Thursday 15 August 2013

Seandainya aku tahu-bab 19

PENAMPILANNYA mampu membuatkan semua yang memandang, menoleh buat kali kedua. Setiap langkah yang diatur, penuh bergaya. Pakaian berjenama yang melekat ditubuhnya membuatkan dirinya tampak lebih menawan. Dress bermotifkan flora bewarna peach separas lutut dipadankan dengan tali pinggang halus yang diperbuat daripada kulit bewarna coklat. Menyerlahkan bentuk badan langsingnya. Bahagian atas baju dipadankan dengan cardigan putih beropol yang menutupi hingga keparas dada. Kakinya disarung heels berwarna senada dengan baju. Seperti biasa, wajahnya disolek tebal.Tas tangan jenama Prada digayakan santai. Bibirnya yang dioles gincu bewarna merah mengukir senyuman nipis. Pintu kaca besar ditolak perlahan. Matanya meliar memandang ruangan di dalam premis yang dimasuki itu. Cermin mata hitam yang sedari tadi setia melindungi mata bundarnya dibuka dan diletakkan diatas kepala. Retina mata dikecilkan. Mana dia ni? Seorang pelayan restoren menghampiri.


“Miss, may I help you?” Wanita cantik itu berpusing kebelakang. Bulat mata gadis yang menegurnya tadi.


“Oh my God! Thalia Quesandra? Miss, saya memang peminat cik. Boleh sign kat sini? Kawan-kawan saya mesti tak percaya.” Tahlia ketawa sopan. I am too pretty to be ignored. Dengan senang hati dia melayani kerenah gadis itu. Hebat betul auranya. Itu baru sekadar model terkenal. Kalaulah dia menjadi pelakon, mesti kena pasang body guard ni.


“Miss..” Thalia berhenti sejenak. Dia merenung tag nama yang dipakai gadis itu. Shila.
“Cik Shila, saya minta maaf, tapi saya nak cepat ni. Ada tak reservation yang dibuat diatas nama Megat Hisyam?” Gadis itu meneliti sejenak monitor dihadapannya. Seminit kemudian dia mengangguk.


“Maaf Cik Tahlia. Saya teruja sangat. Encik Megat dah sampai 15 minit lalu. Mari saya tunjukkan tempatnya.” Thalia membuntuti langkah pelayan bertubuh kecil itu. Mereka tiba di suatu tempat yang agak tersorok. Kelihatan seorang pemuda tampan sedang membelek menu ditangannya. Selepas menunjukkan tempat pertemuan, gadis pelayan itu meminta diri. Thalia menunggu gadis itu benar-benar jauh dari mereka, barulah dia menegur lelaki dihadapannya.


“Hello dear, sorry i’m late.” Senyumannya melebar. Jejaka berkumis halus itu meraih tangan halus Thalia dan mengucupnya lembut.


“It okey honey, I tahu you sibuk sangat. Honey, I rindu sangat pada you. Hari tu jumpa tak puas. Cepat sangat you balik.” Thalia senyum lagi. Senyuman itulah yang menambat hati Syed Zariff. Bukan dia sahaja yang tertawan, tetapi jejaka dihadapannya ini juga. Megat Hisyam, tiada apa yang kurang tentang lelaki itu. Dia kacak, bergaya, tampan dan bekerjaya. Tugasnya sebagai arkitek di firma arkitek milik keluarganya sudah cukup membuktikan bahawa lelaki ini juga tidak kurang mewahnya. Mungkin tidak semewah Syed Zariff tapi lelaki ini bijak melayannya. Pertemuan mereka bermula ketika mereka berlanggar bahu secara tidak sengaja ketika Tahlia menghadiri satu majlis pelancaran produk wangian baru di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Ketika itu, Megat Hisyam pula menghadiri seminar di situ. Mereka bertembung ketika sama-sama mahu memasuki lif. Bermula dari situ hubungan mereka terus intim. Bahkan keintiman mereka berlarutan apabila Megat Hisyam tidak banyak kisah untuk menemani Tahlia keluar sehingga lewat malam. Malah, layanannya berterusan sehingga ke bilik tidur. Dengan Syed Zariff jangankan nak ke bilik tidur, menjejakkan kaki ke rumahnya pun lelaki itu tidak mahu. Alasannya mereka belum ada sebarang hubungan, bimbang jika ada perkara buruk berlaku. Ah, kolotnya. Harapkan hidup sahaja moden, tetapi pemikiran masih lagi mundur.


“You nak makan apa honey?” Megat Hisyam mengamit pelayan yang kebetulan baru sahaja menghantar air ke meja sebelah. Buku menu dihulurkan kepada Thalia.


“Bagi I beef steak with extra mushroom blackpaper sauce. Then, watermelon juice and I nak set dessert number 4.” Buku menu ditutup kembali dan diserahkan kepada pelayan yang memakai uniform serba biru itu.


“Honey, you still dengan Syed Zariff ke?” Soal Megat Hisyam.

“Why? Cemburu ke? Aik, hari tu you kata tak kisah kalau I nak berkawan dengan siapa pun. You yang cakap tak nak ada commitment dengan I.” Thalia memulangkan paku keras kepada Megat Hisyam.

