Tuesday 6 August 2013

seandainya aku tahu-14

“ABANG, kita tunggu siapa kat sini?” Soal Syarifah Hazlin. Syed Hafeez masih tersenyum, girang sungguh hatinya hari ini. Subuh tadi dia menerima panggilan daripada Syazra mengatakan bahawa dia bersetuju untuk mengikuti Syed Hafeez keluar bagi mencari hadiah untuk mamanya. Adiknya memuncung. Hish abang ni, dah angau sangat ke? Aku tanya bukan nak jawab. Eii.. sabar je lah. Agak-agaknya siapalah gerangan insan yang ditunggu. Entah-entah abang tunggu kekasih dia kot. Yes… dapat juga aku tengok kekasih dia akhirnya. Bolehlah report kat mama nanti. Siaplah abang. Dalam hatinya dia sudah berkira-kira mahu memberitahu kepada mama siapa gerangan kekasih abangnya. Tulah suka sangat berahsia
“Ni senyum sorang-sorang ni kenapa?” Sergah Syed Hafeez. Sedari tadi dia memerhatikan gelagat dan tingkah laku adiknya. Tersenyum-senyum macam orang gila di Tanjung Rambutan sahaja lagaknya.
“Mana ada, ni adik tengah tengok gigi adiklah bang. Tadikan kita sarapan makan mee goreng, adik takut ada cili terlekat kat gigi adik, jatuhlah saham adik macam ni. Tak Nampak adik tengah mengadap cermin ni?” Soalnya kepada abangnya. Syed Hafeez mengelengkan  kepalanya memandang tingkah nakal adiknya itu. Deringan telefon memecahkan kebuntuan mereka. Syarifah Hazlin menjeling memandang abangnya. Hei, tengok tu cakap pun senyum je. Muka tu berseri-seri macam sinaran spotlight. Gumam Syarifah Hazlin.
“She’s coming. Kejap lagi kita gerak.” Tidak lama kemudian sebuah kereta Honda City berwarna putih menghampiri kereta mereka. Syed Hafeez bingkas membuka pintu keretanya dan mendapatkan pemandu kereta Honda City berkenaan. Syarifah Hazlin turut menjengah untuk melihat siapakah gerangan orang yang ditunggu abangnya. La.. Kak Syazra. Apalah abang ni, ingat tadi nak jumpa siapa… Syazra sekadar melemparkan senyuman kepada Syarifah Hazlin.
“Sorry I ganggu you. Mesti Zaff marah I kacau waktu cuti you kan? Maklumlah pasangan baru kahwin. Tapi I dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi. When I was thinking about finding a present for my Mummy, the first person that I think might help me to figure one about it is you. You yang terlintas dalam kepala I.” Syazra sekadar melemparkan senyuman hambar. Semua orang menganggap bahawa dia dan Syed Zariff merupakan pasangan ideal. Tapi hakikat sebenar perkahwinan mereka hanya dia dan Syed Zariff sahaja yang tahu. Sebuah ikatan perkahwnan yang dibina berdasarkan kontrak, mungkinkah bahagia menjadi miliknya? Segala-galanya kelihatan kabur padanya kini. Namun Syazra sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Dia dan Syed Zariff pasti berpisah juga. Ikatan perkahwinan mereka akan terlerai juga satu hari nanti. Cuma waktunya dia sendiri tidak pasti. Antara mereka berdua tidak akan ada sebarang jalinan perasan. Syed Zariff hanya milik Thalia Quesandra. Bukannya milik Syazra dan selamanya Syazra Nur Rania tidak akan dapat memiliki sekeping hati milik Syed Zariff Iskandar Al Aziz.
“Hei Syaz, kenapa ni? You seem upset about something. Err.. kalau you rasa permintaan I melampau, tak apalah. You pergilah balik. Memang silap I pun ganggu waktu rehat you.” Wajah mendung Syazra mengundang resah di hati Syed Hafeez, sungguh dia tidak tegar melihat wajah cantik itu menjadi suram. Syazra cepat-cepat memaniskan wajahnya. Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya ,melepaskan rasa sayunya sebelum kembali mengukir senyuman manis untuk Syed Hafeez.
“I okeylah. Jom kita bergerak sekarang. You nak pergi mana dulu?” Soal Syazra.
“Pavillion kot. Kalau tak ada yang berkenan, then baru kita pergi KLCC. Atau you ada tempat lain yang you rasa bagus?”
“Feez, taste I dan mama you tak samalah. I ni jenis yang tak kisah pada jenama, as long as benda tu cantik I selesa, I beli je. Lagipun I selalu shopping kat tempat-tempat biasa je.”
“Eh, you kan isteri Zaff, takkan Zaff tak bagi you allowance untuk shopping? Macam tak percaya je. You ni nak merendah diri pula.” Syazra tersenyum kelat. Dia tidak memberi respon terhadap pertanyaan Syed Hafeez sebaliknya dia masuk semula ke dalam kereta. Syed Hafeez yang melihat perbuatan Syazra merasa pelik.
“Syaz, you marah I ke? Sorry, I’m just kidding.” Syazra memakai tali pinggang keledar dan kemudiannya menghidupkan enjin kereta.
“Feez, masa I limited harini. Jomlah cepat, takkan kita nak bertekak kat tepi jalan ni. Lagi lambat kita gerak, lagi lambat kita dapat cari hadiah untuk mama you.” Barulah Syed Hafeez mengerti. Dia juga turut kembali ke keretanya lalu menghidupkan enjin keretanya dan mengikuti kereta Syazra dari belakang.



