Wednesday 28 August 2013

seandainya aku tahu-bab 25


Hai ada sesiapa yang rindu dengan Zaff and Syaz..
ni untuk anda..
selamat membaca...
sorrylah agak lambat update new post ni..


‘’Hai, tak sangka boleh jumpa you kat sini.’’Bibir yang dioles gincu warna soft pink itu mengukir senyuman.Namun cermin mata jenama Dior masih tidak ditanggalkan dari wajah gadis tinggi lampai yang ringkas dengan skinny jeans bewarna hitam, serta t-shirt bewarna merah terang, penampilannya tampak sempurna apabila gadis cantik itu memakai but kulit tinggi bertumit runcing dan membimbit beg tote jenama Coach.Syazra membalas senyuman itu seadanya.Dia kemudian memandang Syed Zariff, kening dinaikkan.Syed Zariff berdehem untuk melincirkan tekaknya yang tiba-tiba sahaja menjadi kering.


‘’Err..I pun tak sangka jumpa you kat sini,What are you doing here?’’Wanita itu menarik cermin mata hitamnya dan meletakkannya diatas kepala yang subur dengan rambut berwarna keperangan.


‘’I baru balik shoot untuk magazine tadi, so suddenly felt hungry, tekak I teringin nak makan Thai food, then my PA said,kat sini best kalau nak try makanan ala thai, so here I am.So how about you? Mind to share?I tak tahu pula you pun suka Thai food.’’Syed Zariff mengaru kening yang tidak berasa gatal.Im dead! Caught red hand, apa nak jawab ni?dia tahu wajah jelita itu kelihatan sungguh tenang, tapi mata gadis itu jelas menunjukkan cemburu dan marahnya sedang berleluasa dalam diri.Bukannya setahun dua dia mengenali wanita itu.


‘’We go to shopping, then we decide to having lunch, Kak Syazra is the one who suggest us to come here.’’Syarifah Aira membantu abangnya memberikan jawapan setelah abangnya dilihat agak teragak-agak untuk memberikan jawapan.


‘’Oh, I see.Your wife sugestion.Hmm..It seem that, Syazra has made a very brilliant idea.’’Bibir itu masih tidak lekang dek senyuman.Namun Syed Zariff tahu, senyuman itu mengandungi maksud yang tersirat.Hanya dia , Syazra dan Thalia yang mengerti.

‘’Akak ni Thalia Quesandra ke?’’Soal Farhani tiba-tiba.Dari tadi dia memerhatikan gaya wanita cantik lagi anggun bergaya itu .Rasanya, dia kenal wajah jelita yang berdiri dihadapannya , maklumlah, wajah jelita itu sudah membintangi berpuluh-puluh iklan didalam Malaysia ataupun di luar negara.Bahkan, wanita itu merupakan satu-satunya model dari Malaysia yang mampu membina nama di luar negara.Namanya sehebat model-model terkenal tanah air seperti Tengku Azura dan Amber Chia.

Thalia mengangguk sahaja apabila disoal.Huluran tangan Farhani disambut tenang.Wajahnya segera dimaniskan.Ah dia memang pelakon hebat.

‘’Oh my god.Akak saya dah lama admire akak.Boleh ambil gambar tak?‘’ Thalia ketawa kecil melihat keterujaan gadis remaja dihadapannya.Dia mengangguk.

‘’Syhh..jangan cakap kuat-kuat, nanti orang dengar.You tahu lah rakyat Malaysia ni masih kurang kesedaran sivik.I tak nak jadi macam kes-kes sebelum ni,I kena serbu sampai tersekat tengah-tengah public.’’Cermin mata ditarik dari atas kepala dan kembali disangkutkan pada mata.Bibirnya masih murah dengan senyuman.Ah kau memang bijak berlakon.Walhal hatinya benar-benar panas melihat aksi lelaki itu bergurau senda disamping Syazra.

‘’How did, you know my brother?’’Soal Syarifah Aira.Nama itu seperti tidak asing di telinganya.Rasanya dia pernah dengar nam model terkenal itu meniti di bibir abangnya dahulu.Syed Zariff terpempan.Aira tahu ke?wajah jelita Thalia dikerling dengan ekor mata.Dia pura-pura tidak peduli, tetapi sebenarnya telinganya terbuka luas untuk mendengar jawapan yang keluar dari mulut Thalia.Janganlah dia keluarkan jawapan bukan-bukan.Aira ni kalau curious pelik sikit, sampai ke akar umbi dia cari jawapan. 

‘’He is a friend of mine di UK dulu.Kami jumpa di sana, you all tahu lah, kalau study kat abroad ni, majoriti rakyat negara kita tak banyak, so kami sama-sama join Student Association , so everytime ada festive macam sambutan hari raya ke, or open house , kitaorang memang jumpa.Kan Zaff?’’

