Friday 2 August 2013

seandainya Aku Tahu-7

sambungan entry terdahulu....

psstt...ada orang tanya saya.. betul ke Nia tu Syazra?
hmmmm....baca dulu bab 6... 

SYAZRA terasa sayu tiba-tiba, dia terasa namanya diseru seseorang. Ketika itu, dia sedang menyiapkan makan malam untuk adik-adiknya .Kebetulan pula, adik lelakinya yang belajar di politeknik Perak  pulang bercuti. Makin riuhlah rumah.
“Kak Ngah… mak tanya, nasi akak dah senduk ke belum?” Soal Farhani. Adik bongsunya yang berusia 17 tahun.
“Akak baru nak senduk, nasi baru je masak. Kak long makan sini sekali ke?” Tanyanya. Spontan bibirnya mengukir senyuman manis.

“Hai.. tak boleh ke aku nak balik rumah sendiri?” Sindir Kak Longnya. Syazra cepat-cepat mengeleng. Farhani pula sudah melarikan diri ke hadapan. Diantara kak ngah dan kak long, dia lebih takutkan kak long. Kak long garang macam ibu harimau hilang anak.

aumm..aumm...garang macam ni kot kak long..hihihi ada-ada je si Farhani ni samakan kak long dengan harimau
 Kak ngah lain.Kak ngah lembut je. Cantik pula tu, sampaikan pernah guru muda disekolahnya merisik berita kak ngahnya daripadanya. Pelbagai barang diberi kepada Farhani sehingga timbul perasaan iri hati dalam kalangan rakan-rakannya. Semuanya gara-gara guru muda itu pernah berbalas senyuman dengan Syazra yang pada ketika itu  sedang menghantarnya ke sekolah.

“Eh, mana ada Syaz cakap macam tu, Syaz lagi suka kalau kak long makan sini.” Farina mejeling sekilas. Dia cemburu dengan adik tirinya. Ya..Syazra merupakan adik tirinya, anak ayahnya dengan dengan isteri mudanya. Ketika Syazra lahir, dia sudah besar, sudah bersekolah tadika. Cuma, dia, ayahnya dan emaknya sahaja tahu status sebenar Syazra. Dia tidak membuka mulut kerana ayahnya sudah berjanji untuk mewasiatkan kepadanya tanah sawah milik ayahnya kepada dirinya. Itu sudah cukup untuk menutup rahsianya. Tambahan pula adik tirinya itu berkahwin dengan orang kaya. Hmm... bolehlah dia menumpang senang.
“Syaz, apa lagi yang kau buat kat dapur tu? Semua orang dah lapar. Cepat bawa nasi datang ke depan.” laung Salmiah. Segera dia membawa bekas berisi nasi ke ruang makan di depan. Dengan sopan dia menyedukkan nasi untuk semua orang. Sampailah giliran abang iparnya, Kamal.
“Terima kasih Syazra. Lama Syaz tak balik kampung. Sibuk sangat ke?” soal Kamal. Dirinya teruja  apabila Farina memberitahu bahawa Syazra ada di kampung. Adik iparnya itu jauh lebih cantik dari isterinya. Dari muda dia memang meminati Syazra, tapi apakah daya. Sewaktu mahu meminang, pihak keluarganya dan juga pihak keluarga Sallehuddin tersalah orang. Sebenarnya dia mahu meminang Syazra, tetapi pinangan itu telah dibuat untuk Farina. Apakah daya. Terpaksalah dia menikahi wanita itu. Farina sudah pastilah gembira. Lelaki yang dipuja dalam diam, turut mencintainya. Jika ada masa dan kesempatan, Kamal selalu mendekati Syazra. Wajah mulus itu membuat diri rasa tak keruan. Bertuahlah siapa yang menjadi suaminya. Rasanya baru sekali dia bertentang mata dengan suami wanita itu. Mereka memang sepadan. Sama cantik, sama kacak. Siapa yang tidak kenal CEO Puncak Alam Holding. Syarikat yang tersenarai di tempat ke tiga, syarikat paling berpengaruh dan kukuh di Malaysia.

