Sambungan entry lepas...
Apa yang bakal terjadi kini?
Akhirnya setelah seminggu berada dirumahnya, Farhani akan pulang juga
hari itu.Pagi-pagi lagi Syazra sudah bangun.Dia ingin menyiapkan hidangan
istimewa untuk dibawa pulang oleh adiknya.Seusai menunaikan solat subuh Syazra
turun kedapur untuk menyediakan kek.Dia sudah berjanji untuk membekalkan
adiknya kek bluberry.Awalnya dia mahu menghantar adiknya pulang sendiri ke
kampung tetapi , namun,apakah daya dia
terikat dengan tugasan di pejabat sementelah Syed Zariff sudah berpesan
awal-awal kepadanya bahawa Syazra perlu mengantikan dirinya menghadiri
mesyuarat di Petaling Jaya.Lelaki itu keluar daerah semalam atas urusan yang
dia sendiri tidak ketahui.
‘’Janganlah sedih Hani,nanti kita boleh jumpa lagi.Kak Syaz bukannya
tak nak hantar awak, tapi dia ada kerja yang perlu diselesaikan.Jangan nangis
tau.Nanti saya ajak Kak Mira datang jumpa awak, kali ni,kitaorang lepak lama
skikit kat rumah awak.’’Syarifah Aira menepuk bahu Farhani yang sedang menangis
dalam pelukkan Syazra.
‘’Betul tu.Dah jom keluar sekarang, Kak Syaz nak kena hantar korang berdua
balik Vila dulu, lepas tu nak rushing pergi office, akak tak boleh lewat ni, ada
meeting nak kena attend on our Mr CEO behalf.’’Kata Syazra berbaur gurauan.Mr
CEO ialah gelaran yang merujuk kepada
Syed Zariff.
‘’Betullah tu.Hani, kalau awak tak puas lagi jalan-jalan di KL, nanti
saya pujuk Kak Mira suruh bawa kita jalan-jalan, esok jelah balik kampung awak,
lagipun lambat lagi sekolah nak bemula, ada lagi 4 hari kan?okeylah tu nanti
awak ada masa nak rehat 3 hari kat rumah.Lagipun, tak eloklah nak kacau
pengantin baru lama-lama.Orang nak honeymoon pun tak senang.’’Syazra
membeliakkan mata.Sadis betul gurauan adik-adik kesayangannya itu.Apa ingat aku
dengan Zaff tu berkepit 24 jam ke sehari, kalau pasangan baru kahwin lain
mungkin akan buat macam tu, tapi bukan aku dengan Zaff,kalau tak sebab adik dia
and adik aku datang rumah ni, jangan haraplah dia nak jejak kaki kat rumah ni.Syazra tidak membalas kata-kata
adik iparnya.
Dia sekadar mengukir senyuman manis untuk kedua-dua gadis itu.Lincah
tangannya mengemas meja makan.Sempat lagi dia melirikkan mata kearah jam
dinding berunsurkan english style.Hampir jam 8 pagi.Kena cepat ni.Kalau jalan
jammed lambatlah nak sampai office.Mujur kedua-duanya memahami
keadaannya.Mereka cepat memberi tindak balas, dan tepat jam 8.10 minit pagi,
kereta Honda City yang dipandu Syazra akhirnya meluncur lancar diatas
aspal.Tepat jam 8.40 minit pagi dia tiba dirumah mertuanya.
Syazra tidak boleh
berlama-lama disitu.Dia sekadar menyapa hormat, kedua orang mertuanya dan
meninggalkan Farhani dalam jagaan mereka.Kemudian dia meneruskan perjalanannya
kepejabat.Kelewatannya ketempat kerja sudah dimaklumkan kepada setiusahanya
terlebih dahulu.Mujur mesyuarat itu akan bermula jam 11 pagi.Jadi dia ada masa
untuk menyemak segala butiran akhir yang perlu diberikan perhatian .Dia tidak
mahu ada sebarang kecacatan dalam perbentangannya sebentar lagi.
‘’Zura, kalau ada sesiapa yang call saya, awak buat macam biasa ya,
take note.Saya nak kena keluar awal, takut lewat sampai pula.’’Syazra membetulkan
kedudukkan tas tangan dan beg lap top ditangannya agar dia selesa untuk
memegangnya.
‘’Syaz, here you are, jom lah cepat, hari ni, I temankan you pergi
meeting. Pak ngah yang suruh I teman you, lagipun I tak ada kerja penting pun
nak diselesaikan pagi ni,tapi kita naik kereta masing-masing ya, sebab I lepas
habis meeting tu, kena terus pergi Selangor.Ada hal sikit.’’Amboi, sedondon
pula mereka hari ini,Syazra manis berbaju kurung moden bewarna ungu dan Syed
Hafeez juga memakai kemeja bewarna ungu juga, bezanya warna baju kemejanya
tidaklah segarang warna baju Syazra.Masing-masing menyimpul senyuman
manis.Kebetulan pula sama.Hai, lantaklah. Desis Syazra
‘kebetulan yang manis.kan seronok kalau selalu macam ni.’ Lain pula
kata-kata Syed Hafeez.Namun hanya mampu diluahkan didalam hati.Takkan nak cakap
depan-depan.mau Zariff bagi aku buku lima.
