Monday 5 August 2013

seandainya aku tahu-11




Puan Sri Syarifah Zaidah pagi- pagi lagi sudah bersiap. Setiap langkahnya diatur dengan senyuman manis yang tidak lekang dari bibir.Maklumlah, hati tengah berbunga riang.Dari semalam dia mengatur rencana.Meja makan dihampiri. Senyuman makin mekar melihat suaminya turut berada disitu.Puan Sri Syarifah Zaidah menarik kerusi bersebelahan suaminya lalu duduk disitu.
“Hai, happy je isteri abang ni, kenapa?” Soal Tan Sri Syed Zamarul Al-Aziz. Puan Sri Syarifah Zaidah menuangkan air kopi ke dalam cawan lalu disorongkan kepada suaminya.Bibirnya masih mekar dengan senyuman.
“Zai nak keluar jumpa menantu kita. Rindulah. Banyak sangat ke kerja yang abang bagi pada mereka berdua sampai sibuk memanjang je anak menantu kita tu?” Soal Puan Sri Syarifah Zaidah.Padangan tidak puas hati dilemparkan pada suaminya.Tan Sri Syed Zamarul menyisip sedikit kopi didalam cawan.Raut wajah bengang isterinya dikerling.
“Biasalah Zai, projek sekarang ni memang banyak. Ni Zai dah bagitahu ke nak jumpa Syaz?” Soal suaminya. Puan Sri Syarifah Zaidah mengeleng. Terukir senyuman dibibirnya.Hilang rasa bengangnya kerana sudah lama tidak bertemu anak dan menantunya.Itulah rencana yang sejak dari semalam iaitu untuk menerjah rumah anak menantunya tanpa pengehtahuan mereka.
“La.. kenapa tak bagi tahu?”
“Saja nak tengok menantu kita tu orangnya macam mana? Zai nak pergi suprisekan dia kat rumah. Hari ni kan cuti. Mesti dia ada kat rumah.”
“Hai, awak ni macam pasti sangat je dia ada kat rumah. Manalah tahu menantu kesayangan awak dan anak lelaki kesayangan awak tu pergi dating ke. Al maklumlah orang baru nikah.” Balas suaminya.Sungguh dia tidak gemar dengan sikap isterinya.Suka sangat buat perangai macam tu.Tapi yang untungnya, tak pernah lagi isterinya gagal dalam misi terjah-menerjah rumah orang.
“Zai rasa taklah bang, Zai yakin budak berdua tu ada dirumah.” Puan Sri Syarifah Zaidah tersenyum makna. Hehehe.. Spotcheck time.
............................................................................................................
SYAZRA sedang mengacau air di dalam teko ketika pintu rumahnya diketuk diikuti bunyi loceng. Siapa pula yang datang pagi-pagi macam ni. Hei…. , malasnya nak pergi buka pintu,ketukkan semakin bertalu-talu.Syazra yang ringkas ber t-shirt biru lengan panjang dan berskirt kembang rona putih cepat-cepat mencapai tudung yang memang disangkutkan di tepi peti ais. Kemudian dia bergegas membuka pintu rumah. Terpana dia melihat gerangan yang yang bertandang ke rumahnya pagi-pagi ini. Buat seketika dia terdiam. Sehinggalah tetamunya memeluknya.
“Umi… sihat ke?” Hanya itu yang mampu dilontarkan olehnya. Wanita berketurunan arab itu mencium kedua-dua pipi menantunya.Wajah manis menantunya dipandang.Tak sia-sia dia terima pilihan anaknya dulu.Wajah tenang itu sentiasa menyenangkan hatinya.
“Sihat Syaz?. Zaff mana? Tidur lagi ke?” Syazra kematian kata-kata. Umi, janganlah tanya tentang anak umi yang sorang tu. Soalan lain Syaz boleh jawab, tapi tentang anak umi tu, Syaz tak tahu nak jawab apa.Namun riak wajah dikawal supaya tidak terkesan dimata umi.
“Zaff mana?” Ulang umi. Syazra teragak-agak. Nak cakap apa ni?
“Kamu gaduh ke dengan dia?” Syazra pantas menafikan.
“Errr…. abang keluarlah umi. Cari apa entah. Sekejap ya, Syaz call abang suruh balik cepat.” Syazra mencapai telefon bimbit di atas meja di ruang tamu. Dia mendial nombor milik Syed Zariff. Sambil menanti matanya menyoroti pergerakkan Puan Sri Syarifah Zaidah yang menuju ke ruang tamu.Majalah wanita yang terdampar diatas meja kopi dicapai dan dibelek-belek.Namun Syazra tahu, dalam diam umi, memasang telinga.
Pesanan Syed Zariff tentang kelicikkan umi masih jelas dimindanya.Kata suaminya, setenang-tenang umi, jangan disangka umi tidak tahu apa-apa.Umi bijak menganalisa keadaan sekeliling. Jika mereka tersilap langkah, tidak mustahil, rahsia mereka bakal diketahui umi.Berdebar-debar dia menunggu suaminya menjawab telefon.
............................................................................................................
SYED ZARIFF membuka matanya dengan malas. Argghhhh… mengantuknya! Baru pukul 8.30 pagi. Siapalah yang berani call aku pagi-pagi macam ni? Tak tahu ke aku nak tidur? Ni semua Thalia lah punya pasal. Sebab dia aku lewat balik semalam. Hei…. Telefon ni pun satu, menyusahkan betul. Pemanggil ni memang nak kena dengan aku. Nanti kau… Dengan malas dia menekan butang hijau. Dengan mata yang separuh terbuka, dia menjawab panggilan berkenaan.
“Helo, nak apa? Aku nak tidurlah.” Jawabnya kasar. Matanya terasa kelat untuk dibuka. Sepatutnya aku matikan je phone malam semalam, biar aku boleh tidur dengan lena.
“Abang… cepatlah balik, umi dah lama tunggu ni. Penat tau Syaz masak. Kita orang semua tengah tunggu abang nak makan sama-sama.” Terbeliak biji matanya mendengar  tutur kata selembut  dan semanja itu. Syazra ke ni? Berulang kali dia melihat nama pemanggil. Benar Syazra.
“Abang, dengar tak Syaz cakap apa ni? Cepatlah balik, UMI tunggu.” Syazra mengulangi percakapannya semula, sengaja ditekan perkataan umi.
“Umi datang? Umi datang rumah ke?”Terus segar matanya.Dari berbungkus selimut tebal, kini dia duduk tegak diatas katil.
“Yelah bang, hei abang ni main-main pula. Cepat balik ya abang, Syaz tunggu.” Suara Syazra masih lunak dipendengaran. Nada suara manja yang tidak dibuat-buat. Aduhai.. manjanya dia. Eh kau ni Zariff, bukan sekarang masanya kau nak sibuk-sibuk nilai suara wife kau.Tu umi menunggu di rumah.Silap sikit, memang kena pancung.Syed Zariff tergesa-gesa mandi dan bersiap, kemudian dia mencapai kunci kereta di atas kabinet televisyen. Aduh, umi... gawat ni!Kenapalah datang tak bagitahu dulu.Nasib baik aku tak pergi mana-mana, buatnya sekarang aku tak ada kat KL, apa nak jawab pada umi? Nasib baik perempuan tu tahu berlakon.
Dalam perjalanan sempat lagi dia singgah sebentar di gerai menjual akhbar. Kemudian dia singgah di sebuah mini market, bergegas dia membeli beberapa item seperti sepaket gula, sebotol kicap, sebotol sos cili, santan dalam kotak dan beberapa jenis sayuran. Sekurang-kurangnya dia ada alasan untuk memberitahu uminya bahawa dia terlewat pulang ke rumah gara-gara mencari barang yang dikehendaki Syazra.



