Thursday 1 August 2013

seandainya aku tahu-5

Hujung minggu itu Syazra sudah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di negeri Jelapang Padi. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun dan menyiapkan barang keperluannya. Setelah memasukkan semuanya ke dalam bonet kereta, dia sudah berkira-kira untuk masuk ke tempat pemandu sebelum sebuah kereta model Audi A8, menghalang laluannya. Syazra kenal pemilik kereta itu. Pemandu kereta itu keluar dari tempat pemandu seraya menghampiri Syazra.
“You nak pergi mana ni Syaz?” Soal Syed Zariff. Gayanya sangat bersahaja.Cermin mata hitam yang menutupi matanya ditanggalkan dan di sangkutkan pada leher baju yang dipakainya.
“Saya nak balik kampung.” Balas Syazra. Lelaki itu memandang paras si isteri yang ringkas dan manis berblaus ala kimono paras peha bewarna biru gelap, dipadankan dengan jeans putih. Tudung bawal bewarna putih terletak elok di atas kepalanya. Manisnya dia... Puji Syed Zariff. Kerutan di kening Syazra membuatkan dia kembali sedar tujuan dia datang bertemu wanita itu.
“Hmm… aku laparlah. Kau dah breakfast?” Syazra mengangguk.Tingkah laku lelaki dihadapannya itu kelihatan sedikit aneh.
Syed Zariff kalau bercakap memang ikut suka sahaja. Kejap menggunakan kata ganti nama kau dan aku, di waktu yang lain pula, I dan you. Jika dihadapan keluarganya abang- sayang. Syazra memang sudah lali. Sudah terbiasa.
“Hmm... okeylah, aku balik dulu. Kau pasti dah kunci semua pintu dan tingkap? Tak ada suis terbuka kan?” Soal Syed Zariff. Syazra sekadar mengangguk.Melihat anggukkan Syazra, Syed Zariff terus sahaja masuk kedalam perut keretanya dan memandu jentera mewahnya itu meninggalkan Syazra. Aneh sekali kelakuan lelaki itu. Datang jumpa aku pagi-pagi tanya pasal dah breakfast ke belum, lepas terus balik. Ke dia plan nak ajak aku pergi breakfast sekali? Persoalan itu masih bermain di mindanya walaupun kereta lelaki itu telah lama hilang dari pandangan.


DI DALAM KERETA...
Zaff, what’s wrong with you man? Buang tebiat ke apa? Tak pernah-pernah kau nak care pasal dia, tetiba hari ni kau teringin sangat nak jumpa dia? Syed Zariff mengutuk dirinya.
Pagi-pagi lagi sewaktu dia bangun dari tidur, dia sudah bersiap. Niatnya hanya satu, mahu bertemu Syazra. Peliknya! mungkin sebab Thalia tak ada kat sini. Aku jadi pelik macam ni. Sudah hampir 5 bulan usia pernikahan mereka. Dia hanya pulang ke vila mewah yang dihadiahkan oleh kedua orang tuanya sekali sekala sahaja. Selebihnya dia lebih senang bermalam di kondominium mewahnya. Dia takut jika terlalu rapat disisi Syazra, hatinya akan berubah. Tidak... aku akan ceraikan dia. Hati aku hanya untuk Thalia Quesandra, bukan Syazra Nur Rania. Aku pasti itu, lagipun aku dah bayar dia untuk jadi isteri kontrak aku. Antara kami cuma hubungan suami isteri yang temetrai di atas kertas. Kelajuan kereta dipertingkatkan.

............................................................................................................

