Monday 12 August 2013

Seandainya aku tahu-bab 17

yeah..ini dia bab 17 yang dijanjikan..
tp kalau jalan cerita tak seperti yang diharapkan..jangan marah..

x pastilah kalau korang semua setuju ngan pendapat saya tentang part blushing tu..hehehehe...
by the way saya orang baru dalam bidang penulisan so..sentiasa cuba untuk memajukan diri ..kalau ada yang x puas hati..atau ada komen tentang cerita saya..ada di alu-alukan..


SYAZRA merenung cermin buat kali terakhir sebelum mencapai tas tangan di atas katil dan berkira-kira mahu melangkah keluar dari bilik. Ketika melewati bilik Syed Zariff dia berhenti sejenak. Pintu bilik itu diketuk perlahan.
“Awak dah siap ke?” Aku berdiri sejenak di depan pintu. Pintu bilik yang berukir cantik itu di pandang penuh teliti. Lamanya Zaff bersiap. Tertidur ke? Walhal tadi dia yang sibuk sangat ajak aku sama-sama pergi rumah Hafeez. Teringat dia peristiwa petang tadi, ketika itu dia baru sahaja pulang ke rumah. Tidak disangka Syed Zariff sudah pulang terlebih dahulu. Aneh, jarang lelaki itu pulang ke rumah ini. Pasti ada perkara yang mahu dibincangkan, jika tidak ,jangan harap nak singgah. Siap belikan aku baju sama warna lagi semata-mata nak aku ikut dia pergi majlis.
“Syaz, jom malam ni jadi partner aku pergi majlis di rumah Hafeez. Umi dah pesan suruh aku datang dengan kau. Lepas maghrib kita pergi.” Belum sempat aku menjawab apa-apa, terus dia bergegas menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Meninggalkan aku termangu-mangu di ruang tamu. Nak tak nak kenalah ikutkan sahaja. Itu cerita petang tadi, sekarang, apa yang dia buat dalam bilik ni? Jenuh aku tunggu tak keluar-keluar juga.
“Zaff, kita dah lewat ni. Cepat sikit.” Suaraku berkumandang buat kali kedua. Aku tunggu lagi  5 minit, kalau dia tak keluar juga memang aku pergi sorang ke majlis tu. Tak payah nak berteman. Belum selangkah pun dia berjalan meninggalkan bilik itu, pintu dibuka dari dalam. Terpana dia seketika melihat ketampanan lelaki itu memakai baju melayu bewarna coklat lembut. Lengkap dengan songkok. Sepadan dengan jubah moden bewarna coklat yang dibelikan untuk Syazra siang tadi.
Selepas menerima panggilan telefon dari umi, dia terus sahaja keluar dari pejabat. Leceh juga nak mencari baju yang sedondon untuk dipakai untuk menghadiri majlis di rumah Hafeez. Untuk menjayakan watak pasangan ideal yang dilakonkan mereka, segalanya perlu tampil sempurna.Nasib baiklah dia teringat untuk ke butik kegemaran umi.Nasib baik dia berhasil membeli baju yang sedondon.Jika tidak memang dia dah nekad untuk pakai sahaja baju melayu yang memang banyak tersimpan didalam bilik pakaiannya.
“Aku dah siap, jom.” Syed Zariff berjalan mendahului Syazra. Dia  menghidupkan enjin kereta BMW 7 series miliknya. Syazra mengikuti langkah suaminya dari belakang. Sepanjang perjalanan masing-masing diam sahaja. Syazra menghabiskan masanya dengan memandang keluar tingkap. Deretan lampu neon pelbagai warna menarik perhatiannya.
“Kau ada belikan mama Feez hadiah tak?” Itu soalan pertama yang memecah kebuntuan mereka. Syazra menoleh sepintas. Dia mengangguk sahaja.
