Saturday 3 August 2013

Seandainya aku tahu-9

jeng..jeng...sambungan bab 8..phew..nasib dah siap taip tinggal nak publish je...

bab 8 saya ada sebut pasal Syed Zariff yang mula berbelah bahagi perasaan dalam hati..kali ini kita sambung lebih sikit...

agak-agak ..ada harapan ke Syazra kekal jd wife dia sampai syurga.?
apa-apa pun meh baca dulu..

banyakkan hasil membeli belah mereka?


KETIKA dia menemani Syazra berbelanja dapur, sedikit pun Syazra tidak mahu menerima duitnya. Waima seposen. Terasa pula dia dengan keadaan itu.Menyedari perubahan riak wajah suaminya, Syazra cepat-cepat membetulkan keadaan. Katanya Syed Zariff tetamu, tidak wajar jika dia berbelanja menggunakan wang tetamu. Masalahnya aku ni bukan tetamu… Aku ni menantu dalam rumah ni. Suami kau. Jadi untuk mengurangkan rasa bersalah, Syed Zariff telah melaburkan duitnya  untuk memenuhi keperluan orang di dalam rumah itu. Sebagai contoh, apabila Farhani, adik perempuan Syazra merungut kepada Syazra agar dibelikan sebuah basikal, supaya senang untuknya berulang alik ke pekan, khususnya untuk menggunakan perkhidmatan komputer untuk menyiapkan kerja sekolah, Syed Zariff terus sahaja membelikan adik iparnya itu sebuah komputer riba berjenama Dell lengkap dengan printer dan kemudahan broadband.



kan senang kerja Farhani...tak payah lah dia berulang alik untuk ke pekan semata-mata mahu menyiapkan tugasannya..baik tak hati Syed Zariff?


 Dengan syarat gadis itu perlulah mendapatkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan SPM. Jika keputusan SPM Farhani tidak bagus, dia perlu membayar semula harga barang-barang yang dibelikan olehnya. Ah.. mudah sahaja, kerana Farhani merupakan antara pelajar harapan sekolah. Lebar senyuman gadis itu. Untuk Salmiah dibelikan peti sejuk baru dan juga set television. Buntang mata Syazra melihat pembaziran yang dilakukan Syed Zariff. Lingat otaknya berfikir cara untuknya membayar semula semua barang-barang tersebut.
“Saya akan bayar balik ansuran-ansuran setiap bulan.” Syed Zariff tersenyum sinis.

“Aku tak minta pun kau bayar. Anggap je, ini balasan atas jasa baik korang layan aku dengan baik.” tutur katanya selamba.Kedua-dua belah tangannya dimasukkan kedalam seluar jeans hitam yang dipakainya.

“Syaz.. terus terang dengan aku. Duit 50 ribu yang aku bagi masa kita nikah dulu tu kau guna buat apa?”Akhirnya terluah juga soalan itu dari bibirnya.Sudah lama dia ingin mengajukan persoalan itu kepada Syazra, namun ada-ada sahaja halangannya, akhirnya dia terlupa terus.Ni alang-alang ada peluang, baik dia bertanya.Rasanya wang tersebut bukan digunakan untuk keperluan Syazra.Sebelum berkahwin dahulu, Syed Zariff pernah juga menawarkan imbuhan wang yang lebih tinggi, namun ditolak oleh Syazra.Gadis itu hanya mahukan 50 ribu ringgit sahaja sebagai imbuhan.
“Awak, saya tak nak cakap apa-apa. Saya mengantuk ni. Esok pagi-pagi saya kena pergi hospital.” Sungguh dia tidak sudi membuka cerita itu dihadapan Syed Zariff, biarkan kalau lelaki itu mahu menganggapnya wanita materialistik.Tanpa menunggu lama, Syazra terus sahaja menarik selimut menutupi seluruh badannya.

 ...............................................................................................

SEMINGGU Syed Zariff bercuti di kampung. Dia dapat melihat personaliti lain Syazra. Rupa-rupanya, isterinya itu sangat pandai memasak. Perutnya sentiasa kenyang. Sewaktu perjalanan pulang dia teringat perbualan terakhirnya bersama Sallehuddin.

