Friday 16 August 2013

Seandainya aku tahu-bab 21

dah janji punya pasal..haruslah ditepati

kak Mas.ni entry yang akak nak tu tau.
jom-jom saksikan drama bertajuk ''perfect couple''
jamgan salah faham uolls...ni masih SAT...juz nak g tau..
drama dh mula dan diumumkan para pelakonnya sekarang..
tataratara.......

Hero-Syed Zariff iskandar as loving n super romantic husband( aiyoo..very good in act lor..)

heroin- Syazra Nur Rania  as the loyal wife, obey with husbby order...play roles most sportting, and understanding wife in the world...( pity lady...haiya)

script by Syed Zariff and Syazra...( semua spontan)

acting by syed Zariff AND Syazra..also spontan..

viewer- Syarifah Aira,and Farhani...

rate: 5 star acting,5 star actor( syed Zariff)..rela dalam terpaksa Syazra(redha sahaja, nak cover rahsia punya pasal)...

heheeheeee merepek pula..
jom layan cite ni..

‘’Abang, confirm ke abang dah lepaskan Si Halia tu untuk selama-lamanya?’’Syed Zariff menoleh memandang Syarifah Amira.Adiknya selamba menyuap makanan .Halia mana pula ni?ada ke orang nama Halia.Syed Zariff memandang adiknya lama-lama.Senyuman sinis yang terukir di bibir adiknya membuatkan dia teringatkan sesuatu.Okey fine, Thalia.Lupa pula aku dari dulu lagi Mira panggil Thalia tu Halia.


ini Thalia...tapi macam mana Syarifah Aira boleh sama kan gadis secantik ini dengan..


v
v
v
v
v
v
HALIA!!!

‘’Maksud Mira?’’Syed Zariff masih mahu bermain tarik tali.

‘’Abang faham maksud Mira.Tak perlu Mira nak jelaskan lagi. Bang, Thalia tu public figure bang, abang pula usahawan terkenal.Sedikit kesilapan yang berlaku habis musnah semuanya.Mira bukan budak kecil untuk abang tipu.Dari kecil sampai besar, Mira tahu sangat isi hati abang.Abang, jangan hancurkan hati Kak Syaz untuk kebahagiaan abang sendiri.Dia terlalu baik untuk dikecewakan.Mira tahu, bahawa bukan senang nak lupakan cinta pertama.,Mira sebenarnya masih ragu-ragu tentang hubungan abang dan Kak Syaz, takkan semudah itu untuk abang melupakan Thalia’’Ujar adiknya tanpa berselindung.

Syed Zariff mengeluh.Dia mengaku kata-kata Syarifah Amira ada benarnya.Entahlah mungkin Syarifah Aatiyah terlalu jauh darinya, sehingga kakaknya berkahwin dan menetap diluar negara,maka dia lebih rapat dengan Syarifah Amira.

Adiknya , meskipun nakal, tetapi Syarifah Amira pendengar yang baik.Dia tahu bila masanya untuk bergurau dan bila masanya untuk serius.

‘’Abang Zariff tak boleh nak janji untuk terus lupakan Thalia, tetapi insyaallah abang cuba bahagiakan dia.Pasal Thalia tu, itu hal peribadi abang, Mira jangan masuk campur.Abang jelas tentang keadaan abang, abang tahu abang harapan walid.Abang takkan kecewakan walid.Cuma abang minta, Mira doakan yang terbaik untuk kami.’’

Syed Zariff sendiri tidak mengerti mengapa dia berjanji sedemikian rupa dengan adiknya.Mungkin kata-kata adiknya  menyentuh hatinya.Hakikatnya,Syazra hanyalah objek untuk mengaburi mata umi dan walidnya dia sebetulnya masih menjalinkan hubungan dengan Thalia.Dia dan Syazra masing-masing punyai kepentingan tersendiri.Perkahwinan mereka penuh misteri dan agenda yang terancang.
............................................................................................................

‘’Abang Zaff, nanti abang keluar dengan Kak Syaz, kami nak ikut juga.Boleh bawa Hani jalan-jalan, semalam Hani cakap tak pernah jalan-jalan kat sekitar Kuala Lumpur.’’Ceria nada suara Syarifah Aira.Farhani cepat-cepat menutup mulut Syarifah Aira.Tak boleh cover langsung.Aira ni, kan dah cakap, benda tu top secret.