Syazra tiba juga di kampungnya yang terletak di kawasan Sungai  Petani, Kedah. Letih memandu kereta masih terasa, namun dia tidak menolak ketika Salmiah memintanya memasak untuk makan tengah hari. Sedangkan emaknya pula keluar mengikuti Kak long nya. Walaupun letih, Syazra sedikit pun tidak berungut. Itulah sikapnya. Syazra meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik. Baju yang dipakainya diganti dengan kain batik dan t-shirt yang diambil dari dalam almari. Ruang biliknya masih sama. Ruang bilik itu tidak mempunyai katil, hanya tilam nipis dijadikan alas tidur. Terdapat juga meja kopi yang dijadikan meja belajar olehnya. Itupun ihsan jiran depan rumahnya, Pak Hamid. Di dalam biliknya tiada barangan mewah, jauh bezanya jika dibandingan dengan bilik kak longnya. Bilik itu merupakan bilik terbesar di dalam rumah papan dua tingkat yang hanya menempatkan 4 buah bilik tidur. Bilik tidur kak long lengkap dengan set perabot. Sedangkan dia? Hmm… biarlah. Dia tidak kisah. Yang penting dia mempunyai ruang di dalam rumahnya sendiri. Lebih dari itu, dia bersyukur dia masih mempunyai keluarga. Azan surau berdekatan menyedarkannya dari terus mengelamun. Syazra baru tersedar, dia masih belum memasak. Ya Allah, kesian ayah. Terkocoh-kocoh dia keluar dari bilik dan turun ke dapur.
“Ayah, maaf. Syaz baru siap masak ni. Ayah nak makan sekarang ke?” Soal Syazra.
Pilu hatinya melihat kesihatan ayahnya yang kian merudum. Sallehuddin terpaksa berpaut pada kepala katil untuk duduk bersandar. Sallehuddin mengosok kepala anaknya. Patutlah hatinya terasa begitu lapang semalam, rupanya anak perempuan kesayangan itu akan pulang.
“Syaz... bila balik?” Lambat-lambat dia bertanya. Bibir pucatnya mengukir senyuman.
“Baru sampai. Ayah sihat?” Soal Syazra. Sallehuddin sekadar mengangguk
“Aik... mengangguk je? Sihat ke tak?” Soal Syazra.
Senyuman ayahnya kian lebar. Hanya Syazra yang bisa menceriakan hatinya. Anak itu tahu bila masanya dia marah, sedih, gembira dan sakit. Syazra memang anak yang baik. Dia juga tidak menafikan, di antara anak-anaknya yang lain, Syazra lebih bijak mencuri perhatiannya. Dia anak gadis yang baik, lemah lembut, tutur katanya sopan. Punyai wajah yang jelita. Jika dibandingkan Syazra dan anak sulungnya, gadis ini ternyata lebih menawan. Masakan tidak, ketika gadis itu baru tamat peperiksaan SPM pun sudah ada beberapa kenalannya mula merisik gadis itu untuk dipasangkan dengan anak bujang mereka. Sallehuddin menolak. Dengan alasan, hidup Syazra, biarkan dia tentukan sendiri. Dia tidak mahu masuk campur. Siapa pun pilihan gadis itu, dia akan terima. Justeru sewaktu Syazra mengkhabarkan kepada dirinya bahawa dia memilih Syed Zariff untuk dijadikan suami, Sallehuddin merestui. Bukan harta serta kedudukan yang menjadi taruhannya. Asalkan anak-anaknya bahagia, dia ikutkan sahaja.
“Kalau dah sampai masanya, sebakul ubat pun ayah makan tak guna. Suami kamu mana? Tak balik ke?” Soal Sallehuddin.
Syazra kematian kata-kata. Alahai Ayah, part ni yang tak berapa best ni. Tak ada jawapan nak bagi. Jangankan A,B,C... talian hayat pun tak ada.
“Errr… Zaff… ada kerjalah ayah. Kenapa?” Soal Syazra. Sallehuddin mengusap rambut Syazra. Mata anaknya yang bewarna hitam berkilat direnung. Teringat dia pada wajah wanita yang pernah dicintainya.



cantikkan mata Syazra?