“Umi datang sekali, nanti kau cari umi. Kau tahukan ayah Hafeez dan walid sepupu?” Syazra mengiakan sahaja. Tak kuasa melayan perbualan yang cuba dicetuskan suaminya.
Truttt.. truttttt.. truttttt.. Telefon bimbit Syazra berbunyi. Syed Zariff tersenyum sinis. Sayang benar dia dengan telefon cap ayam tu. Syazra perasan senyuman di bibir suaminya seakan menyindir sahaja lagaknya. Ah biarkan, aku tak minta duit kau pun untuk beli handphone ni.
“Assalamualaikum Syaz, bila nak datang? Majlis bacaan yasin dan tahlil dah nak mula. Umi dan walid you dah lama sampai.” Suara Syed Hafeez menampan mesra di pendengarannya. Syazra tersenyum lama. Macam mana nak tiba awal kalau menunggu cik abang ni bersiap lama sangat.
“I dah nak sampai. Sorry, Zaff lambat siap tadi. Kejap lagi kita jumpa.” Syed Zariff memasang telinga.S yed Hafeez ke yang menghubungi Syazra? Wah, mesra betul mereka sekarang. Dengan aku tak nak pula dia borak, tapi dengan Si Hafeez, rancak je dia sembang. Terasa bengang pula bila Syazra tidak mengendahkan dirinya tetapi melayan perbualan telefon Hafeez. Senyuman wanita itu masih terukir di bibirnya walaupun telefon bimbitnya yang didakwa Syed Zariff cap ayam telah disimpan kembali ke dalam tas tangan miliknya.
“Sembang..” Pertanyaan Syed Zariff tercantas. Dia mengeluh kecil. Entah kenapa,terdetik rasa cemburu melihat kemesraan Syazra dan Syed Hafeez. Bukan dia tidak tahu, lelaki itu pernah menyimpan perasaan terhadap Syazra suatu masa dahulu.
“Kita sampai juga akhirnya. Itulah awak lambat bersiap, tengok dah ramai orang.” Cepat- cepat Syazra mengubah topik perbualan. Syed Zariff sekadar boleh mengetap bibir menahan geram.
Syarifah Hazlin sudah terpacak menunggu ketibaan Syazra didepan pintu masuk utama. Senyuman gadis yang anggun berjubah hitam dan disulami kerawang bewarna keemasan menaikkan serinya. Entah kenapa, sejak pertama kali bertemu Syazra itu dia sudah jatuh sayang. Mungkin itu rasanya mempunyai kakak. Sayang seribu kali sayang, jodoh abangnya tidak dipertemukan dengan Syazra.
“Hai kak Syaz! Lama Lin tunggu ingat tak nadi datang tadi, mama pun tak sabar nak jumpa Kak Syaz. Mama cakap, haritu jumpa akak kejap sangat. Dah lah masa akak nikah mama tak dapat datang. Jom, Lin bawa akak masuk. Hmmm abang Zaff, Lin pinjam kak Syaz kejap. Tak silap Lin tadi, Lin ada nampak papa sembang dengan Pak Lang. Abang pun sekali. Pergilah join diaorang, diaorang semua ada kat ruang tamu.” Dia hanya mampu memandang tubuh isterinya ditarik oleh Syarifah Hazlin. Tanpa berlengah dia segera melangkah menuju ke ruang tamu. Jemaah surau dan sahabat handai keluarga Syed mula memenuhi ruang tamu. Syed Zariff bergerak laju ke arah walidnya. Sempat dia menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan bapa saudaranya. Tidak lama kemudian bacaan Yaasin dan tahlil bergema. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang mengintip perbuatannya.
  ....................................................................................................


