siar, Syazra sengaja mendera lelaki itu.Awal-awal lagi dia sudah berpakat dengan adiknya serta dik iparnya.Syed Zariff disuruhnya menjadi tukang angkat barang merangkap tukang bayar.Kemudian sewaktu memasuki restoren Syazra sengaja memesan hidangan yang tidak digemari suaminya.Ketika mereka memesan makanan, Syed Zariff tiada bersama-sama kerana lelaki itu ke tandas.

Hasilnya sebaik sahaja menu yang dipesan tiba, mata lelaki itu membuntang.Panahan matanya tajam menikam wajah isterinya.Syazra tayang muka comel. Kemudian dia melayan adik-adiknya berborak.Syed Zariff merenung makanan yang terhidang diatas meja dengan muka masam mencuka.
Makanan apa ni?dia menjeling makanan tersebut.Syazra tersenyum meleret...
............................................................................................................................................................
terjojol matanya sebaik diberi tahu bahawa menu dihadapannya merupakan hidangan belut masak paprik.Ada juga hidangan yang dipanggil som tam dan juga kerabu perut.Satu-satunya hidangan yang normal dimatanya ialah tom yam .

Kembang tekaknya melihat kerabu perut itu dihasilkan daripada perut lembu..Teringat sewaktu dia melihat lembu disembelih.Syed Zariff ngeri melihat darah memancut dari leher lembu yang disembelih.Kemudian dia terbayangkan keadaan organ dalaman haiwan itu yang dilapah.Lagilah kembang tekaknya.Dia menjeling adiknya .Gadis manis itu leka mengunyah makanan dihadapannya.Terpejam-pejam mata gadis itu ketika mengunyah kerabu perut .Tak sangka makanan macam ni pun ada dijual.Hai menyesal betul sebab ikut pilihan Syazra tadi.Sepatutnya makan sahaja di restoren yang biasa dimasukinya.Zariff, Zariff, tak ada peliknya makanan tu, kau je yang tak pernah makan,so simply ko assume yang hidangan tu pelik.


Syed Zariff menguis kerabu pelik dihadapannya itu.Erk..kalau makan ni selamat ke tak?Benda panjang  tu dicucuk menggunakan garfu dan diletakkan didalam pinggan nasinya.Syed Zariff memerhatikan tesktur makanan itu dengan perasaan berbelah bahagi.Dia menoleh ke kanan dan ke kiri.Sedap sangat ke? Masing-masing leka menjamu selera sambil berbual. Syed Zariff memandang kearah papan menu kedai itu.Dalam banyak-banyak makanan, benda pelik tu juga dia pilih.Suasana dalam kedai itu sedikit bising,namun masih terkawal.

Nasib baik dia tak orderkan air pelik-pelik untuk aku minum.Air carrot susu kegemarannya disisip sedikit.Ah lega terasa ketika minuman sejuk itu melalui tekaknya.Syed Zariff teragak-agak untuk menyuapkan nasi kedalam mulutnya.Kerabu perut yang diambil sebentar tadi tidak dijamahnya.Sekadar diketepikan didalam pinggan.Perlahan-lahan dia mencapai bekas claypot yang berisi tom yam seafood.Warna dan bau tom yam itu tampak menyelerakan.Bolehlah daripada tak ada langsung benda nak dijamah, agak-agak tak sedap lauk ni, aku order lain.Bismilahirohmanirahim.Nasi yang digaul sedikit dengan kuah tom yam dimasukkan sedalam mulut.Nasib baik sedap.Tom yam pun. tom yam lah.Janji boleh telan.

air feveret zaff


yum..yum...kerabu perut


seafood tom yam


Nasiblah dia jenis yang tidak cerewet tentang tempat makan cuma tekaknya memang kurang selesa untuk menikmati  hidangan berasaskan organ dalaman haiwan.Lagipun sewaktu dia masih belajar, dia memang berpantang daripada menjamah hidangan organ dalaman haiwan, maklumlah untuk menjaga ingatan lagipun sudah terkandung didalam hadis, dan ianya terbukti benar.Didikkan walid dan umi mengajarnya supaya tidak terlalu cerewet.Sejak kecil dia sudah terbiasa memasuki kedai mamak, dan restoren biasa.Cuma apabila dia sudah mula memasuki dunia yang diceburinya kini  dan ditambah pula dengan status dirinya sebagai salah seorang pewaris kepada syarikat berpengaruh di Malaysia , sedikit sebanyak gaya hidupnya perlu diubah.Maklumlah populariti yang dikecapinya kini hampir setaraf dengan artis terkenal.Jika tersilap langkah ada sahaja berita tidak enak tentangnya yang tersiar didalam akhbar.

