Thursday 15 August 2013

Seandainya aku tahu-bab 20


 Seperti yang dijanjikan, Syed Zariff tiba dirumah tepat jam 7 pagi.Ketika itu, Syazra sedang berada didapur, membancuh air coklat panas.Setelah dimaklumkan Syed Zariff bahawa dia akan tiba  seawal jam 7 pagi, Syazra telah  turun ke dapur seawal jam 6 pagi lagi untuk menyediakan sarapan.Pagi itu,dia sempat menyiapkan sarapan berupa bihun goreng singapura, roti bakar dan cucur udang.Segalanya sudah terhidang di atas meja saat Syed Zariff menjengah ke dapur.


‘’Zaff, duduklah makan dulu, lepas ni baru kita keluar.’’ Syed Zariff melirik sekilas pada Syazra yang duduk berhadapan dengannya.Tampak segar penampilan isterinya itu.Ringkas bertudung sarung Ariani dua tona iaitu unggu dan putih, dipadankan dengan blaus unggu dan slack putih.Sedikit olesan gincu sudah cukup untuk menaikkan seri wajahnya.

‘’Awak nak makan apa?’Satu persatu makanan yang terhidang diatas meja dipandangnya. Semuanya nampak menyelerakan.Hmm..bihun goreng tu pun nampak menyelerakan.

‘’Bihun goreng you nampak sedap.’’Terus sahaja Syazra menyendukkan bihun goreng ke dalam pinggan syed Zariff, lengkap dengan sambal kicap dan kemudian dia menyorongkan pinggan tersebut kepada Syed Zariff.

‘’Kita nak pergi mana?’’Soal Syazra.Ketika itu mereka berada didalam kereta Porche milik Syed Zariff.Syed Zariff tenang memandu diatas jalan raya.Hanya sekilas dia memandang ke arah isterinya.Syazra seperti mencongak sesuatu.Terkumat kamit mulut comel itu.Lagaknya seperti menghafal sesuatu.

‘’We’re looking for groceries, any good place in your mind?’’Soal Syed Zariff, dia memandu tenang sambil mengetuk jarinya pada stereng.Hai senangnya dalam hati, perut pun dah kenyang, jalan pun lapang pagi ni.Dia menyembunyikan senyumannya.Cadangnya dia mahu mengajak Syazra bersarapan diluar.Tidak sangka pula isterinya lebih awal menyediakan sarapan pagi.Sedap pula tu, dua kali dia menambah mihun goreng air tangan isterinya.Belum masuk lagi 6 biji cucur udang yang sempat dijamahnya, rasanya sampai tengah hari dia kekenyangan.Air tangan Syazra tidak pernah mengecewakan dirinya.Sentiasa meyelerakan.Patutlah Syed Hafeez mengemari air tangan isterinya.Cuma dia sahaja tidak pernah menghargai.


‘’Pasarlah ,mana lagi’’Selamba Syazra membalas.Dia sudah mencongak congak untuk membeli beberapa jenis ikan, ayam dan sedikit sayur sayuran.Sudah lama dia tidak membeli barang basah di pasar, selalunya bila dia tinggal seorang, dia malas mahu memasak, membazir pula kalau nak masak jika hanya dia seorang yang akan makan.Lainlah tinggal berdua.Sempat dia mengerling lelaki di sebelahnya.


‘’Pasar!?’’Aku pergi pasar?No Way!!! Im not going to that place.Dahinya sudah berkerut hebat.Tak pernah dalam sejarah aku pergi pasar.Seumur hidup aku tak pernah pergi beli barang dapur tau,inikan pula nak pergi pasar.Masa di overseas dulu pun dia tidak pernah membeli barang dapur, dia hanya mengirimkan wang kepada rakan serumah untuk berbelanja dapur.Buat apa susah-susah nak memasak, bukankah terdapat deretan restoren makanan yang menyediakan hidangan enak.Sediakan duit sahaja, semua ada.


