Friday 2 August 2013

Seandainya Aku tahu-6

SYED HAFEEZ baru sahaja pulang dari pejabatnya. Senyap-senyap dia mendekati Datin Syarifah Wahida. Wanita itu sedang leka memberi ikan makan. Dia berjengket-jengket untuk tidak menganggu konsetrasi wanita itu. Perlahan-lahan dia menghampiri Datin Syarifah Wahida.
“Assalamualaikum, Mama!” Hampir terlepas bekas makanan ikan yang dipegang Datin Syarifah Wahida. Pantas wanita itu memiat telinga Syed Hafeez.
“Aduh, sakitlah mama. Lepaslah...”Syed Hafeez memegang tangan mamanya yang memiat kemas telinga kanannya.Merah padam wajahnya ketika itu.Hish, ni kalau adiknya nampak, mahu kena gelak 7 hari tujuh malam tanpa henti. Jatuhlah air mukanya ,kalau itu yang terjadi.Bukannya dia tidak kenal perangai suka menyakat adiknya.
“La, ma... kenapa dengan abang long ni? Hai along, dah tua pun still kena piat telinga ke?” Usik adik tunggal perempuannya. Gadis berusia 19 tahun itu baru sahaja pulang dari rumah temannya, ada perbincangan tentang kertas kerja. Gadis itu kini menuntut di semester 2, di Uitm Shah Alam .Aduh! dia dah nampak, mampus aku, memang kena sakatlah ni.Syed Hafeez memegang telinganya.Berkerut mukanya menahan sakit.Wajah adiknya yang tersengih bak kerang busuk ditatap dengan hati yang panas.Nasib baik tak putus telinga , kalau tidak sampai matilah tak ada orang nak terima dia jadi suami.
“Ini lah akibatnya kalau orang suka sangat buat umur mama jadi pendek. Nasib baik jantung mama kuat lagi, kalau tak, mama dah jalan.” Puas hatinya dapat melihat wajah merah Syed Hafeez. Baru dia tahu, mamanya yang lemah lembut ni, kalau naik angin, tak boleh dibuat main-main.Namun jauh di sudut hatinya, terselit rasa simpati .
“Sorry ma. Feez gurau je tadi. Okeylah ma, Feez nak naik mandi kejap. Lepas tu Feez turun balik.” Syed Hafeez membimbit briefcasenya untuk ke biliknya. Syed Hafeez mengetuk hujung tudung bawal yang dipakai adiknya.Gadis itu hanya menjelirkan lidah membalas perbuatan abangnya.
Di pertengahan jalan dia bertembung dengan papanya, Dato’ Syed Luqman. Papanya hanya tersenyum melihat muka dan telinga kanannya yang memerah.
“Kenapa telinga tu Feez?” Soal Papanya.
“Err...” Belum sempat dia menjawab, adiknya terlebih dahulu menyampuk.
“Along kena sekolahkan dengan mama tadi, mama piat telinga along.” Matanya memandang adiknya tajam. Siap kau... kau bocorkan rahsia aku ek. Nanti kau...Sedikitpun Syarifah Hazlin tidak gentar. Setakat marah, bukannya boleh bawa mati, lagipun dia tahu, marah abangnya tidak kemana.Kejap lagi mesti dah okey.
“Hish kamu ni, dah besar panjang pun perangi tak berubah. Sudah, cepat kedua-dua kamu pergi mandi, lepas tu turun bawah. Minum petang sama-sama.” Kedua-duanya segera mendaki anak tangga untuk ke ruangan atas rumah mewah itu.

Menungan Datin Syarifah Wahida tergencat apabila suaminya menyentuh lembut bahunya.
“Teringat apa mama?” Datin Syarifah Wahida cepat-cepat mengesat air matanya yang hampir gugur.Dia tidak mahu tangisannya disedari oleh suaminya.
“Mama tengok Lin dah besar… Macam tak percaya mama dah ada sepasang anak yang dah besar. Rasanya baru semalam mama tengok dia belajar merangkak. Feez pula, rasanya baru semalam juga mama tengok dia belajar bertatih.” Ada sendu di wajahnya.
“Ma... ma rindu anak mama ya?” Soal  Dato’ Dato’ Syed Luqman. Datin Syarifah Wahida terpempan.Dia tahu?
“Apa papa merepek ni? Kan anak-anak mama ada depan mata.”Dalihnya.Biarlah dia tanggung keperitan itu sendiri.
“Mama rindu Nia ya?” Soal Dato’ Syed Luqman.
“Pa…” Datin Syarifah Wahida memandang wajah suaminya, ketara sangat ke?sampai suaminya pun perasan.
“Papa tahu ma... papa pun teringin nak jumpa Nia. Manalah dia agaknya. Mama ingat papa tak kisah pasal anak kita yang lagi seorang tu ya? Mama silap, anak mama, anak papa juga.” Makin lebat air mata membasahi pipi Datin Syarifah Wahida. Peristiwa kira-kira 25 tahun lalu, terimbau semula. Dato’ Syed Luqman mengesat air mata isterinya, lantas tubuh itu diraih ke dalam dakapan. Dia tahu isterinya memendam rasa. Dia tahu saban hari isterinya tersiksa.



