Saturday 31 August 2013

Seandainya aku tahu-bab 26

Sambungan entry lepas...
Apa yang bakal terjadi kini?
Akhirnya setelah seminggu berada dirumahnya, Farhani akan pulang juga hari itu.Pagi-pagi lagi Syazra sudah bangun.Dia ingin menyiapkan hidangan istimewa untuk dibawa pulang oleh adiknya.Seusai menunaikan solat subuh Syazra turun kedapur untuk menyediakan kek.Dia sudah berjanji untuk membekalkan adiknya kek bluberry.Awalnya dia mahu menghantar adiknya pulang sendiri ke kampung tetapi , namun,apakah daya  dia terikat dengan tugasan di pejabat sementelah Syed Zariff sudah berpesan awal-awal kepadanya bahawa Syazra perlu mengantikan dirinya menghadiri mesyuarat di Petaling Jaya.Lelaki itu keluar daerah semalam atas urusan yang dia sendiri tidak ketahui.

‘’Janganlah sedih Hani,nanti kita boleh jumpa lagi.Kak Syaz bukannya tak nak hantar awak, tapi dia ada kerja yang perlu diselesaikan.Jangan nangis tau.Nanti saya ajak Kak Mira datang jumpa awak, kali ni,kitaorang lepak lama skikit kat rumah awak.’’Syarifah Aira menepuk bahu Farhani yang sedang menangis dalam pelukkan Syazra.

‘’Betul tu.Dah jom keluar sekarang, Kak Syaz nak kena hantar korang berdua balik Vila dulu, lepas tu nak rushing  pergi office, akak tak boleh lewat ni, ada meeting nak kena attend on our Mr CEO behalf.’’Kata Syazra berbaur gurauan.Mr CEO ialah gelaran  yang merujuk kepada Syed Zariff.

‘’Betullah tu.Hani, kalau awak tak puas lagi jalan-jalan di KL, nanti saya pujuk Kak Mira suruh bawa kita jalan-jalan, esok jelah balik kampung awak, lagipun lambat lagi sekolah nak bemula, ada lagi 4 hari kan?okeylah tu nanti awak ada masa nak rehat 3 hari kat rumah.Lagipun, tak eloklah nak kacau pengantin baru lama-lama.Orang nak honeymoon pun tak senang.’’Syazra membeliakkan mata.Sadis betul gurauan adik-adik kesayangannya itu.Apa ingat aku dengan Zaff tu berkepit 24 jam ke sehari, kalau pasangan baru kahwin lain mungkin akan buat macam tu, tapi bukan aku dengan Zaff,kalau tak sebab adik dia and adik aku datang rumah ni, jangan haraplah dia nak jejak kaki  kat rumah ni.Syazra tidak membalas kata-kata adik iparnya.

Dia sekadar mengukir senyuman manis untuk kedua-dua gadis itu.Lincah tangannya mengemas meja makan.Sempat lagi dia melirikkan mata kearah jam dinding berunsurkan english style.Hampir jam 8 pagi.Kena cepat ni.Kalau jalan jammed lambatlah nak sampai office.Mujur kedua-duanya memahami keadaannya.Mereka cepat memberi tindak balas, dan tepat jam 8.10 minit pagi, kereta Honda City yang dipandu Syazra akhirnya meluncur lancar diatas aspal.Tepat jam 8.40 minit pagi dia tiba dirumah mertuanya.

Syazra tidak boleh berlama-lama disitu.Dia sekadar menyapa hormat, kedua orang mertuanya dan meninggalkan Farhani dalam jagaan mereka.Kemudian dia meneruskan perjalanannya kepejabat.Kelewatannya ketempat kerja sudah dimaklumkan kepada setiusahanya terlebih dahulu.Mujur mesyuarat itu akan bermula jam 11 pagi.Jadi dia ada masa untuk menyemak segala butiran akhir yang perlu diberikan perhatian .Dia tidak mahu ada sebarang kecacatan dalam perbentangannya sebentar lagi.

‘’Zura, kalau ada sesiapa yang call saya, awak buat macam biasa ya, take note.Saya nak kena keluar awal, takut lewat sampai pula.’’Syazra membetulkan kedudukkan tas tangan dan beg lap top ditangannya agar dia selesa untuk memegangnya.

‘’Syaz, here you are, jom lah cepat, hari ni, I temankan you pergi meeting. Pak ngah yang suruh I teman you, lagipun I tak ada kerja penting pun nak diselesaikan pagi ni,tapi kita naik kereta masing-masing ya, sebab I lepas habis meeting tu, kena terus pergi Selangor.Ada hal sikit.’’Amboi, sedondon pula mereka hari ini,Syazra manis berbaju kurung moden bewarna ungu dan Syed Hafeez juga memakai kemeja bewarna ungu juga, bezanya warna baju kemejanya tidaklah segarang warna baju Syazra.Masing-masing menyimpul senyuman manis.Kebetulan pula sama.Hai, lantaklah. Desis Syazra

‘kebetulan yang manis.kan seronok kalau selalu macam ni.’ Lain pula kata-kata Syed Hafeez.Namun hanya mampu diluahkan didalam hati.Takkan nak cakap depan-depan.mau Zariff bagi aku buku lima.

