Tuesday 20 August 2013

Seandainya aku tahu-bab 23





‘’Hish..tak payahlah Aira membazir je.Lagipun, nanti Abang Zariff awak tu balik, apa pula dia kata.Dah lah, akak nak keluar.Akak nak kena tidur ni,esok nak kena pergi kerja, awak berdua tu tak apalah tengah cuti.’’Wajah Syarifah Aira murung sahaja.Alamak, merajuk pula, Aira ni suka tau buat aku serba salah.Lambat lambat Syazra memberikan persetujuan.Terus gadis itu bersorak gembira.


Hehehehe...kakak ipar aku ni dah masuk perangkap aku, ni Aira lah, umi dan walid pun kalah kalau aku merajuk tau.Aku kan drama queen.Pemegang gelaran pelakon teater terbaik kat sekolah tau, juara bertahan 3 tahun berturut-turut.Kalau Jeana Ros tengok aku berlakon pun maunya dia menangis tiga hari tiga  malam, maklumlah, Syarifah Aira the next primadona nak gantikan tempat dia, kalau aku betul-betul berlakon, jangan haraplah dia boleh menang lagi anugerah pelakon wanita paling  popular .

Hehehehe..Amboi, Aira ada hati nak rampas tahta pelakon remaja kegemaran ramai yang sedang popular di Malaysia, gara-gara filem keempat lakonannya iaitu ‘Cinta untukMu’dapat kutipan box office tempoh hari.Syarifah Aira masih tersengih-sengih.Dia mencapai beg mekapnya dan mula menyelongkar isi kandungan beg tersebut. Sedang dia leka mewarnakan wajah Syazra, pintu biliknya dibuka dari luar.


aww....Syed Zariff rupa-rupanya.Ingatkan siapa tadi..

‘’What up girl?patutlah abang balik tadi semua senyap, rupanya semua kan dalam bilik .Buat apa ni?’’Syed Zariff menghampiri mereka.Syazra kian berdebar.Janganlah dia masuk, mana nak letak muka kalau dia tengok aku dengan muka macam ni.Sepatutnya dari tadi aku tak bagi Aira make up kan muka aku, macam mana ni..takkan nak redah keluar je kan.Cepatlah keluar Zaff...Saja je nak berlama-lama kat sini.Kacau daunlah. Syazra sedikit pun tidak menoleh kearah suaminya.Hish macam mana nak berdepan dengan Syed Zariff dalam keadaan dia yang tak berapa senonoh tu.Entah macam manalah rupanya ketika itu.


‘’Abang, mari sini, tengok muka Kak Syaz, lawa tak adik make up kan dia?isteri abang ni lawa tau.Kalaulah Kak Syaz make up macam ni hari-hari pergi office, maunya semua orang jatuh hati dengan dia, silap hari bulan, ramai orang mengurat dia.Hani, cuba awak bayangkan, kalaulah, kakak awak ni, mengandung, mesti anak dia comelkan?kakak awak ni cantik, mesti anak dia ikut dia kan?’’Syazra sudah mula berasa sesuatu.Aik, peliknya budak ni.Janganlah provok macam tu.Mana nak lari ni, agak-agak kalau aku buat-buat pengsan boleh tak? Kedua belah tangannya ditekan kuat ke kerusi yang didudukinya.Berpeluh dingin wajahnya ketika itu.


Syed Zariff menjeling memandang Syazra, dia tahu gadis itu sedang berperang dengan dirinya.Dari belakang dia dapat melihat rambut gadis itu yang berpintal-pintal.Entah apa fesyenlah yang didandankan oleh Syarifah Aira.Rajin sungguh Syazra melayan kerenah adik bongsunya.