“Zaff, jagalah Syazra baik-baik. Hatinya mudah tersentuh. Dalam banyak-banyak anak ayah, dia yang paling banyak mengalah.”
“Apa yang ayah cakap ni. Insyaallah, selagi saya bernyawa saya akan jaga dia.” Memang itu pun niatnya. Walaupun selepas dia dan wanita itu bercerai, dia akan selalu menjaga kebajikan wanita itu sehingga wanita itu bertemu jodohnya yang lain. Masalahnya, tegarkah dia melihat wanita itu bedampingan dengan lelaki lain? Sedangkan Syazra berdampingan rapat dengan dua pupunya sendiri pun dia sudah terasa cemburu.
Mereka bertolak selepas usai makan tengahari dirumah Syazra, pada sebelah paginya, Syed Zariff menjemput ayah mertuanya dari hospital, sementelah dia baru sahaja dibenarkan pulang.
Dia setia mengikuti kereta yang dipandu Syazra.Sambil itu dia mendengar radio.Bosan betul memandu jauh berseorangan.Tapi nak buat macam mana , mereka datang berasingan, pulang juga haruslah berasingan. Tiba-tiba telefonnya berdering.Nana Syazra tertera di skrin. Dia lantas memasang handfree dan menekan butang hijau.

“Hello, assalamualaikum awak. Saya nak singgah kat R&R Tapah kejap, kalau awak tak mahu ikut pun tak apa.” Suara lembut kendengaran lunak di telinganya.
“I’ll follow you.” Kereta BMW 7 seriesnya terus memberi signal untuk masuk ke lorong kiri dan bersedia untuk memasuki kawasan R&R Tapah. Keretanya dipakirkan bersebelahan dengan kereta Honda City milik Syazra. Syazra memberi isyarat kepada Syed Zariff memaklumkan bahawa dia mahu ke tandas, usai menyegarkan diri, dia menuju ke surau pula. Dia mahu menunaikan solat maghrib dijamakkan dengan isyak. Usai menunaikan solat Syazra segera keluar. Tidak mahu berhimpit dengan pengguna lain yang mahu menunaikan juga tanggungjawab yang satu itu. Lebih baik dia keluar bersiar-siar disekitar hentian rehat itu sebelum kembali meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sedang dia memakai kasut, telefon bimbitnya berdering.
“Assalamualaikum, ada apa?” Soal Syazra sopan. Sebaik panggilan tamat dia mengeluh. Mahu atau tidak dia harus juga akur pada kehendak pemanggilnya.Syed Zariff memintanya untuk datang ke deretan gerai makanan yang tersedia di kawasan rehat berkenaan.Sambil berjalan, dia mengomel geram.
''Leceh betullah, ajak minum pula.''Kalau diikutkan , Syazra jarang singgah untuk makan atau minum di hentian rehat, bukan apa, dia rimas berada di tempat yang padat dengan orang ramai.
Mujur kelibat lelaki itu kelihatan juga,Syazra lantas menghampiri.Nampaknya Syed Zariff belum menyedari kehadirannya.
“Zaff.” Syed Zariff yang tenang memerhatikan gelagat pengunjung hentian rehat itu, mengalihkan pandangannya kepada Syazra. Terpersona dia melihat betapa halusnya dan comelnya wajah isterinya biarpun tanpa calitan alat solek. Tapi isterinya memang jarang bermekap. Pergi ke pejabat hanya berbedak tipis dan bergincu nipis. Bukan seperti Thalia, setiap kali keluar dengannya pasti meminta dibelikan itu dan ini. Dari pakaiannya hinggalah alat solek, tidak termasuk pakaian dalam dan baju tidur. Adakalanya Thalia bertindak