Monday 5 August 2013

seandainya aku tahu-12

inilah ruang makan dirumah mereka..cantik tak?

“Zaff bila turun?Umi tak perasan pun. Meh lah duduk makan sekali dengan kami. Isteri kamu ni dari tadi tak jamah apa-apa semata-mata tunggu kamu turun.” Mata mereka bertentangan. Masing-masing berkongsi rasa yang sama. Berdebar-debar dan bercelaru.. serta keliru…


inilah ruang kegemaran Syazra. ada island gitu..hehehe tempat Syazra berperang dengan masakkan..
maklumlah Syazra kan gemar memasak..
“Sembang apa umi? sayang? Rancak sangat abang dengar.” Syazra menyendukkan nasi goreng kampung serta telur dadar ke dalam pinggan lalu disorongkan kepada Syed Zariff. Kemudian dia melakukan yang sama pada Puan Sri Syarifah Zaidah.
“Umi... nasi goreng ni pedas sikit umi. Kalau umi tak tahan, Syaz boleh bakarkan umi roti atau umi nak makan makanan lain? Syaz boleh sediakan. Insyaallah, Syaz cuba umi.’’ Tutur kata lembut menantunya memang menarik perhatiaannya.
“Tak perlu, umi suka nasi goreng kamu. Patutlah Zaff makan banyak, memang sedap pun. Dulu Feez pun ada puji masakkan kamu, memang sedap rupanya. Bertuahnya umi dapat menantu macam kamu. Zaff kamu patut jaga isteri kamu ni baik-baik. Bertuah kamu dapat dia. Kalau kamu dengan perempuan mat saleh celup tu, tak merasalah kamu semua ni.” Tersedak Syed Zariff mendengar uminya menyebut perkara itu dihadapannya. Kalaulah uminya tahu dia dan Thalia masih berhubungan. Arghhh.. Syazra kau dah buat perkara jadi tambah susah. Kenapa kau ambil hati umi dengan cara macam ni? Kau sengaja ke? Sengaja nak buat umi tambah sayang pada kau, kemudian umi akan desak aku supaya jangan lepaskan kau? Seleranya terbantut. Perasaan amarah mula menyelubungi dirinya. Wajah lembut itu ditatap. Ah, kasihan pula. Dia memang tak tahu apa-apa. Aku yang ajak dia nikah sebab nak elakkan diri dari bernikah dengan anak Datin Ruby.
Arghh… umi.. umi.. Umi tolak Thalia dari jadi calon menantu umi, umi sedar tak anak datin Ruby tu perangainya sama sahaja dengan Thalia. Bezanya cuma Thalia tidak berpura-pura jika dibandingankan dengan Mia. Mia. Arhggh.. tu lagi seorang, dengan rambut perang bulu jagungnya, baju tak cukup kain, muka bermekap tebal, perempuan plastik macam tu umi nak jodohkan dengan Zaff? Umi… umi… Oh Zaff lupa umi hanya nampak sisi putih Mia. Sisi hitamnya umi belum pernah lihat lagi. Dia mula membanding bandingkan personaliti diantara Syazra, Thalia dan Mia. Jeng.. jeng.. jeng.. Dari segi rupa… Syazra putih kemerah-merahan, bila dia senyum ada lesung pipit yang dalam terbentuk pada kedua-dua belah pipinya. Hidungnya mancung terletak, matanya bulat, keningnya terukir cantik semulajadi, alis matanya lentik. Argh dia memang manis. Kalau dari skala 10, aku bagi dia.. hmm.. hmm berapa ek? 8.5.. Ok 8.5! Now Thalia. Sebagai model, memang wajah itu perlu tampil sentiasa cantik. Belum pernah lagi dia melihat wajah Thalia tanpa tempekkan makeup, tapi dia tidak kisah tentang itu kerana gadis itu memang cantik dan pandai bergaya. Dari 10 mata aku bagi Lia 9 mata je. Mana ada yang sempurna melainkan Allah. Hah, Mia pula. Dia memiliki kulit sawa matang, suka mekap tebal, pakai mascara bagai. Hmmm aku tak suka gigi dia. Tak cantik. Kuning sikit sebab dia smoking.. Arghh menyesakkan pandangan mata je.. Reject.. Jangankan 10, 0.001 pun dia tak layak. Ehh.. tak.. tak. Aku bagi dia 4, sebab sebagai manusia normal, rupanya agak sempurnalah. Ada mata, lengkap dua biji, ada hidung, mulut dan telinga. Okeylah tu 4. Okey,  now perangai. Syazra jarang buat aku marah. Cakap pun lembut je. Selalu senyum. Suara dia pun sedap je dengar. Tergiang-giang ditelinganya saat Syazra memanggilnya abang, manja suaranya. Terpana hati lelakinya. Okey.. aku suka suara dia, aku suka perangai dia, manjanya