‘’Adik, buat apa dengan isteri kesayangan abang ni?’’Dia meraih bahu Syazra.Makin kuat debaran gadis itu.Apasal pula nak pegang-pegang ni.Suka sangat ambil kesempatan.Dia ingat aku diam, aku suka ke?boleh blah!rungut Syazra didalam hati.Sejak kedatangan kedua-dua gadis itu kerumah mereka, perilaku Syed Zariff tak ubah seperti ulat beluncas.Gatalnya bukan main.Ada sahaja nak dipegang olehnya, pegang tangan,peluk pingganglah, cium dahilah, cium pipilah.Benci tahu tak ?


‘’Tengoklah sendiri.’’Syed Zariff menundukkan wajahnya sedikit, dagu isterinya diangkat supaya bertentangan mata dengannya.Syed Zariff mengukirkan senyuman paling manis untuk  isterinya.

Wajah Syazra yang merona merah ditatap dengan perasaan yang sukar digambarkan.Tiba-tiba dia terasa hatinya  bergetar hebat, adakah itu tandanya dia mula terpaut dengan gadis itu?.Ah Zaff, kau jangan nak buat kerja gila, hati kau milik Thalia.Semakin kuat tarikkan Syazra semakin kuat jugalah Syed Zariff menafikannya.


‘’Sayang, layan sangat Aira, inilah jadinya.Aira, tak payah makeup pun, abang memang tahu, akak ipar awak ni cantik, kan sayang, hmm..kalau pasal baby, haruslah anak kami comel, abangkan handsome, plus kacak,plus segak, plus tampan bergaya, akak awak ni pula cantik, haruslah anak kami pun ikut kami kan, sayang?’Syarifah Aira mencebik.Suka betul masuk bakul angkat sendiri.Riak betul pakcik ni.Hei,meyampah! Cepatlah berambus jauh-jauh dari sini.Sakit pula hati ni.


‘’Abang,malam ni, Aira nak ajak Kak Syaz tidur sini.Abang tidur sorang,boleh?’’ Syarifah Aira tiba-tiba mengajukan pertanyaan itu .Sebentar tadi, dia ada juga mengajukkan persoalan yang sama kepada Syazra, namun kakak iparnya meminta dia bertanyakan soalan itu kepada abangnya sendiri.

Syazra menarik nafas panjang, tolonglah setuju, tolonglah setuju, riak mukanya selamba sahaja, tetapi didalam hati dia tidak putus-putus berdoa agar Syed Zariff bersetuju dengan cadangan adiknya.Syed Zariff menaikkan keningnya.

Nak bagi ke tak,nak bagi ke tak?Dia memandang wajah adiknya dan isterinya silih berganti, Syazra dan Syarifah Aira, masing-masing dengan wajah penuh mengharap.Sengaja dia melengah-lengahkan memberi jawapan.Dia melakukan aksi seperti sedang berfikir.Beberapa kali dia berjalan mundar mandir dihadapan mereka, siap gosok-gosok dagu sekali, walhal didalam hati dia memang sudah mendapat kata putus.Sengaja mahu bikin suspen.


‘’Okey,malam ni je, but tomorrow, I need her.Frankly speaking, I can’t sleep, without her in my arm,she is my lullaby.Okey sayang abang, nak masuk bilik dulu,sayang jangan nakal-nakal.Jangan tidur lambat sangat.Bye, good night..’’Selamba dia mengucup dahi isterinya lama-lama.Syazra terpaksa tersenyum sedangkan didalam hati rasa nak lepuk je mamat ni, suka sangat amik kesempatan, pegang tanganlah, pegang tu lah. Cium pipilah, peluk lah.Rimas.Ingat aku ni macam kekasih gelap dia tu kot.Senang nak peluk-peluk.Syazra mencebik.

