Monday 12 August 2013

seandainya aku tahu -bab 16

PINTU KAMAR sederhana besar itu diketuk beberapa kali. Tiada jawapan dari penghuni kamar. Jejaka yang segak memakai slack hitam dipadankan dengan kemeja bewarna biru muda dan tie bewarna biru gelap dengan corak melintang yang bewarna keemasan menguak pintu bilik. Kelihatan susuk tubuh sederhana tinggi  sedang sibuk menatap fail di atas meja, sesekali jari-jemarinya menari laju di atas papan kekunci. Lelaki itu mengukir senyuman manis. Dia berdehem sekali, riak gadis itu tetap sama, tekun mengadap kerjanya. Kali ini lelaki itu mendekati gadis itu. Pen yang memenuhi bekas porselin berbentuk kereta kuda antik dicapai lalu diketuk lengan gadis itu dengan pen biru yang berada ditangannya. Syazra terkejut. Hampir tercampak fail ditangannya. Pantas dia menanggalkan earphone dari telinganya. Kegemarannya sejak dulu, jika dia memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk melaksanakan sebarang tugasan, mendengar muzik dapat membantunya untuk lebih fokus. Dia ni memang nak kena dengan akulah, suka sangat agaknya tengok aku terkejut. Nasib baik, kontrak jantung aku bertugas masih berjalan. Cuba tadi Allah tamatkan kontrak kerja jantung aku, tak ke kes naya. Kecil je aku nampak  dia ni. Sabarlah Syaz, sabar.. selagi boleh sabar, sabarlah. Syed Hafeez selamba menghampiri gadis itu. Wajah Syazra sudah kembali normal. Tidak seperti tadi, pucat tidak berdarah. Selamba dia mencapai earphone lalu meyumbatkannya ke dalam telinga.
“Hmm,  you are still the same person ,who like to throw out thing you have at hand..just like the past time.Syazra-syazra..you never change” Syed Hafeez ketawa. Dia masih mahu mengusik. Seronok melihat wajah putih itu merona merah dek kerana geram.
“I susah kan you ke?” Syazra bertanya kembali kepadanya. Sibuk je nak tahu. Dahlah masuk bilik aku tak bagi salam, tup-tup bikin jantung aku suprise. Omelnya di dalam hati. Syed Hafeez meletakkan kembali earphone dan Mp3 jenama Sony ke atas meja kerja Syazra kembali. Senyuman masih berbunga di bibirnya.
“Sorry, I dah ketuk pintu tadi. You je yang tak dengar. Sikap you masih macam dulu kan, suka dengar lagu time nak cari konsentrasi. Hmm.. you marah ke?” Soal Syed Hafeez. Syazra sekadar mengeleng. Memang tak marah, cuma geram. Nasib baik tak tercampak Mp3 player tu, kalau tak aku suruh kau ganti yang baru, baru ada akal. Hehehe, kau ni Syaz , bab memeras ugut orang memang kau pakar sangat-sangat.

“Feez, kalau tadi I tercampak benda ni lagi macam dulu, I suruh you ganti.” Teringatkan peristiwa dulu, mereka masing-masing ketawa. Dahulu, Syed Hafeez pernah menyergahnya begitu. Ketika itu CD player yang sedang didengarinya tercampak dek rasa terkejut. Habis jatuh berkecai. Sebagai ganti, Syed Hafeez membelikan model Mp3 player yang baru kepadanya. Dan Mp3 itu masih kekal menjadi barang kesayangannya sehingga kini. Mp3 Sony bewarna merah, tetap menemaninya kemana sahaja dia pergi.

lebih kurang macam nilah MP3 sony pemberian Syed  Hafeez kepada Syazra..
  

ini pula cd player syazra yang rosak tu..untuk syazra kan, ada yang tukang gantikan barang rosak dengan yang baru...