tak terlebih. Aku bagi 9 dari sepuluh mata. Binggo! Now Lia pula. Lia suka merajuk dan dipujuk. Aku sukalah juga bila sesekali dia merajuk, at least aku tahu dia memang sayangkan aku, tapi part yang tak best bila nak memujuk. Aku kena beli woman stuff macam jewelery, bunga, baju, kasut  and semua branded item. Lepas tu baru dia nak maafkan aku. Oklah.. aku memang sayangkan dia, dah tu nak bagi sapa lagi kan? Disebabkan aku suka dengan sikap manja dia aku bagi dia 8. Kenapa 8? Sebab dia adakalanya menjengkelkan aku. Benda kecil pun nak touching-touching. Mia? Hah, awal-awal aku reject. Markah kesian, aku bagi dia 4. Sebab apapun dia masih berperangai seperti manusia normal. So, second round Syazra menang. Lasty kelebihan lain mereka. Syazra pandai kemas rumah, pandai memasak dan masakkan dia memang best giler… Sedap sangat! Kerja office pun okey… Pandai bawa diri. Tak reti nak susahkan aku and very independent. Semua orang sukakan dia.. Selain tu, dia tak reti nak marah orang. Ala, pendek kata dia memang bestlah. So aku bagi dia 9.99. Sebab macam aku cakap tadi tiada manusia yang sempurna melainkan Allah. Mia... mia… Aku bagi dia 5 sebab dia pandai ambil hati umi.. Sebab tu umi suka dia. Lagipun dia tak pernah cakap kasar dengan aku. Okeylah, dia menghormati orang tua. 5 should be fine. Hmm... Lia 7, sebab selain dari bodek aku, modelling and masak makanan segera, Lia bijak mencadangkan pada aku buffet hotel mana yang best dan shopping mall yang mana sedang mengadakan jualan murah. Lia sentisa pandai bergaya and dia sentiasa peka dengan isu-isu dunia hiburan. Selain itu Lia fasih berbahasa Perancis dan Mandarin. Okey... Syaz menang! Keputusan keseluruhan, Syazra tempat pertama dengan mata terkumpulnya sebanyak 27.49. Lia di tempat kedua dengan mata terkumpul sebanyak  24. Manakala di tempat terakhir ialah Mia dengan mata terkumpul sebanyak 13. Yeah.!!! Syed Zariff menepuk tangan tiba-tiba. Syazra dan Puan Sri Syarifah Zaidah memandangnya seretak. Terkulat-kulat Syed Zariff ditatap sedemikian rupa oleh kedua-dua wanita itu. Macam mana aku boleh ter’ekspres’kan kekalahan Mia ni. Dah tu aku meraikan kemenangan Syazra. Arhgghh.. kau memang dah gila.
“Sorry Umi, sayang. Zaff naik bilik atas dulu. Nak masuk bilik, mengantuk pula rasanya tadi bangun awal sangat.”
“La.. nak tidur pula? Umi baru nak ajak kamu berdua jalan-jalan. Nampaknya Syaz kita berdua jelah kan? Umi dah lama tak berjalan ke mana-mana, asyik terperap di rumah sahaja. Zaff kamu bagikan umi pinjam isteri kamu?” Syed Zariff tidak jadi melangkah. Umi nak ajak Syaz keluar jalan. Matilah aku kalau Syaz buka mulut. Si Syaz ni bukannya boleh dijangka sangat. Kang dibuatnya dia terlepas cakap... mati aku!
“Err… Zaff ikutlah kalau macam tu. Bosanlah duduk rumah sorang.”
Senyuman Puan Sri Syarifah Zaidah melebar, manakala senyuman yang terukir dibibir Syazra mati serta merta. Eii sibuk je dia ni. Aku nak jalan-jalan dengan umilah. Awak tu tak payahlah ikut. Tadi nak sangat tidur. Hah, pergilah tidur.
“Cepatlah bersiap ,nanti lambat keluar jalan sesak pula.” Kata uminya.
Syazra melangkah dengan malas menuju ke tingkat atas. Dia bersiap ala kadar, skirt labuh yang dipakainya ditukar kepada jeans putih dan blaus merah  serta selendang hitam dililit kemas ke kepalanya. Wajah bersihnya sekadar disapu dengan bedak tipis dan sedikit pelembab bibir. Usai berpakaian dia turun ke tingkat bawah mendapatkan Puan Sri Syarifah Zaidah. Tersirap darahnya melihat pakaian yang dikenakan Syed Zariff. Hai, dia ni berjanji dengan aku ke? Topi hitam,baju t-shirt merah dan seluar jeans hitam.
“Come sayang. Umi dah lama tunggu.” Teragak-agak Syazra menyambut tangan Syed Zariff. Namun demi mengaburi mata Puan Sri Syarifah Zaidah, dia terpaksa jua.



