Tuesday 6 August 2013

seandainya aku tahu- 13

SYED HAFEEZ berjalan mundar mandir di dalam kamar tidurnya. Adiknya Syarifah Hazlin mengerutkan dahi memandang perlakuan abangnya. Eh along  ni, peliknya macam orang putus cinta je. Putus cinta? Ada ke orang nak dengan along? Hehehe. Kalau along tahu aku cakap dia mcam tu, mengamuk dia nanti. Along tak adalah teruk sangat, handsome lah juga abang aku ni. Kalau tak, takkanlah kawan aku sibuk nak mengedik dengan dia. Hampeh punya kawan. Datang rumah aku bukannya nak tanya khabar aku, tapi sibuk nak tanya pasal abang aku. Syarifah Hazlin tersenyum sumbing. Raihana memang syok gila dengan along. Sayangnya, along tak pandang dia. Aku pun tak ingin dapat kakak ipar tak betul macam tu. Sengal ubi!
“Along. Kenapa ni? Macam harimau hilang anak je. Along panggil Lin datang sini, semata-mata nak tunjukkan muka bermasalah along ke?” Sergah adiknya. Rimas dia melihat abangnya itu berjalan ke hulur ke hilir tanpa arah tujuan. Syed Hafeez berhenti melangkah. Wajah comel adiknya dipandang sekilas. Rileks je adik ni, aku je yang tengah pening pikir nak bagi hadiah apa kat mama.

comel tak Syarifah Hazlin?
“Dik, along tengah buntulah. Seminggu lagi birthday mama, along tak tahu nak beri mama hadiah apa. Adik ada cadangan?” Soalnya sambil melabuhkan punggung disebelah adiknya. Jika tadi Syed Hafeez berkerut dahi, kini giliran adiknya pula. Lama juga gadis itu berfikir. Akhirnya dia memandang alongnya sambil mengelengkan kepala.
“Apa lagi yang kita belum hadiahkan pada umi?” Soal Syed Hafeez. Syarifah Hazlin bingkas bangun dari sisi katil lalu menuju ke meja kecil yang terdapat di penjuru kanan kamar tidur abangnya. Dia membuka laci yang kedua lalu mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen. Kemudian dia kembali semula duduk di sisi abangnya.
“Adik nak buat apa?”
“Lin nak senaraikan semua hadiah yang kita pernah bagi kat mama. Baru senang nak beli hadiah kali ini.” Syed Hafeez mengangguk-gangguk. Dia ikut serta menyenaraikan segala  barang yang pernah di belikan khusus untuk mamanya sempena ulang tahun kelahiran wanita kesayangannya itu. Tekun keduanya berbincang sehingga kehadiran Datin Syarifah Wahida ke bilik itu tidak disedari mereka.
“Anak-anak mama buat apa ni? Puas mama cari, kat sini rupanya kamu berdua. Jom turun minum petang. Hari ni Mak Esah ada buatkan kuih kesukaan  Feez. Feez suka kuih seri muka kan? cepat turun.” Kedua-duanya tersengih nakal.
“Hah, senyum-senyum macam ni, mesti ada benda yang korang sorokkan dari mama? Cepat cakap.” Syed Hafeez mengarahkan supaya Syarifah Hazlin menyorokkan kertas berkenaan daripada pengehtahuan Datin Syarifah Wahida.
“Tak ada apalah mama, ni Lin minta pendapat Feez pasal assignment tu. Lin, along nak turun makan dulu. Nanti malam kita sambung. Jom mama, Feez tak sabar dah nak makan kuih tu.” Sempat dia mengenyitkan mata pada adik perempuannya.
“Ei mana boleh turun sorang, Lin pun nak ikut juga. Abang, jom kita race. Siapa yang paling cepat sampai bawah, dia menang.” Sekelip mata mereka berdua berlari turun ke bawah. Seri muka!!!!! Here we come.. yum.. yummm.. yumm tak sabar nak makan kuih seri muka. Kalau Mak Esah yang masak tak payah nak mempertikaikan lagi, confirm sedap.

yum..yum kuih seri muka hasil air tangan Mak Esah..