‘’Tak nak ikut tak apa, I tak paksa, you tunggu dalam kereta.I pergi sorang-sorang.’’Syazra perasan akan perubahan riak wajah suaminya.Eleh mesti tak pernah ke pasar.Macam lah tak tahu, stock anak jutawan macam Syed Zariff mesti tak pernah jejak kaki ke pasar, entah-entah langsung tak tahu pasar kat mana.


‘’Zaff, you tahu tak jalan nak ke pasar?’’Soal Syazra apabila kereta yang dipandu suaminya sudah melewati simpang  untuk ke pasar.

‘’Syaz, apa kata, kita tunggu lagi 1 jam, lepas tu I sure, Hypermarket like Tesco, Giant, Carefour dah buka, then kita pergi ok?’’Soalan Syazra tidak dijawab sebaliknya dia mengutarakan cadangan lain.

‘’Apa kita nak buat dalam masa sejam ni?’’Kan senang kalau pergi pasar, tak payah nak buang masa macam ni, kalau aku tahu nak jadi macam , baik aku keluar seorang je.Bukannya makin senang kerja aku kalau keluar dengan dia, makin leceh adalah.Itu tak nak, ini tak nak.Cerewet!.Pergi pasar tak nak, tapi makan nak pula.

‘’Balik rumah dululah.Lagipun belum pergi jauh lagi dari rumah ni.Kalau nak balik sekarang ni,sempatlah.’’


‘’Okey, then.Balik dululah.’’Syed Zariff mencari tanda pusingan U turn.Tidak sampai 10 minit mereka sudah kembali memasuki taman perumahan mewah itu.Syed Zariff menekan punat remote control yang membuka pintu pagar secara automatik.Belum sempat dia masuk memakirkan keretanya didalam rumah, sebuah kereta Peugeot turbo 380 berwarna biru berhenti betul-betul dihadapan pagar rumah mereka yakni menghalang laluan keretanya.Syed Zariff  rasa dia kenal plat kereta itu.Kini dia menunggu pemandu kereta itu supaya keluar dari kereta.Syazra yang tidak mengerti apa-apa tercengang.Macam-macam yang bermain di mindanya kala itu.Gila..berani mati betul pemandu kereta berkenaan.

taraaa...ni lah kereta yng dipandu Syarifah Amira


‘’Siapa tu Zaff?’’Soal Syazra yang baru keluar dari perut kereta.Syed Zariff juga ikut keluar dari kereta .Dia bersandar santai di pintu kereta.Pintu pemandu kereta peugeot terbuka.Seorang gadis berpakaian serba anggun melangkah keluar.


‘’Abang Zariff!!!’’Tubuhnya dipeluk oleh seorang gadis muda.
‘’Hello, sis,I miss you,’’Dahi ubun-ubun gadis itu diciumnya.Kemudian gadis cantik itu mendapatkan Syazra pula.
‘’Hello sis.How are you doing?’’Kini giliran Syazra pula dipeluk gadis cantik itu tadi.

‘’Syaz, this is Syarifah Amira, my sister and the most naughty girl in my family, you mungkin tak berapa perasan adik I yang seorang ni, sebab masa our wedding hari tu, dia balik kejap je, ingat tak sayang, lepas kita akad nikah je , terus dia balik, sebab time tu dia tengah busy dengan exam’’

kalau ini kita jadikan Syarifah Amira Al-aziz boleh tak?

Syarifah Amira sempat mencubit lengan Syed Zariff, namun masih dapat dielak oleh abangnya.Muncung sedepa wajah Syarifah Amira.Syarifah Aira menjengah keluar daripada tingkap disebelah tempat pemandu.Seronoknya dapat bekumpul di ramai-ramai macam ni.Kalau ada Kak Tiya lagi best.Lagi gempak.