PUAN SRI Syarifah Zaidah duduk bersantai bersama menantunya di ruang tamu yang serba mewah itu.

lebih kurang macam nilah ruang tamu  dirumah mereka

 Ternyata menantunya memang seorang yang sangat rajin. Rumah mewah itu kelihatan sangat selesa dan kemas. Selain itu menantunya juga pandai memasak. Mereka menunggu ketibaan Syed Zariff untuk sama-sama bersarapan. Sesekali dia mengerling ke arah menantunya yang sedang leka menonton rancangan masakan di televisyen. Deruman enjin kereta yang baru memasuki perkarangan rumah membuatkan Syazra bingkas dari sofa, cepat-cepat dia menuju ke pintu utama rumah. Puan Sri Syarifah Zaidah tersenyum melihat telatah menantunya. Dia juga pernah muda, jadi dia amat mengerti perasaan Syazra ketika itu. Maklumlah pasangan baru berumah tangga.
“Abang... lambatnya abang balik. Penat tau Syaz dengan umi tunggu abang.” Syazra tunduk untuk bersalaman dengan Syed Zariff. Syed Zariff terkedu. Terasa seperti suatu perasaan menyusup halus ke dalam jiwanya. Kemudian Syazra mengambil plastik berisi barang-barangan ditangan Syed Zariff dan terus menuju ke dapur.
“Hah Zaff, kamu kemana pagi- pagi macam ni? Sekarang baru balik.” Sapaan uminya membuatkan dia tersedar.Dia membuntuti langkah isterinya menuju ke dapur.
“Sorry sayang, abang jumpa kawan tadi. Sayang kenalkan Fuad?” Fuad? Rakannya itu kini berada di Amerika kerana dihantar bertugas di sana. Arghh.. waktu-waktu genting macam ni petik jelah nama siapa-siapa… Dia memberi isyarat kepada Syazra supaya mengangguk sahaja.
“Oh… kenal. Dia sihat bang?” Syed Zariff mengangguk lagi.Dia melihat pergerakkan Syazra yang lincah menyimpan barang-barang yang dibelinya tadi.Aku pun tak berapa tahu selok belok rumah ni.Cekap juga dia buat kerja rumah.Agak-agak kalau aku tak balik rumah, dia buat apa sorang-sorang dalam rumah yang besar ni?Syazra menjeling tajam kearah suaminya yang disedari mencuri pandang padanya sejak tadi.Geram kerana diperhatikan, Syazra lantas mencuit suaminya. Tersedar daripada lamunan, Syed Zariff lantas meminta diri.
“Umi… kejap ya, Zaff naik gantikan baju.”
“Syaz, biar barang tu umi yang bawa ke dapur. Kamu pergi uruskan suami kamu.” Nak tak nak, Syazra terpaksalah mengikut Syed Zariff ke tingkat atas. Dia membontoti lelaki itu sehingga ke hadapan pintu bilik.
“Awak, saya masuk bilik saya kejap.” Syed Zariff menahannya.Lengan Syazra ditarik supaya mengikutinya.
“Kan umi suruh sayang temankan abang tadi. Jomlah… abang nak mandi. Melekit pula badan ni. Bulat mata Syazra mendengar tutur kata Syed Zariff.Gila ke apa dia ni? Bersayang-sayang bagai.Hish, seram aku tengok dia hari ini.Syazra membulatkan mata.Dia tidak rela mengikut lelaki itu masuk kedalam bilik.Syed Zariff masih tersenyum.Aku pun sebenarnya tak ingin nak ajak kau masuk bilik.Ingat aku nak sangat dekat-dekat dengan kau, beserta senyuman yang sedikit sinis, dia membisikkan sesuatu ketelinga isterinya.
“Umi ada kat belakang kau tu.” Oh.. mengertilah Syazra kenapa Syed Zariff bersikap begitu. Syed Zariff selamba merangkul pinggang Syazra dan mencium dahi wanita itu. Merah wajah Syazra dek perbuatan spontan suaminya. Kalau tak over tak boleh ke? Ni yang malas nak layan si Zaff ni, kalau acting,mesti nak peluk cium bagai, aku bagi penampar jepun kang baru tahu.Dia mencebik sahaja ketika Syed Zariff mengheret dia turut serta masuk kedalam bilik.