DI DALAM KERETA mewah yang dipandu Syed Zariff, Syazra diam seribu bahasa, tidak tahu bagaimana untuknya memulakan bicara. Hanya umi yang sesekali mencetuskan perbualan.
“Ni Syaz, kamu dah lama nikah tak  ada apa-apa tanda lagi ke?” soal uminya. Syazra diam. Dia menghantar pandangan kepada Syed Zariff. Lelaki itu juga sama sepertinya buntu mencari jawapan.
“Tak ada rezeki kami lagilah umi. Ala umi, kami baru je kahwin, bagilah chance Zaff dan Syaz nak honeymoon puas-puas. Lagipun Kak Long dah ada anak kan umi? Okey apa, dua orang lagi anak kak long, Ayiish dengan Aneeq. Okeylah tu.” Puan Sri Syarifah Zaidah meregus.
“Banyaklah kamu punya okey, yang tu anak kak long kamu, Umi tanya anak kamu. Hish budak ni. Habis, takkan nak harapkan anak dari adik kamu Zaff? Syarifah Amira, adik kamu tu muda lagi. Baru 23 tahun. Kamu tu yang dah besar panjang, umur kamu dah nak dekat 30, dah layak sangat nak jadi seorang ayah. Bila lagi kamu nak kembangkan salasilah keluarga kita? Kamu tu satu-satunya waris umi dan walid, nak harapkan siapa lagi? Aatiyah dan Amira anak perempuan umi dan walid, esok-esok bila Amira kahwin, dia pun akan jadi macam Aatiyah. Macam Tiya, Aneeq dan Ayiish pasti akan mewarisi pernigaan sebelah keluarga Munawir. Kamu nak tunggu kami berdua tak ada baru kamu nak mula merancang keluarga? Time tu berapa pula umur kamu? Hah, nanti orang lain umur dah 40,50 tahun dah boleh senang lenang, kamu terkial-kial lagi dengan anak kecil kamu. Kamu nak macam tu? Hei, kenapalah dengan kamu berdua ni, umi tak faham lah. Masing-masing tak mahu mengalah, nak kata merancang keluarga, mustahil. Ke kamu nak umi bincang dengan walid? Nak suruh walid tambah gaji kamu Zaff? Lepas tu bolehlah Syazra berhenti kerja. Sekarang ni pun, umi rasa gaji kamu dah lebih dari cukup kalau nak sara anak bini kamu. Syaz,umi rasa kamu tak perlu bekerja pun okey kot, duduk rumah uruskan rumahtangga je.” Panjang lebar bebellan umi. Terdiam kedua-duanya. Maklumlah Umi bekas peguam, jadi sesekali berhujah memang tak boleh mencelah langsung. Lepas gian agaknya. Selepas bernikah dengan walid, umi terus berhenti bekerja kerana walid perlukan seorang isteri yang boleh menjaga dirinya dan menguruskan keluarganya. Dek kerana kasih sayang dan cinta umi pada walid, maka umi tidak tergak-agak untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada keluarganya sahaja. Kedua-duanya dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syarifah Aatiyah, Syed Zariff Iskandar, Syarifah Amira dan Syarifah Aira Mayesa. Syarifah Amira kini menuntut di luar negara dalam bidang perniagaan dan ekonomi manakala Syarifah Aira Mayesa baru berusia 17 tahun. Tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Gadis itu menuntut di salah sebuah MRSM terkemuka di Ipoh, Perak.
Syazra buntu seadainya Puan Sri Syarifah Zaidah bertegas mahukan dia berhenti kerja dan menjadi suri rumahtangga. Mana aku nak cekau duit nak bagi pada keluarga di kampung? Syed Zariff perasan kegelisahan  yang sedang membelenggu isterinya.
“Umi, Zaff tak larang Syaz bekerja. Zaff suka dia bekerja kerana kami boleh luangkan masa di pejabat dan di rumah. Nanti bila tiba masanya Syazra akan berhenti umi. Zaff tak mahu sekat kebebasannya selagi dia tak melampaui batas. Tentang isu anak, tipulah kalau Zaff kata Zaff tak mahu bergelar bapa. Zaff suka kalau Syaz mengandung. Bukan kami merancang. Zaff pun sedar, Zaff lebih dari mampu untuk tanggung Syaz, tanggung anak-anak kami nanti, tapi rezeki belum ada.” Syazra terasa tiba-tiba. Baru dia sedar kini, Syed Zariff yang sebelum ini dikenali sebagai lelaki yang nakal dan ego rupa-rupa seorang anak yang taat, terharunya. Tutur katanya lembut sahaja. Terasa bersalah pula sebab merahsiakan rahsia disebalik pernikahan mereka.
“Syaz pun sama umi, Syaz minta maaf kalau selama ni Syaz ada menguris hati umi.” Syazra bersuara akhirnya.
“Lega hati umi dengar penjelasan Zaff tadi. Zaff esok-esok kalau kamu ada anak, lepas tu kamu nak berhoneymoon ke, hantar je anak kamu pada umi, umi tak kisah tolong tengokkan anak kamu tu. Hah Syaz, nanti umi bawa kamu pergi berurut. Umi ada kawan yang pandai mengurut, manalah tahu ada urat-urat kamu yang tersimpul. Boleh dibetulkan, darah tak lancar ke, peranakkan kamu jatuh ke, boleh dia betulkan, kamu nak ke?” Gulp! mati aku, macam mana kalau terbongkar yang aku ni masih anak dara? Selalunya pengamal perubatan tradisional tahu membezakan gadis yang masih dara dan yang telah ditebuk tupai.
“Syaz tak tahulah umi, kena ikut abanglah umi. Syaz kan hak dia.” Senyuman Puan Sri Syarifah Zaidah makin melebar. Masakkan Syed Zariff tidak membenarkan Syazra berurut jika itu adalah untuk kebaikkan mereka suami isteri. Syazra mengenggam jemarinya yang mula dingin. Syed Zariff perasan isterinya sedang gelisah.
“Umi, dah sampai pun, umi dan Syaz masuk dulu, Zaff nak pergi parking kejap. Dia memberhentikan kereta mewahnya betul-betul dihadapan pintu gerbang mercu tanda negara. Mana lagi kalau bukan KLCC.