‘’Macam nak pergi kelas, buat perbentangan kertas kerja pula.Kan, Syaz?’’seloroh Syed Hafeez, teringat waktu masih bergelar pelajar.Dulu waktu nak buat presentation, semua nak pakai warna sama, konon nak sedondon, nak dapat extra mark dari lecture, tapi tahanlah telinga kena gelak sebab berpakaian macam boria.

‘’Betullah tu, bezanya kali ni, kita berada di situasi yang berbeza.’’Syazra sekadar membalas ala kadar , hati tengah risau fikirkan meeting kejap lagi.Dengam penuh sikap gentlemannya,Syed Hafeez, mengambil beg lap top  yang sedari tadinya digalas oleh Syazra, kini gilirannya pula membawa beg tersebut.Langkahnya tampak kemas dengan sebelah tangannya membimbit beg Lap top sementara di sebelah tangannya yang lagi satu itu pula dia membawa kot bewarna hitam.Sebaik mereka memasuki lif, Syazra menekan butang 4.Ini kerana keretanya diletakkan dikawasan parking kereta di tingkat tersebut.Kemudian dia memandang Syed Hafeez.

‘’Kereta I ditingkat 4 juga.’’Hanya mereka berdua didalam lif ketika itu.Suasana sepi seketika sehinggalah Syed Hafeez mula membuka mulut untuk bertanya.

‘’Zaff, pergi mana sebenarnya?I terkejut juga bila pagi tadi Pak Ngah panggil I dan minta supaya I temankan you pergi meeting tu.This meeting should not be attend by you actually.’’Syazra tidak segera memberi reaksi. Dia tunduk beberapa ketika sebelum menjawab pertanyaan Syed Hafeez.

‘’Zaf, ada hal lain yang perlu dia selesaikan.Why?adakah I tak layak menghadiri meeting ni, sebab I bukan sebahagian daripada Al- Aziz family?macam tu ke?’’Dia memadang tepat wajah kacak dihadapannya.Tahulah kita ni menumpang je dalam famili Al-Aziz.Tapi tak payahlah cakap macam tu.Kalau tak sebab Zariff hilang entah kemana, aku tak ingin pun nak ganti tempat dia attend meeting ni.Sebal hatinya saat itu.

‘’Look,dear, I bukan sengaja nak buat you upset.Itu bukan maksud sebenar I.Sebenarnya I pelik sebab Zaff suruh you gantikan tempat dia.Selalunya meeting di Petaling Jaya tu, Zaff ataupun I yang akan handle.Beause, in that meeting, there will be no women.Kebetulan semua orang yang menghadiri meeting tu lelaki, in fact, the company secretary pun lelaki juga.Company kat PJ tu,  hampir semua pekerjanya lelaki.Tak ada wanita, bahaya kalau you yang pergi.Itu yang I maksudkan, So I tertanya-tanya, urusan apa yang penting sangat tu sampai Zaff terlupa pasal hakikat itu dan biarkan you pergi meeting on his behalf.Dear..’’

Syed Hafeez berhenti seketika.Mengambil nafas sebelum kembali menyambung percakapannya.Apabila mengambil tahu bahawa Syazra akan pergi keseorangan untuk menghadiri meeting  di pejabat yang pekerjanya semua berjantina lelaki.Dia rasa marah, kenapa Syed Zariff begitu cuai dan membiarkan wanita itu pergi bersendirian?jika ada apa-apa yang buruk terjadi, siapa yang akan dipersalahkan?macam lah tak ada pekerja lain yang boleh disuruhnya ketempat itu.Nasib baik, pagi itu jadualnya kosong dan dia tiada masalah untuk menemani Syazra menghadiri pertemuan itu.

Dear lagi!,hei Hafeez ni tak pernah nak faham.Suka sangat panggil aku Dear.Syazra menjeling.

‘’Dear, Once you menikahi Zariff, you are apart of Al-Aziz family.In fact, you’re marrying Al Aziz CEO. Furthermore, you are in your corect place.You’re the consultant  engineer .Mestilah you ada hak nak attend the meeting, but not in this meeting, bila hanya you satu-satunya wanita yang ada dalam meeting tu.Jom, kita dah sampai.’’ Syazra masih kaku ditempatnya sewaktu lif berhenti di tingkat empat sehingga memaksa Syed Hafeez menarik lengan Syazra yang dilindungi baju kurung yang dipakainya untuk segera keluar dari lif.Hatinya terusik .Syed Hafeez begitu memahami dan melindungi dirinya.Sayangnya,alangkah bagusnya jika Syed Zariff yang berada di tempat itu.