nakal dengan bertanya kepada dirinya, pakaian dalam mana atau baju tidur mana yang paling sesuai untuk dirinya. Memang jika tidak kuat iman didada, sudah pasti dia akan menerkam gadis itu. Dia tahu, jika dia menginginkan sesuatu yang lebih dalam hubungan mereka, Thalia pasti tidak kisah. Malahan gadis itu acap kali menggodanya untuk tidur bersama. Kalaulah Syazra berani berpakaian begitu didepannya, pasti sudah lama diterkam. Mujur Syazra tidak pernah berpakaian menjolok mata didepannya.
“Awak… dah order air ke?” Soal Syazra. Syed Zariff masih memandang wajah Syazra tidak berkelip. Malam ini, dia mengakui juga Syazra Nurania yang dinikahinya 5 bulan lalu bukan sebarangan orang. Malah tidak dinafikan Syazra jauh lebih jelita dari Thalia.
“Awak! Saya tanya ni.” Sergahan Syazra membuatkan dia terpinga-pinga. Wajah bengang wanita itu ditatap lagi sehingga berubah warnanya. Comelnya dia, dengan pipi kemerah-merahannya.
“Tanya apa tadi Syaz?”
“Awak dah order air ke?” Soal Syazra lagi. Kenapa dengan Syed Zariff ni? Muka aku ada yang tak kena ke? Pandang macam nak telan je. Comelnya.
“Belum.” Syazra yang duduk, bingkas bangun.
“Saya nak pergi order air kejap, awak nak air apa?” Soal Syazra.
“Huh?” Sekali lagi Syed Zariff terpinga-pinga. Hei apasal aku ni? Dah dua kali berangan.
“Air.. awak nak minum apa? Saya nak pergi beli kejap.” Ulang Syazra lagi.
“Err…” Alamak, apasal dengan suara aku ni? Macam tak boleh keluar je. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Dia melihat sekejap papan tanda harga yang memaparkan jenis-jenis air yang dijual. Syazra pula sudah penat menunggu. Terus dia menyergah Syed Zariff.
“ABC!” Terkeluar perkataan itu dari mulut Syed Zariff. Laju macam tren komuter! Bukan setakat Syazra, Syed Zariff juga terkejut. Punyalah lama dia fikir, ABC dia nak minum rupanya, tapi waktu malam macam ni sesuai ke minum ABC? Dah lah baru lepas hujan. Cuaca sejuk .Betul ke tak dia ni?
Dalam banyak-banyak air, macam mana aku boleh tersebut ABC pula ni? Alamak, mesti dia ingat aku dah tak betul.
“Sure nak minum ABC?” Soal Syazra. Manalah tahu Syed Zariff tidak sedar tadi.
“Apasal? Tak boleh ke aku nak minum ABC? Suka hati akulah. Tekak aku, mulut aku, diri aku.” Untuk mengaku salah, dia malu. Bukan dirinya jika berpatah balik atau menarik balik perkataan yang pernah meluncur dari bibirnya. Ego betullah dia ni.
“Hah! cepatlah pergi order, aku nak ABC special tau!” Dengan langkah terpaksa, Syazra akur juga. Aku nak tengok macam mana kau nak telan ABC time sejuk –sejuk macam ni.
Macam mana tekak aku nak telan ABC dalam cuaca sejuk mcam ni? Aduhai… Nak batalkan malu pula. Beberapa minit kemudian Syazra kembali sambil menatang dulang yang berisi air. Dia meletakkan Milo panas dihadapannya dan semangkuk besar berisi ABC ada aiskrim dan pudding didalam minuman sejuk itu. Hampir tercekik dia melihat timbunan minuman sejuk itu didalam cawan besar. Warna warni. Syaza menghirup minumannya penuh nikmat. Matanya memandang tepat ke wajah Syed Zariff. Dia tahu lelaki itu dalam dilema.