disinilah tempat mereka membeli belah..

“AWAK, jangan benarkan umi bawa saya pergi berurut.” Bisik Syazra di telinga Syed Zariff ketika itu mereka berada di Butik Hajaba, menunggu Puan Sri Syarifah Zaidah mencuba pakaian di dalam fitting room.
“Kenapa?” Soal Syed Zariff. Dia menundukkan kepalanya sedikit. Terkedu Syazra bila hidung mancung suaminya hampir mencecah permukaan pipinya yang licin. Wangian suaminya menusuk hidungnya. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan itu. Renungan mata suaminya membuatkan dadanya terasa berdebar-debar.
Syed Zariff mengangkat keningnya ala-ala double jerk. Apahal minah ni ,tadi nak cakap sangat lepas tu sekarang diam pula.
“Hei, you nak cakap apa sebenarnya ni?” Bahu Syazra digoncang perlahan. Bagaikan tersedar. Syazra mengeleng perlahan. Lama-lama macam ni... Mati aku!
“Err.. selalunya pengamal perubatan tradisional macam kawan umi awak ni, boleh trace kalau seseorang tu masih dara atau tidak. Saya takut kalau dia beritahu umi. Matilah kita macam ni.” Terhidu perfume yang dipakai Syazra, terbuai dia seketika.
“Dah tu?” Soal Syed Zariff. Kalau aku tolak nanti umi banyak soal pula. Macam mana ni.. aku pun tersepit juga.
“Aku cuba holdkan umi dulu, nanti balik kita bincang. Dah simpan muka risau kau depan umi. Nanti umi syak, dia korek habis-habisan baru kau tahu. Walaupun umi ni dah lama tinggalkan kerjaya sebagai peguam dia tu, tapi skil soal siasat dia masih tip top. Smile sweetheart.. smile. Umi dah keluar tu. Cheer up.” Bibir merahnya terpaksa mengukir senyuman akhirnya. Puan Sri Syarifah Zaidah yang tidak tahu apa-apa hanya meleretkan senyuman melihat kemesraan yang terjalin diantara menantunya dan anak lelaki tunggalnya. Akhirnya selesai juga sesi membeli belah umi di butik mewah berkenaan. Hai bolehlah aku balik berehat, perut pun dah lapar ni. Bisik hatinya apabila melihat pembantu butik itu membawa kesemua 4 helai baju yang dipilih umi ke kaunter bayaran.
“Syaz, mari sini. Cuba kamu tengok jubah moden ni, lawa kan? Umi rasa sesuai dengan kamu. Apa pendapat kamu Zaff?” Soal Puan Sri Syarifah Zaidah.
“Hah? Apa dia umi?” Dia sedang leka melayan mesej Thalia menerusi perkhidmatan BBM dari telefon pintarnya ketika uminya mengajukan persoalan. Jesteru dia tidak dengar apa-apa.
“Hei kamu ni, penat umi cakap. Ni umi tanya baju ni sesuai tak kalau Syaz pakai?” Kan dah kena bebel dengan umi.. Ni semua sebab kau lah Syaz. Tunggulah bila umi tak ada, siap kau  time tu. Hanya jelingan tajam diberi kepada Syazra. Gulp! terasa kesat air liur yang ditelan. Alamak… dia dah pandang aku macam tu, habislah aku lepas ni. Syazra hanya tunduk memandang lantai.
“Okey je baju ni dengan Syaz. Sayang kalau sayang suka baju ni, ambillah. Abang tak kisah.” Dalam lembut tutur kata Syed Zariff, terselit nada sindiran. Syazra mengeleng.
“Umi, Syaz tak nak apa-apa pun. Syaz dah banyak sangat baju.” Puan Sri Syarifah Zaidah kelihatan tidak puas hati. Dia tetap membawa jubah moden berkenaan dan diletakan di atas kaunter bayaran bersama-sama dengan pakaian miliknya. Syed Zariff mengheret Syazra ke suatu tempat yang agak tersorok di dalam butik muslimah itu ketika uminya sedang leka berbual dengan pemilik butik berkenaan.