lebih kurang macam ni ruang dalam bilik tidur  Syed Zariff

“Awak mandilah. Saya siapkan baju.” Syed Zariff mencapai tuala lalu berlalu ke bilik air dengan wajah yang selamba. Sebaik pintu bilik air yang berukir mewah itu ditutup rapat, lelaki itu terus membasahkan mukanya. Ya Allah malunya aku. Kenapa ni? Kenapa aku boleh cium dia tadi? Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan. Eh,ingat Syazra je malu tadi, rupa-rupanya Syed Zariff pun malu juga.Entahlah dia pun tak tahu kenapa ringan sahaja bibirnya singgah kedahi Syazra.
Sementara itu Syazra pula memegang dahinya dan memandang bilik air silih berganti. Dia melirikkan matanya memandang frame gambar Syed Zariff yang segak lagi  bergaya ,tergantung elok di dinding. Wajah tampan dalam sut serba hitam itu ditatap dengan hati yang sebal.
“Awak..kalau awak terus macam ni..saya takut perasaan saya pada awak akan berubah. Jangan wak… Pernikahan kita tak boleh kekal selamanya. Saya dah janji saya takkan ada perasaan pada awak. Saya dah janji saya akan serahkan awak semula kepada Thalia. Antara kita cuma suami isteri atas kertas.” Tuturnya perlahan. Syazra cepat-cepat mengalihkan pandangannya apabila mendengar tombol pintu bilik air dipulas. Syed Zariff selamba bertuala separas pinggang, menampakkan susuk tubuhnya yang sasa. Selamba lelaki itu berlalu dan mencapai t-shirt yang telah disediakan Syazra di atas katil lalu menyarungkannya ke tubuh.
“Errr... awak, saya keluar dulu. Umi dah lama tunggu tu, dah sudah nanti awak turun kat bawah ya?”
“Hmm…” Hanya itu jawapan Syed Zariff. Sebaik isterinya keluar dari bilik berkenaan, dia ketawa lagi. Comelnya muka dia bila tersipu begitu. Argghhh Syazra.. kau memang manis. Terlalu manis. Kenapa baru kini aku perasan? Kenapa kau tak hadir sebelum Thalia?
Siap berpakaian Syed Zariff turun mendapatkan uminya. Sekali lagi dia terpaku melihat wajah isterinya. Dup.. dap.. dup.. dap.. dup.. dap.. Eh, kenapa dengan jantung aku ni? Kencang semacam je. Ni mesti sebab aku dah lama tak bersenam.Esok kena joging, tak pun esok aku kena turun gym. Matanya terus terpaku pada wajah isterinya. Sungguh senyuman itu tersangatlah manis, menawan… Kalaulah senyuman dan tawa itu ditujukan khas untuk aku, alangkah bahagianya. Tapi Syazra selalu dengan Hafeez, agaknya Hafeez jatuh cinta tak dengan dia? Kenapa sekarang ni hati aku sakit bila fikirkan Syazra dan Hafeez? Dulu okey je. Ya Allah, petanda apakah ini?



hah, kenapa dengan hero kita ni? 
Syazra ke Thalia?
rasa-rasa siapa yang menjadi pilihan hati?

nak tahu? tunggu next entry...

No comments:

Post a Comment