KINI mereka berada di Butik Aigner. Syazra dan Syed Hafeez sedang membelek-belek beberapa unit tas tangan di atas rak. Sedari tadi mereka sekadar memasuki butik-butik ternama tanpa membeli apa-apa untuk Datin Syarifah Wahida. Hazlin juga sudah mula mengomel.
“Abang, just pick one of those handbag. Lin dah letih ni.” Kesian gadis itu. Dia bersandar lesu di dinding kaca. Syazra sedari tadi asyik membelek tas tangan yang bewarna coklat keperangan di hadapannya. Cantik. Reka bentuknya memang memenuhi citarasanya, namun melihatkan kepada harga tas tangan berjenama itu, minatnya serta merta menjadi kendur. Mahal sangat, padanlah dengan rekaanya. Syed Hafeez memerhatikan tingkah laku Syazra dari ekor matanya. Dia perasan gadis itu sedari tadi begitu asyik membelek tas tangan di hadapannya. Ketika Syazra menghampiri Syarifah Hazlin, Syed Hafeez mendekati tas tangan yang dibelek penuh minat oleh Syazra. Tas tangan itu direnung penuh makna sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia tidak peduli berapa pun harga tas tangan itu, asalkan sesuatu barang itu dapat membuatkan gadis itu tersenyum dia sanggup membelinya.
“Abang, jomlah makan dulu, adik laparlah. Lepas tu kita sambung balik ya?” Syarifah Hazlin sudah mengheret Syazra supaya mengikuti jejak langkahnya. Syed Hafeez sekadar memandang keduanya berjalan meninggalkannya, kemudian dia mengamit jurujual untuk menghampirinya.
“Saya nak beli yang ini.” Kemudian dia bergerak ke kaunter pembayaran. Hatinya puas dapat membelikan sesuatu untuk orang yang dia sayangi. Sekurang-kurangnya, bila gadis itu memakai hadiah pemberiannya ada juga kenangan di antara mereka.

taraa....cantik tak handbag yang Syed Hafeez belikan untuk Syazra?

“Abang pergi mana?” Soal Syarifah Hazlin. Syed Hafeez melangkah mendekati adiknya dia kemudiannya duduk bertentangan dengan Syazra yakni di sebelah adiknya.
“Abang tak pergi mana-mana, cari barang sikit je. Korang dah order ke belum?” Soalnya kepada keduanya.
“Kitaorang tunggu youlah. I tak kisah tapi adik you ni dah merungut lapar sangat.” Usik Syazra.
“La, kesian adik abang, patutlah muka macam asam kecut. Eh Syazra, I dengar dalam perut dia ada bunyilah.” Usikkan Syd Hafeez membuatkan wajah gadis itu bertambah merah padam.
“Dah lah Feez, kesian adik you. Jom kita makan sekarang, lepas tu kita solat. Dah masuk zuhur ni. Then kita continue balik plan kita, or you nak pergi Pavillion?” Soal Syazra.
“I tak tahulah Syaz. I betul betul buntu ni. You tak ada sebarang cadangan ke?”
“Adik laparlah bang, cepatlah panggil waiter. Tolonglah, kita makan dulu lepas tu kita sambung balik sembang pasal hadiah mama. At least kita makan dulu.” Kedua-duanya menghamburkan tawa mendengar rengekan Syarifah Hazlin.
“Okey, okey kita order makan.” Syed Hafeez mengamit seorang pelayan untuk menghampiri meja mereka. Tanpa berlegah lagi Syarifah Hazlin terus sahaja membuat pesanan makanan. Begitu juga dengan Syed Hafeez dan Syazra. Syed Hafeez benar-benar gembira dengan apa yang dilaluinya hari ini. Dia, Syazra dan Hazlin adiknya keluar bersama bagaikan sebuah keluarga yang lengkap. Tengok sajalah gelagat Hazlin, begitu manja dengan Syazra. Syazra pun begitu memanjakan sahaja Hazlin. Selepas makan tengah hari bersama, mereka kembali meneruskan agenda mereka. Kini lokasi mereka beralih pula ke Pavilion.
 