“SYAZ, ni Mama I .You belum pernah jumpa lagi, masa you kahwin haritu ,mama dan papa I tak ada di Malaysia. Mama ikut papa I pergi luar negara atas urusan kerja.” Syazra mengalihkan pandangan kepada wanita anggun dihadapannya.Raut wajah wanita itu yang lembut mengundang perasaan damai. Entah kenapa pertama kali bersua, dia sudah dapat merasakan aura kebaikkan wanita itu.
“Maaf ya auntie, Syaz tak kenal auntie.” Dia tunduk untuk menyalami tangan Datin Syarifah Wahida. Sepasang mata mereka betemu. Spontan kerutan terentang di dahi Datin Syarifah Wahida. Wajah gadis itu, mirip seseorang yang dia kenali. Apakah dia insan yang aku cari selama ini? Diakah anakku yang hilang? Aduh, sorotan matanya, lesung pipitnya, semuanya sama.
“Ma?” Tegur Syarifah Hazlin. Mama tengok muka Kak Syazra macam nak telan. Aku pula yang seram.
“Bukan auntie. Kita dah jadi keluarga. Syaz kena guna panggilan yang sama macam mana Zaff panggil. Syaz ni asal orang mana? Mak ayah hidup lagi ke?” Syazra sedikit pelik. Aneh. Baru pertama kali kenal, macam-macam ditanyanya pada aku. Mungkin dia sekadar bersikap ingin tahu. Dengan penuh jujur Syazra memberi jawapan.
“Syaz asal orang Kedah. Alhamdulillah, mak dan ayah masih hidup lagi. Kenapa Mak su?” Wanita itu mengecilkan anak mata. Bukan dia tidak perasaan, riak terkejut di wajah Syazra selepas dia bertanyakan macam-macam soalan.
“Syaz, kalau Syaz tak keberatan, boleh Mak su tanya nama sebenar Syaz apa? Syazana ke? Syazwani ke? Atau Syazira?” Datin Syarifah Wahida bijak mengatur soalan. Syazra ketawa kecil. Itu bukan soalan pertama kalinya. Bahkan acap kali.Rata.-rata orang yang ditemui memuji keunikkan namanya.Bahkan ada yang bertanya, kenapa Syazra? Kenapa tidak diletakkan sahaja menjadi Syazira? Pernah dia mengajukan soalan itu kepada ayah.Kata ayah, mungkin dahulu semasa mendaftar namanya, ayah terlupa meletakkan huruf I.Sebab itulah namanya menjadi Syazra dan bukannya Syazira.Betul ke? Ah, tak mengapa, lagipun dia suka dengan namanya.
“Salah ke soalan Mak su?”Datin Syarifah Wahida bertanya apabila  Syazra seakan berdiam diri.Namun Syazra cepat-cepat mengeleng.
“Syaz..” Panggilan dari Syed Zariff menrencatkan perbualan mereka. Syazra menoleh. Senyuman berputik dibibirnya tatkala mata mereka saling bertatapan.
“Sorry Zaff kacau perbualan mak su dan Syaz, tapi Zaff kena minta diri dulu. Dah lewat benar ni. Insyaallah, lain kali kami datang jenguk mak su.” Datin Syarifah Wahida berasa sedikit kecewa. Cepat-cepat dia kembali berisgtifar. Zariff suaminya yang sah, seharusnya dia berkuasa mutlak untuk membuatkan Syazra mengikut setiap kata-katanya. Datin Syarifah Wahida hanya mampu memandang saat Syazra dibawa pergi oleh suaminya. Syaz... nama itu mengingatkan dia pada seseorang. Hanya seorang sahaja yang memberi nama itu kepada anak mereka dahulu. Tak mengapa, masa banyak lagi. Dia akan bertanya perihal gadis itu kepada isteri kepada sepupu suaminya. Puan Sri Syarifah Zaidah.