“Syaz. Seronok kau ya, bila umi marah aku tadi? Sekarang aku tak kira. Kejap lagi aku nak keluar dengan Lia. Kau kena fikirkan alasan macam mana nak buat umi balik cepat.” Syazra merentap lengannya dari pegangan Syed Zariff.
“Awak cakaplah dengan umi sendiri.” Dengan beraninya Syazra melawan kata-kata Syed Zariff. Makin membara marahnya terhadap Syazra. Hampir sahaja, pipi Syazra ditamparnya jika uminya tidak cepat mendapatkan mereka.
“Jom, umi dah siap .Lama umi tak jalan-jalan macam ni. Lepas ni umi nak pergi beli kasut pula.” Syed Zariff menghantar renungan tajam kepada isterinya. Syazra seraya memegang tangan uminya.
“Umi, Syaz minta maaf. Syaz rasa perut Syaz sakit lah umi.. senggugut. Boleh tak kalau kita balik sekarang? Syaz minta maaf umi, Syaz betul-betul tak tahan ni.” Syazra mengetap bibirnya kuat-kuat. Pilunya bila dia terpaksa berpura-pura sakit semata-mata mengikut kehendak Syed Zariff yang mahu mereka pulang segera kerana dia mahu menemui kekasih hatinya.
“La… kesiannya kamu. Teruk ya senggugut kamu. Kita baliklah Zaff, kamu tak payah hantar umi. Terus ke rumah kamu. Nanti dari sana umi call Mail jemput umi.” Putus Puan Sri Syarifah Zaidah. Syed Zariff tersenyum kecil. Di dalam kereta Syazra diam seribu bahasa. Matanya dipejamkan. Enggan melayani uminya. Maafkan Syaz umi. Syaz terpaksa  bohong umi. Setibanya di rumah sekali lagi Syazra terharu dengan perbuatan Puan Sri Syarifah Zaidah. Wanita itu bertindak memimpinnya sehingga ke katil.
“Syaz.. rehatlah.” Air matanya menitis tanpa diduga.
“Sakit sangat ya? Kamu ada minyak angin? Umi boleh urutkan.” Wanita itu bertindak membuka laci meja solek dan beberapa laci yang lain semata-mata mencari minyak angin. Syazra serba salah. Kemunculan Syed Zariff menambahkan kesebalannya.
“Selalu memang teruk macam ni ke setiap kali dia datang bulan?” Soal uminya.
“Taklah umi. Jarang Syaz sakit teruk macam ni kan sayang? Nah sayang minum air ni dulu.” Arghh bosan sungguh melihat kepura-puraan Syed Zariff. Dalam terpaksa dia akur juga.
“Nanti umi setkan appointment dengan kawan umi. Syazra ni nak kena berurut. Betulkan urat-urat yang bersimpul. Biar perjalanan darah lancar. Kalau semuanya okey. Barulah senang kamu nak mengandung. Syaz jangan risau. Umi akan uruskan semuanya.” Senyuman manis terterap di bibir Puan Sri Syarifah Zaidah. Syazra tersenyum kelat. Umi, diantara Syaz dan Zariff, kami takkan mempunyai zuriat. Hakikatnya pernikahan kami cuma di atas kertas. Zariff bukan milik Syaz.. hatinya milik orang lain. Syaz juga takkan kekal selamanya menjadi menantu umi. Sampai masanya nanti Zaff akan lepaskan Syaz juga. Syed Zariff berpeluk tubuh di tepi tingkap. Bola matanya mengamati Syazra dan uminya silih berganti.
“Kamu dah telefon Mail?” kini perhatian umi tertumpu kepada Syed Zariff.
“Dah. Kejap lagi dia sampai.” Puan Sri Syarifah Zaidah sekadar mengangguk. Dia mencapai tas tangannya dan bergerak ke muka pintu. Sebelum melangkah keluar dia sempat lagi berpesan kepada Syed Zariff supaya mengawasi keadaan Syazra.
“Umi balik dulu. Syaz rehat. Nanti bila umi dah set kan temujanji tu, umi akan telefon Syaz bagitahu tentang hal ni. Senang-senang datanglah rumah ,kalau Zaff sibuk pun tak apa. Kamu tak payah tunggu Zaff.” Syazra bangun dari perbaringan dan bersalaman dengan Puan Sri Syarifah Zaidah. Pipinya dicium oleh ibu mertuanya sebelum wanita itu berbisik sesuatu ketelinganya.