“Honey, I..” Wajah tampan dihadapannya berubah mendung.

“I rasa, tak perlulah kita cakap pasal hal ni, you dan I sama-sama tak nak ada commitment. I hanya anggap you teman istimewa. You dan I sama-sama mencari keseronokkan sahaja.” Megat Hisyam mengusap pipi Thalia. Thalia kembali mengukir senyuman manja. Ah..kalaulah you tahu, I dah mula sayangkan you. I rasa I dah mula cintakan you Lia. Sayang seribu kali sayang,kerana kata-kata itu tidak mungkin diluahkan dihadapan wanita cantik dihadapannya.

“Banyaknya you makan honey. You skip breakfast lagi ke?” tegurnya apabila melihat Thalia makan dengan berselera.Selalu, model terkenal itu menjalani rutin diet yang ketat, jarang dia mahu menjamah hidangan berasaskan daging yang berlemak.

“I banyak kerjalah you. Dari awal pagi tadi sampailah tengah hari I ada photoshoot untuk majalah Gadis Semasa. Kan dah nak dekat bulan ramadhan, so I photoshoot untuk baju raya. Letih tau. Banyak songeh sangat partner model I tu. Walhal, kalau nak di ikutkan, I lagi terkenal dari dia. Lepas tu photographer tu pun sama. Mentang-mentanglah photograper tu tunang dia. Ei... tak kuasa I nak layan. Kalau I, I tak ingin tau nak bertunang dengan photographer. You tak makan ke sayang?” sudah separuh dimakannya, baru dia teringat untuk mempelawa lelaki dihadapannya itu untuk turut menjamah makanan sementelah tiada sebarang makanan yang dipesan oleh lelaki itu.


“I dah makan tadi. I sebenarnya ada lunch dengan Datuk Jamal, lepas tu rushing datang sini untuk jumpa you. Tak apa, I temankan you makan ya? Lepas ni you nak ke mana lagi?”


“Tak tahu lagi. My PA tak cakap apa-apa pun, agaknya lepas ni I free dah kot.” Thalia tersenyum senang. Sebelum ke tempat pertemuan , dia sudah bertanya kepada pembantunya terlebih dahulu, namun pembantunya tidak pula memaklumkan kepadanya jika dia mempunyai sebarang appointment selepas itu.Lebar senyuman di bibirnya yang dioles dengan gincu warna merah menyala daripada jenama MAC.Siapa tak suka dapat berjalan dengan orang kacak dan pemurah seperti Megat Hisyam. Kalau nak dibandingkan dengan Zariff jauh bezanya. Syed Zariff tidak gemar berjalan-jalan tanpa tujuan. Pernah dahulu sewaktu mereka hangat bercinta, lelaki itu meninggalkannya untuk pulang bersendirian gara-gara mendapat panggilan telefon dari pejabat. Kemudian disuruhnya pemandu syarikat untuk menghantar Thalia pulang. Itu sebelum lelaki itu kahwin dengan Syazra. Kini setelah berkahwin, lagilah susah nak jumpa. Didalam minda, dia sudah berkira-kira untuk meminta lelaki itu membelikan tas tangan baru.Setakat seribu dua, pasti bukan masalah besar untuk orang sekaya Megat Hisyam.Sememangnya dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong setiap kali bertemu lelaki tampan itu.
.......................................................................................................................................

Syed Zariff sedang leka dengan tugasan pejabatnya saat telefon bimbitnya berdering.Tanpa melihat nama pemanggil dia segera menjawab panggilan berkenaan.

‘’Helo,Zariff speaking.Who on the line?’’Tiada mood untuk melayani panggilan telefon kerana sejak pagi tadi dirinya begitu sibuk melakukan kerja pejabat.

‘’Assalamualaikum, abang Zariff, Mira here, guess where I am?’’

‘’Gosh, Mira.Its you, Im glad to hear your voice.How life sis?lama tak dengar khabar.Kat mana ni?bising semacam je.’’Zariff begitu ceria menjawab panggilan adiknya Syarifah Amira.Terus pen ditangannya diletakkan diatas meja.Dia bersandar pada kerusi empuknya.

‘’Kat Malaysia! Tengah bawa kereta sebenarnya.Mira dah dua hari sampai.Rehat-rehat kat rumah dulu, kebetulan sekarang ni semester break, lepas tu , Aira pun balik ada cuti penggal dua minggu, lepas tu didesaknya Mira pergi kampung Kak Syaz, dia kata nak pergi jemput siapa tu, ala adik Kak Syaz..Farhani, katanya nak ajak Farhani datang KL.Malam ni  kami tidur rumah Kak Syaz , dulu, esok tengah hari kami sampai KL , terus nak pergi rumah angah.Jangan cakap pada Kak Syaz tau, nanti Kak Syaz tak bagi adik dia datang.’’Hampir terjatuh Syed Zariff mendengar kata-kata Syarifah Amira.Biar betul budak-budak ni nak serbu rumah aku.Ya Allah kalau kantoi macam mana?Lama juga dia mendiamkan diri sehingga ditegur oleh adiknya.