Tiada privasi dan perlu mengawal segala tingkah laku merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berada ditempatnya sekarang.Gara-gara berita tentangnya dan Thalia pernah tersebar di dada akhbar dan di dalam internet, umi dan walid menentang hubungan cinta yang terjalin diantara mereka.Disebabkan itulah dia terpaksa pura-pura berpisah dengan Thalia dan menikahi Syazra untuk mengaburi hubungannya dan Thalia yang masih terjalin.Syed Zariff memandang wajah jelita dihadapannya.Syazra leka melayan adik-adiknya berbual.Sesekali bibir comel itu merekah dengan senyuman.Cantik! apatah lagi senyuman itu disertakan dengan sepasang lesung pipit di pipi kiri dan kanan.

‘’Abang,lekanya tengok kak Syazra, macam tak boleh tunggu balik rumah, tahulah akak tu cantik,tapi tak  payah lah tengok kakak sampai tak berkelip mata.’’Teguran Syarifah Aira mmbuatkan dia tersedak nasi yang dimakannya.Cepat –cepat dia mencapai gelas berdekatan.Air ditutun laju.Ah lega, merah padam juga mukanya ketika itu.Gelas kembali diletakkan diatas meja.Wajah kaget Syazra dipandang sambil mengangkat kening.Syazra mengalihkan pandangan.Syed Zariff memegang tekaknya yang terasa perit.Hilang moodnya untuk kembali menikmati makanan.Syarifah Aira dan Farhani berbisik sesama mereka dan ketawa kecil.Syed Zariff pantas menoleh ke kanannya.Matanya mencerun memandang insan yang membuatkan dia tersedak.

‘’Where is your manner Aira?macam ni ke sikap yang walid dan umi ajar?’’Syarifah Aira tayang muka comel.

‘’Sorry abang, promise, lain kali tak buat lagi.’’Hilang sudah gelak tawa mesra diatara dia dan Farhani.Anak singa dah mula marah oi.Silap hari bulan kena terkam nanti.Kedua –dua gadis itu tunduk menikmati makanan.Syed Zariff melepaskan keluhan.Air didalam gelas disedut lagi.Aik , banyak lagi air ni.Tadi rasanya aku dah minum sampai habis 1 gelas, tapi macam mana boleh tinggal lagi separuh air ni?Syed Zariff memandang gelas kosong didepannya .Alamak, aku salah gelas lah tadi.Gelas kosong diatas meja dan gelas berisi air ditangannya.Wajah kemerahan didepannya ditatap lama.

Kasihan mesti wajah itu merah padam kerana menahan bahang kepedasan.Syed Zariff memberikan gelas ditangannya kepada Syazra.

‘’Take this, sorry for the incident.Kalau you tak suka air ni,orderlah air lain.’’

‘’Ala kak Syaz, tak payah malu-malu depan kami, lebih daripada tu pun Aira dah tengok.Lagipun umi pernah cakap, tak salah pun kalau suami isteri makan dan minum daripada bekas yang sama,malahan umi pernah cakap, suatu ketika dahulu, rasulullah pernah meminum sisa air daripada bekas yang digunakan oleh isteri baginda iaitu Saidatina Aishah,baginda sedikit pun tidak merasa jijik sedangkan ketika itu Saidatina Aishah berada didalam keadaan haid.Rasulullah pun tak kisah meminum bekas isterinya, inikan pula kita.Manusia biasa..’’Disebabkan tiada pilihan lain, ditambah pula dengan ceramah percuma daripada Syarifah Aira, Syazra menyambut jua gelas yang diberikan suaminya.Teragak-agak dia menyedut minuman menggunakan straw yang digunakan suaminya.

Teringat kata-kata seorang teman lamanya, jika seseorang itu berkongsi sudu yang sama dengan seorang yang lain , ianya seolah-olah keduanya bercium secara tidak sengaja.Betul kah begitu?Aku berkongsi straw yang sama dengan Zariff, adakah itu bermakna, kami..wajahnya membahang secara tiba-tiba.Setiap tindak tanduk isterinya diperhatikan dengan teliti.



‘’Again, natural blushing.She look cute in that way.’’Dia ikut tersenyum.Namun senyumannya mati apabila dia disapa oleh seseorang.Jatuh rahangnya melihat kelibat insan itu berdiri di depannya.

jeng..jeng..jeng.cuba teka siapa yang datang sampai Zariff terlopong..

adakah paparazi?

atau si dia?

No comments:

Post a Comment