pavilion ..tempat Syazra, Syed Hafeez ,dan Syarifah Hazlin cari hadiah besday


“FEEZ, mama you ada personal designer tak?” Soal Syazra tiba-tiba. Ketika itu mereka berada di sebuah butik terkemuka. Syarifah Hazlin leka membelek rekaan handbag jenama Coach.
“Yang tu I tak tahu, you kena tanya Hazlin. Lin, sini kejap!” Syed Hafeez melaungkan nama adiknya.
“Kenapa?”
“Mama Lin, ada personal designer tak?” Soal Syazra. Syarifah Hazlin kelihatan berfikir sejenak. Syazra dan Syed Hafeez sabar menanti. Tiba-tiba gadis muda itu menepuk  bahu abangnya.
“Apa ni Lin, sakitlah.” Syed Hafeez mengosok-gosok bahunya yang terasa sengal gara-gara ditepuk oleh adiknya. Wajahnya berkerut sedikit. Pedih betul penangan tangan halus itu.
“Sorry bang. Qaisha. Putri Qaisha favourite designer mama. Butik dia kat Damansara, tapi kita nak buat apa dengan Putri Qaisha tu?” Syazra memetik jarinya. I got an idea.
“Feez, apa kata selain daripada hadiahkan mama you handbag, kita belikan dia kain pasang, lepas tu kita hantarkan pada Putri Qaisha. Kita suruhlah dia designer baju tu, boleh?” Cadangan Syazra membuatkan Syed Hafeez tersenyum lebar. Tidak sia-sia dia meminta pandangan Syazra. Gadis itu memang panjang akal. Tapi kain pasang tu apa benda pula?
“Syaz… I nak tanya. Errr, kain pasang tu apa? Jenis kain ke?” Kelakar betul rupa Syed Hafeez. Nampaknya dia benar-benar tidak tahu. Nak bertanya secara terbuka malu. Syarifah Hazlin pasti akan ketawa besar jika dia tahu abangnya tidak tahu kain pasang tu apa. Jadi dia sekadar berbisik di telinga Syazra.
“Kain ela you tahu tak?” Soal Syazra. Syed Hafeez mengeleng.
“Feez, kain ela, kain pasang tu benda yang sama. Kain pasang tu ialah kain yang you beli kat kedai kain. Maksudnya kain yang belum lagi dijahit dan dibentuk untuk dijadikan pakaian. Faham?” Ohhh kain tu rupanya, manalah aku tahu, mama yang uruskan semuanya. Aku tukang pakai je. Baju raya pun mama yang buat semua pilihan.
“Abang, adik rasa okey sangat idea Kak Syaz. Alang-alang dah pergi kedai kain tu, bolehlah juga adik beli kain ela, lepas tu hantar buat baju kurung. Ha, abang tahu tak kain ela tu apa?” Tiba-tiba adiknya menyergahnya. Hei budak Hazlin ni, suka sangat sergah aku. Nak sangat ke nyawa aku pendek. Tidak mahu mengaku kalah dia segera mengangguk.
“Oh.. really? Then, tell me what is kain ela.” Cabar adiknya. Hek eleh budak ni aku cakap aku tahu, tak percaya pula. Nasib baik aku dah tanya Syaz awal-awal tadi.
“Kain ela, kain pasang tu benda yang sama. Kain pasang tu ialah kain yang  dibeli kat kedai kain, maksudnya kain yang belum lagi dijahit dan dibentuk untuk dijadikan pakaian. Apa adik ingat abang ni kerek sangat ke?” Tidak mahu mengaku kalah dia terus mengeluarkan semula maklumat yang didengar sebentar tadi dari Syazra.
Tak adalah teruk sangat abang aku, tahu juga dia benda-benda ni. Aku ingat abang ni tukang pakai je. Syed Hafeez mula menunjukkan muka berlagaknya.
Syazra mengulum senyum. Seronok melihat kemesraan antara mereka berdua. Kalau nak dibandingkan aku dengan adik beradik aku, susah nak mesra macam tu. Kalau dengan kak long lagilah susah. Padangannya dibiarkan terus memandang aksi adik-beradik yang akrab itu.
Wajah Syazrifah Hazlin masam mencuka apabila abangnya mengosok-gosok kepalanya. Tahulah dia tinggi, kalau abang aku ni rendah, memang aku tarik dah telinga dia. Huh!