...........................................................................................................

‘’Mama buat apa tu?baca majalah fesyen ke?’’Soal Syarifah Hazlin.Pelik melihat mamanya sedari tadi membelek majalah Wanita ditangannya.Sejak dari dia pulang ke rumah setelah tamat kuliah, naik ke atas untuk mandi, dan berganti pakaian, turun kebawah semula, mamanya masih tekun mengadap majalah di tangannya itu.Ada perkara menarik ke, sampai mamanya melekat di helaian majalah popular itu?barangkali persoalan itu berlengar-lengar dimindanya.

‘’Ma,kenapa ni?’’Syarifah Hazlin menepuk tangan mamanya yang sedari tadi tidak berkutik.Menyedari kedatangan Syarifah Hazlin, Datin Syarifah Wahida segera mengesat air matanya.Dia tidak mahu anak gadisnya mengesyaki apa-apa.Lagipun dia sendiri belum pasti akan kesahihan andaiannya .Cuma entahlah matanya tidak boleh dialihkan dari memandang wajah lembut itu.

‘’Tak ada apa, Cuma  tengah tengok majalah ni.Kan bagus kalau abang kamu tu berkahwin cepat-cepat.Umur dia dan Zariff tu sebaya kan?Mama cemburu tengok orang lain terima menantu.’’Syarifah Hazlin turut melihat helaian majalah yang memaparkan foto perkahwinan Syed Zariff dan Syazra Nur Rania.Semua orang memuji pasangan merpati sejoli itu, sama cantik sama padan, meskipun tiada darah arab mengalir dalam tubuh Syazra, namun raut wajah yang dimilikinya persis seperti seorang wanita yang mempunyai  susur galur keturunan arab..Rata-rata hadirin terkejut apabila dimaklumkan bahawa Syazra merupakan gadis biasa berketurunan melayu tulen, dan tiada sebarang pertalian yang memungkinkannya mewarisi kecantikkan gadis berketurunan arab.Pada majlis resepsi yang berlangsung di Palace of the Golden Horses  yang terletak di The Mines, Syazra kelihatan sungguh anggun mengenakan gaun labuh yang direka khas oleh pereka pakaian pengantin terkemuka Malaysia iaitu Zuan Adli.

Busana bewarna coklat lembut ditaburi kilauan kristal menambahkan pesona gaun itu.Ditambah dengan kejelitaan semulajadi yang dimiliki Syazra dan paduan riasan wajah dari makeup artis terkenal tanah air.Rissa Junaidi, pengantin perempuan pada majlis itu benar-benar seperti puteri arab yang turun dari kayangan.Bersesuaian dengan tema majlis pada malam itu iaitu bertemakan perkahwinan arab mewah.Seluruh dewan utama terhias cantik.Semakin lama dia melihat wajah Syazra semakin dia yakin bahawa, gadis itu seperti pernah ditemui, adakah dia merupakan puteri sulungnya yang sudah lama tidak dketemui.Dia perlukan bantuan pakar untuk membuktikan segala-galanya.Syazra Nur Rania Binti Sallehuddin.Nama itu persis nama yang diberikan kepada puteri sulungnya.Ya Allah benarkan dia puteri ku yang hilang dahulu?


‘’Mama, mama okey ke tak ni? Nak Lin call papa ke?’’Soal Syarifah Hazlin.Kesihatan mamanya tidak begitu baik kini, sejak akhir-akhir ini, mamanya sering berada dalam keadaan tertekan.Mama kesayangannya itu kerap kali termenung, selera makannya juga terjejas, kalau makan pun sekadar mahu memuaskan hati mereka.Selalu juga dia melihat mamanya itu menangis, bila ditanya pantas wanita itu menafikannya.


‘’Tak payah Lin, mama okey.Lin, mama nak naik atas dulu berehat, kamu jangan pula lupa  solat asar.Pesan pada Mak Jah buatkan roti jala untuk minum petang, semalam papa ada cakap kat mama dia teringin nak makan.’’ Terangguk-angguk gadis itu menerima arahan mamanya.Habis menyampaikan pesanan,  Datin Syarifah Wahida langsung menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas.

entry kali ni panjang sikit kan?
hmm..
Saya tengah rushing nak siapkan MSS
doakan saya ya?
lepas ni dah bz dengan study..x tahu bila lagi nak sambung  post entry baru di blog...


4 comments:

  1. akhirnye ada n3 baru..tertunggu2 .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank umairah coz sudi bace cerita saya yang tak seberapa ni..
      insyaallah saya tengah berusaha untuk rajin2 update entry

      Delete
  2. RINDUNYA TERUBAT DENGAN E3 NI..HOPEFULLY KE VERSI CETAK SOON

    ReplyDelete
  3. thank Ida...insyaallah kalau ada rezeki dapatlah bace SAT version cetak...
    pss..kita dah update new bab tau jmpt bace

    ReplyDelete