 ...................................................................................................

SEHINGGA berada di dalam kereta Syazra masih tidak boleh melupakan seraut wajah lembut itu. Sedar-sedar sahaja dia terasa tangan kasar suaminya melekat kemas di atas tangan kanannya. Syazra menoleh sepintas. Dah datang angin gatal pula pak cik ni. Pantas dia merentap tangannya. Syed Zariff tersenyum sinis.
“I bukan Thalia Quesandra. I Syazra Nur Rania. Bear that in mind. I bukan wanita murahan yang you senang-senang nak sentuh, nak pegang ikut suka hati you.” Tempelaknya. Syed Zairff ketawa. Sengaja dia berbuat demikian. Sikap isterinya yang senyap tiba-tiba merisaukannya. Meskipun dia tidak menikahi wanita itu kerana cinta, tetapi selagi Syazra hidup disisinya, Syazra adalah tanggungjawabnya. Dia tidak mahu apa-apa menimpa wanita itu.
“Tak salah pun. I suami you Syaz. I ada hak nak sentuh you. Even kalau I nak lebih dari itu pun you kena turutkan permintaan I. Anyway, I rasa you kena tukar jenama losyen you. Tangan you tak secantik  dan segebu tangan Thalia. Kasar pula tu. Nanti I tanya Thalia spa mana dia selalu buat rawatan predicure dan manicure. Maybe you boleh dapatkan nasihat dia untuk buat appointment dengan spa tu.” Syazra mengetap bibir. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mencekik batang leher lelaki itu. Kurang asam. Tangan aku yang selalu buat kerja ni di bandingkan dengan tangan model terkenal tu? Memang jauh bezalah!
“You peduli apa kalau tangan I kasar? I susahkan you ke? You boleh bawa kereta cepat sikit tak? I mengantuk, nak tidur.” Syed Zariff memecut laju keretanya membelah dingin malam. Hatinya senang melihat reaksi Syazra. Hatinya terhibur melihat sikap garang gadis itu. Hakikatnya dia berasa gembira kerana dia tahu, bahawa dia merupakan lelaki pertama yang pernah menyentuh tangan gadis itu. Sungguh dia sekadar berbohong, tangan isterinya halus dan lembut, bukan kasar seperti dakwaannya.Sengaja dia mengutuk gadis itu.
“Awak tidur sini ke malam ni?” Syazra memadang sahaja langkah lelaki itu menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Langkah Syed Zariff terhenti. Sorotan matanya tajam menikam wajah lembut itu.
“Kenapa? Salah ke aku nak tidur sini?” Syazra mengeleng. Rumah itu bukan miliknya. Dia sekadar menumpang. Syazra bertindak mendiamkan diri. Dia sekadar berjalan melintasi Syed Zariff seterusnya bergerak mendaki anak tangga menuju ke kamarnya. Baru beberapa langkah melintasi suaminya, lengannya telah direntap. Tertarik dia ke arah Syed Zariff. Hampir sahaja dia tersembam ke dada lelaki itu, jika bukan kerana lengannya menahan. Wajah di dongakkan. Pandangannya dan Syed Zariff kini setentang. Panahan tajam mata lelaki itu membuatkan dirinya terasa gementar.



ops...apa Syed Zariff nak buat ni?

“Aw... awak.. awak.. awak kenapa?” Sampai gagap dia dibuatnya. Cis, bikin malu je! Bibirnya diketap kuat. Syed Zariff mengukir senyuman. Comelnya dia bila mukanya kemerah-merahan begitu. Perlahan-lahan dia mendekati wajah gadis itu. Syazra memejamkan mata, terasa bahang panas nafas lelaki itu menampar pipinya. Apa Zaff nak buat ni? Dia sedar jika malam itu lelaki itu mahu menuntut haknya sebagai suami, dia tiada hak untuk menghalang. Matanya dipejamkan serapat mungkin. Tiba-tiba kedengaran lelaki itu ketawa.
“You ni kelakarlah. Anyway Syaz, I masih belum tergoda dengan you. I cuma nak ingatkan you, esok tolong kejutkan I bangun. I takut I terbabas tidur nanti. Lepas tu tolong ironkan baju kerja I boleh? I rasa permintaan kecil I tu simple. At least, sebagai isteri you dah berjaya jalankan tanggungjawab you pada I.” Tangan gadis itu dilepaskan. Syazra megetap bibirnya. Cis, kurang asam betul dia ni! Apa ingat aku heran sangat nak tidur dengan dia? Silap oranglah. Terus dia masuk ke biliknya. Malunya hanya Tuhan yang tahu. Syed Zariff memang gemar mengusiknya!