‘’Macam nak pergi kelas, buat perbentangan kertas kerja pula.Kan,
Syaz?’’seloroh Syed Hafeez, teringat waktu masih bergelar pelajar.Dulu waktu
nak buat presentation, semua nak pakai warna sama, konon nak sedondon, nak
dapat extra mark dari lecture, tapi tahanlah telinga kena gelak sebab
berpakaian macam boria.
‘’Betullah tu, bezanya kali ni, kita berada di situasi yang
berbeza.’’Syazra sekadar membalas ala kadar , hati tengah risau fikirkan
meeting kejap lagi.Dengam penuh sikap gentlemannya,Syed Hafeez, mengambil beg
lap top yang sedari tadinya digalas oleh
Syazra, kini gilirannya pula membawa beg tersebut.Langkahnya tampak kemas
dengan sebelah tangannya membimbit beg Lap top sementara di sebelah tangannya
yang lagi satu itu pula dia membawa kot bewarna hitam.Sebaik mereka memasuki
lif, Syazra menekan butang 4.Ini kerana keretanya diletakkan dikawasan parking
kereta di tingkat tersebut.Kemudian dia memandang Syed Hafeez.
‘’Kereta I ditingkat 4 juga.’’Hanya mereka berdua didalam lif ketika
itu.Suasana sepi seketika sehinggalah Syed Hafeez mula membuka mulut untuk
bertanya.
‘’Zaff, pergi mana sebenarnya?I terkejut juga bila pagi tadi Pak Ngah
panggil I dan minta supaya I temankan you pergi meeting tu.This meeting should
not be attend by you actually.’’Syazra tidak segera memberi reaksi. Dia tunduk
beberapa ketika sebelum menjawab pertanyaan Syed Hafeez.
‘’Zaf, ada hal lain yang perlu dia selesaikan.Why?adakah I tak layak menghadiri
meeting ni, sebab I bukan sebahagian daripada Al- Aziz family?macam tu ke?’’Dia
memadang tepat wajah kacak dihadapannya.Tahulah kita ni menumpang je dalam
famili Al-Aziz.Tapi tak payahlah cakap macam tu.Kalau tak sebab Zariff hilang
entah kemana, aku tak ingin pun nak ganti tempat dia attend meeting ni.Sebal
hatinya saat itu.
‘’Look,dear, I bukan sengaja nak buat you upset.Itu bukan maksud
sebenar I.Sebenarnya I pelik sebab Zaff suruh you gantikan tempat dia.Selalunya
meeting di Petaling Jaya tu, Zaff ataupun I yang akan handle.Beause, in that meeting,
there will be no women.Kebetulan semua orang yang menghadiri meeting tu lelaki,
in fact, the company secretary pun lelaki juga.Company kat PJ tu, hampir semua pekerjanya lelaki.Tak ada
wanita, bahaya kalau you yang pergi.Itu yang I maksudkan, So I tertanya-tanya,
urusan apa yang penting sangat tu sampai Zaff terlupa pasal hakikat itu dan
biarkan you pergi meeting on his behalf.Dear..’’
Syed Hafeez berhenti
seketika.Mengambil nafas sebelum kembali menyambung percakapannya.Apabila
mengambil tahu bahawa Syazra akan pergi keseorangan untuk menghadiri
meeting di pejabat yang pekerjanya semua
berjantina lelaki.Dia rasa marah, kenapa Syed Zariff begitu cuai dan membiarkan
wanita itu pergi bersendirian?jika ada apa-apa yang buruk terjadi, siapa yang
akan dipersalahkan?macam lah tak ada pekerja lain yang boleh disuruhnya
ketempat itu.Nasib baik, pagi itu jadualnya kosong dan dia tiada masalah untuk
menemani Syazra menghadiri pertemuan itu.
Dear lagi!,hei Hafeez ni tak pernah nak faham.Suka sangat panggil aku
Dear.Syazra menjeling.
‘’Dear, Once you menikahi Zariff, you are apart of Al-Aziz family.In
fact, you’re marrying Al Aziz CEO. Furthermore,
you are in your corect place.You’re the consultant engineer .Mestilah you ada hak nak attend the
meeting, but not in this meeting, bila hanya you satu-satunya wanita yang ada
dalam meeting tu.Jom, kita dah sampai.’’ Syazra masih kaku ditempatnya sewaktu
lif berhenti di tingkat empat sehingga memaksa Syed Hafeez menarik lengan
Syazra yang dilindungi baju kurung yang dipakainya untuk segera keluar dari
lif.Hatinya terusik .Syed Hafeez begitu memahami dan melindungi
dirinya.Sayangnya,alangkah bagusnya jika Syed Zariff yang berada di tempat itu.
...........................................................................................................