.
PADA WAKTU MALAMNYA, Syed Hafeez dan Syarifah Hazlin berkumpul sekali lagi untuk berbincang perihal hadiah yang akan diberikan pada ulang tahun kelahiran mama mereka. Masing-masing kebuntuan idea.
“Adik dah buat short list. Kasut ,jewelery and handbag. Antara ketiga-tiga benda ni, mana yang along rasa paling okey untuk mama?” Soal Syarifah Hazlin.
“Ntah lah dik. Along tak tahu.” Syed Hafeez mengosok kepalanya yang tidak gatal.Susah lah benda ni, buat proposal projek pun lagi senang dari pikirkan benda ni.
“Along tak ada kawan perempuan ke? Cuba tanya pendapat kawan-kawan along.” Syarifah Hazlin memberi cadangan. Ketika itu yang tergambar di ruang mindanya hanya satu. Syazra Nur Rania. Spontan dia memetik jari.
“Yes, along tahu nak cari siapa.” Mata Syarifah Hazlin bersinar. Along mesti nak ajak girlfriend dia. Syukur Ya Allah, akhirnya along ada juga kekasih hati. Aku ingat along aku ni nak masuk kelab bujang terlajak.
“Siapa along?” Soal Syarifah Hazlin, ingin tahu.
“Adalah. Nanti lah along cakap. Hah, sekarang ni along ada kerja lain nak buat, adik ada nak cakap apa-apa lagi tak? Kalau ada baik cakap sekarang, Kalau tak ada so..please..” Syed Hafeez menunjukkan arah pintu, Syarifah Hazlin memuncung. Ei.. baru nak korek rahsia.Dia sengaja berlengah-lengah didalam bilik abangnya.Sambil itu matanya liar memandang sekeliling kamar tidur itu.Manalah tahu ada gambar perempuan ke, bunga ke..Syed Hafeez perasan arah tuju mata adiknya.Ni tak ada kerja lain mesti nak korek rahsia.
“...if you don’t mind” sambungnya lagi , kali ini tanganya dihalakan kearah pintu.Faham-fahamlah sendiri. Syarifah Hazlin bingkas bangun sambil menghentak-hentakkan kaki, dia berlalu pergi. Syed Hafeez ketawa besar melihat tingkah adiknya itu. Dia kemudian mencapai telefon pintar Samsung Galaxynya. Lincah jemarinya menekan sesuatu pada skrin telefon berkenaan kemudian butang dial di disentuh. Telefon itu dilekapkan ke telinganya.
“Helo, assalamualaikum Syaz. You buat apa sekarang? I nak minta pandangan you tentang sesuatu, boleh?”suaranya tenang mengajukan soalan kepada wanita itu.
“Tentang apa tu Feez? Insyaallah, I cuba tolong kalau boleh.” Sejuk hatinya mendengar suara lunak Syazra. Hai bertuahnya Zariff dapat mendengar suara dia setiap hari. Kalau cakap dengan Zariff mesti suara dia lagi manja.Sempat lagi otaknya berfikir ke situ.
“I nak jumpa you esok.” Syazra terdiam lama. Nak jumpa esok.. boleh ke tak? Zariff bagi ke aku keluar jumpa Hafeez? Nak kena minta izin dia dulu ke? Syazra diam, dia tunduk merenung hujung baju kaftan batik yang dipakainya. Aku tengah krisis dengan Zaff, kalau aku call dia nak ke pick up?Syazra berdiam diri tanpa memberikan jawapan.
“Err… Feez, I Tanya Zariff dulu, nanti I call you balik, boleh?” Soal Syazra.Rasanya ini yang terbaik.Tanya Zariff dulu.
“Okey. I tunggu call you.”
Selepas perbualannya dan Syed Hafeez tamat dia mendial pula nombor telefon Syed Zariff. Lama dia menunggu jawapan sehingga lenguh tangannya melekapkan telefon ke telinga .Hampir sahaja dia berputus asa ketika panggilan bersambut.
“Hello.. Assalamualaikum. Zaff..”
“Syazra, you kan yang call ni, hang on I panggilkan Zariff.” Terkejut Syazra apabila telefon itu dijawab oleh Tahlia. Apa dia buat dengan Zariff malam-malam buta ni? Harap-harap mereka tidak berdua-duaan dia tempat yang sunyilah. Syazra menanti penuh sabar.