‘’Hani, ni first time kan, awak sampai KL?inilah rumah Abang Zaff dan kakak awak.Jomlah keluar, jumpa mereka. Awak mesti rindukan kakak awak kan?’’Pintu belakang dibuka.Syarifah Aira menarik tangan Farhani untuk mengikutnya menuju ketempat mereka berkumpul.


inilah adik bongsu Syed Zariff..Syarifah Aira Mayesa

‘’Hani!’’Suara Syazra separuh menjerit.Betapa dia merindui adik bongsunya itu.Terus tubuh kurus itu dipeluknya.Pipi adiknya dicium bertubi-tubi.

kalau gadis ni kita jadikan dia Farhani boleh tak?



Serba salah Farhani diperlakukan begitu dihadapan abang iparnya.Maklumlah dikelilingi keluarga super kaya macam keluarga abang iparnya.Manalah dia tidak kekok, nasib baik ketika berada di kampung kedua-dua anak gadis jutawan itu tidak banyak kerenah, bahkan mereka seronok mempelajari perkara baru seperti membuat kuih traditional masyarakat kedah iaitu kuih karas.Nak tahu bagaimana kuih karas dihasilkan?Mula-mula,mudah sahaja.Paling penting acuan berasaskan dari tempurung kelapa yang telah dibersihkan perlu ditebuk lubang-lubang halus.Tempurung berkenaan di ikat dengan dawai pada sebatang kayu sederhana panjang..untuk membuat kuih unik berkenaan .Ramuan asasnya adalah seperti tepung beras,gula dan air.Cara pembuatannya sama sahaja seperti membuat roti jala,paling penting pembuat kuih karas perlu tangkas dan cekap 'mengirai' aduanan yang telah dibancuh ke dalam kuali.Apabila warna sudah agak kekuningan, ianya sudah masak dan boleh diangkat.Nak tahu, bagaimana bentuknya?,bentuknya separa bulat, dan berwarna coklat gelap.Rasanya manis.Teringat aksi lucu kedua-dua gadis itu sewaktu mereka berlumba-lumba mahu mencuba membuat kuih karas.
ketika adunan dikirai diatas kuali..bayangkan gelagat Syarifah Amira dan adiknya berebut-rebut untuk mencuba membuat kuih ini..


yummy..yummy inilah hasilnya setelah siap...

inilah rupa acuan kuih karas tu..



‘’Duduk sinilah Hani,nanti boleh abang bawa Hani jalan-jalan.’’Syed Zariff memainkan peranan.Dia tahu, Farhani agak tidak selesa dengan dirinya.Tersipu-sipu Farhani ditegur abang iparnya.


‘’Bagus juga cadangan abang, nanti Aira dan kak Mira bercuti dirumah abang sekali, abang tak payahlah ambil cuti, biarkan kami berdua sahaja yang uruskan hal nak bawa Hani jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur kan?’’Syarifah Amira mengenyitkan matanya pada Syarifah Aira, what a briliant idea.Boleh lah aku kenal Kak Syazra dengan lebih dalam lagi.Umi pun suruh aku tengok-tengok kan mereka berdua,kalau dah namanya bekas peguam tu, ada sahaja yang tak kena di mata, tak pasal-pasal aku pula disuruh menjadi spy, entah betul ke tidak umi kata hari tu dia ternampak Abang Zaff  jalan berdua dengan si ‘Halia’ tu.Syarifah Amira memang begitu sikapnya dia, tidak memanggil nama Tahlia dengan nama yang sepatutnya tetapi dia memanggil wanita itu Halia.


‘’Eh, kat rumah kita ni tak ada reserve bilik untuk budak berdua ni kan sayang?kita siapkan bilik untuk Farhani je kan sayang?’’Tegak bulu roma Syazra apabila Syed Zariff  bercakap sebegitu romantik dengannya.Sempat lagi suaminya mengenyitkan mata kepadanya.Ready..action! Lakonan hebat suaminya dah bermula.Kenalah dia bersedia dengan sebarang tindakkan luar biasa suaminya selepas ini.Syed Zariff mencuit lengan isterinya.Syazra yang memahami segera membalas kata-kata suaminya.


