Sunday 11 August 2013

seandainya aku tahu- bab 15

seperti yang dijanjikan sambungan bab 14...



“Aku kat luar sekarang ni Zaff dengan Syaz. Kau lupa ke?”
Erk.. Syaz keluar dengan Hafeez rupanya. Kenapa aku tak tahu pun. Nasib tak kantoi dengan Hafeez. Syed Zariff mengurut pilipisnya.
“Feez, bagi phone kejap kat Syaz.”
“Tak nak, kau yang bagi izin dia keluar dating dengan aku, sekarang kau nak kacau daun pula.”Selamba Syed Hafeez menolak permintaan dari  Syed Zariff menyebabkan lelaki itu rasa tersentap. Darahnya terasa mendidih saat itu.Pantang bagi dirinya jika permintaannya ditolak tanpa alasan kukuh.
“Eh Zaff, peliknya perangai kau. How come kau terlupa yang dia keluar dengan aku?” Soal Syed Hafeez. Something goes wrong here. Dah lama aku syak, tapi nak aci tuduh je tak boleh. Syed Zariff terasa tercekik mendengar tutur bicara Syed Hafeez. Syaz ada buka mulut ke? Ni yang aku nak angin satu badan ni. Kalau betul memang minah tu yang buka mulut, tahulah dia aku kerjakan. Syed Zariff meregus. Dua pupunya itu sengaja mahu membakar hatinya. Syed Zariff mengurut lehernya, terasa tegang pula .Pagi-pagi lagi dah spoilkan mood orang.Nasiblah kau tu dua pupu dengan aku, kalau tak,tahulah aku kerjakan.
“Tak nak bagi tak apa, aku call direct line je.” Tanpa menunggu lebih lama dia mematikan talian. Kemudian dia mendail nombor telefon Syazra pula. Tidak perlu menunggu lama kerana Syazra Nur Rania yang dikenalinya memang jarang membuatkan orang menunggu .
“Helo, kau kat mana? Sengaja kan nak bagi aku malu dengan Hafeez.” Tanpa memberi salam pemanggil terus menyerbu memarahinya. Syazra terpempan. Apa masalah lelaki ni, telefon aku, salam tak bagi sesuka hati je nak sembur. Syazra menarik nafas panjang. Wajah Syed Hafeez yang sedang tersenyum meleret didepannya dipandang sepi. Apahal Hafeez senyum tiba-tiba ni?
“Wei Syaz! Dengar tak aku cakap ni? Pekak ke?” Sekali lagi Syed Zariff menghamburkan marahnya. Pantang keturunan aku kalau aku cakap tapi pihak yang satu lagi tu buat tak dengar je. Memang cari nahas! Kalau kau ada kat depan aku sekarang ni Syaz.. memang masak kau aku kerjakan.
“Helo, assalamualaikum abang. Syaz ada dengan Feez and Lin. Kan dah bagi tahu semalam, abang lupa ke?” Serta merta hatinya menjadi sejuk apabila mendengar suara isterinya yang lembut. Suhu kemarahannya turun mendadak. Syed Zariff terasa tersindir kerana dia lupa memberi salam tetapi terus menyerbu Syazra. Bergetar hatinya mendengar suara lembut Syazra. Suara itu kedengaran ikhlas. Manjanya tidak berlebih-lebih. Lama dia terdiam sebelum kembali bersuara.
“Tapi kau tak bagi tahu aku pun yang kau nak keluar dengan Hafeez.” Semalam tak ada pun dia cakap nak keluar dengan Hafeez. Telinga ni rasanya belum pekak lagi.Seperti biasa Syed Zariff Iskandar, tidak pernah mahu mengaku kalah.
“Semalam nak bagi tahu, tapi awak dah  cakap awal- awal yang awak izinkan saya keluar dengan siapa pun, awak tak kisah.” Dush!! Aduh.. kata-kata Syazra bagaikan batu besar menghempap kepalanya. Aku cakap macam tu ke semalam? Lama dia terdiam, perlahan-lahan memori semalam kembali diingati.
“Untuk memudahkan kerja you dan I, mulai saat ini, I izinkan you nak buat apa sahaja yang you suka, you nak keluar dengan siapa atau you nak pergi mana pun I izinkan.” Betullah aku ada cakap macam tu semalam.
Kalau diikutkan kepada logik akal, memang macam tulah sepatutnya. Pernikahan kami sekadar memenuhi syarat yang ditetapkan umi dan walid. Kami sama-sama dah berjanji untuk tidak menganggu privasi diantara satu sama lain.
Tapi apasal aku nak bising-bising marahkan dia? Bodoh betul. Syed Zariff memarahi dirinya sendiri. Tapi entahlah aku rasa tak selamat bila tahu dia keluar dengan Hafeez. Cemburu ke? Entahlah. Kalau diikutkan aku tak berhak untuk merasa cemburu. Dia bukan milik aku dan aku bukan milik dia. Tapi kau suami dia, kau ada hak untuk cemburu!Ya Allah apa tak kena dengan aku hari ni? Mereng betul.Tangan kiri berada diatas kepala.Bekali-kali dia mengosok rambutnya.Hidup ini semakin aneh, semakin jauh aku pergi, semakin berserabut jadinya.
“Gila.” Terpacul kata-kata itu dari mulut Syed Zariff. Syazra terkedu. Gila? Aku ke yang dia maksudkan? Punyalah lama aku tunggu jawapan dia alih-alih aku yang dikatakan gila.Ingin bertanya dia takut, jika lelaki itu kembali memarahinya.
“Hmm.. betul cakap kau, aku terlupa. Hmm jangan balik lambat. Hati-hati jangan sampai orang tahu, kalau ada orang sampaikan cerita bukan-bukan pasal kau pada umi, nahas kau aku kerjakan.” Air liur terasa kesat mendengar ugutan Syed Zariff.
“Yelah. Saya kena letak phone ni awak, Lin dengan Hafeez dah tunggu.” Akhirnya talian dimatikan jua. Skrin hitam telefonnya direnung lama. Begitu rendahkan maruah saya di mata awak? Sampai macam tu sekali awak tak percayakan saya. Meskipun hubungan kita sekadar di atas kertas, meskipun perkahwinan kita sekadar kontrak yang pasti akan berakhir apabila tiba masanya, tapi percayalah saya takkan cemarkan maruah awak. Saya sedar kedudukkan saya.Dia mengenggam telefon bimbitnya kuat-kuat, cuba menyalurkan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku kepada benda tidak bernyawa itu.Syazra memandang ke bawah.Dia cuba mengawal rasa kecewa dan sedihnya supaya tidak terpamir di wajah.Susah juga nak menjawab kalau Syed Hafeez mahupun adiknya perasan akan perubahan wajahnya yang ketara itu.