fuhyoo..dasyat kan Syed Zariff, time-time hujan pergi minum ABC special

sepatutnya time hujan, minumlah air panas macam Syazra..hish Syed Zariff ni..

“Aik, awak tak minum ke? Tengok je boleh hilangkan dahaja awak ke?’’ Soalnya. Syed Zariff terasa panas telinga mendengar tutur kata Syazra. Pantas dia mencapai sudu dan mula menikmati minuman itu. Hakikatnya seluruh tubuhnya sudah tidak tentu arah. Dalam mulutnya terasa sejuk yang amat. Tak mahu kalah dengan Syazra dia mengagahkan juga dirinya menghabiskan minuman itu. Syazra melirikkan matanya kearah suaminya. Kesiannya. Dia bangun menuju ke satu arah. Melihat Syazra yang beredar dari tempat duduk mereka, Syed Zariff cepat-cepat menuang sedikit ABC didalam mangkuknya kedalam singki yang bersebelahan dengan tempat duduk mereka, biar tinggal separuh. Dari jauh, Syazra Nampak perbuatan suaminya .Dia bukanlah kejam sangat. Sewaktu dia memesan minuman tadi dia sempat memesan mee sup untuk kedua-dua mereka. Dia kembali mengahyun langkah menuju ke meja mereka dengan menatang dulang mengandungi mangkuk berisi mee sup yang masih berasap. Sewaktu dia melewati satu meja yang diduduki sekumpulan lelaki, salah seorang dari kumpulan itu menegurnya.
“Hai, cik adik manis. Seorang saja ke?” Syazra tidak mengendahkan teguran itu, dia sekadar meneruskan perjalanannya.
“Sombongnya. Meh lah borak dengan kami. Cik adik ni seorang ke? Abang pun kebetulan bujang lagi. Bolehlah kita berkenalan. Cik adik cantik, abang pula kacak. Sesuai sangatlah tu. Nama abang Radhi. Nama awak?” Syazra mulai bosan. Dia mengerling sedikit melihat Syed Zariff yang sedang membelek handphone di tangannya.
“Saya dah kahwinlah Encik Radhi. Tu suami saya.” Syazra menunjukkan suatu arah, lelaki yang bernama Radhi itu memandang ke arah Syed Zariff.
“Saya tak percaya dia suami awak, kalau betul dia suami awak, kenapa dia tak kisah awak kena kacau?” Syazra mengancing giginya. Dia tidak menghiraukan lelaki bernama Radhi yang sibuk mengikut jejak langkahnya. Sebaik tiba di hadapan Syed Zariff terus dia memeluk lengan lelaki itu.Dengan manja dia melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.
“Abang.. sorry lambat. Ni ada encik ni nak kenal dengan abang.” Syed Zariff terasa ubun-ubunnya dan hatinya bagai disapa kedinginan musim sejuk. Anehnya dia selesa Syazra menperlakukannya sebegitu.
“Ada apa encik? Kita kenal ke?” Syed Zariff faham permainan yang dimainkan Syazra. Melihat personaliti Syed Zariff, Radhi mulai gentar. Fahamlah dia suami gadis yang menarik perhatiaannya itu memang menarik, kacak, tinggi dan sasa. Pakaiannya dan penampilannya hebat. Mesti kerja besar ni.
“Sorry lah brother. Saya ingat isteri awak belum berpunya. Itulah, lain kali jangan biarkan isteri cantik awak ni berjalan sorang-sorang, banyak mata yang tertarik.” Pesan lelaki itu. Kedengaran ikhlas. Sejurus lelaki itu beredar Syed Zariff memandang Syazra.
‘’Explain.” Hanya sepatah ayat yang keluar dari bibirnya. Syazra menarik nafas lega. Berhadapan dengan kemarahan Syed Zariff tidaklah menakutkan dirinya sebagaimana berhadapan dengan gangguan seperti tadi.
“Laparlah.” Syazra melepaskan pegangannya pada lengan Syed Zariff. Zariff bertindak pantas mencekup pergelangan tangan Syazra. Syazra cuba meronta.
“Explain.” Ulangnya. Kali ini dibiarkan bebola matanya menjelajahi wajah isterinya.
“Lepaslah awak, malu sikit orang tengok tu.” Dia melarikan matanya memandang sekeliling. Benar mereka menjadi perhatian orang di sekeliling. Syed Zariff berdeham sedikit. Kemudian dia kembali memadang meja di hadapannya.
“Apa ni?” Soalnya.
“Eh, awak tak nampak ke proposal projek ni.. La siannya.” Sindir Syazra. Kening Syed Zariff bertaut.
“Mana ada proposal yang aku nampak cuma mangkuk berisi mee sup.” Giliran Syazra pula mengerutkan keningnya.
“Hah, bukan proposal projek ke?”
“Syaz!” Jeritnya. Namun nada suaranya sedikit terkawal. Geramnya dia dipermainkan begitu.
“Mee sup lah awak.” Ketawa Syazra masih tidak berhenti. Syed Zariff menatap wajah itu sepuasnya. Cantiknya dia. Wajah itu tampak kemerahan. Mata hitam berkilatnya sedikit berair, menambahkan kilauannya. Sungguh cantik. Tak puas menatap wajah cantik itu. Geram kerana diketawakan, Syed Zariff menarik hidung Syazra. Terdiam terus wanita itu dan barulah Syed Zariff tersedar, dia sudah melampaui batas!

baikkan Syazra, sanggup dia pergi tolong belikan Mee sup untuk lelaki poyo macam suami dia..
yum..yum...memang best tau makan mee sup time hujan tambah pula dengan sambal kicap..yummy!!!

“Awak, lebih baik cepat habiskan makanan awak. Dah dekat pukul 10 malam ni, pukul berapa pula nak sampai rumah. Esok kerjakan.” Syed Zariff masih terbayangkan wajah Syaza ketika ketawa tadi. Baru hari ini, dia melihat wajah murung itu gembira. Seminggu di kampung, raut wajahnya mempamirkan riak sedih, risau memikirkan kesihatan bapanya. Wajah itu terus bermain dimindanya. Entah kenapa dia terasa mahu mengingati wajah itu selamanya.

Nampaknya  syed zariff semakin tertarik dengan wife dia..
tunggu next entry...
insyaallah next entry will be post A.S.A.P...

selamat membaca


No comments:

Post a Comment