Geram benar dia dengan sikap lepas laku suaminya.Syarifah Aira dan Farhani  yang tidak tahu apa-apa hanya tersengih .Malam itu, Syazra benar –benar tidur lena. Maklumlah, malam itu dia tidak perlu tidur sebilik dengan Syed Zarrif, selama ini, dia dan Syed Zariff akan tidur bergilir-gilir di atas katil dan sofa.Bila dia tidur diatas katil, lelaki itu akan tidur diatas sofa, dan begitulah sebaliknya, tetapi setakat ini hanya sekali Syazra berpeluang tidur diatas katil.Dasar manusia hati batu.!Sekurang-kurangnya jika dia tidur di dalam bilik bersama-sama dengan Farhani dan Syarifah Aira, tempatnya pasti diatas katil.Mujurlah katil di bilik berkenaan cukup besar untuk menampung tubuh langsing mereka bertiga.
............................................................................................................

Hari ini, sama seperti rutin hariannya semenjak Farhani dan Syarifah Aira tinggal dirumahnya.Semalam dia dan Syed Zariff sudah berbincang, dan sudah mencapai kata sepakat untuk membawa kedua-dua gadis itu keluar bersiar-siar di sekitar bandaraya, Kuala Lumpur.Syazra mengeliat kecil sebaik sahaja terjaga dari tidur.Dia menutup mulut menahan kantuk yang masih bersisa.Selepas itu dia mengemas pula tempat tidurnya.Syazra sempat memanjangkan leher memandang kearah sofa panjang yang dijadikan tempat tidur lelaki itu.Syed Zariff masih enak dibuai mimpi.

Seluruh badannya dibungkus dengan selimut tebal.Jangan tak tahu, semalam dia menang dalam pertaruhan diantara dia dan Syed Zariff, sebab itulah tempat tidurnya diatas katil.Masam mencuka wajah lelaki itu kerana terpaksa tidur diatas sofa itulah, siapa suruh kalah main catur, kan dah kena tidur atas sofa.

Syazra berjalan menuju ke kamar mandi.Sebelum itu dia tidak lupa untuk mengambil pakaian bersih untuk dipakainya dan juga tuala mandi.Dia tidak mahu peristiwa lama berulang semua. Cukuplah sekali.Suaminya hilang kawalan.

Usai mandi dan menunaikan solat subuh, Syazra mengejutkan Syed Zariff untuk  menunaikan solat subuh.Mungkin sudah terbiasa dengan rutin harian mereka sejak kedua-dua gadis itu menumpang di situ, Syed Zariff mudah terjaga.Melihat suaminya sudah sedar sepenuhnya,Syazra mengemaskan ikatan rambutnya dan melangkah keluar.Dia mahu menyediakan sarapan untuk mereka semua.

Semalam adik iparnya itu bersungut mahu menikmati nasi lemak kukus.Sejak kedua-dua orang gadis itu ada dirumah mereka, Syazra tidak lagi mengenakan selendang diatas kepala seperti kebiasaan yang dilakukan jika dia dan Syed Zariff tinggal berdua.Tempoh hari, tindakkannya meletakkan pasmina diatas kepala sudah ditegur oleh adiknya.Dia tidak mahu gadis bijak itu terus-terusan bertanya. Boleh pecah rahsia mereka nanti.Lagipun Syed Zariff kan suaminya tak berdosa pun kalau dia mendedahkan aurat kepada lelaki itu.cuma dia yang tidak sudi, bimbang keadaan menjadi tidak terkawal, orang kata, lelaki tidak seperti perempuan, meskipun tiada sebarang cinta dalam hati, tetapi kalau nafsu sudah menguasai diri, apa-apa pun boleh jadi.Hish minta dijauhkan.

Syed Zariff turun ke tingkat bawah selepas menunaikan solat subuh dan mandi.Dia kelihatan ringkas dengan seluar sukan bewarna hitam dan t-shirt bewarna merah.Rumah masih lagi sunyi kerana kedua-dua gadis itu masih berada di bilik mereka.Mungkin sedang bersiap agaknya.Syed Zariff mendekati Syazra yang sedang sibuk menumis sambal untuk dimakan bersama dengan nasi lemak.Syed Zariff menjengah kedalam kuali.Selera makannya terbuka dek bau enak tumisan itu.

''Kau masak apa?'Soal Syed Zariff.