“Kak Syaz, jom kita pergi. Ada lagi yang tak lengkap ni.” Sapaan Syarifah Hazlin menyedarkan dia dari terus terleka. Sayzra memaksa diri untuk mengukir senyuman paling  manis demi menutup kekecewaan  dalam diri. Rasa terkilan dalam hatinya dilontar jauh-jauh. Syed Hafeez melihat sahaja adiknya menarik tangan Syazra . Kedua-duanya kelihatan bersemangat. Sedari tadi dia mengintip perbualan Syazra. Meskipun tutur bicara wanita itu tidak  jelas, tapi dia tahu hati Syazra terluka dengan Syed Zariff. Kalaulah kau terima cinta aku dulu, kau takkan terluka begini. Aku tahu perkahwinan kau dan Syed Zariff ada menyimpan  rahsia. Kau tak bahagia sebenarnya Syaz.. aku tahu. Tapi selagi kau boleh bertahan, aku akan tetap  berdiri dibelakang  untuk menyokong .



Syed Hafeez ada hati dengan Syazra?

hmm..nampaknya jejaka itu sudah mula menghidu kepincangan dalam perkahwinan diantara Syed Zariff dan Syazra...
 sejauh manakah Syed Zariff dan Syazra dapat melindungi rahsia mereka?

benarkah hubungan mereka akan tamat begitu sahaja?

adakah akan wujud perasaan cinta untuk Syazra dalam diri Syed Zariff?
adakah Syed Hafeez akan mengalah begitu sahaja?

nak tahu?
tunggu next entry dari saya...


No comments:

Post a Comment