‘’Abang, kenapa senyap sangat ni?tak bagi kami datang ke?kalau tak bagi tak apalah.’’Syed Zariff tidak sampai hati pula mahu mengecewakan adiknya lantas, dia memberikan persetujuan.Tidak jadi dia ,mahu menyambung kerjanya.Alamak, nak kena balik rumah tu pula.Walauapapun nak kena bincang dengan Syazra dulu.Seiring dengan kata-katanya Syed Zariff mengatur langkahnya pantas menuju ke bilik yang didiami Syazra.Tanpa mengetuk pintu dia terus sahaja meluru masuk.

‘’Syaz, busy ke?’’Pertanyaan yang tiba-tiba menyebabkan Syazra yang sedang tekun bekerja terperanjat sehingga tercampak pen ditangannya.

‘’You, masuk bilik I tak reti nak bagi salam dulu ke?nasib baik I tak ada sakit jantung, kalau tak siapa susah? You nak ke dituduh atas kesalahan membunuh tanpa niat?’’Syed Zariff tersengih, dia mengangkat kedua- dua belah tangannya tanda mengaku kesalahannya.

‘’Alah, kalau you, meninggal I kahwin je lah dengan Thalia, apa susahnya.’’Syazra membulatkan mata. Suka hati je mendoakan aku mati cepat.

‘’You!..yelah, yelah.Ikut suka hati you lah, malas nak cakap.Ada apa sebenarnya you masuk bilik I ni?’’Malas mahu bertengkar, Syazra lantas bertanya sebab lelaki itu masuk ke bilik pejabatnya.
‘’Ha, adik you Farhani ada call you tak cakap nak datang rumah ?’’Syazra mengerutkan keningnya.Aik, apasal pula dengan Hani?dia nak datang rumah ke?dengan siapa?peliknya.Tak ada pula dia beritahu masa aku telefon rumah 2 hari lepas.

‘’I tak faham .Boleh tolong explain tak ?’’

‘’Macam ni, tadi adik I mira and Aira call, diaorang on the way nak ke rumah you,untuk menjemput adik you and sama-sama bercuti di rumah kita.’’

‘’Okey, datang je lah, dah tu apa masalahnya?’’Hek eleh, benda kecil tu pun nak jadi masalah besar ke?ceh, sia-sia je kalau aku sakit jantung tadi.Ingatkan ada berita tergempar ke, manalah tahu, ada orang bersalin ke, ada salji turun ke..

‘’Apa masalahnya you cakap?hei, you sedar tak, kalau diaorang datang bercuti di rumah kita, I kena balik tidur kat rumah.’’

‘’Dah tu ,balik jelah, you tidur jelah kat tempat yang you selalu tidur.’’ Syazra tidak ambil pusing dengan kata-kata Syed Zariff, fikirannya masih tertumpu pada kertas kerja dihadapannya.
‘’Puan Syazra Nur Rania, you sedar tak apa yang you cakap ni, mana boleh kita duduk bilik asing-asing, kita ni suami isteri, of course lah kena duduk sebilik.Apa you ingat, budak- budak tu tak reti pikir ke?apa alasan kita nak bagi kalau diaorang tahu kita duduk asing-asing?’’

‘’Hah, habis tu, you kena pindah masuk bilik I ke?’’Ya Allah, rasa nak jerit je tepi telinga perempuan ni kuat-kuat.Benda macam ni punya serius pun dia boleh anggap mudah.Apasal pula aku kena pindah masuk bilik kecil dia?

‘’Hei, apasal pula I yang nak kena pindah masuk bilik you?bilik I kan master room, so youlah yang kena pindah bilik I, balik rumah nanti, you ambillah beberapa helai baju you , barang-barang penting you dan letak sementara waktu dalam bilik I.Bilik yang you selalu guna tu kunci.Esok, pagi-pagi I datang rumah, ajak you pergi cari barang basah.You kena berlakon tau nanti.I nak you panggil I dengan panggilan yang sepatutnya seorang isteri panggil pada suaminya.’’


‘’Ok.’’Saat itu Syazra seakan mahu menampar mulutnya sendiri.Aduh..macam manalah aku nak berlakon.Tak puas lagi menipu parent masing-masing sekarang ni nak menipu lagi.Letihnya.Apa tadi Zaff kata, kena panggil dia dengan panggilan suami isteri yang sepatutnya?apa dia?Abang?hubby?ahhhh bencinya.Wajah suaminya yang sedang tersenyum ditatap dengan hati yang sebal.Melihat Syazra sudah menyatakan persetujuamnya,Syed Zariff mengorak langkah untuk keluar.

Pssttt...ada yang menunggu entry baru ke?
ada sesiapa yang rindukan Zariff n Syazra?

sorry lah busy sikit..
mood nak siapkan manuskrip membara-bara..doakan saya cepat siapkan manuskrip ya?
tp sebelum tu saya tinggalkan anda dengan foto Megat Hisyam

mana lagi handsome?Syed Zariff ke megat?


inilah dia Megat Hisyam ...




No comments:

Post a Comment