“Dear….cepatlah. Your beloved wife tunggu.” Manjanya suara Thalia memanggil Zariff.Dia mula berfikir yang bukan-bukan.Minta-minta salahlah anggapannya.Hish minta dijauhkan.
“Helo, Zaff..” Terdengar ketawa halus dari corong talian. Syazra mengerutkan dahi. Diaorang lepak kat mana sebenarnya? Malam-malam masih duduk berdua lagi. Apasal suara minah ni lagi yang aku dengar.
“Syazra, this is me.. Thalia. You dah lupakan ya? I Thalia Quesandra. How’s your marriage? I have heard from Zariff that he went to your home town. Then, he said…” Kata-katanya terhenti seketika, sengaja membuatkan Syazra tertanya-tanya. Syazra tekun memasang telinga. Zariff cakap apa pasal kampung aku? Dia cerita yang buruk-buruk ke pada Thalia?
“Dia cakap apa?” Soalnya. Zaff kutuk kampung aku ke?
“He said that he had a very horrible moment at your house. Dengan nyamuk… dengan rumah you yang sempit. Huh, I tak boleh bayangkan macam mana you membesar dalam suasana macam tu. I wonder.” Hatinya mendidih, sakit bagaikan ditusuk sembilu. Zariff mengutuk keluarganya dihadapan Thalia. Sampai hati lelaki itu. Ya memang dia akui, susah senang, buruk baik keluarganya, mereka adalah darah dagingnya. Di rumah kecil itulah dia dibesarkan. Di biliknya yang sempit itulah dia merehatkan diri saban malam, menelaah pelajaran. Rumah kecil itu, bilik sempit itu, itulah dunianya.
“Thalia, Zariff buat apa sebenarnya. Lama lagi ke? I ada perkara nak cakap dengan dia.” Sebelum api kemarahannya bertambah marak, lebih baik dia segera bercakap dengan Zariff.
“Dia tengah mandi. Dah nak sudah I rasa. Syaz, I kesian kan Zaff dan you juga. Selama dia berada kat kampung you, sikap mesra dan peramahnya sekadar gimik. Okey.. Zaff dah siap mandi. Nanti kita borak lagi. Bye..” Syazra mengetap bibir. Telefon bimbitnya di campak keatas katil. Dia sudah tidak peduli apa yang Zariff dan Thalia buat malam-malam begini. Yang tertumpu di mindanya ialah sikap Zariff. Dahulu dia menyangka Zariff tidak seteruk yang disangka. Lelaki itu kelihatan berbeza sewaktu di kampungnya.Sedikit sebanyak, sikap yang ditunjukkannya telah mengikis tanggapan buruk Syazra terhadap Syed Zariff, namun setelah apa yang didengarinya kini, dia tahu bahawa, dia sudah tersilap menilai kebaikkan palsu yang ditunjukkan lelaki itu ketika mereka berada dikampung.
“Siapa call I?” Soal Zariff. Dia sebenarnya berhenti seketika di stesen minyak untuk menggunakan tandas.Tak sangka pula orang ramai beratur untuk menggunakan tandas, mungkin faktor cuaca yang sejuk dan hujan mempengaruhi .
“Wife youlah. Zaff I nak pergi beli air, you nak pesan apa-apa ke?” Soal Thalia. Sebenarnya dia sengaja menipu Syazra. Dia risau mendengar Syed Zariff bercerita tentang pengalamannya dia kampung Syazra dengan nada suara yang girang. Dia bimbang hubungan mereka menjadi semakin rapat. Tadi pun sewaktu mereka makan malam Syed Zariff tersasul menyebut tentang keenakkan nasi goreng dari air tangan Syazra. Mendidih darahnya mendengar kata-kata pujian Syed Zariff terhadap Syazra. Sengaja dia berpura-pura memanggil Syed Zariff dengan nada suara lunak dan manja. Sebenarnya ketika itu dia sedang berada di dalam kereta. Sementara menunggu Syed Zariff keluar dari tandas, dia melayari laman sosial Facebook melalui telefon pintarnya. Pada mulanya dia bersikap acuh tak acuh sahaja apabila telefon bimbit Syed Zariff yang diletakkan di atas