“Ehem. ehem.. abang tengok apa? Makan.” Kasar nada isterinya. Baru dia perasan, sedari tadi dia hanya memandang wajah adik iparnya. Terus dia menyambung kembali suapannya. Sempat lagi Farina mencubit lengannya.
“Syaz.. hulurkan abang sambal ikan tu.” pintanya. Lunak suara lelaki bernama Kamal itu mengalun namanya membuatkan tekak Syazra loya. Kamal! Lelaki itu ada hati padanya. Sudah beranak 2 pun gatalnya tidak berubah. Disebabkan mereka makan  beramai-ramai, Syazra turutkan juga kehendak abang iparnya. Dalam pada Syazra menghulurkan mangkuk berisi sambal ikan sempat lagi lelaki itu menyentuh tangannya. Jelingan Kak longnya membuatkan Syazra kecut perut.

“Abang!” Pegangannya pada tangan Syazra juga terlepas. Syazra lega. Seleranya terbantut , tak kuasa dia duduk semeja lama-lama dengan abang iparnya yang gatal itu. Dia dapat menghidu bunga-bunga pergaduhan. Cepat-cepat dia menghabiskan suapan nasinya lalu membawa pinggannya ke dapur untuk dibasuh. Selepas itu, Syazra menceduk bubur nasi yang direneh untuk ayahnya.Perlahan-lahan dia menatang dulang yang mengandungi mangkuk berisi bubur nasi dan juga segelas air untuk diberikan kepada ayahnya.
“Ayah, bangun. Makan dulu, Syaz ada buatkan ayah bubur.”  Aik,ayah terlelap ke?nak masuk ke tidak? Syazra menunggu sejenak, sambil itu dia sempat mendengar suara kak long sedang memarahi anaknya.Hm..itu tak ada lain tengah lepas marah.Kak long ni, anak kecil macam tu pun dia nak marah.Bosan menunggu, Syazra terus sahaja memulas tombol pintu.Sebaik Syazra menyisir tirai yang menutupi pintu bilik ayahnya, dia terkejut. Hampir-hampir terlepas dulang makanan yang berisi bubur ayam kegemaran ayahnya. Cepat-cepat Syazra meletakkan dulang diatas meja solek dan menghampiri ayahnya.Terasa kering darahnya melihat tubuh itu terbaring di lantai.
“Ayah.. kenapa ni? Ayah nak air?” Soal Syazra. Batuk ayahnya semakin teruk. Seksa benar lelaki itu. Syazra mengambil minyak angin dan mengosok-gosok dada ayahnya .Tulang-tulang dada jelas kelihatan. Nafas ayahnya turun naik. Air mata Syazra mula mengalir.Y a Allah… redakanlah sakit ayahku. Tiba-tiba.. darah mengalir dari celah bibir ayahnya.
“Ayah…!!!” Jeritan Syazra menarik minat emaknya.Salmiah berkejaran menuju ke bilik tidur.
‘’Kenapa dengan ayah?” Soal Salmiah. Syazra tidak menjawab soalan yang diutarakan emaknya, sebaliknya dia menjerit memanggil nama Kamal. Dia perlukan bantuan lelaki itu untuk membantunya mengangkat ayahnya ke dalam kereta .Mendengar sahaja namanya dilaung, Kamal segera menghulurkan bantuan, hish kenalah tunjuk rajin depan adik iparnya yang cantik itu.Lega sikit dapat larikan diri dari bebelan Farina.Tak habis-habis nak membebel.Rimas.Tanpa berlengah dia mengerah kudratnya untuk mecempung tubuh kurus ayahnya sambil dibantu oleh Syazra.Ayah perlu segera dikejarkan ke hospital.
Malam itu juga ayahnya dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Menurut doctor, sel-sel kanser didalam paru-parun ayahnya kian merebak. Pembedahan yang dijalankan tempoh hari tidak mampu membendung penyakitnya daripada melarat.
“Maafkan saya… Penyakit ayah cik sudah berada ditahap keempat. Pembedahan tempoh hari tidak dapat membantu. Satu lagi yang perlu cik tahu, tubuh badan ayah cik sudah semakin lemah, masanya sudah semakin hampir. Berdoa banyak-banyak moga ada keajaiban berlaku.” Kata-kata doktor muda itu tergiang-giang di telinganya.



 Kesian Syazra kan?agak-agak apa yang jadi seterusnya?
Kamal jatuh hati pada pada adik iparnya sendiri?

rasanya dah terjawab sudah persoalan tentang NIA dan Syazra..
agak-agak apa reaksi Syazra kalau dia tahu perkara sebenar?

yang tu kena tunggu cerita selanjutnya



selamat membaca!!!

No comments:

Post a Comment