Sunday 4 August 2013

seadainya aku tahu-10


“MAMA... Feez kena keluar cepat ni. Hari ni ada meeting. Bye ma, bye Mak Jah. Love you ma.” Syed Hafeez buru-buru menyarungkan kasutnya. Kemudian dia menyalami Datin Syarifah Wahida. Pipi wanita itu dikucup penuh kasih. Selepas itu, dia bergegas masuk ke dalam kereta Nissan Murano bewarna orennya.

cantik tak kereta Syed Hafeez?

Enjin kereta dihidupkan dan dia pantas memacu kereta itu keluar dari perkarangan rumahnya. Dia terlewat bangun tadi.Itulah padahnya jika tidur semula selepas solat subuh. Jika mamanya tidak mengerakkannya dari tidur, pasti saat ini dia masih enak berlingkar di atas katil.Hish ni semua gara-gara tidur lewat semalam.Ni semua sebab leka menonton siaran langsung perlawanan bola semalam.Sambil membebel, dia cekap memandu kereta kesayangannya itu.Pagi ini, dia tidak boleh lewat sampai ke pejabat, ada mesyuarat penting yang perlu dihadirinya, tambahan pula , pagi itu , Syazra sudah kembali ke pejabat setelah mengambil cuti beberapa hari kerana menguruskan masalah keluarga.
Ketukkan dipintu menganggu tumpuan Syazra. Dia ketika itu sedang sibuk mencari dokumen penting, langsung tidak mempedulikan gerangan tetamu dibiliknya. Siapa lagi kalau bukan Syed Hafeez. Lelaki itu jika tidak menganggunya tidak sah agaknya hidup sehariannya.
“Ehem.. ehem.”suara lelaki berdehem. Syazra mencebik. Kacaulah.Syed Hafeez ni kalau tak kacau aku sehari tak boleh hidup ke? Syazra masih mencari-cari fail penting yang akan digunakan dalam mensyuarat sebentar lagi .Hish mana pula aku letak fail ni, rasanya semalam, aku suruh Zura simpan dalam ni.Terdengar tapak kaki berjalan mendekati tempat dia duduk.Apa lagi Syed Hafeez nak ni, tak nampak ke aku tengah sibuk.
“Feez, I busy ni. Nak cari file untuk meeting kejap lagi. You bangun tidur pukul berapa tadi? Penat I call tapi you tak angkat pun.” Syazra menegur manjaNada suaranya meleret sahaja. Syed Zariff menaikkan keningnya. Amboi.. bukan main manja suara dia cakap dengan Syed Hafeez, kalau dengan aku, cakap macam dengan musuh je.
“Syazra, you dah siap ke? I nak ajak you sama-sama pergi meeting ni.” Syazra terkejut mendengar suara Syed Zariff sehingga dia terhantuk pada pintu kabinet yang terbuka.Alamak, bukan Hafeez ke?
“Aduh!” Spontan dia menjerit sambil memegang dahinya. Syed Zariff bertindak menghampirinya. Wajah itu kemerahan  menunjukkan, wanita itu sedang menahan sakit.Mana tak sakit, kabinet tersebut diperbuat daripada kayu keras.
“Sakit sangat ke?” Soal Syed Zariff. Syazra mengigit bibir. Pedihnya. Namun kepalanya mengeleng menafikan pertanyaan suaminya. Shoosh...pergilah jauh-jauh, jangan datang sini, ni semua sebab awak juga, kepala saya jadi macam ni.Namun kata-kata itu hanya terluah didalam hati, Syazra mengesot kebelakang, menjauhi lelaki itu.Namun Syed Zariff kian mendekati.
“Meh I tengok.” Syed Zariff menarik tangan Syazra yang menutupi dahinya. Kawasan yang terhantuk itu mulai lebam. Mujur tudung Syazra agak panjang mentutupi bahagian yang terhantuk. Terkaku Syazra melihat perbuatan lelaki itu, beria-ia lelaki itu membelek kepalanya yang terhantuk itu.Saat itu, hatinya berdegup kencang.Hai janganlah buat hal pagi-pagi ni, silap haribulan pengsan pula dia disitu.namun dia tidak berdaya untuk menolak tubuh lelaki itu menjauhinya.
“Boleh tak attend meeting kejap lagi?” Syazra mengangguk.lembut suara lelaki itu bertanya, tidak seperti selalu.Hai, makin parahlah masalah hatinya.Hish kenapalah pagi ini, Syed Zariff baik sangat dengannya? Syed Zariff terus terusan membelek kawasan tercedera. Syazra mengambil peluang mengamati wajah lelaki itu. Sempurna. Tiada celanya. Hidungnya mancung dan matanya bewarna hitam pekat. Bulu matanya lentik. Bibirnya nipis bewarna merah. Tanda dia tidak merokok. Patutlah Thalia Quesandra tergila-gilakan jutawan muda itu.
“Syaz, sorry. I lambat tadi. Masa you call I tak dapat angkat sebab I tengah drive, handfree tertinggal kat rumah pula. Ops! wrong timinglah. Bro, nak berasmaradana kat rumah ya? Sini office, tempat bekerja.” Wajah Syazra tambah memerah. Aduh, pasti lelaki itu menyangka Syed Zariff sedang menciumnya berdasarkan kedudukan mereka ketika itu.Syazra pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain.Malunya tertangkap begini, tulah kau leka sangat tengok muka handsome Syed Zariff sampai tak sedar pintu dibuka dari luar..Mana nak letak muka?
“Hish, tak adalah. Ni hah, Syaz terhantuk pintu kabinet. Feez, aku kalau nak buat scene loving-loving, tak mainlah kat sini. Kat rumah laaaagiiii best kan sayang? Tapi, kalau aku nak buat kat sini pun tak salah, she my wife, tapi of course aku kunci pintu dulu…” Syazra makin tak keruan. Tak guna punya laki. Dia buru-buru bangun. Syazra mengemaskan pakaian ditubuhnya. Dua kali dia malu dihadapan suaminya. Syed Zariff kalau bercakap memang tidak berfikir dahulu, main lepas sahaja. Bikin malu sahaja depan Syed Hafeez, tak sanggup rasanya nak pandang muka kedua-dua lelaki dihadapannya, apatah lagi saat melihat bibir Syed Hafeez mengukir senyuman nakal.Sah dia dah fikir benda lain!.Saat itu dia sudah tidak kisah, sakit dia dahinya, apa yang penting, dia mahu cepat-cepat keluar dari kamar pejabatnya.
“Feez, jom cepat jalan. Kita dah lambat ni. Suami I nak merepek biarkan.” Syazra mencapai fail yang dikehendakinya.Lalu mengajak Syed Hafeez untuk bersiap ke mesyuarat.Syed Hafeez ketaw besar melihat tingkah laku Syazra yang serba tidak kena itu.
“Dear.. kalau I ada wife secantik you pun I akan jadi angau macam dia.” Selamba Syed Hafeez menuturkan kata itu. Makin berbululah Syed Zariff mendengarnya. Apatah lagi Syed Hafeez dengan gentlemannya membukakan pintu untuk Syazra.
“Dia panggil bini aku dear! Dia lupa ke aku ni suami Syaz?” Gumamnya rendah.
“Zaff, cepat!” suara Syed Hafeez bergema memanggil lelaki itu supaya menyertai mereka.
“I’m coming.” Buru-buru dia keluar dari bilik itu.