pilihan kain pasang yang ada..

hish-hish..peningnya..agak-agak kain pasang mana yang match dengan kasut yang dibelikan Syed Hafeez untuk mamanya?


macam mana..okey tak kasut pilihan mereka untuk Syarifah Wahida?
..........................................................................................................

ni pinjam gambar dari pak cik google...Syed Zariff tak adalah bancuh air  canggih macam ni, bancuh air pun guna 3 in 1..

SYED ZARIFF merenung jauh ke luar. Dia berdiri di balkoni kondominium mewahnya sambil menikmati secawan kopi. Tahu pula dia bancuh kopi sendiri. Selalu tu arah setiusahanya atau pun Syazra yang membancuhkan untuknya. Eh Syed Zariff, tak payah nak riak sangat. Bukan susah pun nak bancuh kopi, punyalah banyak produk kopi kat pasaran. Beli jelah. Mula-mula ambil satu paket, tuang dalam mug. Lepas tu tuang air panas. Ingat, air kena betul-betul panas, lepas dah tuang tu terus kacau. Bila dah sebati minum. Wah dah pandai sekarang. Sejak kahwin ni dah ada peningkatan. Tak sia-sia keluarganya mendesaknya berkahwin dahulu. Eleh tak payah nak bangga sangat, dia tahu pun lepas baca arahan yang ada kat belakang bungkusan kopi segera yang dibelinya.  Kalau tak, haram. Terasa sejuk pula dirinya bila berdiri di balkoni tanpa memakai baju. Pintu gelongsor kaca ditutup kemudian dia menuju ke ruang tamu pula. Remote astro di capainya. Satu persatu-satu siaran ditukarnya. Bosannya cerita hari ni. Hish.. apa aku nak buat ya? Hah, ajak Feez main Squash pun okey juga ni. Telefon bimbitnya yang ada dalam poket seluar bermuda yang dipakainya pagi itu diseluk. Senyumannya melebar tatkala panggilannya bersambut. Bisingnya, Hafeez kat mana ni?
“Feez, jom teman aku main squash.” Tanpa memberi salam dia menyerbu dua pupunya itu dengan soalan.
“Assalamualaikum wahai saudaraku.” Syed Zariff mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aisemen, lupa.
“Waalaikumusalam. Sorry. Aku excited sangat tadi. Jom main squash. Aku dah gian benar ni.” Suaranya ceria sekali mengajak sepupunya itu untuk bermain squash.

Apa yang tak kena dengan Zariff ni? Lupa ke aku keluar dengan bini dia hari ni. Bukan dia ke yang bagi keizinan? Persoalan itu berlengar-lengar di benaknya. Syazra yang leka membelek deretan kain dihadapannya itu dijeling seketika. Rabung mulut adiknya, memberi pendapat. Tadi bukan main lagi senyap. Merajuk bila dipermainkan abangnya. Kini rajuknya sudah  pulih kerana Syed Hafeez sudah meminta maaf. Dia juga turut menawarkan kepada adiknya untuk memilih mana-mana kain ela yang digemarinya untuk ditempah di butik Putri Qaisha. Tadinya di Pavilion mereka tidak jadi membelikan mamanya handbag, sebaliknya mereka telah membeli sepasang kasut dari butik Prada. Menurut Syazra mereka akan mencari kain pasang yang sesuai di pakai bersama dengan kasut yang dibeli.

alamak...Syed Hafeez dah perasan? macam mana ni?
kantoi tak rahsia mereka?
apa tindakkan Syed Zariff disaat rahsia nya hampir terbongkar?
macam mana pula dengan Syazra?

nak tahu?

tunggu..
tunggu next entry..
bikin suspen sikit..


No comments:

Post a Comment