‘’Mana ada, Hani tak cakap apa pun, Aira, janganlah.Malulah Hani macam ni’’Farhani berbisik di telinga Syarifah Aira.Namun  masih dapat didengari oleh Syed Zariff.Bibirnya automatik mengukir senyuman.Gelagat adiknya diperhati.Riuh rendah rumah agam itu dengan suara kedua-duanya gadis sebaya itu.Jika tidak senyap sunyi sahaja rumah berkenaan.

‘’Hari ni, Hani duduk rumah je berehat, nanti baru abang bawa jalan-jalan, Hani kan baru sampai mesti letih.Jangan ikut sangat telunjuk Aira, Aira ni kalau bab bershopping tak reti nak kenal erti letih, naik flight berbelas jam lamanya,orang lain semuanya letih, dia ni je exited nak bershopping.Adik jangan nak pengaruh Hani.Dia letih lagi tu,biarkan dia rehat.Tapi kalau Aira dan Hani nak ikut kami keluar tak apa juga, Aira kan suka pegang troli, nanti boleh tolong abang tolak troli.’’Muncung adiknya semakin panjang.Comel sungguh dia dengan muka begitu.

‘’Ala, kenapa semua orang pakat nak buli Aira, malaslah nak balik rumah lagi macam ni, dah lah Aira jarang balik ,jarang jumpa abang, tu pun abang still nak buli Aira, tak sukalah macam ni.’’Wajah manis itu masam mencuka.Farhani serba salah pula, terasa seperti keadaan itu berpinca darinya.

‘’Aira, Hani minta maaf,tak apalah, lain kali Hani tak payah datanglah ,’’Perlahan suara Farhani meminta maaf.Takutnya aku kalau Syarifah Aira kecil hati.Mesti dia tak nak kawan dengan aku lagi lepas ni.

‘’Hani, jangan dilayan budak manja ni, dia ni kalau pasal buat ayat, memang tak ingat dunia.Memanglah dia tak balik setiap minggu tapi setiap minggu umi dengan walid pergi lawat dia, Hani, kalau Abang Zaff dan Kak Syaz tak ada masa nak bawa Hani jalan-jalan, tak apa, Kak mira boleh bawa jalan.Aira tak nak ikut sudah.Kita pergi berdua je.’’

Syarifah Aira tambah geram,Tak boleh buat geng langsung.Semua orang sepakat membulinya.Di tidak marahkan Farhani, Cuma dia geram dengan sikap abang dan kakaknya yang suka sangat mengusik dirinya.Dia menolak kerusi dan berura-ura untuk bangun,namun Syazra muncul tepat pada masanya,Dia memeluk erat adik iparnya.

‘’Abang Zaff dan Kak Mira gurau je.Hari ni, Kak Syaz nak masak, apa pun Aira nak makan, cakap je, nanti Kak Syaz masakkan.Nanti bila Kak Syaz tak banyak kerja, akak bawa Aira jalan-jalan  boleh?’’

Syarifah Aira menjerit gembira.Terus dia memeluk tubuh Syazra.Syazra menepuk-nepuk bahu adik iparnya sambil diperhatikan oleh Syed Zariff, Syarifah Amira dan Farhani.Mudah sungguh Syazra memujuk Syarifah Aira.Sedikit sebanyak Zariff berasa lega kerana Syazra boleh menangani kerenah adik adiknya.
............................................................................................................

Syazra mengeluarkan satu persatu barang-barang yang dibelinya ketika keluar tadi dari dalam plastik dan menyusunnya ke dalam tempat yang sepatutnya.Sedang dia leka mengemas, Syarifah Amira menghampiri.

‘’Kita nak masak apa kak?’’Hampir terlepas botol kicap dipegangannya mujur sempat disambut.

‘’Ya Allah, Mira, terkejut akak, tak tahu lagi nak makan apa, Mira ada cadangan tak?’’Soal Syazra.Syarifah Amira memandang ke sekitar dapur.Hmm, boleh tahan kemas.Pandai kakak ipar aku ni mengemas.

‘’Nasi Ayam boleh?teringin nak makan.’’Syazra tersenyum,dia segera mengangguk.Senang sangat, tak payah nak fikir nak masak lauk apa, cukup sekadar sup ayam , ayam perap yang digoreng dan sos untuk cecahan ayam.

‘’Mira pergilah depan, nanti dah siap akak panggil.’’

Syarifah Amira mengeleng.Lengan baju sudah disising separas siku.Nampaknya Syarifah Amira sudah bersedia untuk berperang didapur, rambut lurusnya disanggul tinggi.

‘’Mira tolong akak,tapi Mira tak pandai masak, setakat tolong sikit-sikit tu bolehlah.’’