“Ok Syaz. I masuk sebab nak ajak you datang rumah I malam jumaat ni. You free tak?” Syazra tidak segera memberi jawapan sebaliknya dia menimbang dulu sebarang kemungkinan. Rasanya jumaat ni, sama je macam hari jumaat yang lain, aku sorang-sorang je kat rumah. Aku kemas rumah, basuh kain, semualah. Lepas tu tengok TV. Baca novel, bila dah bosan sangat nanti TV pula yang tengok aku. Amboi Syaz, punyalah lama kau fikir. Kesian mamat ni.
“Insyaallah free, why?” Soalnya. Mata Syed Hafeez bersinar cemerlang. Yezza! Ada chance nak ajak dia datang rumah aku.
“My mum birthday. I lupa nak cakap awal-awal pada you. Datang tau meriahkan majlis. I rasa mama I dah inform personally dengan your parent in law. Tapi I sebagai sahabat you nak ajak you dan Zaff datang sendiri. Oh ya, mana our charming CEO? Hari ni I tak nampak dia langsung, you tahu mana dia pergi?” Soal Syed Hafeez.Benar, sepanjang pagi itu, kelibat Syed Zariff langsung tidak kelihatan.
Aku angkat bahu. Mana aku nak tahu, dia nak pergi mana, aku tak jaga tepi seluar dia. Syed Hafeez mengecilkan mata, mustahil seorang isteri tak tahu mana suaminya pergi.
“You tak tahu? How come? You wife dia kan? Impossible you tak tahu pergerakkan dia.” Ya Allah, aku terlupa. Syazra mengigit bibir. Hampir kantoi. Nak jawab apa ni, memang hakikatnya aku dah 3 hari tak jumpa Zaff.
“Hello, I bukan PA dia. Memanglah kami husband and wife, tapi tak semua aktiviti dia I tahu. Takkan you tak kenal  cousin you? Semua benda buat plan ikut suka dia je. You ingat tak dulu, sehari sebelum kita pergi ekpedisi menawan gunung Jerai. Dia tak dapat ikut sekali, sebab dua hari sebelum tu, dia disahkan demam selesema gara-gara main ragbi dalam hujan. Then, kita semua datang lawat dia kat hospital. Reaksi muka dia selamba je kan? Then you ingat tak siapa yang kita jumpa masa sampai di tempat pendaftaran?” Aku diam untuk memberinya peluang untuk berfikir. Melihat kepada raut wajahnya yang berkerut. Aku tahu dia sudah ingat benda yang aku maksudkan. Siapa tak ingat perbuatan nekad Syed Zariff. Semua orang kecoh. Dia melarikan diri dari hospital. Sudahlah begitu, dia memaksa orang suruhan walidnya untuk membawanya ke tempat perkhemahan. Bukan naik kereta tetapi helikopter! Disebabkan hal itulah  perkemahan mereka terganggu. Mana tidaknya, disebabkan perbuatan nekad Syed Zariff, mereka terpaksa membatalkan aktiviti mereka  kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. Semuanya kerana onar Syed Zariff. Kata lelaki itu, dia tidak bergurau sewaktu mengatakan bahawa jika dia tidak dapat ikut serta dalam perkemahan itu, mereka yang lain juga tidak dapat berkhemah dengan senang lenang. Siapa yang boleh duduk tenang jika Walid Syed Zariff yang memang terkenal dengan ketegasannya telah menghantar sepasukan anggota khas untuk membawa anaknya pulang? Bukan setakat Syed Zariff sahaja yang digesa pulang, ,jurulatih mereka juga mengarahkan mereka supaya pulang. Sakit hati melihat wajah ego Syed Zariff serta senyuman sinis dibibir  lelaki yang berketurunan arab itu.
“Let’s drop the subject. Okey I janji, I akan pastikan Zaff join majlis tu nanti. You ada nak cakap apa-apa lagi tak?” Syazra tidak mahu Syed Hafeez mengesyaki apa-apa. Cepat sahaja dia mengubah tajuk.
“Dah terlanjur ni, I nak ajak you lunch. Jomlah.” Syazra melirik ke arah jam yang terdapat di dinding pejabatnya. Ada lagi 15 minit sebelum waktu rehat. Sempat lagi nak siapkan kerja.
“I ada kerjalah, bagi I masa 10 minit boleh? Lepas I siap buat kerja I nanti, kita pergi. Ataupun kalau you lapar sangat, I ada bawa kek pisang. Tu ada dalam tupperware merah kat atas meja. Makanlah dulu buat alas perut.” Habis berkata begitu, Syazra kembali semula ke meja kerjanya, sementara Syed Hafeez berjalan menuju ke meja kopi di dalam bilik pejabat Syazra. Haruman wangi kek pisang memenuhi ruang bilik itu ketika penutup tupperware dibuka. Laju sahaja tangannya mengambil sepotong kek pisang dan memasukkan ke dalam mulutnya. Terpejam matanya menikmati keenakkan kek pisang itu. Syazra memang pandai masak. Dia tidak lokek mempelawa Syed Hafeez untuk makan makanan yang dimasaknya setiap kali dia membawa bekal ke pejabat. Beruntung lelaki yang dapat memperisterikannya. Bertuah Syed Zariff. Dia leka memandang wanita itu menyelesaikan tugasannya sehingga tidak sedar bahawa Syazra kini sudah siap berkemas dan bersedia untuk keluar. Dia termalu sendiri ditegur Syazra gara-gara leka berangan.



di gunung inilah Syed Zariff dijemput pulang oleh walidnya menggunakan helikopter , larikan diri dari hospital pula tu..gara-gara tindakkan nekad jejaka berketurunan arab itu, seluruh anggota expedisi menawan gunung jerai dikerah pulang ..dasyat tak?


untuk yang setia membaca perkembangan cerita SAT..wawa nak kongsi sikit serba sedikit bab 17
mesti ramai yang tertanya-tanya sama ada Syed Zariff turut serta atau tidak menghadiri majlis ulang tahun mama Syed Hafeez..
jawapannya YA..
tapi untuk bab 17 ada sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku..
nak tahu?
tunggu....
bab seterusnya  ada kejutan menanti..dan juga adegan blushing antara Syazra dan Syed Zariff

teruskan menanti...

 

No comments:

Post a Comment