‘’Huh?yeah..betul-betul.Thalia ni kawan lama abang.’’Fuh lega.Nasib jawapan itu yang keluar dari mulut Thalia.

Thalia mengukir senyuman sinis.Bukannya I tak nampak wajah cuak you Zaff.Takkan lah I nak buka hikayat cerita waktu you mengorat I dulu back in UK?then takkan lah you expect I cerita pasal kisah cinta-cintun kita?Sedari tadi dia melihat gelagat mereka.Sebetulnya, dia bukannya berhenti di restoren itu gara-gara mahu menikmati makanan Thailand, tetapi dia baru sahaja pulang dari melakukan rawatan rambut di salon yang terletak berhadapan dengan restoren itu.Sejujurnya makanan ala Thailand kurang mendapat tempat dihatinya, kerana rasanya yang pedas dan masam, Thalia lebih mengemari hidangan barat, terutamanya pasta.Sepatutnya dia terus sahaja pulang ke rumah setelah selesai temujanjinya dengan pakar rambutnya , namun kelibat kereta Porche milik Syed Zariff menarik minatnya.

Pada mulanya dia tidak ambil pusing dengan kereta hitam itu, namun apabila terpandang nombor plat kereta itu dia terpanggil untuk melihat.Lagipun  sudah hampir 2 minggu mereka tidak bersua.Sejak akhir-akhir ni, lelaki itu begitu liat untuk diajak berjumpa.Call dan mesej pun jarang balas.Setibanya dia di situ, dia segera memilih untuk duduk di meja berdekatan dengan meja yang diduduki lelaki itu bersama keluarganya, dia memesan segelas jus dan pura-pura berlakon seperti sedang menunggu seseorang.Walhal sebenarnya dia sedang mengintip gerak geri lelaki itu.Sakit hatinya mendengar hilai tawa dan usikkan mereka.Serasa tidak percaya dengan omongan lelaki itu bahawa dia terpaksa pura-pura baik dengan Syazra untuk mengaburi mata ahli keluarganya.Berlakon apa kalau dah sampai tahap minum pun boleh kongsi  gelas, siap kongsi staw lagi.Lantaran tidak tahan menunggu, dia sengaja pura-pura melintas di hadapan meja mereka dan menegur lelaki itu.Puas hatinya melihat wajah lelaki itu.Siap berpeluh-peluh lagi.Tadi gelak sakan , sebaik terlihat dirinya terus senyap, siap ternganga  lagi, nasiblah gigi cantik dan masih kelihatan handsome walaupun mulut lelaki itu terbuka luas.Kelam kabut juga Syed Zariff menyusun ayat menjawab pertanyaannya.

Wajah Syazra dipandang sepintas lalu, makin cantik pula wife zaff ni.Hish makin kuat saingan aku lepas ni,kalau aku aku tak pegang dia kuat-kuat, melepas lah nanti.Syazra perasan dirinya diperhatikan oleh Thalia sekadar mampu mengukir senyuman.

‘’Okeylah, I think, I shall make a move now, lagipun dah lambat ni, see you again next time.Hmm..adik, thank sebab sudi jadi peminat I, since kita dah jumpa di sini, I bagi you special kalendar, dan poskad.Siap ada eksklusif signature I  lagi, yang ni untuk kempen go green yang I join.Bye.Zaff next time kita borak panjang.’’Thalia kemudian berjalan ala-ala cat walk meninggalkan mereka.Ketika itu tiada siapa pun yang perasan akan perubahan di wajah Syed Zariff melainkan Syazra.Syazra tahu lelaki sedang gelisah.

Hilang sudah senyuman di wajah kacak itu, sehingga mereka tiba di rumah lewat petang itu, Syed Zariff masih dengan perwatakkan seriusnya.sebaik pulang dia terus dia berkurung di bilik bacaan, perubahan emosinya disedari oleh Syarifah Aira dan juga Farhani apabila lelaki itu menolak untuk turun makan malam bersama.Apabila ditanya, Syazra sekadar menjawab, Syed Zariff sedikit tertekan kerana perlu menyiapkan satu tugasan penting.Syazra memberanikan diri untuk menegur lelaki itu, pintu bilik bacaan dikuak.Syed Zariff sedang bersandar pada kerusi kerja .Mata lelaki itu terpejam rapat, tangan kanannya diletakkan diatas dahi manakala tangan kirinya memegang telefon bimbit.

‘’Zaff, im sorry, kalau saya tak suggestkan kita pergi makan di restoren tu mesti kita takkan bertembung dengan Thalia.’’Lelaki itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.Syazra mengeluh.Dia tahu Syed Zariff mendengar, Cuma lelaki itu pura-pura tidak mengendahkan kehadirannya.