‘’Betullah.nampaknya tak dapatlah Aira dan Mira nak tidur sini, itulah siapa suruh datang  mengejut?’’Syed Zariff tersenyum, Wah makin bijak Syazra berlakon.Bagus.Syarifah Aira mencebik.Rumah besar macam ni, tak ada reserve kan bilik untuk aku dan Kak mira?macam tak logik je, walhal rumah ni kecil sikit je dari rumah walid, rumah walid yang besar tu pun sampai terlebih bilik.


‘’Ala, jangan nak tipu, punyalah besar rumah ni, takkan Cuma ada dua bilik je kan?rumah harga lebih dari 1 juta tapi Cuma ada dua bilik je?ceh ,apa ingat Aira ni budak kecil ke abang nak tipu?Terlopong Farhani mendengar kata-kata Syarifah Aira.Spontan matanya menyoroti persekitaran rumah mewah itu.Memang cantik, ada taman macam ala-ala cerita secret garden.Fulamak, ada  kolam renanglah ,yang macam cerita  drama selalu tunjuk tu, kalau rumah orang kaya mesti ada kolam renang.Tempat parking kereta pun luas.Eh kejap, abang ipar aku ni ,ada berapa banyak kereta?rasanya masa balik kampung hari tu, dia bawa kereta lain, tapi yang hari ni aku nampak kereta lain pula, kayanya.Syarifah Amira, menyiku adiknya.Syarifah Aira yang tadi sedang berdebat dengan abangnya berhenti bercakap dan memandang ke arah Farhani yang masih terdiam seribu bahasa.


‘’Hani,awak kenapa?’’tanya Syarifah Aira.Semua orang memandangnya ketika itu.


‘’Tak ada apa.’’Tersipu dia disergah sebegitu rupa oleh Syarifah Aira.Dia kembali memandang kawasan rumah milik abang iparnya.Hish bestnya, kalau aku ambil gambar banyak-banyak, lepas tu upload masuk dalam facebook, mesti ramai like ni, hmm..kalau posing kat tepi kolam tu pun best juga.


‘’Saya kongsi bilik dengan awak boleh?’’Soal Syarifah Aira.

‘’Huh?’’Apa diaorang cakap ni?tulah Hani berangan lagi.Sumpah dia tak faham apa yang Syarifah Aira cakap.


‘’Abang saya ni kedekut.Rumah besar, tapi bilik cuma ada dua je.Agaknya bilik tidur besar padang bola kot.So saya kongsi bilik dengan awak boleh tak?, katil besar, awak pun kurus je, takkan awak conquer katil pula kan?’’Farhani mengangguk laju.Boleh saja.Mana-mana pun okey, kalau tidur atas lantai alas toto pun aku tak kisah.

‘’Saya tak kisah, awak dengan Kak Mira boleh tidur atas katil, saya tidur atas lantai pun tak apa, janji tak sejuk.’’


‘’Dah, tak payah nak gaduh lagi, ada pula Hani tidur atas lantai, sepatutnya Airalah kena tidur atas lantai, bagi Kak Mira dan Hani tidur atas katil.’’Syarifah Amira mengusik adiknya.

‘’Ala, susah-susah, Abang Zaff je mengalah, abang TIDUR luar! Kami tidur dalam bilik.’’Syed Zariff  membeliakkan mata.Ceh aku tuan rumah disuruhnya tidur atas lantai.Aku no hal punya, kalau susah sangat aku balik Kondo aku malam ni, senang cerita.Tak payah susah-susah nak pikir.Masalahnya mustahil pula untuk aku balik kondo malam ni.Maunya kecoh satu dunia kalau budak berdua ni report pada umi dan walid.Bukan boleh percaya, silap hari bulan budak berdua ni jadi spy umi.


‘’Hei, mana boleh, abang tuan rumah, mana boleh tidur tanpa kakak kamu ni, tak lena nanti , sayang abang ni pun tak lena tidur, maklumlah bantal peluk tak ada.’’ Spontan dia menarik Syazra rapat ke tubuhnya.Syazra rasa tambah gementar.Alamak, Zaff ni nak berdrama pula.Kalau iya pun tak payahlah nak over sangat.Aku ni tak biasa.Baru sebut bab tidur pun ,aku dah cuak, cuba bayangkan kalau aku betul-betul sebilik dengan dia.Mati aku macam ni, maunya aku lari tidur dalam kereta.