''Tak nampak ke saya tengah kacau dodol ni?''Soalan Syed Zariff dibalas juga dengan soalan.Dah tahu lagi nak tanya.

''Tak boleh ke kalau aku tanya kau jawab elok-elok?''Syazra diam tanpa jawapan.Lincah tangannya menambah serbuk perasa , garam dan gula sedikit gula kedalam masakkannya itu.Syazra tahu Syed Zariff kini berada di belakangnya.Kalau dia bergerak walaupun sedikit,tubuh mereka akan berlanggar.

''Awak tu, nampak saya tengah kacau apa atas api ni?dah nampak lagi nak tanya.''Balasnya bila lelaki itu seakan mendesak.

''Malas lah nak layan kau, aku nak lepak tepi kolam , nanti dah siap masak panggil aku.''Syed Zariff sudah berkira-kira untuk melangkah keluar melalui pintu kaca yang menghubungkan ruang dapur dan juga luar rumah apabila Syazra memanggil namanya.

''Apa hal pula kau ni? Tak boleh tengok orang senang ke?''tanyanya dalam nada bengang.

''Tolong boleh?tong sampah dah penuh, tolong buang kat luar.''Syed Zariff menajamkan pendengarannya.Come again? Buang sampah?yuck!dia tayang muka geli.Syazra memperlahankan api.Dia berpeluk tubuh menghadap suaminya yang masih berdiri tegak dihadapan pintu keluar.

''Apa masalahnya? Tolong buang je kan? Bukannya berat mana pun.Salah awak juga sebab sibuk nak beli durian semalam.Kan dah habis satu rumah semerbak bau durian.Dah jangan banyak cakap, pergi buang sampah cepat.''Syed Zariff masih dengan pendiriannya.No way man, aku dah wangi wangi macam ni, lepas tu nak kena buang sampah?jangan ingat lelaki moden , dan canggih macam Syed Zariff tak makan durian.Huih..jangan disebut, favourite rupanya.Syazra pun baru sahaja tahu.Kalau orang lain mungkin tidak berapa gemar menikmati durian tetapi tidak lelaki itu.Makin kuat bau durian berkenaan, makin dia suka.

''Akak , abang, kenapa ni?apa yang kecoh sangat ni?''Soal Syarifah Aira.Sebaik sahaja kakinya mencecah lantai marmar di tingkat bawah, dia terdengar suara kakak dan abang nya di dapur.Bising macam tengah berperang.

''Ni ha, abang Aira tak nak buang sampah.''Tak payah nak berselindung.Syazra terus sahaja memberitahu hal sebenar.Syarifah Aira mengalihkan pandangan kepada abangnya pula.Bulat matanya memandang wajah abangnya.Pasal kes buang sampah,nak bergaduh macam nak rak.Tak faham betul aku dengan orang dewasa ni.Syed Zariff mengaru keningnya.Perempuan ni..tak reti langsung nak cover.Mentang-mentanglah dah ada penyokong kuat.

''Bukan tak nak, tapi...''Syed Zariff tayang muka nakal ditambah dengan senyuman sinis di bibirnya.Oh no, im dead..Syazra arif benar maksud di sebalik senyuman itu.Takut ya Syaz..tadi nak main-main sangat.Kau tunggu aku balas balik.


alamak...apa agaknya Syed Zariff nak buat pada Syazra?
selamat ke tak Syaz lepas ni?

psssttt..korang rasa Zaff dah mula fall in love dgn Syazra ke?

kalau nak tahu kenalah tunggu entry seterusnya...


3 comments:

  1. best sngt... akk baca non stop dari bab 2 hingga 23.... new n3 please....

    ReplyDelete
  2. salah tulis plak,,, dari bab 1 hingga 23....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank Q kak jamilah....saya hargai sangat2 kesudiaan akak membaca cite sya yang x seberapa ni..thank Q akak..insyaallah bab baru akak diusahakan...

      Delete