“Syaz keluar rumah ni, suami kamu tahu ke tak?” Dia sudah lama makan asam garam kehidupan. Dia tahu, perkahwinan anaknya dan menantunya ada agenda yang tersembunyi. Dia tahu.Meskipun anaknya tidak pernah meluahkan, hati orang tua sepertinya sukar ditipu.
“Dia izinkan ayah.Takkanlah Syaz nak keluar rumah tanpa izin dia. Malam nanti, Insyaallah Syaz try call abang. Suruh dia cakap dengan ayah ya?”Syazra mengukir senyuman hambar.Dia tak pernah ambil tahu pun mana Syaz nak pergi.Syaz pun tak tahu, jatuh hukum macam mana. kami masing-masing bawa haluan sendiri.Dia ke timur, Syaz ke barat ayah.Maafkan Syaz...Syaz cuma nak ayah bahagia.
“Kamu bahagia nak?” Soal Sallehuddin. Tangan Syazra yang sedang mengemas laci meja di sebelah kiri katil ayahnya terhenti.
“Mestilah bahagia, kenapa ayah tanya?” Dia tidak berani menentang mata itu. Maafkan Syaz ayah... Syaz dah tak ada pilihan lain…ah biarpun beratus kali dia memohon kemaafkan, segalanya tidak akan berubah, keputusan telah dibuat, perjanjian juga sudah termeterai diatara dia dan suaminya.
“Macam mana kamu boleh nikah dengan anak Tan Sri tu Syaz? Sebelum ni tak ada pun kamu cerita pasal dia.” Lembut tutur kata ayahnya.Memang itu yang ingin diketahui dari mulut anaknya.Pernah sekali dua, dia mendengar orang kampung mencanang cerita, bahawa perkahwinan anaknya terlalu cepat.Dia juga sudah mati akal tatkala ditanya tentang asal usul perkenalan anaknya dan menantunya. Yang dia tahu, Syazra tiba-tiba mengkhabarkan kepada dirinya bahawa dia akan berkahwin dengan Syed Zariff.Sedangkan sebelum itu anaknya cukup liat untuk menyentuh perihal jodoh.
 Ya Allah. Apa aku nak jawab ni?jantungnya berdegup kencang.Penat otaknya dikerah untuk mecari jawapan untuk soalan ayahnya.
“Err... Syaz malas nak heboh-heboh. Lagipun, abang sukakan privasi, kecohlah kalau orang tahu kami bercinta. Alah, Syaz dah sah jadi isteri abang Zaff, tak cukup kuat lagi ke cinta kami ayah?” Syazra pura-pura tersipu. Ya Allah, ampunkan dosa aku. Syaz terpaksa tipu ayah. Sallehuddin mengangguk-gangguk.
“Syaz... bila agaknya ayah nak timang cucu?” Gulp! Soalan maut ni…
Mulalah dia nak garu, tu garu ni. Sallehudddin tersenyum sedikit melihat kekalutan anaknya. Jelas pipinya bertempek warna merah. Malulah tu.
“Ala ayah ni, Syaz dengan abang Zaff masih belum sedia. Tu kak long tu dah ada dua orang anak dah. Dua-dua hero. Tu dalam perut kak long lagi…” Rungut Syazra.Hish ayah ni,  perkahwinan aku ni aku pun tak tahu kemana hala tujunya.Ayah dah mula menaruh harapan.Nak cucu?Hmm..sanggup ke aku serahkan diri aku pada Syed Zariff semata-mata kerana nak penuhi permintaan ayah? yang tu belakang cerita, tapi masalah sebenarnya, nak ke lelaki tu berkompromi dengan permintaan ayah?
Sallehuddin ketawa. Nakal dan bijak menjawab... macam ibunya. Ada kisah lama yang tersimpan kukuh di dalam dirinya. Kisah yang sangat tragis. Sehingga sekarang, setiap kali dia melihat bening wajah itu, fikirannya pasti teringatkan wajah seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya. Disebabkan itulah penyesalannya bertimpa-timpa, namun apakah daya... nasi dah jadi bubur.


Sambil-sambil tu saya tunjukkan keindahan kampung halaman Syazra yang terletak dinegeri jelapang padi..



jalan masuk ke kampung Syazra..lawa kan?

permandangan sawah padi











No comments:

Post a Comment