SYED ZARIFF resah sendiri di kondominiumnya. Bilik kondo mewahnya dipandang sunyi. Golek ke kiri, golek ke kanan, kenapa tak boleh  tidur juga ni? Nak call Lia, dia tak ada pula. Kalau si Lia tu tak selalu tinggalkan aku ,mesti aku tak rasa macam ni. Syed Zariff menimbang-nimbang telefon bimbit di tangannya
‘Rasa macam mana?’ Hatinya bertanya. Syed Zariff meraup mukanya.
‘Rasa sakit hati.’
‘Sakit kenapa?’ La, tak habis lagi ke? .
‘Sakit tengok Syaz baik sangat dengan Feez.’ Oh...pasal Syazra, ingatkan pasal Thalia. Peristiwa pagi tadi terlayar semula di mindanya.Masih dia ingat wajah kemerehan wanita itu.Cantik.Dia ingat lagi mata hitam berkilat milik Syazra sedikit berair, namun mata hitam itu tetap bersinar cantik.Tetapi dia rasa bengang mengingatkan panggilan Syed Hafeez pada Syazra.Dear? kau mengaku sahajalah kau cemburukan mereka berdua.Suara hatinya bergema lagi.
‘Cemburu?’Apasal pula aku nak cemburu? Aku bukannya sukakan dia pun. Hatinya membantah keras.
‘Tak, aku tak cintakan dia, kenapa nak cemburu?’ Suara-suara di dalam hatinya saling bertelingkah.
‘Bagus juga dia baik dengan Feez, sekurang-kurangnya bila pernikahan kami tamat, ada orang akan jaga dia. Feez pasti takkan sia-siakan dia. Lagipun dah dekat setahun aku nikah dengan Syaz. Tak lama lagi semua harta walid akan sah jadi hak milik aku. Saat itu, aku akan ceraikan dia. Aku akan bernikah dengan Lia dan menetap di luar negara.’
‘Kau sanggup ke nak ceraikan dia? Bukan kau dah mula sukakan dia ke?’ Memikirkan perkara yang satu itu membuatkan Syed Zariff sakit kepala.
‘Bila pula aku ada sakit migrain ni?’

Sakit kepala itu cuma akan dirasai bila memikirkan hal-hal mengenai Syazra sahaja .Aneh bukan? Dia terus-terusan memikirkan perkara itu. Entah jam berapa dia terlena, dia sendiri tidak pasti. Kali terakhir dia sedar, jam di dinding biliknya menunjukkan pukul 2 pagi.

No comments:

Post a Comment