“KELUAR KAU dari disini, aku benci tengok muka perempuan curang macam kau. Perempuan tak sedar diri!”
“Abang, apa salah Ida? Cakaplah bang, jangan halau Ida. Nia macam mana? Sampai hati abang. Ida tinggalkan keluarga Ida semata-mata untuk abang. Tapi.. ini balasan abang untuk Ida? Bang cakaplah apa salah Ida.”
“Tak perlu nak bagi penjelasan. Aku dah nampak sendiri buktinya. Miah  pun cakap benda yang sama. Selama ni, aku ingat kau jujur… Betullah kata Miah.. Kau dah jemu hidup susah.” Raungan  Syarifah Wahida makin kuat. Anak kecil di kendongan Salmiah dirampasnya.
“Abang, kesianlah pada Nia. Ida mengaku. Ida salah, Ida ingkar arahan abang, tapi salahkah Ida ikut abang Man pergi jumpa arwah nenek? Salahkah seorang cucu nak menatap wajah terakhir neneknya? Cakaplah abang!”
“Aku tak izinkan kau pergi jumpa keluarga kau. Kau pergi melawat nenek kau meninggal ada kau minta izin aku? Aku tak ada isteri derhaka macam kau.. Tak boleh ke kau jadi taat macam Miah. Ya.. aku tahu, aku miskin, tak kaya macam Dato’ Syed Luqman. Keputusan aku untuk menikahi kau dulu memang silap.”
“Abang!!!!!” Jerit Syarifah Wahida. Jeritannya membuatkan bayi perempuan di kendongannya menangis kerana  terkejut. Air mata yang mengalir laju dikesat. Bayi perempuannya ditenangkan.
“Ida, anak kau lapar agaknya. Pergilah susukan dia, biar akak pujuk abang Din.” Syarifah Wahida memandang sekilas kearah suaminya. Dia berasa curiga dengan tindakkan madunya. Masakan madunya yang selama ini selalu mencari salahnya tiba-tiba hari ini mahu berbaik dengannya. Antara percaya dengan tidak dia terpaksa mengalah, kerana tangisan bayi perempuan dikendongannya kian kuat.
“Syhh.. sayang mama lapar ya? Mama susukan ya.” Dia menyelak baju kurung yang dipakainya lalu menyusukan bayinya yang berusia 3 bulan. Habis menyusu dan menidurkan anaknya dia meletakkan bayi comel itu diatas katil lalu kembali mendapatkan suaminya.
“Dah habis menyusukan Nia?” Syarifah Wahida mengangguk. Ada senyuman terukir di bibir halusnya. Suara suaminya bertukar nada lembut.
“Miah, kau jadi saksi. Aku.. Sallehuddin bin Bakar, dengan ini menceraikan  Syarifah Wahida Al-Aziz, dengan talak 3.”
“ABANG!!!’’ Dia berjalan menghampiri lelaki yang dicintainya.Lengan lelaki itu dipaut. Dia tidak peduli walaupun lelaki itu dikenalinya ketika Sallehuddin menjadi salah seorang bodyguard yang diupah khusus untuk menjaga keselamatan dirinya.Dia juga tidak menghiraukan status lelaki itu yang sudah berkahwin dan punyai seorang anak perempuan. Yang dia tahu, dia mencintai lelaki itu dan dia sanggup hidup susah. Sanggup dibuang keluarga asalkan dirinya hidup disamping insan tersayang.
“Jangan sentuh aku, aku jijik. Sekarang aku dah ceraikan kau. Pergilah kau balik semula pada keluarga kau. Aku dah tak sudi tengok muka kau lagi. Berambus kau dari sini.”
“Baiklah, jika itu kemahuan abang. Satu sahaja Ida nak cakap, Ida tak salah. Antara Ida dan Abang Man, tak ada apa-apa hubungan istimewa. Ida harap abang halalkan makan dan minum Ida selama menjadi isteri abang.” Tanpa berlengah lagi dia segera mengemas bagasinya. Sempat juga dia mengisi barangan si kecil ke dalam beg bagasinya. Selepas habis berkemas, dia mengendong bayinya dan berkira-kira untuk keluar.
“Kau nak bawa anak aku pergi mana?” Soal Sallehuddin. Terus dia berdiri dari kerusi yang didudukinya.Terbeliak matanya memandang wajah isteri keduanya yang baru beberapa minit diceraikan. Wajah lencun itu gagal meraih simpati.Telinganya benar-benar sakit mendengar aduan isteri tuanya tentang  sikap isteri mudanya yang didakwa sering keluar bersama-sama seorang lelaki dengan ,menaiki kereta mewah.Dia tahu, dia tidak mampun untuk memberikan kemewahan kepada wanita itu. Namun itu bukan alasan untuk Syarifah Wahida berlaku curang .
“Ida nak bawa anak Ida keluar.” Syarifah Wahida mengesat air mata yang berjuraian di pipinya. Kemana dia mahu mengadu nasib? Sudahlah dia sudah lama memutuskan perhubungan dengan keluarga, kini dia diceraikan pula oleh suaminya tanpa sebarang sebab munasabah.Kemana harus dia mengadu nasib?
“Aku tak izinkan. Kau boleh berambus dari rumah ni tapi Nia akan tetap dengan aku. Miah boleh jadi emak yang baik untuk anak aku. Aku yakin tu. Sudah, tinggalkan budak tu.” Syarifah Wahida berkeras mahu membawa anaknya sama. Akibatnya terjadilah pertengkaran antara mereka.Syarifah Wahida berusaha untuk mempertahankan anaknya, namun kudrat wanitanya sudah tentu tidak setanding dengan kudrat bekas suaminya. Akhirnya bayi itu berjaya juga dirampas darinya.
“Pulangkan anak Ida.” Bayi perempuan itu diserahkan kepada isteri tuanya. Sallehuddin mengheret isteri mudanya yang baru sahaja diceraikan lalu dicampak keluar rumah. Dompet ditarik dari poket. Dua keping wang kertas bernilai RM 50 dikeluarkan dan dicampakan kemuka isterinya. Sedang mereka saling bertelingkah, sebuah kereta Volvo mewah masuk ke pekarangan rumahnya. Keluar seorang lelaki tampan dari perut kereta itu.
“Ida… Ya Allah, Din. Syaitan apa dah merasuk kau ni?” Soal Dato’ Syed Luqman. Niatnya mahu meleraikan pergaduhan antara keduanya tetapi, malangnya dia pula ditumbuk oleh Sallehuddin.
“Kaulah syaitan. Sebab kau rumahtangga aku musnah. Kau gilakan sangat bini aku kan? Sekarang kau ambil dia ni, bawa dia kemana pun kau suka. Aku izinkan. Buat pengehtahuan kau, aku dah ceraikan dia dengan talak tiga. Aku tak nak ambil tahu lagi pasal dia!” Tengking Sallehuddin. Kali ini, Dato’ Syed Luqman benar-benar hilang sabar melihat  Syarifah Wahida dihina. Dia dan Syarifah Wahida sudah lama bersahabat. Dialah satu-satunya orang yang selama ini banyak membantu Syarifah Wahida atas tiket persahabatan sejak wanita itu dibuang keluarga. Keluarga mereka memang sudah lama bersahabat baik. Disebabkan Syarifah Wahida, dia bertemu jodoh dengan arwah isterinya. Malangnya arwah isterinya tidak hidup lama kerana dia meninggal dunia sejurus selepas melahirkan Syed Hafeez akibat komplikasi yang dialaminya. Satu-satunya anak yang dia dan arwah isterinya miliki sepanjang hidup bersama.
“Ida, mari ikut abang. Pasal baby Ida, abang janji, abang akan dapatkan dia untuk Ida.” Dato’ Syed Luqman memujuk Syarifah Wahida supaya mengikuti jejak langkahnya. Sayu mata wanita itu menatap wajah bayinya yang berada dikendongan Salmiah.