‘’Mama buat apa tu?baca majalah fesyen ke?’’Soal Syarifah Hazlin.Pelik
melihat mamanya sedari tadi membelek majalah Wanita ditangannya.Sejak dari dia
pulang ke rumah setelah tamat kuliah, naik ke atas untuk mandi, dan berganti
pakaian, turun kebawah semula, mamanya masih tekun mengadap majalah di
tangannya itu.Ada perkara menarik ke, sampai mamanya melekat di helaian majalah
popular itu?barangkali persoalan itu berlengar-lengar dimindanya.
‘’Ma,kenapa ni?’’Syarifah Hazlin menepuk tangan mamanya yang sedari
tadi tidak berkutik.Menyedari kedatangan Syarifah Hazlin, Datin Syarifah Wahida
segera mengesat air matanya.Dia tidak mahu anak gadisnya mengesyaki
apa-apa.Lagipun dia sendiri belum pasti akan kesahihan andaiannya .Cuma
entahlah matanya tidak boleh dialihkan dari memandang wajah lembut itu.
‘’Tak ada apa, Cuma tengah tengok
majalah ni.Kan bagus kalau abang kamu tu berkahwin cepat-cepat.Umur dia dan
Zariff tu sebaya kan?Mama cemburu tengok orang lain terima menantu.’’Syarifah
Hazlin turut melihat helaian majalah yang memaparkan foto perkahwinan Syed
Zariff dan Syazra Nur Rania.Semua orang memuji pasangan merpati sejoli itu,
sama cantik sama padan, meskipun tiada darah arab mengalir dalam tubuh Syazra,
namun raut wajah yang dimilikinya persis seperti seorang wanita yang mempunyai susur galur keturunan arab..Rata-rata hadirin
terkejut apabila dimaklumkan bahawa Syazra merupakan gadis biasa berketurunan
melayu tulen, dan tiada sebarang pertalian yang memungkinkannya mewarisi
kecantikkan gadis berketurunan arab.Pada majlis resepsi yang berlangsung di Palace of the Golden Horses yang terletak di The Mines, Syazra kelihatan sungguh anggun mengenakan gaun
labuh yang direka khas oleh pereka pakaian pengantin terkemuka Malaysia iaitu
Zuan Adli.
Busana bewarna coklat lembut ditaburi kilauan kristal menambahkan
pesona gaun itu.Ditambah dengan kejelitaan semulajadi yang dimiliki Syazra dan
paduan riasan wajah dari makeup artis terkenal tanah air.Rissa Junaidi,
pengantin perempuan pada majlis itu benar-benar seperti puteri arab yang turun
dari kayangan.Bersesuaian dengan tema majlis pada malam itu iaitu bertemakan
perkahwinan arab mewah.Seluruh dewan utama terhias cantik.Semakin lama dia
melihat wajah Syazra semakin dia yakin bahawa, gadis itu seperti pernah
ditemui, adakah dia merupakan puteri sulungnya yang sudah lama tidak
dketemui.Dia perlukan bantuan pakar untuk membuktikan segala-galanya.Syazra Nur
Rania Binti Sallehuddin.Nama itu persis nama yang diberikan kepada puteri
sulungnya.Ya Allah benarkan dia puteri ku yang hilang dahulu?
‘’Mama, mama okey ke tak ni? Nak Lin call papa ke?’’Soal Syarifah
Hazlin.Kesihatan mamanya tidak begitu baik kini, sejak akhir-akhir ini, mamanya
sering berada dalam keadaan tertekan.Mama kesayangannya itu kerap kali
termenung, selera makannya juga terjejas, kalau makan pun sekadar mahu
memuaskan hati mereka.Selalu juga dia melihat mamanya itu menangis, bila
ditanya pantas wanita itu menafikannya.
‘’Tak payah Lin, mama okey.Lin, mama nak naik atas dulu berehat, kamu
jangan pula lupa solat asar.Pesan pada
Mak Jah buatkan roti jala untuk minum petang, semalam papa ada cakap kat mama
dia teringin nak makan.’’ Terangguk-angguk gadis itu menerima arahan mamanya.Habis
menyampaikan pesanan, Datin Syarifah
Wahida langsung menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurnya yang terletak di
tingkat atas.
entry kali ni panjang sikit kan?
hmm..
Saya tengah rushing nak siapkan MSS
doakan saya ya?
hmm..
Saya tengah rushing nak siapkan MSS
doakan saya ya?
lepas ni dah bz dengan study..x tahu bila lagi nak sambung post entry baru di blog...
akhirnye ada n3 baru..tertunggu2 .......
ReplyDeletethank umairah coz sudi bace cerita saya yang tak seberapa ni..
Deleteinsyaallah saya tengah berusaha untuk rajin2 update entry
RINDUNYA TERUBAT DENGAN E3 NI..HOPEFULLY KE VERSI CETAK SOON
ReplyDeletethank Ida...insyaallah kalau ada rezeki dapatlah bace SAT version cetak...
ReplyDeletepss..kita dah update new bab tau jmpt bace