Syazra segera tersenyum, seronok melihat tingkah laku adik iparnya , terkial kial gadis itu mahu membasuh ayam sesekali dia meregus apabila air memercik pada bajunya, lalu Syazra bertindak dengan menyerahkan apron kepada Syarifah Amira untuk dipakai.Dan kedua-duanya mula memasak.Syarifah Aira dan Farhani turut menghulurkan bantuan.Kagum Farhani melihat tingkah laku Syarifah Aira, tak sangka gadis cantik dan kaya macam Syarifah Aira, turut handal didapur.

1 jam kemudian segala-galanya siap terhidang.Syazra menyiapkan hiasan pada pinggan salad.Syarifah Aira dan Farhani juga sudah siap dengan air sarsi dan puding agar-agar santan.
tara.....agar-agar santan hasil air tangan Farhani dan Syarifah Aira

yum..yum....sedap tak nasi ayam hasil air tangan Syazra?




‘’Kak Syaz, naik kejap tukar baju,bau asap baju ni.’’dia membuka apron dan meyangkutkannya ke peyangkut khas di dinding.Waktu itu Syarifah Amira sedang membasuh peralatan memasak yang digunakan mereka  tadi.

‘’Kak Syaz, panggil abang Zaff sekali turun, Aira dah lapar ni.’’Syazra mengangguk.Tanpa berlengah dia beredar dari ruang dapur menuju ke ‘bilik’ yang dikongsi bersama suaminya.

Segar sungguh badannya selepas mandi.Syazra mengikat kemas tuala di tubuh dan keluar dari kamar mandi.Hampir sahaja dia menjerit apabila melihat Syed Zariff sedang enak bersantai di kepala katil sambil membaca majalah



tekun betul si Zariff baca majalah sampai tak sedar apa yang berlaku disekelilingnya..
.Aduh, kenapalah aku lupa yang aku kena duduk sebilik dia Zariff.Macam mana nak keluar ni,pakai tuala pula tu Tadi masa aku masuk tak ada pula, tup-tup bila aku dah siap mandi ada pula dia dalam bilik ni. .Dia meneliti tubuhnya yang dibaluti tuala.Tuala bewarna biru itu cukup-cukup menutupi bahagian atas dada sehingga ke paras lutut,betis gebunya terdedah.Mujurlah kali ini ,dia tidak membasahkan rambutnya seperti selalu , rambut ikal lembutnya disanggul tinggi mendedahkan lehernya yang jinjang dan putih.


‘’Syaz, lama lagi ke, you mandi?’’Soal Syed Zariff tanpa memandang kearah isterinya.Begitulah sikapnya,kalau dia berada didalam mood yang baik, maka dia akan membahasakan dirinya I dan you,merujuk kepada Syazra, dan bila dia berada didalam keadaan marah,kata ganti diri akan berubah kepada kau dan juga aku.


‘’Zaff,you keluar dululah,Saya sikit lagi nak siap mandi ni, kalau lapar makan dulu.Tak perlu tunggu saya.’’Syed Zariff menutup majalah dan terus sahaja bangun dari katil lalu menuju ke pintu.
Syazra menarik nafas lega.Cepat-cepat dia keluar dari bilik air.Belum sempat dia mengunci pintu,pintu bilik dibuka semula.Syazra yang ketika itu berada di belakang pintu terkejut dan hilang imbangan badan.Dia hampir terjatuh namun, Syed Zariff cepat-cepat menahan tubuh isterinya dari terhempas ke lantai.Syazra memegang kejap tuala yang melingkari tubuhnya, bimbang tuala itu terlucut dari badanmya..Syed Zariff tidak berkelip memandang Syazra.

‘’You..’’Dia kehilangan kata-kata.Cantiknya dia.Hatinya memuji.Matanya merayap memandang ke segenap tubuh isterinya.Rambut yang terurai menutupi sebahagian wajah isterinya di selak lembut.Nalurinya bergetar hebat.Hebat sungguh aura isterinya.Terbau haruman sabun yang digunakan isterinya.Wangi.Dia terleka seketika, hanyut dibuai perasaan indah.

tunggu sambungan dalam entry akan datamg...
alamak ..selamat ke tak Syazra?
lain macam je gaya Syed Zariff..
  fuh..panas betul scene kali ni.....


2 comments:

  1. Replies
    1. sabar luciana..akak diusahakan...akak bg awak kumpul rindu dulu ngn sweet couple ni..

      Delete