“Umi harapkan kamu untuk lahirkan pewaris Al-Aziz. Kamu jaga kesihatan kamu elok-elok.” Tingginya harapan umi. Ya Allah, benarkah jalan yang aku pilih? Ayah, umi, semuanya mengharapkan cucu dari aku. Kalaulah mereka tahu cerita disebalik pernikahan kami, betapa luluhnya  hati mereka. Syazra kembali berbaring sejurus selepas uminya keluar dari biliknya. Tidak lama kemudian dia mendengar enjin kereta dihidupkan dan bergerak meninggalkan rumah.

lebih kurang macam nilah rupa kediaman mewah yang dihadiahkan walid untuk mereka berdua..
 Syazra tahu itu kereta milik Syed Zariff. Lelaki itu tidak sabar-sabar mahu menemui kekasih hatinya. Aku sendiri lagi. Seperti biasa. Seperti hari-hari kemarin dan seterusnya. Tanpa sedar, ada titisan jernih membasahi pipinya. Syazra membiarkan sahaja titisan jernih itu membasahi pipinya. Biarkan, moga luka dihatinya juga dapat diubati. Sudahnya dia memeluk kedua-dua lututnya sambil menyembamkan wajahnya ke lutut. Teresak-esak dia menangisi takdirnya.Sekali lagi air matanya tumpah kerana  lelaki bernama Syed Zariff Iskandar Al-Aziz.Sampai bila-bila pun kau tak akan mampu menempatkan diri dalam hati dia.Syazra, cukuplah jadi lemah.Syed Zariff hanya mempergunakan kau.Lambat laun dia akan ceraikan kau juga.Tak guna nak menangis.Kau yang setuju nak kahwin dengan dia, kenapa perlu menderita sendiri di kemudian hari?Letih menangis dia berbaring diatas katil sambil memejamkan mata.terasa pening kepalanya, mungkin kerana dia banyak menangis tadi, dan tanpa sedar dia terlelap jua bersama kesan air mata yang masih bersisa dipipi.

No comments:

Post a Comment