dashboard berbunyi. Namun apabila melihat nama pemanggilnya dia mula berasa cemburu. Lantas diatur rancangan untuk membuatkan hati Syazra terluka. Rasakan. Thalia terus sahaja berjalan menuju ke Kedai serbaguna apabila Syed Zariff tidak memberi respon terhadap pertanyaannya. Wajah lelaki itu berubah ceria apabila mendapat tahu bahawa Syazra merupakan pemanggilnya. Setelah kejadian siang tadi, dia rasa bersalah sangat kerana Sayzra menjadi mangsa amarahnya. Sudahlah begitu, demi menolongnya, gadis itu terpaksa berbohong kepada umi.Syed Zariff bersandar pada pintu kereta.Jari-jemarinya mencari nombor telefon Syazra untuk didail.Selepas itu dia melekapkan telefon ke telinga menunggu panggilan bersambut.
“Yes Syaz.. kenapa call I tadi?” Syazra mengetap bibir. Kata-kata Thalia masih tergiang-giang ditelinganya.
“I nak keluar esok. You izinkan tak?” Soal Syazra.Nada suaranya kasar.
“Sebab tu je you call I? Syaz I dah pernah cakap dulukan, you dan I hanya suami isteri di atas kertas. Apa jua aktiviti I you tak perlu tahu and apa jua aktiviti you, I tak perlu tahu. Terpulang you nak keluar dengan siapa. I tak kisah.” Senangnya bibir itu melontarkan kata.Syazra mengigit bibir, terasa macam orang bodoh pula aku telefon dia minta izin nak keluar esok.
“So, maknanya you langsung tak kisah I keluar dengan siapa pun kan?” Soalnya lagi inginkan kepastian.
“Yup, macam nilah Syaz, untuk memudahkan kerja you dan I, mulai saat ini, I izinkan you nak buat apa sahaja yang you suka. You nak keluar dengan siapa atau you nak pergi mana pun I izinkan. So, ada apa-apa lagi?” Soal Syed Zariff tanpa menyedari bahawa hati Syazra sedang terluka.
“No, thanks. Assalamulaikum. Night.” Salam Syazra dijawab didalam hati. Syed Zariff masuk kedalam kereta untuk menghidupkan enjin kereta apabila Thalia sudah berada di sisinya dan keretanya dipandu meninggalkan stesen minyak berkenaan. Dia perlu menghantar Tahlia pulang ke kondominiumnya terlebih dahulu sebelum pulang ke kondominium mewahnya. Dia mahu pulang, mandi dan tidur. Letih dan rimas membelenggu dirinya. Dari pagi keluar, sampai sekarang tak balik lagi. Kalau keluar dengan Thalia memang tak pernah nak balik awal.
“Sayang, you tak mahu singgah rumah I dulu ke?” Pelawa Thalia dengan senyuman menggodanya. Syed Zariff mengeleng. Meskipun dia jenis lelaki yang bebas pergaulannya namun dalam soal perhubungan diantara dua jantina yang berlawanan, dia amat menjaga dirinya. Tidak sekali-kali dia membiarkan dirinya terjebak dengan perangkap wanita. Pantang baginya untuk masuk ke rumah wanita bukan muhrimnya tanpa sebab munasabah. Sebaik Thalia melangkah masuk ke dalam lif, Syed Zariff pantas menghidupkan enjin keretanya. Dia sudah tidak sabar lagi mahu pulang ke rumahnya. Tahlia tersenyum sinis melihat kereta Syed Zariff sudah pun hilang dari pandangannya. Tangan kanannya menyeluk tas tangan bewarna merah dari jenama Prada. Telefon miliknya dicapai lalu jari-jemari runcingnya yang dicat dengan pewarna merah terang pantas mendial nombor telefon seseorang.

“Hello, you, jemput I sekarang. I rindu sangat kat you. Jom pergi clubbing, I dengar ada kelab baru buka kat Bukit Bintang. You jemput I ya sayang. Okey sayang, jumpa you nanti.” Tahlia memandang kiri dan kanan setelah pasti tiada orang memerhatikannya, dia melangkah keluar melepasi pos kawalan keselamatan.

No comments:

Post a Comment