KEESOKAN PAGINYA, seusai subuh dia sudah mengetuk pintu bilik lelaki itu. Sekali ketuk, tiada jawapan. Dia mencuba lagi buat kali kedua. Hidup lagi ke suami aku ni?
“Zaff, bangun cepat. Dah pukul 6.15 pagi. Bangun cepat, nanti you lambat nak ke pejabat.” Kali ini suaranya dikuatkan sedikit. Tangannya sudah sakit mengetuk pintu. Namun sedikit pun lelaki itu tidak memberikan respon. Tangan kanannya nekad memulas tombol pintu. Nasib baik tidak berkunci. Teragak-agak dia menapak masuk. Cahaya malap dari lampu tidur yang terpasang membantunya mengesan sekujur tubuh yang enak tidur di atas katil empuk. Mak ai, dia ni lahir dekat kutub utara ke? Sejuknya. Selimut tebal diselubungkan keseluruh badannya. Sampai Syazra sendiri confius, mana satu kepala mana satu kaki. Sama je aku tengok. Syazra bergerak menghampiri katil. Macam mana aku nak kejut dia? Mak cakap kalau nak kejut orang kena perlahan-perlahan. Dicuit sedikit badan lelaki itu. Sentuhannya lembut sahaja. Manalah, lena Syed Zariff terjejas. Letih memanggil dengan cara lembut. Syazra mula main kasar. Kedua-dua belah tangannya sudah bersedia. Dengan lafaz bismillah, dia menarik selimut yang membaluti tubuh suaminya sekuat hati.
“Mak!” Terjerit dia melihat keadaan suaminya. Terus dia menutup mukanya dari terus menatap makhluk tuhan di depannya. Dia ni memang nak buat aku mati cepat. Seksinya dia, pakai boxer je. Patutlah berselubung bagai nak rak. Dengan mata terpejam rapat, Syazra menyentuh lengan Syed Zariff.
“Awak, bangun solat subuh. Nanti lambat pula nak ke pejabat.”
“Hmm..” Good ada respon. Kejut lagi Syaz.. chaiyok.. chaiyok.. chaiyok..
“Awak... bangun cepat subuh nak habis. Nanti lambat nak ke pejabat. Cepatlah, nanti... arghhhh!!!!” Sah dia ni nak sangat aku mati cepat. Dengan sekali rentap sahaja, dia sudah tersandar kemas di dada bidang suaminya. Pinggang rampingnya dipeluk kemas oleh lelaki itu. Enaknya dia tidur. Jantungnya berdegup lagi. Nafas lelaki itu kedengaran kuat menandakan tidurnya sangat lena.Wajahnya ketika itu terasa berbahang..malu,,marah bercampur aduk...paling parah..degupan jantungnya sudah tidak sekata lagi.Awak memang nak saya 'jalan' cepat ke?kalau macam ni lah selalu, memang ada pontensi untuk dia mendapat heart attack..
“Awak, bangun..”sekali lagi dia bersuara.Pergerakkannya terkunci dek pelukkan erat Syed Zariff

bayang kan Syed Zariff memeluk erat Syazra,,hehehe nasib baik x jadi apa-apa...

“Hmm, sejuk honey. You dah mandi? Wanginya perfume you..” Bulu romanya tegak. Sah lah  silap orang lagi. Berangnya datang.Dia ingat aku ni Thalia ke? Wait a minute, sebelum  ni dia dan Thalia pernah .......tak sanggup mindanya menyambung kata-kata itu, hatta Cuma diluahkan didalam hati.
“Syed Zariff Iskandar Al-Aziz... Bangunnnnn!!!!! Solat subuh, mandi siap-siap pergi office!!!!!” Jeritan Syazra membuatkan lelaki itu terkejut lantas terjatuh dari katil. Malangnya disebabkan tangannya kuat merangkul pinggang Syazra maka gadis itu terjatuh sekali. Ahh!!! malangnya nasib aku hari ni. Syed Zariff bingkas duduk. Dia merenung geram ke arah Syazra.


“What are you doing in my room?” Soalnya. Syazra mengalihkan pandangan.Tak sanggup nak menatap mahluk 'seksa' dihadapannya.
“Pandang I bila bercakap. You tahu kan I benci orang yang tak pandang I bila I tengah cakap.”

macam ni lah kot pandangan mata Syed Zarff padaSyazra time dia tengah marah tu..