“Sayang tunggu mama ya, mama akan datang jumpa sayang, mama akan bawa sayang duduk dengan mama.” Itulah kali terakhir sebenarnya Syarifah Wahida melihat anak dan suaminya. Selepas itu, keluarga bekas suaminya telah berpindah jauh. Daripada jiran-jiran, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu telah membawa keluarganya berpindah ke tempat lain. Dua hari selepas mereka bergaduh dan dia diceraikan, lelaki itu membawa keluarganya berpindah. Malangnya dia gagal mendapatkan alamat rumah baru bekas suaminya. Hampir dua bulan dia mengalami kemurungan. Mujur keluarganya masih mahu menerimanya. Akhirnya dia bangkit dengan semangat baru selepas hampir setahun menyibukkan diri dengan perusahaan keluarga. Kemudian dia menerima lamaran Dato’ Syed Luqman yang kematian isteri ketika melahirkan anak lelakinya. Kesian pula pada bayi lelaki yang dahagakan kasih sayang ibu. Ketika itu, Syed Hafezz berusia hampir 3 tahun. Bersama dengan Dato’ Syed Luqman, dia mendapat seorang lagi cahaya mata perempuan. Syarifah Hazlin namanya. Melihat gadis itu membesar membuatkan rindunya sedikit terubat. Cuma sesekali naluri keibuannya terusik apabila melihat anak gadis seusia dengan anak sulungnya. Macam manalah keadaan Nia sekarang? Nia mama rindu Nia….

1 comment:

  1. post ni untuk cik eimy kita...hehehe..selamat membaca..kalau rajin

    jemput-jemputlah komen

    ReplyDelete