‘’Tak apa lah Zaff, saya nak keluar dulu, Aira dan Hani mesti dah lapar, lama juga mereka tunggu awak turun.Sekali lagi saya minta maaf.Kalau awak perlukan pertolongan saya untuk explain apa-apa pada Thalia, saya tak kisah.Insyaallah saya boleh tolong.Lagi satu saya mohon pada awak, kalau boleh turunlah makan malam, tak baik buat tetamu macam tu,kecil hati budak-budak tu nanti.Dalam islam pun kita dituntut untuk memberikan layanan terbaik kepada tetamu’’Usai berkata begitu, Syazra menukar arah kaki dan bersedia untuk keluar, pemegang pintu dicapai .Belum sempat dia membuka pintu itu, pintu berkenaan sudah dibuka oleh Syed Zariff.Syazra menarik nafas lega.

Lega kerana lelaki itu mahu juga menurut kata-katanya.
‘’Syaz, pasal Lia tu, biar I uruskan.You tak perlu masuk campur.She my sweetheart, and of course I know how to manage her.’’Syed Zariff berjalan laju meninggalkan Syazra jauh dibelakang.Dari ruang atas Syazra mendengar suara lelaki itu bercanda riang disamping Syarifah Aira dan Farhani .Syazra tersenyum kelat.Tanpa sedar air matanya menitis.

‘’She my sweetheart, and of course I know how to manage her.’’Kata-kata itu tergiang-giang di telinganya.Sedarkah Zariff bahawa sebaris ayat itu sudah menoreh luka dihati kecil Syazra?aku isterinya yang sah, namun perhatiannya tetap milik Thalia, hati Thalia dijaga rapi, hati aku dilukai.Ah Syazra sejak bila kau jadi manusia tak tahu malu ni?menagih kasih dan perhatian pada yang tak sudi.Kau dah janji dulu, diantara kau dan dia, takkan pernah ada ikatan perasaan.

Dia mengingatkan dirinya.Sedarlah Syazra kau Cuma melukut ditepi gantang.Ah,sekali lagi dia hanyut dalam permainan lelaki itu, segala perhatian , gurau senda serta perbuatan lelaki itu selama adik-adiknya ada disitu sekadar lakonan semata-mata.Macam mana kau boleh perasan yang dia dah mula suka kan kau Syazra?dalam hati dia Cuma ada Thalia.Selamanya takkan pernah ada ruang untuk wanita bernama Syazra Nur Rania.

‘’Sayang, you buat apa kat atas tu, cepatlah turun, abang dah lapar ni.’’Suara lelaki itu ceria memanggil dirinya.Syazra tersedar.

‘’Kejap bang, Syaz nak turunlah ni.’’Dia segera mengesat air mata yang menitis di pipinya dan cepat-cepat melangkah turun.
Sebaik pandangannya dan Syed Zariff berlaga, dia mengukir senyuman.Lelaki itu membalas senyumannya.Lelaki itu menunjukkan isyarat ibu jari.Syazra melebarkan senyuman dia mengangguk seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Tersenyum dibibir, namun menangis didalam hati.Suaranya diceriakan, cuba mengubah mood diri agar tidak terkesan oleh sesiapa bahawa hatinya sedang menangis.
Biarkan, dia rela.Asalkan wajah-wajah kesayangannya terus mengukir senyuman bahagia.


Macam mana ni?
kesian Syazra bila Zaff lebih pentingkan Thalia dari dia.
kesian Syazra kan?
ada sesiapa nak pujuk Syazra?

psst lepas ni saya dah sibuk belajar mungkin lewat sikit kot kalau nak update new post..
diharap anda terus bersabar...
psst kalau ada typo maafkan saya ye.ni taip dalam keadaan tergesa-gesa...


7 comments:

  1. assalamualaikum semua..sorry...kalau entry kali ni banyak typo....
    harap anda semua enjoy bace entry baru saya

    ReplyDelete
  2. wassalam ...sambunglah lagi....huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..kalau ada masa..ada lah new update dari saya...thank coz sudi baca

      Delete
  3. takpe saya tunggu, tapi jgnlah lame sgt, well done cik writer, keep it up....^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank tiara...
      terharunya sebab awak sudi bace cite kita yang tak seberapa ni..
      lepas ni kita try update new bab cepat2..

      Delete
    2. Jgn terlalu rendah diri, memang awk karang dgn baik, keep it up...^^

      Delete
    3. aww....terharunya baca komen2 awak semua..dear tiara,..saya mmg dalam proses belajar...thank sangat2 coz awak sudi follow cerita ni...insyaallah saya akan update bab baru cepat2...
      kalau ada yang awak x puas hati..typo ke jgn segan2 tegur kita tau..hihihihi

      Delete