“I boleh pandang you,t api dengan syarat. You pergi pakai baju yang senonoh sikit.”
“What do you means by that?” Syed Zariff memandang ke tubuhnya. Oh my God, aku terlupa aku tidur sini malam ni. Kelam kabut dia bangun. Tuala dicapai dan berdesup dia masuk ke dalam bilik air. Syazra ketawa besar melihat tingkah lelaki itu. Syed Zariff menumbuk dinding bilik air perlahan. Shit! aku terkena lagi.
“Awak, saya keluar dulu, kita jumpa kat bawah ya. Awak nak makan apa untuk sarapan? Saya boleh sediakan.” Laungan suara Syazra membuatkan dia tersedar. Alamak, aku tak solat lagi, tak mandi lagi. Ya Allah. Kenapa aku ni...kalau dengan Syazra semuanya jadi serba tak kena.
“Anything. I tak kisah.” Laungnya kembali sebelum terkocoh-kocoh membersihkan badan.

 .....................................................................................

WAJAH SYED ZARIFF kelihatan selamba. Sukar mahu menebak perasaan sebenar lelaki itu. Cermin mata hitam yang dipakainya membuatkan Syazra sukar melihat mata lelaki itu. Mungkin dia malu barangkali.

nak cover malu punya pasal..Syed Zariff pakai rayban..

“Mana dapat lepat pisang ni? Lama tak makan.” Soal Syed Zariff. Sudah 4 ketul lepat pisang bolos ke dalam mulutnya.Rasanya semalam selepas balik Syazra terus sahaja masuk tidur, bila masa pula dia ada masa nak buat kuih bungkus-bungkus macam ni..


jangan tak tahu,,7 Eleven sekarang ada jual lepat pisang.hahaha...kesian Zaff kena tipu dengan Syaz...


“I pergi beli kat 7Eleven tadi.” Syed Zariff sekadar mengangguk. Oh, pergi beli kat 7Eleven. Hah?Aku salah dengar ke dia main-mainkan aku?
“What? You beli kat mana?” Soalnya lantang. Syazra mengangguk berulang kali.
“I tanya, cakaplah betul-betul.”
“Betullah.” Syazra masih tidak mahu mengalah. Syed Zariff tidak jadi menguyah. Dia sekadar menjeling tajam ke arah isterinya. Ah, mana mungkin dia nampak jelingan aku. Sah-sah aku pakai spek mata hitam. Isterinya kini semakin  nakal. Lain ditanya, lain pula jawapannya. Oh kau  nak main ek, okey..
“Okey. Kalau itu kata you. 7 Eleven mana you pergi, nanti I nak pergi cari kuih ni.” Selamba dia membalas usikkan isterinya. Kau nak main tarik tali kan.. Ni Syed Zariff lah. Bukan senang nak main-mainkan aku. Air teh dihadapannya dicapai dan dihirup perlahan.
“I guraulah. Takkan you percaya, actually Hafeez teringin nak makan, I buatkanlah.”
“Puiii” Habis tersembur air teh yang diminumnya tadi. Hafeez nak makan? Amboi, ingat Syazra ni oang gaji kau ke? Ikut suka hati je nak request buat macam–macam .
“Awak ni, gelojohlah. Nasib baik tak kena baju.” Merah padam muka Syed Zariff. Nampaknya memang dia terkena sungguh dengan tingkah Syazra.
“Aku dah lambat. Malam ni aku tak balik.” Lebih baik aku cabut cepat-cepat. Hari ni, dua kali dia kenakan aku. Lama-lama macam ni, jatuhlah standard aku. Kuih yang berbaki ditangannya  dihabiskan, kemudian dia segeran bangun. Tangan kanannya cekap mencapai kunci kereta yang diletakkan diatas kabinet tv. Pagi ini dia memilih untuk membawa jentera Porche Cayanne. Hanya deruman bunyi enjin berkuasa tinggi menandakan bahawa kereta itu sudah sedia untuk bergerak. Syazra segera mengemas meja makan. Cawan dan piring yang digunakan dibasuh dan diletakkan ditempatnya. Setelah itu dia mencapai tas tangan kesayangannya lalu bergegas keluar. Meskipun dia merangkap isteri kepada bos besar, dia tidak akan terkecuali daripada dikenakan tindakkan sekiranya lewat tiba ke tempat kerja.



Sekian untuk bab 17..tunggu next entry pula...
selamat membaca...

No comments:

Post a Comment