‘’Mira , Aira dengan Hani dah makan ke?kalau belum sarapan,masuklah dulu bersarapan.Sarapan pagi ni, sengaja Kak Syaz masak banyak.Lepas tu bolehlah rehat-rehat dalam bilik tetamu, Kak Syaz dan Abang Zaff nak keluar beli barang sikit.’’Syazra membuka pintu hadapan rumah. Dan mempelawa adik-adiknya masuk.Syarifah Aira terus sahaja berlari-lari anak masuk ke rumah sambil memegang tangan Farhani.Sebaik masuk ke dalam rumah, sekali lagi Farhani terkedu.Mewahnya rumah ni,Tak sangka Kak Syaz duduk kat tempat macam ni.Ruang tamunya berkali-kali ganda besar dari rumah mereka di kampung.Set sofanya tampak mewah pasti di import dari luar negara.Dari pintu hadapan sehingga keseluruhan hiasan rumah, semuanya tampak serba mewah.Sebijik macam dalam tv.


‘’Mari , Kak Syaz bawa ke ke bilik.’’Kedua-dua gadis itu mengikut sahaja langkah Syazra menaiki tangga.Syazra membawa mereka memasuki bilik yang pertama dijumpai sebaik menaiki tangga.Sebaik tombol pintu dibuka. Syarifah Aira menjerit gembira.


‘’Totally great, Hani, saya dengan awak duduk bilik ni.Bestnya dapat tidur dengan awak, selalu saya tidur seorang je kat rumah mesti best ada pengalaman tidur berteman.’’Syazra tidak terkata apa melihat reaksi adik-adiknya .Hanya senyuman terukir diwajahnya.Hani melihat sekelliling bilik,macam ni agakya bilik orang kaya.Katil saiz queen diletakkan di tengah bilik.Di kiri dan kanan katil ada meja sisi yang menempatkan lampu tidur.Set bilik tidur itu bewarna putih digabungan dengan unsur ungu.Cantik.Farhani menjengah ke kamar mandi.Wah sebijik macam hotel 5 bintang.Mewahnya,siap ada tub mandi lagi.kalau macam ni, tidur dalam bilik air pun aku sanggup.



‘’Hani, awak tengok apa tu, jom lah turun makan, saya dah lapar ni,’’Farhani berjalan mengikut jejak langkah gadis cantik itu.Sempat lagi dia membandingkan diri mereka  berdua.Syarifah Aira memakai Blaus bewarna kuning dari jenama Prada.Jenama pakaian itu tertera pada cetakkan di fabrik kain itu.Dipadankan dengan seluar jeans warna putih.Tudung bawal rona harimau bintang digayakan mengikut tren terkini.Gadis itu bijak merias wajahnya. Dia memakai kanta lengkap warna hijau  dan mencalit gincu warna pink lembut sesuai dengan warna kulitnya.Semalam sewaktu dia ditujukkan beg mekap milik gadis itu terlopong Farhani melihatnya.Pelbagai jenama alat solek ada didalamnya.Sedangkan dia, sekadar tahu berbedak tipis dan mengoles bibir dengan pelembab bibir dari jenama yang biasa-biasa sahaja.Manalah dia mampu nak beli jenama yang mahal.Pakai bedak pun dari jenama magic face powder, murah je, tak sampai 5 ringgit pun harganya ,pelembab bibirnya pun sekadar berharga bawah 10 ringgit.Baju yang dipakainya sekadar T-shirt raya yang dibeli oleh kak Syazra masa raya tempoh hari dan jeans biasa sahaja.


sejauh mana Syed Zariff dan Syazra bijak menutup rahsia mereka?

nak tahu tunggu....

psttt..segala gambar dalam blog ini saya pnjm dari encik google...
kalau ada yang kena mengena dengan anda..saya mnta maaf...



No comments:

Post a Comment